ORANGES

Perihal mama.

3 comments


Assalamualaikum.

lama sungguh rasanya tak update blog ni. sampai dah berhabuk, bersawang. domain name pun sampai dah berubah. sangat-sangatlah tak ambil tahu, akhirnya lupa nak renew domain sendiri. haih, tak pasal-pasal kena menunggu nak dapatkan semula domain tu 22 hari lagi. sobs. sabar sajalah duhai hati.

ke mana saya menghilang?

saya tak hilang, cuba sibuk menguruskan hal diri sendiri dan keluarga. keluarga? ya, keluarga. buat pengetahuan semua, saya telah pun bernikah dan mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki pilihan hati yang memang telah lama saya kenal. banyak saya pernah selitkan tentangnya dalam blog ini.

sekalipun dah mendirikan rumah tangga, kenapa sampai tak ada masa update blog?

oh, hidup macam kelam-kabut sedikit. ya, sebelum ni hidup sendiri. tak, bukan hidup sendiri tapi dengan mak abah. hidup bawah tanggungan mak abah lain rasanya okay. dulu boleh nak manja-manja dengan mak abah, sekarang no-no. bermanja dengan suami sajalah. sekarang syurga bawah tapak kaki suami.

tetiba je guna panggilan saya?

nampak sopan dan ayu sikit walaupun tak, huhu, sejak-sejak dah bergelar mama ni kenalah tunjuk contoh yang baik kepada anak dan bakal anak, anak, anak, anak, anak yang akan datang. InsyaAllah. tapi, sikap saya yang cepat naik angin tu belum boleh untuk hilang sepenuhnya. cubalah.

cerita pasal anak, dulu semasa berdua. maksudnya, saya dan suami, sangat lain rasanya. mana-mana semua nak berkepit je dengan dia. tapi, bila dah ada anak dah kena kurang sikitlah. baby macam ada jeles sikit dengan papanya. huhu. lepas tu, sangat-sangat banyak benda nak kena rush. it's normal kan.

okay, stop sampai sini dulu update tentang perihal mama muda *muntah* buat masa ni. kalau terasa nak update lagi, InsyaAllah akan diluahkan lagi. nature's calling oi. T________T
Read More

Ku yang dulu, bukanlah yang sekarang.

Leave a Comment



kehidupan aku sekarang dah berubah sama sekali. daripada single dah berdua. nanti tak lama lagi dah bertiga, berempat, berlima, beramai-ramai pula. InsyaAllah, itu pun kalau dipanjangkan umur dan jodoh olehNya. walaupun nampak gembira, bahagia dari luaran, tak dinafikan kadangkala ada juga time yang buat aku terasa hati, rasa nak marah, mengamuk semua. biasalah, orang pun cakap, langit tak selalunya cerah. mesti ada mendung, hujan juga. ribut taufan je minta dijauhkan.

dah lama aku menyepikan diri dari dunia blogging. kawan-kawan blog pun entah ke mana. dulu-dulu rajin je blogwalking ke sana sini. nak kata sekarang tak ada masa, ada je. cuma diri sendiri yang malas nak buka laptop, online. banyak online dari handphone je. senang. lepas ni tak tahu la masih boleh blogging lagi ke tak. tunggu dan lihat je. nak sharing apa dengan orang lain pun dah tak tahu sekarang ni. lagi suka bawa diri je kot. kalau rasa malas nak cakap banyak, senyap aje. huhu.
Read More

Kesedihan dan kekesalan.

