ORANGES

Belajar terima adat orang lain ..

8 comments


aku agak bengang bila semangat kenegerian tak reti-reti nak hakis sikit walaupun dah bertapak dekat negeri orang lain .. agak-agaklah , pergi tempat orang cubalah hormat dengan orang di negeri tu macam mana ..

ini tak , suka pula condemn macam-macam .. makanan peliklah , loghat peliklah , perangai peliklah .. walhal , aku rasa diri mereka tu lagi pelik dan sangat sangat sangat ....... annoying okay .. sedarlah banyak-banyak ..

lepas tu , culture shock tak tentu arah .. ye , aku tahu korang semua ni datang dari family kaya .. sana sini boleh pergi , beli macam-macam then kena TIPU .. yelah , berlagak tahu sedangkan di dalam zero , actually ..

kalau korang rasa korang je boleh berpuak-puak kan .. kami ni pun boleh bina puak baru kot .. tak payah nak ikut negeri sangatlah , cuba belajar budaya orang lain .. lain tempat lain ragam , same goes with you all ..

dan belajar menerima , jangan nak banyak sungut .. aku ingat budak matriks je yang manja , tapi .. korang ni agaknya bila boleh belajar berdikari ? tak ada masa dekat sini semua benda nak suapkan dalam mulut okay ..

kata 1 Malaysia , tak payah nak poyo sangatlah ye korang ?



notakaki:
emosional saja entry aku kebelakangan ni ..
Read More

Mungkin cepat , cepat , dan cepat lagi ..

7 comments


minggu-minggu yang dilalui terasa terlalu pantas berlalu .. eh , kejap .. minggu ke hari ? hari lah kot , entah lah ekk .. tapi serious , aku rasa cepat sangat masa tu berlalu .. macam kilatkah , mungkin ?

contohnya hari ini isnin , lepas tu esoknya dah rasa isnin semula .. macam bukan seminggu tempoh masa untuk isnin bertemu isnin .. petandanya apa ? macam-macam benda positif dan negatif aku fikirkan ..

mungkin terasa cepat sebab exam dah menghampiri ..

mungkin juga terasa cepat sebab cuti Aidiladha dah nak sampai ..

mungkin juga cepat sebab masa cuti aku kena pergi camping ..

mungkin cepat sebab dunia dah memang menghampiri penghujungnya ..



notakaki:
bila kelas start lambat , makin terasa malas nak ke kelas ..
Read More

AWAK ni banyak ke seorang ?

6 comments


apabila tong sampah dalam bilik sudah penuh sampai nak terkeluar isinya tu , silalah tolong buangkan ke luar rumah .. transfer ke dalam tong sampah besar , susah ke AWAK ?

apabila katil yang empunyanya tiada , janganlah buat macam kepunyaan sendiri kalau tak minta kebenaran .. kalau ada kebenaran tu , lain ceritalah .. AWAK ingat semua orang jenis tak kisah ke ?

apabila tandas macam dah berkarat sana-sini tu , tolonglah cuci .. ish , anak dara apa pemalas bebenor ni .. umur bukan kecil-kecil budak sekolah rendah .. ke nak saya tolong ajar AWAK ?

apabila meja study itu bukan kepunyaan , dan bukan juga saya yang punya .. tapi kawan serumah yang punya , jagalah baik-baik kalau dah guna tu .. jangan dibuat sepah , tinggal segala macam barang .. kenapa AWAK ni ?

*
*
*
*
*
*

bukan semua orang dalam dunia ni sama je perangainya .. mungkin AWAK ni jenis tak kisah kalau barang AWAK hilang kena curi , sepahkan barang dekat tempat AWAK ..

ada orang jenis yang memang tersangat kisah , seperti saya dan mereka yang lain tu .. tak suka barang peribadi diganggu , lebih-lebih lagi bila orang tersayang yang hadiahkan ..

oleh itu , AWAK ni kena peka dengan perasaan orang lain .. bukan AWAK je yang ada perasaan , boleh nak merengek macam budak kecil tak kena tempat .. ok then , bye ..



notakaki:
ini memang luahan sesangat ni ..
Read More

Aku suka hari ini ..

