ORANGES

Penjenamaan semula produk.

2 comments


hui. dah lama tak update blog.

aku menghabiskan masa terluang aku dengan main game, cari barang online, bisnes bisnes dan bisnes. sampai blog pun terabai. nak pergi shopping, duit tak ada. sobs. so far, yang banyak aku jumpa dengan searching thru google web semua tu, produk kecantikan. produk kecantikan. ya, produk kecantikan. (saja ulang banyak kali, malas nak fikir tulis apa)

aku dapati, banyak produk kecantikan yang macam di-rebrand/dijenama semula. tak payah tanya aku produk apa, korang search je kat search engine tu, macam-macam produk keluar. contoh: a-d**, ta**ta, ** beauty. bila tengok produk-produk tersebut, day cream dan night creamnya sama je. biasanya untuk day cream kuning, yang night cream pula warna putih.

bukan setakat macam dijenama semula, rupa bentuk pun sama. pencuci pun boleh warna yang sama. harga je yang berbeza. nampak macam mewah sikit, mahallah harganya. biasanya, yang pakai pencuci berbentuk sabun buku tu, murah sikit. sampai aku yang tercari-cari produk apa nak pakai pun, tak jadi beli. dah kalau testimoni semua cakap mengelupas, tak takut? huhu.

aku tak nak jatuhkan perniagaan orang lain. lain kulit lain hasilnya kan bila pakai sesuatu produk. Alhamdulillah, sejak cuti ni jerawat tak tumbuh meliar, dan kulit pun makin cerah. aku telan VCO dan Vitamin C lepas tu pakai produk Olay, SkinZ dan Skin Food. keluar pula, tepek bedak Miyami dan lip tint dari Tony Moly sikit. siap!


aku cari BB cream je sekarang ni. BB cream yang sedia ada dah nak habis, dan dah lama juga tak pakai. yang sekarang pakai brand Lelan Vital. mungkin next time nak cari dekat Etude House or SaSa. tanya dekat beautician tu je senang, nanti dia boleh tolong suggestkan mana yang sesuai dekat muka aku ni. aku tak nak nampak dull je. biar glowing, kan nice.

siapa-siapa nak order Felinna Inchloss,
boleh tekan dekat Contact Me tu ek.
Read More

UTHM students! Result is out!

7 comments


result untuk semester 3 aku dah keluar. keluar dekat senarai tampal lah tapinya. biasanya, dekat senarai tampal tu dah confirm akan ter-print atas result sebenar kita tu kan. sepanjang belajar kat uni ni, tak pernah pula lagi aku tengok result dekat senarai tampal tu bertukar lebih teruk ataupun lebih baik apabila official result keluar. seriously.

erm. kadang-kadang apa yang kita target untuk cemerlang tu yang kita tak dapat. bila subjek lain kita target macam bodoh-bodoh biasa-biasa je, dapat yang pula gred A nya. macam tu jugalah yang terjadi pada aku. aku target untuk subjek Mekanik Tanah cukup-cukup makan (sebab aku tahu usaha aku setakat mana waktu tu), tetiba boleh A.

so far with this semester 3 achievement, I feel really grateful. Alhamdulillah. actually these result much more better than semester 1 if wanna compare with the GPA. mungkin sebab usaha lebih sikit untuk semester ni. ada benda yang aku nak buktikan pada orang lain. tak semestinya berusaha bersendirian membolehkan aku dapat kejayaan ini.

sangat bersyukur kepada Allah SWT.
Read More

Puding roti.

3 comments


kalau aku dah duduk dekat rumah, memang macam-macam benda yang aku nak try. yelah kan, dapur ada, oven ada, pengukus ada. semua benda pun aku nak jadikan experiment. experiment masakan, jadi tak jadi tak penting. janji niat di hati tercapai nak try something new tu. actually, nak belajar menjahit, tapi memasak lagi jadi aku punya priority. hiks.

jadi, cari punya cari makanan yang sedap. aku pun terjumpa lah resipi nak buat puding roti. nampak marvellous je. bahan-bahan lebihan aku buat puding karamel tempoh hari pun ada banyak lagi, dari membazir beli yang lain baik guna je kan apa yang ada. resipi orang sekarang banyak yang pelik-pelik, jadi aku modified ikut aku punya rasa.


