ORANGES

siapa kita sekarang ?

30 comments


nak melentur buluh biar dari rebungnya kan ?

haha .. aku tak kira lah aku penah ter-publish yang berbaur camni ke tak , yang penting aku nak update jugak .. ada orang tanya , "tak nampak pun awak berblog harini ? 1 je ke ?" alah , soalan dari adik aku yang tunggal tu ..

kanak-kanak ni , kalau dah besar nak tengok elok terbentuknya maka dari kecik lah kena start sume tu .. bukan dah besar , dah jadi buluh .. keras nak mampus , apa pun tak boleh dah nanti .. huhu .. aku ni dah kira buluh la ..

kena kawin dengan mat salleh ar kalau nak anak camni .. kehkeh

time masa kecik , agak-agak nakal je kan .. jangan lah pegi biarkan je dia buat apa dia suka .. sume kehendak budak tu nak turutkan .. bayangkan , dah besar nanti demandnya macam mana ? aku materialistik tapi terkawal ..

bebudak .. tak dengar cakap orang itu normal .. itu yang kena ajar .. aku rasa , kalau dah cakap lembut pun tak jalan kena bagi tegas sikit suara .. tak boleh pandang remeh , nanti dah besar budak tu lawan cakap kita nak ke ?

yang suka melalak sepanjang masa ni yang aku lemah .. dah tu , pujuk lah kalau dah menangis tak reti nak berhenti tu .. err , kalau aku mungkin tampar je kat badan budak tu .. tak kira walau anak aku sekalipun .. *garang*

pegi rumah orang , biar beradab .. jangan suka biar budak ni amik je barang orang lain .. panjat sana sini , nak masuk dalam akuarium lah .. hesh .. so , dari rumah lah kena ajar adab camni .. pesan kat anak tu kalau pegi rumah orang camne ..

sebab tu kena didik dari kecik .. jangan nanti dah besar , keluh kesah sana sini .. perangai dari kecik kadang-kadang menentukan siapa dia bila dah besar .. haishh , susah jugak nak menjaga budak kecik kan .. kalau aku , entah lah ..



notakaki:
serius jeles tengok orang lain bawa baby ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

30 .16kg daun berguguran:

Ezad Skytech said...

hehe...tension jugak dgn budak2 yg dtg rumah tapi tak tahu dok diam..ada je benda nak dibuat..

pernah jugak alami situasi mcm tu..pening woo tengok...heee~

deeyamorten said...

kau nk baby jugak ke? haha..

btw, aku suka dan setuju dgn entry ni :)

NasZ said...

betul2..ada masa kena bagi dorang takut pada kita. baru dorang tak berani nak buat. tp garang sayang la.

MOHD NASER.com

abglan said...

Aku dari kecik kena biarkan anak buat ape pun ikut suka hati sebab cepat sikit dia berdikarai.. wak wak wak!!

iPai said...

jeles org lain bawa baby .. aip nak cepat2 ke ?

iPai said...

masanya akan tiba .. huhuh .. tapi cabaran budak2 sekarang memang lagi besar daripada dulu .. takut gak nak jadi parents akan datang nanti ..

Atiqah Sa'ahiry said...

aih..dah sampai masa tu//wee nasi minyak2

izyan yasmin said...

Hoho , betul tuh. Budak kecik tak pyh d bg muka sgt.

Bro ahmad said...

garang juga tea ni..budak biasalah ada sifat nakal kan2

sergeant keroro said...

betul, melentur orang biarlah dari kecik :P

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

ape lagi, kawenlah..hehehe :D

tia @ Ini Kisah Tia said...

sebab tu , melentur buluh biar dari rebungnya . bukan dah jadi buluh , baru nak dilentur bagai . dah keras kematu dah tu ..

siti kektus said...

basicnya mmg daro kecik lah kite kena didik anak2 biar jadi yg baik.

tapi tu lah, kdg2 bila anak2 dah bergaul ngan rakan sebaya, perangai pon berubah jugak. *bajet dah kawen je*. :p

Tea said...

@Ezad Skytech
huhuh kalau sampai jatuh dan pecahkan barang, memang lah tea mengamuk kat situ. biar parents diorang sentap. huhu.

Tea said...

@deeyamorten
haha, dah namanya perempuan beb.

;)

Tea said...

@NasZ
yup, dah tentu lah garang sayang. biar anak respect kat kita.

Tea said...

@abglan
haha okeh le tu. ;p

Tea said...

@iPai
haha bukan nak cepat, jeles je. kehkeh. ;p

Tea said...

@iPai
huhuh tu lah. zaman teknologi makin canggih. bebudak pun makin advance. haish. gerun.

Tea said...

@Atiqah Sa'ahiry
hhaha. memang tak la. ;p

Tea said...

@izyan yasmin
uish ada tanda garang je ni. kehkeh.

Tea said...

@Bro ahmad
mesti le, bro. ;p

yup, sebab tu kena tegas. ;)

Tea said...

@sergeant keroro
jangan lentur buluh ok. ;p

Tea said...

@Fee Hafeezah ketuk keyboard
haha. lambat lagi. masih jauh perjalanan. :)

Tea said...

@tia @ Ini Kisah Tia
yup. dah keras kematu, apa pun tak boleh dah.

Tea said...

@siti kektus
haah, kawan pun pengaruh jugak. sebab didikan dari rumah pun berbeza kan. :)

Wanz Mejuez said...

aku msa kcik nakal lah jugak.. suka kacau org.. time besar ni jadi pendiam..
skrg aku suka membebel je.. hehehe

Tea said...

@Wanz Mejuez
suka membebel boleh nampak kat belog wan tu hehehe.

tea pemalu bila dah besar. ;p

Abang Stalker said...

hahahha.;))

geram kot bdk kecik yg aktif sgt tu.hbs rmh org dia geledah smpai pasu pecah,gelas pecah. =='

tp nk bt cmne kn.bdk kck.lgpn bdk aktif ni bijak.tp jgn da bsr nkl cmni lg sudah le.

Tea said...

@Abang Stalker
huhu tau takpe. rasa macam nak cepuk, tapi anak orang kan. =.="

takut jugak bebudak skang. tak macam dulu. hmm. sedangkan baru skolah rendah pun dah macam-macam kita dengar. huuu.