6 comments


hari ini 16 oktober 2011 .. penting bagi aku , dan penting bagi orang lain kalau anggap hari ini adalah hari yang penting .. cuma , tahun ni aku macam lupa-lupa sikit dengan kedatangan tarikh ni .. busy kot ?

bagi penggemar pink macam aku ni , dapat something berwarna pink jadi sangat suka okay .. so , thanks to my BF sebab bagi 'something' tu .. memang terharu sangat .. aku ni nak ucap thanks dari mulut memang liat sikit .. hee ..

apa dia ? nanti aku snap beberapa gambar dan maybe aku akan post-kan ke sini or di Facebook .. dan walaupun 16 oktober berakhir sekalipun , aku tetap nak tuntut something dari orang lain juga .. tak kiralah ..

okay , sampai sini .. nak biarkan korang semua dalam keadaan tanda tanya .. :P



notakaki:
perut aku dah lapar .. ==,
Read More

Bercinta baru setahun jagung .. Alahai ..

7 comments


hari ini nak membebel masalah orang bercinta pula .. bukan apa , kadang-kadang aku rasa macam meluat tengok gelagat pasangan yang baru bercinta ni pun ye juga agaknya .. (atau erti kata lain , jealous)

ye lah , bercinta baru setahun jagung .. ada tu memang tak sampai setahun pun .. memang loving , caring segala .. tak makan cukup risau , tak dating seminggu berkali-kali memang tak lengkaplah erti cinta tu ..

masa bahagia gila-gila tu , semua yang korang buat dengan pasangan tu korang nak cerita kat kawan-kawan kan ? biasalah tu , heboh lebih .. setakat tengok wayang , makan-makan orang lain tak bercinta pun buat ..


aku nak cakaplah , biasanya awal bercinta memang macam tu aku tak nafikan .. tapi , lepas 2-3 tahun korang tahu sendirilah .. tak ada maknanya nak pujuk-memujuk , pujuk rayu semua tu .. sebabnya , dah bosan ..

haa , itu baru bercinta kan .. korang fikir sendirilah kalau dah kahwin kelak jadi apa gaya pula .. nak tengok muka pasangan sendiri pun tak lalu agaknya .. so , kenal kejap lepas tu terus je lah ke jinjang pelamin ..

bercinta selepas kahwin lebih seronok aku rasa .. usia percintaan yang lama memang jemu , lebih-lebih lagi kita tak tahu apa akan terjadi pada hari yang mendatang kan .. tanpa ikatan yang sah pula tu ..



notakaki:
kalau dah masuk ke bab cinta ni , memang mood aku tengah berkecamuk lah tu ..
Read More

Suruh jadi outsiders tak mahu pula ..

8 comments


sepanjang berada di kolej kediaman:

-students ni merungut tentang ketiadaan tiket bas untuk pulang ke kampung .. lepas tu , salahkan kolej .. eh , rasanya itu silap korang bila tak ada inisiatif nak pergi cari tiket tu awal-awal .. dah tahu duduk jauh kan ?

-students mengadu masalah bus driver .. aku tak pernah pula kena .. setakat ni naik turun bas , ucap 'TERIMA KASIH' mereka baik je .. agaknya korang yang kurang adab dengan driver tu sampaikan mereka protes ?

-students membebel bila dipanggil turun dalam jangka masa 10-15 minit untuk sampaikan pengumuman .. kejap je tu ..korang mesti tak pernah fikir kami yang pegang jawatan ni tidur pukul berapa kan ? korang sajalah manusia ..

