ORANGES

Angkat punggung.

Leave a Comment


selamat pagi. masih pagi lagi kan? huhuhu. okay, hari ni duduk rumah. tak tahulah nak masak apa lagi. semalam dah puas merayap sehari suntuk dengan anak dan hubby. sampaikan anak pun balik je rumah terus pengsan after mandi, susu semua. penat sungguh lah tu kan.

sekarang ni, dah nampak Samirah mula-mula mengangkat punggungnya. apakah? itu salah satu tanda-tanda nak merangkak ke? oh ya ek, baby merangkak dulu baru duduk kan? noob betullah pasal ni. wah, kalau betullah dah start nak merangkak rasanya habis satu rumah ni dia pusing nanti.

haruslah rumah sentiasa clean and clear dari sebarang benda yang boleh dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut okay. meniarap pun dia dah start kutip barang yang ada sekelilingnya. cuteness overload sangat tengok baby ni. seriously, tak pernah suka baby kecik sebelum ni tapi anak sendiri super duper love it lah kan.

semalam, pergi baby shop rasanya macam banyak sangat benda nak beli. tapi sudahnya, beli baju tidur anak sepasang, stokin 2 pasang dengan krim hilangkan kesan gigitan serangga. tu je? dah balik rumah baru ingat nak beli itu beli ini. haih lah, dasar nyanyuk pelupa betul mama Samirah ni.




p/s: kadang-kadang kenyang juga kalau makan hati je kan? T_T
Read More

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

5 comments


okay. hari ni nak cuba nasib masuk giveaway (GA). lama sesangat kot tak masuk dan tak join mana-mana GA yang blogger buat. blowgwalking apatah lagi. sejak-sejak ada anak ni memang tak lah kan. perhhh, sebenarnya tu alasan untuk orang yang malas macam aku ni. apa yang rajin? entahlah. muahahaha.


As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)
Read More

Kehamilan dan sembelit.

2 comments


kebanyakan wanita yang mengandung seringkali mengadu akan mengalami masalah sembelit waktu mengandung. ada tu yang jadi dari awal kehamilan sampailah bersalin baru hilang. saya pun masa awal-awal kehamilan ada juga menghadapi masalah sembelit ni. pehh memang rasa tak selesa yang amat. sebab dah biasa setiap hari akan membuang at least once, ni tetiba dah takde pula. duh, mana pergi? erk cerita apakah ni.

tapi, nasib baik cepat jumpa penyelesaian. iaitu supplement Shaklee. pernah dengar tak? rasa-rasanya ramai yang dah tahu pasal Shaklee ni. entah macam mana boleh nak cuba ambil supplement ni pun tak tahulah. mungkin tertarik sebab ianya tidak tergolong sebagai sintetik. kebanyakan vitamin/supplement lain yang terdapat di farmasi mempunyai silica gel di dalamnya.

silica gel berfungsi sebagai penyerap wap air yang terdapat dalam supplement tersebut. supplement yang bertindakbalas dengan wap air akan menjadi suatu substance yang lain. tetapi tidak untuk Shaklee. itu membuatkan ianya istimewa kot di mata saya. actually, silica gel ni tak sepatutnya ada dalam ubatan, kerana sangat-sangat menunjukkan yang ubatan tersebut bukannya original dan bersifat sintetik. plastik, hipokrit. er apakah?


gambar yang dekat atas tu yang saya ambil sepanjang kehamilan. dah masuk trimester kedua kehamilan baru makan. lambat kenal dengan Shaklee. kalau dah kenal awal, baik dari awal-awal lagi saya dah ambil supplement ni tau. Ostematrix tu yang buatkan senang nak membuang pagi-pagi lagi. goodbye to sembelit. memang lapang lah perut lepas tu kan. hehehe.