tadaa~ tetiba dah siap kan. kalau nak resipi, dah berlambak dekat google search tu. just tinggal nak taip dan tekan je. kalau ikut aku punya taste, telur aku kurangkan sebab aku tak suka rasa hanyir. tepung kastard pun aku letak sikit je. pasal susu, ikutlah nak belasah susu pekat or susu cair. aku guna susu pekat, dah tak payah letak gula lagi. kencing manis wokk nanti.

jadi, kalau ada roti yang lebih-lebih yang dah dekat nak expired tu, janganlah buang. pergi ambil oven, gaul-gaul kejap lepas tu bakar. ada juga benda boleh dimakan. jadikan as dessert pun boleh. lagi sejuk lagi sedap kot. aku tak suka sangat kek/puding/kuih-muih jenis manis ni melainkan kek batik marie, so, sikit je aku makan puding roti ni. suka nak try masak je. hiks.

nak try apa lagi lepas ni?
counting days.
Read More

Mahukan Durian Crepe.

4 comments


assalamualaikum. :)

kemalasan dah membelenggu diri ni. perniagaan top-up/reload aku berjalan seperti biasa, tapi tu lah. segala details aku malas nak catitkan dalam buku. mentang-mentang dah berbayar je semua. nak pergi berjalan-jalan lagi malas. duit pun tengah tak ada, nak shopping apa je. pergi cari kerja, my mum kata nanti employer susah nak kira gaji, sebab tak cukup sebulan pun.

sekarang, tengah teringin nak makan durian crepe. ya, durian crepe. merata aku cari, tapi tak jumpa-jumpa. katanya ada pavlova dan durian crepe dekat Mydin. tapi berpusing-pusing aku satu Mydin tu sampai hampa, sebab tak ada langsung pun! kecewa kot. durian bersepah ler jual tepi jalan, tapi aku tak nak buat sendiri. agak leceh, nak makan sikit je padahal. ngehngeh.

dalam mood yang malas-malas manja ni, gigihkan diri sendiri cari durian crepe secara online. aku cari dekat Mudah.my tau. ada, dan sekarang tengah deal dengan seller tersebut. hopefully, dia boleh COD (Cash on Delivery) dekat aku secepat mungkin. craving sangat dengan durian crepe. melampau, kan. 1 pack RM10 ada 6 pieces kat dalam tu, quite okay lah tu kan. 

ambil dari Mudah.my

oh durian crepe.
zzzzz.
Read More

Telur (rebus?) separuh masak.

6 comments


assalamualaikum. :)

bila entah, rasanya semalam bukan, mungkin kelmarin kot. or mungkin juga 3-4 hari yang lepas, aku teringin nak makan telur (rebus?) separuh masak untuk dijadikan hidangan sarap aku. ni gara-gara tempoh hari rebus telur separuh masak ni, tup tup terus jadi yang dah memang bulat tu. (buat leka je, terbuat 7 minit) I meant, dah terlebih masaklah. itu pun tak pandai, kan.

so, yang kali kedua buat ni. JADI! tak apa nak bangga sekali sekala, sebab bukan senang nak dapat betul-betul jadi telur separuh masak ni. terlebih masa jadi telur rebus, terkurang masa tetaplah kau makan telur mentah. ngehngeh. timing memang sangat-sangat perlu dalam hal ni. cuai sikit pun tak boleh. mengadap je lah aku dekat telur ni sampailah cukup masa.

terbaik dari ladang!

meh sini nak ajar sikit. bahan-bahannya telur dua biji, nak lebih pun tak apa. tapi kolestrol lagi tinggi, itu je. lepas tu masak/rebus air dalam periuk kecil je sampai betul-betul mendidih. tutup api, masukkan telur tadi dalam periuk. slow-slow je tau, orang kata telur cepat pecah dalam air panas. set time around 4-5 minit dan lepas tu dah boleh angkat.

lagi? pecahkan telur tu dalam bekas/mangkuk/piring/cawan ikut citarasa koranglah. tengok jadi ke tak, kalau jadi, dapatlah macam gambar dekat atas tu. nak sedap, kasi letak lada sulah dengan kicap. siap! boleh dimakan. yummy. tetiba rasa nak makan telur separuh masak pula memalam ni. telur goreng separuh masak pun I like. apakan daya, dah terlebih makan hari ni. sobs.

datang mood rajin, semua benda pun nak masak.
dah lama tak makan pulut.
nak buat pulut serunding sendiri. ho yea!
Read More

Hati yang kau sakiti/tersakiti?