-students protes tentang peraturan yang terdapat dalam kolej kediaman .. hmmm , ini universiti lah sayang .. mana-mana tempat pun lebih kurang sama .. so , kenapa perlu pertikaikan ? kalau korang ikut tak ada hal punya ..

*
*
*

korang bising untuk macam-macam benda .. tapi , bila ditanya masing-masing nak duduk dalam kolej untuk next year .. better je lah korang duduk dekat luar kalau nak bebas yang melampau semua tu ..

aku memanglah tak kisah pun kalau tak dapat duduk kolej next year (aku nak duduk luar) , sebab ikutkan aku lagi banyak ragam dari korang semua tapi beragak juga kalau nak membebel tak tentu arah ..

Gemilang Perwira pun tak hafal , lagi mahu condemn macam-macam .. kasihanlah korang ni semua ..



notakaki:
life aku agak busy untuk 2 minggu mendatang ni ..
Read More

Gilakan satin shawlssssss ?

15 comments


semua orang gilakan satin shawls kan sekarang ni ? aku maksudkan kepada perempuanlah , yang lelaki tak payah nak sibuk-sibuk .. melainkan korang ni jenis 'patah' gitu , memang berminat dengan benda macam ni ..

so , nak tak satin shawls yang murah lagi cantik gitu ? emm .. korang pergilah cari sendiri , sebab aku sendiri pun tengah duduk cari dekat mana yang paling murah boleh jumpa .. dan kain pun memang superb ..


pencarian itu pasti membuahkan hasil untuk orang yang sedang angaukan satin shawls macam aku .. adik aku pun tengah gilakan shawls tu .. ishh .. oh lupalah .. aku dah jumpa sebenarnya port murah dan baikkkk punya ..

di mana ? tunggu ..



notakaki:
gila banyak kuiz , kuiz , kuiz dan test !! @.@
Read More

Dah namanya manusia , memang macam tu lah ..

8 comments


siapa suka kepada bunyi bising ?

aku tak suka dan aku suka .. tengok perkara itu perkara apa lah .. bukan semua benda kita boleh bising , dan bukan semua benda juga kita harus senyap .. yang penting , masing-masing kena berpada-pada ..

aku sangat tak boleh time study , ada bunyi bising yang maha dahsyat .. aku rasa macam "UHH .. what the hell ?" some kind of that lah .. time study , fokus je lah dekat study tu .. ni lagi mahu haru sana-sini ..

kalau setakat buka lagu yang jenis slow , nyaman je halwa telinga dengar okay lagi .. kalau dah sampai tahap rock keras tu aku memang tak boleh handle .. mahu juga aku headbanging dekat kepala mereka ni nanti ..


ye , memang ada orang yang boleh study dengan bunyi bising .. tapi tidak aku .. so , aku mesti jauhkan diri kalau diorang tak jauhkan diri daripada aku time tu .. nak bercakap pun nada suara tu beragak lah ..

rasanya tempat paling sesuai nak bising dekat disko , game arcade , shopping mall ke .. dalam panggung wayang , dewan kuliah , hospital .. itu bukanlah tempat untuk anda buat bising okay .. harap maklum ..

bila dah waktu malam tu , sepatutnya dah jadi waktu orang normal untuk tidur .. memang tak patutlah burung hantu (baca : orang tak reti tidur) untuk bising sesuka hati ye .. fikir orang lain sama dengan fikir diri sendiri ..

masing-masing dah besar panjang , bila dikata budak kecil nanti marah pula .. tapi , perangai still macam tu juga kan .. haihh .. aku ni mengata orang boleh tahan juga , walhal kekadang diri lagi teruk ..



notakaki:
aku nak duduk rumah sewa tahun depan .. haha ..
Read More

Bila seorang dah ada , orang lain pun nak ikut sama ..