Leave a Comment


kadangkala, rasa cemburu melihat orang lain bahagia. mungkin aku tak dapat merasai seperti mana yang mereka rasakan, tapi tak mustahil satu hari nanti kehidupan aku boleh menjadi lebih baik. tak siapa pun yang tahu kan, apa yang Allah rencanakan untuk kita semua.

mungkin hari ini aku hanya dapat hidup dalam kesedihan dan kekesalan yang tak sudah-sudah tapi tak juga mustahil andai esok lusa aku boleh gembira seperti mereka yang lain itu. aku hanya perlu berfikiran positif dan meneruskan sisa-sia kehidupan yang masih ada ini.

tak pernah terlintas pun dalam fikiran ini untuk menjadikan kehidupan aku sebegini. setiap orang mempunyai impian yang menggunung, lagi-lagi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita. apalah yang mereka rasakan apabila kita memalukan mereka? kecewa, marah, sedih dan pelbagai lagi kan.

maafkan aku.
Read More

Hanya berserah.

Leave a Comment
Dah lama rasanya tak menulis. Nak menulis pun, hidup masih tak stabil. Ingin meluahkan sesuatu perkataan keluar daripada mulut memang sangat sukar, mungkin bila dah terluah tu baru rasa lega sikit, agaknya. Agaknya. 

Kadangkala, cuba tengok orang sekeliling. Mereka kata mereka boleh faham akan keadaan diri kita, tapi bila tahu je akan sesuatu kebenaran, mulalah meroyan. Entahlah, nak bercakap lebih pun tak guna. Lain orang lain pengalaman. 

Kesalahan yang kita lakukan, mungkin setimpal dengan apa sahaja balasan yang kita terima. Tapi, sebagai manusia, rasanya tak perlu untuk menghukum sesama manusia. Mungkin ada hikmahnya akan kesalahan tersebut berlaku. 

Dah tertulis sedari hakiki, sesuatu perkara itu akan dan bakal berlaku. Cuma kita sedar atau alpa sahaja. Memang boleh untuk mengubah sesuatu perkara itu, tapi apabila diri dah terlalu leka dengan keduniaan, maka kesilapan demi kesilapan akan terus terjadi. 

Kesalahan yang telah aku lakukan, biarlah aku yang menanggung. Andai dibuang sekalipun, aku terima dengan redha. Sudah menjadi lumrah, benda yang buruk tak akan ada orang yang mahu terima. Terserah. 
Read More

Mengimbau kenangan.

Leave a Comment


perangai aku, memang dari kecik lagi suka berjalan-jalan. pantang ada masa terluang sikit mesti aku nak merayap pergi mana-mana. ada duit ke tak ada duit, tetap nak keluar dari rumah. aku ni dah memang jenis tak suka terperap dalam rumah. melainkan kalau dah betul-betul penat, barulah seharian aku tidur, kot. itu pun kot je lah. hehehe. selagi ada kudrat, larat aje kalau nak ajak aku pergi mana-mana. jangan ajak pergi tempat yang boring je.

aku ingat lagi, masa aku sekolah rendah. tunggu abah aku jemput dari sekolah, rasa boring je dah tunggu lama-lama. aku pun pergi ajak member merayap pergi kedai sederet dengan sekolah tu jugak. tapi kedai tu bahagian belakang, quite sunyi jugak lah. tapi dulu tak banyak penculik macam sekarang. gigih jugak pergi, semata-mata nak beli aiskrim. dulu ada satu aiskrim tu sedap sangat-sangat, sekarang tak ada dah. nama apa pun tak ingat. huhu.

bila masuk sekolah menengah, suka balik sekolah jalan kaki. nanti sebelum balik rumah, boleh singgah mana-mana dulu. singgah 7E ke, kedai mana-mana ke. janji boleh cuci mata. bila dah form 4, form 5. dah ada lesen, boleh bawa motor. lagi panjang langkah. habis je time kelas, call mak dulu cakap nak balik lambat. lepas tu ajak member pergi makan McD sama-sama. oh, McD dan aku memang tak dapat dipisahkan dari dulu. itu je favourite. sebab tu bulat.

masuk matriks, dah jauh sikit dari rumah. dapat outing, pergi pekan Kuala Pilah. tapi Pilah quite boring, pergi Bahau lah pulak. lepas tu, bila dah kenal Zura. time cuti, ikut pergi rumah dia dekat Johor Bahru. sekarang, belajar pun dah dekat Johor. dekat Parit Raja pulak tu, memang Johor Bahru dengan Parit Raja tu aku dah anggap 10 minit je. haha. weekend je, time free je. aku jalan-jalan, lepak-lepak dekat sana. walhal, tak ada apa pun yang best sangat. huhu.