3 comments


makin meningkat usia ni, makin cepat aku terasa hati. orang mungkin kata aku tak matang dari segi pemikiran, and yes I admit it. tapi tengok balik diri korang sendiri, dah cukup matured ke nak judge orang lain? tak, tak nak melenting pun. cuma meluahkan apa yang terbuku dalam hati. hati aku kalau dah sakit, tak akan terfikir langsung untuk jaga hati orang lain lagi. tapi tak lah sampai hati kering kan.

banyak sangat dalam kepala otak aku ni. nak habiskan belajar, nak settlekan semua hutang. nak belajar hidup sendiri, nak bekerjaya macam orang lain. memang semua tu orang kata susah, tapi kalau dah fikir susah je, sampai bila nak senang? malas nak terperap dalam rumah, tak tahu perkembangan dunia luar. tak payah nak sayang kulit sangat, sebab kulit tu tak berapa nak putih pun.

by the way, bila makan hati banyak sangat ni berat aku mesti boleh turun mendadak. quite okay lah tu, nak naik berat punya senang. jadi, cara macam ni je lah bagi turun cepat. cara yang paling mudah. kesimpulannya, bengkekkan hati aku banyak-banyak lagi confirm lepas ni cun melecun. (err, cara cakap macam orang lain tak punya hati, kan? ya, tak punya hati dekat aku)

nak hantar arnab pergi klinik.
okbai.
Read More

Projek sebulan.

4 comments


assalamualaikum. :)

hari ni dah hari ke-2 aku dekat rumah. aku tak kira hampa dah dok lama kat rumah. yang penting aku dah balik rumah, dan rasa oh sangatlah heaven bila dapat tilam yang sangat comfy dan of course tidur atas katil. banyak misi aku untuk cuti yang hanya sebulan ni. tapi absolutely, bukanlah plan untuk cari kerja ye. kasi aku rehat-rehat habiskan duit sudahlah. heuheu.

* jap, ada dengar bunyi pelik * krik krik. *

bila orang macam aku dah malas nak pergi shopping mall semua tu untuk beli barang, mulalah gatal je tangan cari barang-barang online. ini bukan alasan sebab berat badan bertambah ye yang membuatkan aku malas. actually, tengok barang-barang ni semua buat aku rasa nak beli je satu-persatu. tapi, pitih tak dop boh. kalau ada pun, kena menyimpan untuk masa depan.

tapi sebelum aku nak beli and nak jual something. aku ada banyak sangat benda dalam diri aku ni yang aku nak tunaikan. in other words yang lebih simple, cuba realize-kan janji yang I have made. kenapa sekarang aku sangat suka mix ayat dalam Malay and English ni? arghh. eh okay, kalau dah settle semua tu baru kepala otak aku ni nak jana benda baru pula.

nak ni. please.

ngantok weh.
tidur yok.
Read More

Cacamarba story.

2 comments


cuti pun dah start. final exam pun dah habis. sedar tak sedar, kejap je masa berlalu. umur pun semakin meningkat. lama-lama nanti perasan dah ada tumbuh uban atas kepala. itu pun kalau sempat, kan. jadi, cuti yang ada manfaatkan secukupnya. I'm jobless, wanna hire me some more? no, it's okay. aku nak REHAT. jaga kulit supaya dapat makanan yang secukupnya. and try to lose weight around 10kg maybe?

sampai je rumah, tak kemas barang tak buat apa-apa terus follow my mum pergi jemput adik balik dari tuisyen. sempat juga my mum pelawa, "nak burger bakar abang burn tak?". sambil berfikir-fikir, sebelum sampai rumah dah makan. ni nak makan lagi?? tapi memandangkan burger yang famous amos tu, aku pun dengan lahapnya terima je. rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. kita sesah je.