4 comments


orang sekarang ni rasanya semua megahkan gadget kecil-kecilan iaitu iPhone 4 .. lepas tu yang kedua hot (ye ke kedua ?) , Samsung Galaxy SII .. alahai , aku rasa kasihan dengan model dan jenama handphone yang lain ..

padahal banyak je lagi yang gempak-gempak macam HTC dan Blackberry tu semua .. Samsung pun ada je model Android OS yang lain , Sony Ericsson pun ada guna Android OS apa .. opss , di mana Nokia ?

itulah Generasi Y ni kan .. memang pantang nampak benda yang moden , lagi-lagi jenis touch and go ni .. memang suka , tipulah tu kalau aku cakap aku tak suka .. ye , kita bergerak kena sama dengan arus semasa ..


tapi , tak payahlah nak megah sangat dengan iPhone 4 , Samsung Galaxy SII tu .. jadi , entry kali ni memang motifnya nak cerita pasal dua handphone tu je .. sebab aku tak mampu beli dan pakai , mahal tu babe ..

bandingkan dengan dua jenis Samsung iaitu Galaxy SII yang jauh lebih mahal daripada Galaxy S Plus , tapi function dah memang sama cuma lain dan lebih sikit je .. baik fikir balik sebelum beli ..

beza sangat-sangat tu , boleh buat kenduri doa selamat .. kekeke .. (motif aku lagi , sebab aku memang jealous tengok orang pakai Galaxy SII ..) tentang iPhone tak nak condemn sangat sebab superb tu tentu ..



notakaki:
ah , aku pening apa huraian entry kali ni ..
Read More

Bosan datang kena buat aktiviti ini ..

7 comments


bila sabtu ahad datang menjelma , aku pasti rasa sangat bosan berada di kolej .. walhal , rasanya dah biasa dengan kehidupan di sini .. nak kata sebab berjauhan dengan family , mungkin juga itu salah satu penyebabnya ..

huhuh .. bilalah boleh balik rumah agaknya ..

since dari matriks aku memang paling tak suka berada di hostel tatkala sabtu dan ahad .. so , cara lain nak hilangkan bosan tu , aku kenalah pergi berjalan-jalan ke mana-mana walaupun diri tu memang dah penat ..

dapat jalan dekat-dekat pun jadilah .. tapi , tengok juga fulus yang ada dalam purse .. kalau tak ada , memang berganda-ganda bosan aku tu jadinya .. dan lagi satu favourite kalau dapat berjalan-jalan seorang diri ..


mungkin nampak macam aku kera sumbang je , tapi baiknya aku jadi diri sendiri .. tak perlu nak tiru orang lain .. dan keluar seorang diri boleh buat aku bebas .. keluar dengan kawan , nak kena ikut kehendak dia pula ..

nanti kehendak kita je nak ikut , dah rasa macam tak kena , kan ? lepas tu , kalau dia dah penat kita nak kena ikut dia balik .. tapi kalau dah dia pula yang tak reti-reti nak balik ke kolej pun susah juga tu .. kita yang penat ..

aiseh , senangnya seorang diri juga the best ..

susah nak ikut kehendak masing-masing bila keluar beramai-ramai ni .. tak percaya bila dah balik tu mesti ada yang bermasam muka je .. setakat ni , keluar dua orang (aku dan seorang member) masih relevanlah bagi aku ..



notakaki:
hari ini aku double triple penat , dan berat aku dah turun 3 kg .. bangga !
Read More

Kecil ke besar , masih sama je ..

