ORANGES

Kesedihan dan kekesalan.

Leave a Comment


kadangkala, rasa cemburu melihat orang lain bahagia. mungkin aku tak dapat merasai seperti mana yang mereka rasakan, tapi tak mustahil satu hari nanti kehidupan aku boleh menjadi lebih baik. tak siapa pun yang tahu kan, apa yang Allah rencanakan untuk kita semua.

mungkin hari ini aku hanya dapat hidup dalam kesedihan dan kekesalan yang tak sudah-sudah tapi tak juga mustahil andai esok lusa aku boleh gembira seperti mereka yang lain itu. aku hanya perlu berfikiran positif dan meneruskan sisa-sia kehidupan yang masih ada ini.

tak pernah terlintas pun dalam fikiran ini untuk menjadikan kehidupan aku sebegini. setiap orang mempunyai impian yang menggunung, lagi-lagi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita. apalah yang mereka rasakan apabila kita memalukan mereka? kecewa, marah, sedih dan pelbagai lagi kan.

maafkan aku.
Read More

Hanya berserah.

Leave a Comment
Dah lama rasanya tak menulis. Nak menulis pun, hidup masih tak stabil. Ingin meluahkan sesuatu perkataan keluar daripada mulut memang sangat sukar, mungkin bila dah terluah tu baru rasa lega sikit, agaknya. Agaknya. 

Kadangkala, cuba tengok orang sekeliling. Mereka kata mereka boleh faham akan keadaan diri kita, tapi bila tahu je akan sesuatu kebenaran, mulalah meroyan. Entahlah, nak bercakap lebih pun tak guna. Lain orang lain pengalaman. 

Kesalahan yang kita lakukan, mungkin setimpal dengan apa sahaja balasan yang kita terima. Tapi, sebagai manusia, rasanya tak perlu untuk menghukum sesama manusia. Mungkin ada hikmahnya akan kesalahan tersebut berlaku. 

Dah tertulis sedari hakiki, sesuatu perkara itu akan dan bakal berlaku. Cuma kita sedar atau alpa sahaja. Memang boleh untuk mengubah sesuatu perkara itu, tapi apabila diri dah terlalu leka dengan keduniaan, maka kesilapan demi kesilapan akan terus terjadi. 

Kesalahan yang telah aku lakukan, biarlah aku yang menanggung. Andai dibuang sekalipun, aku terima dengan redha. Sudah menjadi lumrah, benda yang buruk tak akan ada orang yang mahu terima. Terserah. 
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home