ni rupa dia. yummy is it?

burger bakar abang burn sangat fast and furious okay. tak sampai 5 minit pun kau duduk, mesti dah dapat apa yang kau order. and aku pula take away, cepat-cepat suruh my mum drive kereta sebab tak nak miss Maharaja Lawak Mega 2012 finale. sampai rumah, alaaaa. dapat tengok sikit je persembahan Jozan. why must they first? tak apa, esok mesti ada ulangan. Astro, kan.

sangat-sangat berpuashati bila nama Jozan diumum sebagai JUARA musim ni. dapat RM500k memang sedaplah. duo je kan. and memang dah agak pun, dari minggu first lagi. tapi, macam tak sangka pula SayWho dapat tempat kelima. pada perkiraan aku, diorang boleh dapat tempat keempat. dah rezeki masing-masing. nak cakap sebab diskriminasi ke apa ke, aku pun tak reti.


promote sebab memang sedap nak dibanding dengan yang lain.
mata gua dah rabak sebab drive dalam gelap, hujan, mengantuk.
esok nak buat puding karamel ho yea.
Read More

Happy Birthday my Dear.

4 comments


assalamualaikum. :)

kadangala kesibukan boleh membuatkan kita alpa kan. begitu juga dengan aku, dan tak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran ni yang aku boleh lupa akan sesuatu yang penting berlaku pada hari ini. it's my boyfriend birthday yaw! okay, mungkin ada yang rasa aku gedik, jadi sila click button pangkah yang ada dekat tab tu. (macam ada je orang baca)

sejak dari kelmarin aku tekun je siapkan nota yang tak berapa ringkas untuk subjek BPA20703, sampaikan malam tadi entah tidur pukul berapa (tak sedarkan diri langsung) jadi tak sempatlah wish birthday si dia tepat pukul 12 tengah malam. so keji kan perangai aku. dah nak masuk 6 tahun berkawan boleh lupa lagi birthday. dah lah hadiah apa pun tak prepare. aih keji keji.

jadi, kepada encik DT diharap sila maafkan saya. itu semua salah paper yang saya jawab hari ni. tapi, tu untuk masa depan saya juga tau. oh ya, saya juga harap awak turut bersama saya pada masa depan saya. harap sangat. jadi tunggu saya. kalau kesilapan saya ni tak boleh diterima, sanggup ke awak terima karangan surat rasmi dan tak rasmi dari saya? ngehngeh.


Happy Birthday My Dear. I always love you. please forgive all my mistakes done to you. nak hadiah? later okay. lambat sikitlah. huhuk. dah dah. tak boleh jiwang sangat dekat sini. ini blog, bukannya rumah. nanti kita celebrate birthday awak gempak-gempak okay. ngehngeh. eh saya pun ada nak tuntut hadiah, sebab awak kata kalau saya dapat A saya boleh dapat hadiah. *sukasuka*
Read More

Cucumber Mask & Egg White Pore Foam dari Skin Food

Leave a Comment


memandangkan sekarang tengah obses dengan produk kecantikan, aku pun melaksanakan misi ke Jusco Bukit Indah tempoh hari. segala kedai Skin Food, Etude House, Face Shop dan lain-lain ada dekat sana. Tony Moly je yang tak ada. kat CS ada la, tapi tak sempat nak pergi sebab aku rushing pun semata-mata keobsesan aku ni. teruk kan? orang lain yang jadi mangsa.

okay, masuk-masuk je. aku jalan-jalan dulu. kat ground floor tak best, (actually bukan tak best, tak ada yang dalam list) terus ke 1st floor. naik je terus aku nampak segala kedai kosmetik korea, kan. ermm, aku bukannya minat pun korea punya lagu ke apa ke. cuma, aku dapat tahu yang produk penjagaan kulit diorang best. mungkin ya, ataupun taktik perniagaan. (Tea Dno jadi mangsa)

nampak Skin Food dengan Face Shop dah gelabah, nak masuk yang mana ni? Encik DT terus lepaskan aku macam kambing keluar kandang dah. aku pun masuk Skin Food dulu, terbelek-belek then tanya kat beautician tu apa suggestion dia untuk kulit aku yang jenis oily dan open pores ni beserta jerawat. so dia pun kata yang muka aku ni jerawat naik sebab oily je. mendapatlah aku cucumber mask.