5 comments


dari kecil sampai ke besar , aku rasa ada habit yang memang tak pernah lari .. aku rasa kebanyakan orang pasti mengalami benda ni .. betullah , kalau tak betul aku berani kerat jari kelingking setengah je .. erkk , tak jadilah ..

jatuh market nanti .. wakaka ..

pergi tadika masa 5 , 6 tahun .. ada je barang kenit-kenit macam pensel , pemadam yang hilang .. dah masuk sekolah rendah , sekolah menengah pun masih ada barang yang hilang .. lepas tu tuduh kawan .. aiseh , kanak-kanak betul ..

walhal sendiri yang salah letak ke apa kan ..

tapi tak dinafikan juga , kawan-kawan jenis kaki meminjam juga ..


masuk kolej , masuk universiti .. ingat dah boleh manage barang sendiri dengan baik .. rupanya tak juga , masih ada yang hilang .. semalam je aku dah kehilangan pensel mekanikal .. tak ketemuan , salah letak agaknya ..

nasib ada another pensel , kalau tak aku mesti dah nangis guling-guling ..

setakat barang begitu je hilang tak apa lagi .. yang tak boleh nak handle bila ada baju , seluar yang hilang semasa sidai di ampaian .. nak pergi ambil je tengok dah tak ada .. orang tu terambil sekali agaknya ..

lagi pula , ada underwear hilang .. yang buat pelik tu , ada penyangkut khas untuk benda tu je .. so , boleh letak banyak-banyaklah kan .. tetiba tengok satu penyangkut tu dah kosong .. lain masih ada .. erkk ? (bukan kisah aku)

ada orang berkenan , tapi agak-agaklah yang dalam pun tak akan nak kebas .. alahai , dah macam kasihan sangat bila benda yang di dalam tu pun dah tak mampu nak beli .. tak suruh beli yang ratus-ratus pun .. RM 9.90 ada rasanya ..



notakaki:
walau ada pengganti , masih nak pensel purple itu .. sobs ..
Read More

Kalah membeli juga kalah memakai ..

12 comments


duduk UTHM ni baru sebulan .. tapi , macam-macam pameran , karnival dah mereka buat untuk students .. semuanya pakat menghabiskan duit students je ni kan .. dah lah duit paras-paras hidung je memasing ni kan .. eleh , aku tau la tengok muka korang ..

sebenarnya , ada benda macam tu dijalankan pun .. nak tengok kat kita juga .. kita ni jenis pandai guna duit ke , ataupun terlebih 'pandai' guna duit , macam aku ni ke kan .. so , pandai-pandai je lah .. tak kan setiap item yang ada nak beli ..

kekadang , benda yang dijual ni pun .. dekat luar kita boleh dapat dengan harga yang lebih murah .. contoh baru-baru ni ada PC Carnival .. jual printer , tapi kat luar lagi double murah .. model lama yang sama , tetapi harga melonjak ..


inner tudung sebagai contoh lain .. RM 5 harga standard .. dah boleh di-consider sebagai murah .. tapi , kalau ada yang jual sampai RM 8 or RM 10 untuk inner saja ? baik fikir balik , dekat luar korang boleh dapat 2 lagi .. then kalau borong lagi triple murah ..

so , itu adalah sedikit sebanyak pengajaran yang aku dapat selama sebulan di UTHM .. berbelanja memang dipersilakan .. tapi , bandingkan harga yang paling penting .. itu cara aku , cara korang pula mungkin berbeza dengan aku .. kbai ~

eh , kejap .. one drop perfume memang terbaik lah ! keke .. (motif ?)

alah = kalah (is the same thing .. refer back to title ..)



notakaki:
dah nampak macam free sikit sekarang , banyak update sudah ..
Read More

Bukan timbulkan isu , cuma meluahkan rasa ..

18 comments


aku rasa aku tak pernah terpanggil untuk timbulkan isu politik di mana-mana .. sebab , aku sendiri memang tak berminat .. bukan tak berminat untuk ambil tahu , tapi usia aku sendiri belum mengizinkan aku untuk berbuat demikian ..

tapi , apa yang aku nak sampaikan .. kebebasan korang mengundi itu memang adalah pilihan masing-masing .. tak ada siapa-siapa nak larang mahupun marah .. cuma korang kena pandai-pandai guna akal korang yang waras tu ..