ESP ni buat tambah tenaga. kalau untuk ibu-ibu, ESP boleh buat tambahkan susu. kalau minum sikit je pun, dah boleh buat kenyang. tapi, tekak ni mengada sikit. tak boleh sangat nak terima ESP tu. Omega Guard bagus untuk minda dan perkembangan anak dalam rahim kita. Vita-Lea pula dah gantikan Obimin yang selalu ibu hamil makan tu. selain tu, fungsinya tambah sel darah merah. Obimin tu katanya tak bagus. no. no. no. sebab pewarna kan. B-Complex pula dah lengkap mengandungi 8 jenis vitamin B; B1, B2, B3, B5, B6, B12, ASID FOLIK dan BIOTIN.

Alhamdulillah masa mengandung tempoh hari, semuanya okay. perkembangan baby pun ok. mungkin sebab ambil supplement Shaklee agaknya dan ini juga rezeki dari Allah yang beri anak saya sihat sempurna. selepas bersalin, saya cuma tambah 2 lagi supplement iaitu Alfalfa Complex dan Vita-C. Alfalfa fungsinya sebagai milk booster dan Vita-C meningkatkan sistem pertahanan badan. sangat sesuai untuk elakkan selesema, demam etc.


jadi, tu je lah sedikit sebanyak kisah saya. kalau ada sebarang pertanyaan boleh je terus e-mail saya di tehuzz@gmail.com. nak buat pembelian dengan saya pun boleh, nanti saya boleh consult sekali apa yang boleh diambil mengikut budget masing-masing. thanks! SHAKLEE ID: 1080451


Read More

Labour room story: Part II

4 comments


Labour room story: Part I

sampai je di labour room, terus nurse suruh baring atas katil. eh katil ke? entah la, macam kerusi ada, macam katil pun ada. takpe, yang penting selesa sudah. dah siap-siap, nurse pun pasang CTG dekat perut. rasa berdebar-debar, seram sejuk pula tu. seram sejuk sebab air-cond yang kuat pun ya juga. lepas sejam saya masuk labour room baru hubby boleh masuk teman. masuk labour room around 11am or 12pm camtu rasanya. tak berapa ingat.

*cerita seterusnya berdasarkan apa yang ingat je okay.

nasib baik pagi-pagi tu berak melabur hasil, jadi diorang takdelah bagi ubat berak tu. hubby pun setia je teman dalam bilik sampai saya bersalin. entah dia makan ke tidak, saya pun tak bertanya. dah lalok dengan kesan ubat yang nurse cucuk. dah lah cucuk dekat bontot punggung, sakit woo. lepas tu terus mengantuk je, dan tertidur krohkrohkroh.

lama gila rasanya duduk dalam bilik tu, dengan sejuk lagi. dahlah belum rasa sakit langsung, perut pula berkeroncong sebab lapar. pagi tu makan roti je. huhuhu. siap minta dengan nurse, "nurse, saya lapar. nak makan boleh tak?" nurse pun senyum je, kata tak boleh. yang boleh minum air je. itu pun air kosong. actually, boleh minta air milo. pehhh kalau dari tempoh hari tahu, baik dah minta. sedap sikit, ini air kosong, air kosong, air kosong sampai dah tak boleh nak habis pun. kehkehkeh. demand.

start petang entah pukul berapa, dah start sakit. sakit yang amat sangat. ramai orang kata, induce memang sakit. sebab bukan sakit yang original, itu sakit yang dibuat-buat. sebelah tangan masuk drip air, sebelah tangan lagi ada cucuk ubat. ah, tak cukup punggung, tangan pun ada. tak sempat dah nak tanya itu ubat apa, ini ubat apa. huhuhu. bila sakit tu, tak tentu arah dibuatnya.

sampaikan ada termarah hubby, siap cakap dengan dia yang dia tak rasa sakit yang saya tengah rasa tu. dia suruh saya sabar, mengucap banyak-banyak. teruk betul saya ni kan, maafkan saya my hubby. sobs. itu kan semua dugaan. doktor pun cek bukaan dah 6cm. kena tunggu lagi, sampai cukup 10cm. tengah sakit-sakit tu, dok terguling kiri kanan boleh pula tertidur. huh, itu semua effect ubat. tapi okay juga kot, hilang sekejap rasa sakit tu. 