bila masih tak puas hati, minta pula cleansing foam. beautician tu suggest-kan egg white pore foam. function yang ni untuk refine pores yang ada dekat muka ni. ermm, tapi belum guna lagi. sebab aku nak habiskan dulu facial foam yang masih ada lagi. sekarang guna Skinz tapi tak complete set pun. oh ya, yang cucumber mask tu untuk soothing muka kita ni dan control la minyak masak yang keluar ni.


actually, ada je Skin Food ni dekat BP Mall. tapi seriously, aku berpusing-pusing dekat tempat yang sama banyak-banyak kali tak jumpa-jumpa pun melainkan Tony Moly je. kot aku yang rabun tahap gaban that's why tak jumpa. huhuhu. lain kali nak masuk Face Shop, bukan untuk aku ya tapi nak suggestkan untuk Encik DT produk acne yang sesuai untuk dia. mesti ohsem kan dia lepas tu.

okay, bila korang beli apa-apa produk dekat Skin Food ni minimum RM20 dan ke atas, korang akan dapat loyalty card. so bila dah banyak-banyak cop yang korang dapat atas card tu bolehlah redeem hadiah ya. satu cop RM20, so bila aku nak complete-kan semua ni? HAHA, rabak, rabak. (senang nak dapat cop sebenarnya, yelah satu item pun dah berapa hengget. kehkeh.)

rasanya sebulan sekali nak masuk kedai ni.
nak tukar produk, yang sekarang ni tak jalan dah.

Read More

Nak cantik dengan Tabita Skincare?

4 comments

Pernah dengar produk kecantikan brand Tabita? Kalau pernah dengar, boleh korang bagi pendapat and review sekali pasal produk tu. Yang dah pernah pakai tu lagi bagus kalau aku dapat pandangan korang kan.

Ya, aku pernah dengar. Tapi sebelum ni tak pernah pula teruja nak cuba produk tu. Baru sekarang je, sebab nampak makin ramai pula yang pakai. Memang hasil jadi putih mulus gebu kemerah-merahan. But, ada something aku dapat tau!

ni lah rupa produk tu? pernah cuba?

MOSTLY, yang bagi review pasal produk ni kata. Dalam minggu pertama dan kedua tu akan ada pengelupasan teruk akan berlaku. Bergantung kepada jenis kulit. Oh wait, itu je dah buat aku seram sebab tak pernah jadi macam tu.

Ada SIKIT je lah yang bagi review pakai produk tu okay. Tak ada pengelupasan, terus dapat hasil menarik tertarik dalam masa dua minggu. Yang kena kelupas-kelupas dekat muka pun, diorang kata kejap je. Tuntasnya??

Pendapat sesetengah orang, nak cantik biar sakit pun tak apa. Namun bagi aku, biarlah tak cantik pun asal aku tak terseksa sebab kejar tu semua. Seriously like hell I said. Huhu. Larikss~

Read More

Tanah rupanya macam kulit muka.

Leave a Comment


petang tadi, baru lepas exam BPD20502 Mekanik Tanah. sempat juga semasa nak memuntahkan idea-idea keluar dari kepala otak aku ni, berfikir "rupanya tanah ni ada serupa macam kulit kita juga ek." entah macam mana boleh terfikir sampai macam tu sekali, aku pun tak paham. mungkin sebab dah blank sangat, tak tahu nak muntahkan apa lagi dari kepala otak ni. hehe.

tapi ada betulnya, kulit muka manusia nak cantik kena ada base / foundation dulu, bila dah siap baru boleh letak segala macam make-up yang ada depan mata tu. lepas tu siap touch-up dengan finishes. rasanya memang sama je lah kulit muka ni dengan keadaan tanah yang nak dibuat something di atasnya. bermula dengan foundation dan diakhiri dengan finishes.