aku rasa dalam usia aku sekarang , aku dah boleh beza mana yang baik dan mana yang buruk .. kalau dah buruk depan mata , Allah pun dah tunjuk pelbagai dekat kita .. tak usahlah nak nafikan lagi , ke korang nak hidup dalam porak peranda ?


negara kita ni dah cukup aman sebenarnya .. kalau korang nak bandingkan dengan negara lain yang berperang saudara sesama sendiri ? seagama pula tu .. itu pun korang masih tak dapat tangkap gambaran lagi ke .. haishh ..

nak berpolitik , politik lah korang .. nak sokong mana terpulanglah .. jangan berlebih-lebih sangat sudahlah sampai timbulkan sensitiviti kepada pelbagai pihak .. sebab nanti siapa yang susah ? diri korang , family korang ..

aku tak berani cakap lebih-lebih pun .. takut pula kena banned blog kesayangan aku ni .. mana yang tersinggung untuk benda ni , harap maaf sangat-sangat ye .. sebagai warga belia yang muda , aku ada hak bersuara juga ..



notakaki:
aku masih sayang negara ni ..
Read More

Motif yang tak dapat dirungkaikan ..

6 comments


apa rasa bila orang yang dah lama tak contact kita tetiba boleh contact semula ? itu pun sekali je dia mesej kita , dah tu bila kita balas tak ada respons lagi dah daripada orang tu .. kiranya menyepi semula lah ni ..

berita yang diberi ,

"salam .. akak dah kahwin , dan sekarang tengah pregnant anak pertama .."

motif ?

dah lah pernah buat hal dengan aku dulu , lepas tu mendiamkan diri .. then , kata pula nak jemput aku datang ke kenduri kahwinnya yang konon akan dibuat besar-besaran .. tup , tup dah dapat berita macam tu ..

lain orang lain fikirannya okay ..


harap maklum , aku mungkin sekarang emosional sikit ..

jadi , aku macam fikir motifnya nak bagi aku jealous sebab dia dah kahwin dan tengah pregnant .. dan bengang pula sebab dia tak jemput ke majlis .. then , otak aku berfikir yang negatif lebih banyak daripada positif ..

suka hati dia lah kan .. hopefully bila dah bersuami ni tak ada lagi nak ganggu suami orang sekeliling aku ni .. asalkan dia bahagia dengan keluarga dia dah memadai , dan aku pun malas dah nak ambil tahu ..

aku pun ada life sendiri , lebih-lebih lagi bila dah boleh digelar sebagai siswi ni .. hmm .. pasal dah kahwin dan pregnant tu .. Insyaallah nanti satu masa aku tiba juga .. bukan dia je okay .. (dah berbaur jealous meyh)



notakaki:
pukul 2 jangan datang padaku .. huhuhh ..
Read More

Perempuan dan kisahnya ..

16 comments


pernah duduk asrama ? ramai di antara korang mesti pernah duduk asrama punya .. kalau bukan sekolah , time matriks ke , masa zaman kegemilangan universiti ke .. tak pun , asrama tempat kerja .. still , namanya asrama juga kan ?

okay , setakat ni aku tak pernah lagi tengok lelaki perempuan sebilik asrama ..

kalau dah namanya perempuan kan , mesti orang selalu ingat perempuan ni pembersih je .. tak macam lelaki lah , apa lah .. lelaki serabai lah , comotlah .. okay , korang memang silap kalau sampai dah fikir macam tu sekali ..

perempuan ni seperti biasa .. unexpected .. lelaki kebanyakannya kita boleh predict diorang macam mana .. (yeke ? abaikan) so , perempuan ni pun perangai macam-macam .. mana yang okay tu okay lah .. mana yang sebaliknya tu ?

mungkin diorang ni luar bilik nampak macam neat sangat .. kotor sikit pun tak boleh .. aiskrim tumpah kat baju sampai terpekik terlolong .. tapi lain pula kalau dekat bilik .. tempat dia yang paling tak terurus .. dah macam tongkang pecah ..