dah malam tu, dah rasa betul-betul macam nak berak. masa ni doktor cek bukaan dah 8cm. sampai cakap dengan nurse yang saya nak berak. nurse pun suruh aje berak dekat atas katil tu. takkan punya dia bagi pergi tandas, tak memasal terbersalin dekat tandas kang. hehehe. pesan-pesan orang sekeliling, wan (or dalam kata lain nenek/opah) saya terutamanya kata bila terasa nak berak tu teran aje. tapi, doktor dan nurse takkan bagi teran sebab takut terkoyak banyak.

saya pun teran je lah bila rasa tu datang. doktor dan nurse ni kejap masuk kejap keluar bilik. aish, pening sey. hubby saya masa tu lagi pening. dengan takde pengalaman, mulut dia pun terkatup tak tahu nak tanya apa. huhuhu. tup tup masa doktor tengah lalu tu, doktor pun tetiba teriak, "eh, dah nampak kepala baby!" peh, aku pun apa lagi terus time tu juga teran.

bila sakit, teran. jangan sesekali teran sambil angkat punggung, banyak jahit nanti. kaki pula bukalah seluasnya, kalau kepit macam mana baby nak keluar kan. huhuhu. hubby saya dah kelam kabut bila kata dah nampak kepala baby. dia pun tak tahu nak tengok baby keluar ke atau nak berdiri di samping saya. end up, doktor suruh dia duduk di samping saya je. bagi kata-kata semangat. memang saya pula dah tak fikir apa, tahu nak suruh baby keluar je.

tepat jam 22:13 03/12/2013 baby girl saya pun keluar dari rahim ni. terus je menangis. tak besar mana pun, lahir seberat 2.9kg sahaja. keluar je baby, terus baby diletakkan atas badan saya selama sejam. time tu juga hubby iqamat kan baby. mata besar, ramai orang kata ikut mata hubby. hangatnya badan baby, macam-macam rasa masa tu. sedih dan gembira bercampur-baur. perasaan sayang pada anak tu lagilah kan. baby pun senyap je masa atas badan tu.

dalam pada masa tu, doktor keluarkan uri dan nak start jahit. doktor pelatih tu tengah dok bincang-bincang dengan nurse, nak try jahit. what? TRY? terus je mulut ni spontan keluar perkataan tak boleh. dah doktor tu malu-malu terus je keluar. reason why saya tak bagi dia jahit sebab dah pernah ada experience masa dia seluk cek bukaan, sangat teragak-agak. dahlah sakit. doktor lain cek rileks je tak rasa pun. takut je lah nak bagi dia jahit. nurse lagi banyak pengalaman jahit orang bersalin ni.

selesai je semua, dah siap-siap bersih nurse pun tolak saya dan baby ke wad semula. penat tak agak, perut pun lapar tak agak. makan roti je lah malam tu. lepas tu pun saya tidur, baby pun sama tidur nyenyak. yeah. hubby balik rumahlah, kesian dia penat tunggu saya sehari suntuk dalam labour room. thanks sayang. baby girl saya diberi nama seminggu selepas tu iaitu Samirah yang bermaksud teman berbual mesra. itu pun selepas dapat kata sepakat dari suami dan saya.

the end.

Read More

Labour room story: Part I

2 comments


rasanya sudah lumrah, setiap perempuan mesti nak share apa yang berlaku dalam hidup dia. lebih-lebih lagi pengalaman menjadi seorang isteri, seorang ibu. jom hari ni nak share pengalaman bersalin. setiap orang punya pengalaman berbeza-beza. tak semestinya sama dengan apa yang telah saya lalui. bersalin itu memang sangat, sangat, sangat sakit tapi terus je hilang bila dah nampak anak yang saya telah lahirkan tu.

due date yang diberikan kepada saya jatuh pada 25 November 2013. tapi tunggu punya tunggu tak juga nak keluar. jadi, pergi appointment di KK macam biasa, nurse bagi tempoh lagi seminggu. kalau takde tanda nak bersalin juga, menyerah diri je la dekat hospital. sobs. tunggu punya tunggu, berjalan sana sini tak juga rasa sakit nak bersalin tu. cuma kadang-kadang je la bila tengah berjalan tu perut macam sakit. lepas tu takde dah.