bila ada zarah-zarah tanah yang terbuka, haruslah dibuat pembaikan dengan menutup liang-liang terbuka tersebut. dalam keadaan kulit muka pun sama je, ada pori-pori terbuka haruslah tutup dengan exfoliator lah entah apa jadah lah nama benda tu semua. aku pun tak tahu menahu sebenarnya. sekarang baru nak berjinak-jinak sebab pores aku ni sangat obvious. cet.

tapi, bila pakai produk macam-macam ni. sedikit sebanyak mesti kulit muka akan terhakis, ye dak? ada certain produk memula muka nampak macam buruk, bila dah lama-lama baru licin, berseri, putih gebu. hurm, tanah pun begitu kot. memula tak sekata, bila dah kena excavate, buat kerja pengorekan, meratakan dan memadatkan, dapatlah permukaan yang licin dan kemas.

jadi, motif aku sebenarnya.
nak cerita pasal tanah je.
mengantuk, please tidur. okbai.
Read More

Keperluan dan kemampuan.

4 comments


sekarang semua tengah sibuk final. ada yang dah nak balik dah kot sebab final dah habis. hehehe. dan sejak akhir-akhir ni, banyak pula barang yang aku nak shopping ditambah ke dalam list. rabak rabak, duit dalam poket. oh ya tak lupa, dah nekad tahun 2013 ni aku nak tampil lebih cantik dan lebih sihat dari tahun-tahun sebelumnya. nak juga kulit jadi ala-ala putih pinkish gitu. aku ni putih kuning je. cet.

so here it is,

Daiso Natural Charcoal Mask
Tony Moly Lip Tint
Kokuryu Super Summer Cake
Printed top + handbag
Powersey 20000mAh powerbank
Apple iPad 4th generation
Macbook Pro
itu je kot buat sementara ni. lepas ni update lagi apa yang aku nak beli. dalam wishlist, tak tentu semua kita boleh beli. beli ikut keperluan dan kemampuan je sebenarnya. tapi aku lebih kepada kehendak ni. kemampuan terus zero. hehe. jadi untuk memenuhi tuntutan nafsu kehendak aku ni, haruslah aku berjimat-cermat dan berniaga selagi boleh niaga. jadi businesswoman yang berjaya gamaknya.

pssst. mana nak dapat cosmetic item dengan harga murah ek?
online siap free postage or kedai cosmetic itu sendiri.
aku kalau dah nak, tetap nak juga. 
Read More

Tahun baru.

Leave a Comment


masuk tahun baru, semua orang pun ada azam baru. kalau aku, ada orang tanya "apa azam tahun baru kau, Tea?" aku akan jawab semoga kehidupan aku menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang dah lepas. apa yang dah berlaku, biarkan berlalu. tak semuanya manis dalam kehidupan ni. yang kita tak sangka pun boleh berlaku. dividen ASB pun dah update. eh apa kena-mengena? haha.

buku aku masih lagi yang AKAUN REMAJA tu tau! seriously.

sepatutnya aku ni dah kena menghadap segala buku-buku yang tebal dekat rumah, tapi aku sangat malas. bawa buku ke hulu ke hilir, tapi buka satu muka surat terus tutup semula. bila nak khatam ek? haish. kadang-kadang aku terfikir juga macam mana budak genius boleh baca je buku tu terus-menerus. kalau aku mesti dah muntah. emm mesti azam dalam diri mereka kuat. T____T

I'm craving for Domino's Pizza. dah dapat pun. susah tau kalau nak kahwin dengan aku ni, sebab aku suka makan makanan western. so as you all know, makanan western bukannya murah. mahal okes. lain la kalau yang dah jadi cikedis yang boleh dapat dekat market tu mungkin lah murah kan. habis rabak duit bakal laki aku nanti. minta-minta si dia boleh bersabar tak pun aku ke yang ubah pemakanan.


sekarang ada lagi satu wish, selain iPad 4th generation. emm aku nak powerbank. kapasiti tak banyak sangat pun tak apa. janji aku senang, pergi mana-mana boleh bawa je tak ada lah tercari-cari power source bila bateri phone, tablet habis. yela, aku ni kuat merayap. tak boleh duduk diam dekat satu-satu tempat untuk tempoh yang lama. oh, maybe this year jalan Singapore every week?


satu masalah sudah settle. 
hopefully segala masalah, aku boleh handle dengan waras.
kuatkan semangat.
chayok! chayok Tea!
Read More

Say No to Stupidity.