dan dah dilahirkan sebagai perempuan , wajib jaga kebersihan diri secukupnya .. dari luar sampai ke dalam .. setakat luar wangi dalam busuk tak guna bhai .. pergi kelas sembur perfume , rupanya kat bilik nak mandi sekali sehari pun payah ..


bilik air yang guna bersama tu , tolonglah cuci sekali ye .. agak-agak rambut macam panjang sangat tu , asyik keguguran je .. dah usai mandi tu silalah kutip .. orang lain nak kutipkan , bayar yuran pun sama je semua rasanya ..

eh , eh .. dah macam luahan perasaan pula rasanya ..

lagi satu hal perempuan ni , benda yang dipakai dalam sebulan tu .. dah habis pakai , cuci .. lepas tu , sila campak dalam tong sampah .. bukan pergi flush dalam jamban , then jamban tersumbat nak marah-marah .. walhal salah sendiri ..

dan tong sampah dalam bilik khusus untuk sampah kering ye kakak-kakak semua .. macam sampah makanan tu , buang je lah kat tong sampah gedabak yang ada di luar .. ke sanggup korang tidur dengan bau yang tak enak tu ye ?

so , perempuan bukan semuanya perfect ..

dan aku dah memang sedia maklum dengan perangai perempuan dari tempat-tempat tertentu memang kurang dalam penjagaan diri .. yucks , geli okay .. ingat , korang tu perempuan .. lelaki senang je nak jaga atas bawah luar dalam ..

kbai ~



notakaki:
kalau terasa , koranglah tu ..
Read More

Apakah itu , adakah saya ?

12 comments


sejak dua empat enam menjak ni aku memang tak approve pun komen korang semua .. arr , aku memang nak approve pada niatnya tapi aku kalau dah approve memang nak membalas satu-persatu .. so , let it be dulu buat masa sekarang okay ..

aku perasan ada pertanyaan tentang KOR SUKSIS .. okay , apa itu kor suksis ? itu adalah singkatan kepada pasukan sukarelawan siswa/i polis .. memang ditubuhkan khusus di universiti .. kalau di peringkat sekolah , pernah dengar tentang KADET POLIS ?

masuk sini bukan sekadar elaun , elaun , elaun .. tapi , sebagai backup .. ye , sekarang persaingan kerja sangat hebat .. belajar pun bukan tentu dapat kerja yang sama dengan apa yang kita praktikkan .. lagi yang tak ada apa experience lain macam , AKU ..

dan bukan calang-calang dah habis degree nanti nak try apply jadi polis ni .. bukannya start dari bawah , (baca : degree) dapatlah masuk ke bahagian pegawai terus .. dengan ada ilmu polis yang dah tersemat selama 3 tahun , Insyaallah ..

ehem , duit tak payah keluar banyak .. sebab PDRM sendiri akan support ..


banyaklah juga , ada kelas undang-undang .. pelajari tentang akta-akta tu semua .. dan yang best , bila dapat latihan luar .. takut gelap tak payah masuklah .. (tapi aku tengok senior yang putih putih tu still juga putih so apa takut)

cuti cuti ? berkorbanlah banyak sedikit .. orang lain sedap terbongkang dekat rumah sampai sebulan plus plus .. kalau dah masuk suksis , potong setengah cuti tu .. lagi sekali , kalau tak sanggup tarik je lah diri .. tak payah nak merungut macam-macam ..

setakat ni mental fizikal aku masih mampu bertahan ..

err , please lah .. aku rasa nak update pasal lain .. tapi balik-balik pasal suksis juga .. dah terasa macam nak bermegah-megah pula aku lulus masuk suksis tu .. dan , pasal boleh jadi slim melim tu aku still unsure .. sebab makanan asyik provided je ..

keke ..



notakaki:
lapar lapar dan lapar lagi ..
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home