punyalah excited nak bersalin, dalam masa yang sama perasaan takut tu datang membuak-buak. macam-macam benda dah bermain dalam kepala otak ni. huhuhu. mungkin takde rezeki nak rasa sakit nak bersalin tu datang secara sendirinya. jadi, pada 01 Disember 2013 aku pun pergilah hospital. sampai dalam pukul 11 pagi camtu kot, tunggu giliran then doktor pun check. oh dah 1cm. aku pun cam emm 1cm je ke? huhuhu.

terus kena admit masuk wad sebab dah lewat seminggu pun dari due date bersalin aku tu. esoknya, aku kena induce untuk cepatkan bukaan. rasa sakit macam ada tapi tak kerap langsung. datang sekejap lepas tu terus je hilang tak muncul-muncul dah. doktor kerap cek bukaan, macam tu je juga. huhuhu. lepas tu, nurse kerap pasang mesin apa tu namanya, CTG ek? nak pastikan jantung baby masih berdegup secara normal.

pagi-pagi 03 Disember 2013 tu, doktor pun cek bukaan dah 3cm. terus je doktor pecahkan air ketuban sebab kebetulan masa tu labour room tengah banyak kosong. hmm, makin berdebar-debar la rasa masa tu. tunggu my hubby datang, call suruh dia kemas-kemas barang saya then ikut masuk labour room nanti. saya dah kena masuk labour room dulu, nurse tolak guna kerusi roda. huhuhu.

to be continued...


Read More

4 bulan sudah.

2 comments


pejam celik pejam celik. sekejap je baby kita dah makin besar. hari ni genaplah 4 bulan. masih belum mahu expose gambar baby dekat public. ceh ceh, ada bajet macam retis tak? haha. belum sedia lagilah. takut nanti ramai pula yang datang nak masuk meminang anak kita ni. kehkehkeh.

dah 4 bulan ni, macam-macam jugalah baby kita dah pandai. dah pandai meniarap betul-betul. cuma tak pandai telentang semula je. actually, dah start pandai meniarap since umur dia 3 bulan 7 hari. lepas tu dok capai-capai kaki, kena selalu tengok je la jangan sampai masukkan kaki ke dalam mulut. huhuhu.

bab hisap jari, asyik hisap jari telunjuk dan jari tengah je. bila agah pun suka sangat gelak terkekek-kekek. gusi macam gatal je, suka sangat gigit teether. entahlah, baby first. kena banyak tanya orang tua bab-bab jaga baby. jelir-jelir lidah tu perkara biasa dan pantang betul bila nampak phone. ingat orang nak ambil gambar dia aje. hehehe.

biasalah baby, makin lama makin macam-macamlah yang dia pandai. tau-tau esok dah pandai merangkak, pandai duduk, pandai berdiri, pandai berjalan, pandai bercakap. aihhh, tak sabar mama awak ni tunggu awak besar tau. nanti dah besar jangan nakal-nakal ya, jangan jadi macam mama. awak jadi budak baik tau.

kalau bawa berjalan, kemain suka lagi. tapi, akhirnya tidur dalam kereta/atas motosikal. hahaha. eh, naik lori pun dia tidur juga. takde hal punya bunyi bising. kalau dekat rumah, suka tidur dalam keadaan sunyi sepi. tapi, Alhamdulillah sangat senang nak jaga. maybe sebab baby girl kan. tak banyak sangat karenah, kecuali dah lapar sangat or mengantuk/tired sesangat.

tak lama lagi, mama awak ni dah nak kena sambung belajar semula. aihhh mulalah kita rindukan dekat baby, sekarang ni setiap masa ada depan mata. tak apalah, kita habiskan belajar dulu. InsyaAllah ada rezeki dapat kerja bagus dapat tampung belanja anak, takdelah mengharap pada suami je kan. :)

awi yang sangat busybody dengan diapers. kbai.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home