4 comments


sometimes, I act like I'm good, genius, brilliant. padahal, poyo je yang lebih. bila difikir-fikirkan balik, rupanya bodoh stupid je yang banyak dekat aku ni. macam kes-kes baru ni, err adalah halnya. dah menampakkan kebodohan aku di situ. semuanya sebab benda yang kononnya diisytiharkan sebagai 'free'. free lah sangat kan, walhal sebenarnya 'free'. pfftt.

sekarang, diri sendiri yang rasa menyesal. nak menyesal pun, apa boleh buat. masa bukan boleh undur balik ke belakang. cuma nak fikir dan cari cara macam mana nak settle kan masalah yang datang. harap-harapnya semua boleh selesai dalam masa terdekat. lagipun, dah dekat sangat final exam ni. tak suka benda kecil serabutkan kepala otak aku thus jadikan masalah besar.

so, be more careful next time. jangan nak mudah percaya dekat orang yang tak dikenali, even orang yang kita dah lama kenal pun tak boleh nak trust 100% kan. ingat, tak ada barang yang boleh dapat free dalam dunia sekarang ni. caj masuk tandas pun dah naik dekat certain tempat tu nak kencing/berak buang air sampai 50 sen. mulut yang bercakap mostly dah kena sapu gula. that's why 'manis'.
Read More

Trip to Kuala Lumpur.

1 comment


hari ini rasa malas nak berkata-kata banyak sangat. nak suruh tengok gambar je, hari ni bukan wordless wednesday. hehehe okay. minggu lepas hari Khamis trip aku to Kuala Lumpur. jakun, sebab dah lama tak sampai sana after a few years. aku pergi naik komuter, as my mummy don't give out permission to me for driving alone. tak kisah pun sebenarnya, sebab aku excited nak naik komuter. ngehngeh.

bila naik ladies coach, aku rasa agak selamat berbanding naik di coach lain. sebab tak ada lelaki. I admit, this is the first time aku naik komuter setelah ada ladies coach. again, jakun. destinasi yang dituju dalam tiket, Bank Negara. there, I met my old friend yang dah lama sangat tak jumpa after zaman sekolah tamat. dengan masing-masing dah bawa diri ke tempat dan suasana pembelajaran baru.

a lot of changes dalam diri Nana. sampai hati aku pula yang terdetik, bila agaknya aku boleh berubah macam tu? aku yang sekarang ni pun pakai selebet-selebet lagi, tudung pun kadang-kadang singkat. baju pula, macam nak jadi sarung nangka kadang-kadang. tapi, I'm trying. semoga aku boleh jadi lebih baik dalam masa yang terdekat. biar orang nak kata apa, janji diri sendiri perlu positif.

dekat Teppanyaki, TS.

dah masuk cerita lain pula aku ni. patutnya, aku cerita trip aku pergi KL. okay, aku pergi sekitar Jalan TAR, Masjid India. shopping lah. tak banyak sangat, sebab aku kedekut. hehehe. and then, ke Berjaya Times Square, shopping lagi dan lagi seterusnya ke Plaza Low Yat dan Sg. Wang. dekat Low Yat memang buat aku sangat rambang mata tengok macam-macam benda. huhu. sabar je lah.

Chicken Teppanyaki. taste? okay je.

masa tunggu tren nak pergi KL Sentral sempat snap gambar.

naik tren dari Seremban > Bank Negara harganya RM6.10. bila dari KL Sentral > Seremban, alah seposen je beza bermakna RM6.00. tapi dah lama tak naik, rupanya harga tiket dah naik kan, sobsobsob. InsyaAllah, kalau ada masa lagi lain kali, aku akan jejak lagi ke KL. suka juga jalan-jalan sana, cuma serabut sebab sangat sesak dengan orang. sesekali okay lah, asyik pergi jalan JB je kan.

*dah pakai kejap UMobile, nak pergi terminate pula ah. kehkeh. 
kena bayar tak eh?
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home