lepas ni nak buat passport, keluar masuk Singapore lah pulak. luaskan kuasamu. eh bukan. jauh perjalanan, luas pemandangan. betul ke? tapi apa yang best dekat Singapore tu. barang pun mahal berganda. dah pernah sampai sana, rugi kalau nak shopping. kalau nak beli barangan elektronik ok lah kot. sebab sana memang lagi murah dari sini. tapi macam-macam rumours juga sampai kat telinga ni. "kalau beli telefon kat sana, nak kena setting semula sebab nanti line tak kuat."


Read More

Tiada motif.

Leave a Comment


esok ada exam lagi. chayok chayok. walaupun aku tak tahu apa yang aku baca, apa yang aku tengok. yang penting esok exam. tu je. mudah-mudahan soalan tu senang nak jawab. hihihi. mata dah ngantuk ni, maknanya nak kena tidurlah, apa lagi. good night guys!
Read More

Exam dan masalah.

1 comment






minggu ni dah start final exam. kepala serabut nak exam, dan serabut dengan benda lain sekali. boleh je kalau nak asingkan segala masalah ni. tapi hai entahlah, tak tahu nak cakap macam mana. it's okaylah, just wish me luck untuk final ni dan semoga aku boleh setelkan masalah yang menyerabutkan hati dan perasaan aku ni. daa~
Read More

Tinggal.

2 comments


ada masalah. tapi tak tahu nak mengadu domba pada siapa. pernah terjadi tak kat korang? mesti pernah walaupun benda kecil. sebab hidup kita sebagai manusia ni tak pernah lari dari masalah. lagi banyak kesilapan yang kita lakukan, lagi banyak masalah yang bakal melanda kehidupan seharian kita. bukan aku nak mengeluh dengan dugaan yang mendatang, cuma kadang-kadang terfikir "adakah aku kuat nak menempuh semua cabaran seorang diri?" ada masanya aku rasa aku cukup kuat, mampu nak tanggung seorang diri. ada kalanya aku perlukan seseorang di sisi yang boleh beri bimbingan dan dorongan untuk aku terus berjalan ke arah yang lurus, bukannya jalan yang bengkang-bengkok dan penuh onak duri. tapi, itulah aku sekarang. aku sendiri dalam dilema. nak uruskan diri sendiri makin tak pandai.

nak ditinggalkan terasa sayang, ingin teruskan perjalanan hidup sebegini aku rasakan tak patut. aku tak tahu apa yang aku harus lakukan untuk aku redakan perasaan aku ni. Ya Allah, berikan aku petunjuk untuk aku buat keputusan yang sebenar-benarnya. mesti orang banyak cakap, masa dah susah baru nak cari Tuhan. bila masa senang, kewajipan sendiri sebagai umat Islam pun entah letak ke mana, kan. aku memang tahu yang aku banyak sangat buat silap. tapi, aku tak nak susahkan orang yang berada di sekeliling aku. aku cuma berharap yang aku dapat pergi jauh dari tempat yang aku berada sekarang ni. buat satu kehidupan yang baru, cuba lupakan apa yang telah terjadi dan teruskan hidup. biarlah aku seorang, biarlah aku sendiri. kalau aku boleh buat semua tu dengan sewenang-wenangnya. aku bukan hidup di dunia fantasi.

hm.
Read More

Mesti kena tengok.

2 comments


Assalamualaikum.

lama sangat tak update blog. mungkin aku terlupa akan kewujudan blog ni seketika. nak kata aku terlampau sibuk dengan kehidupan seharian, takde lah pun. masih lagi boleh bernafas lega seperti orang lain. masih juga mempunyai 24 jam seminggu seperti orang lain. cuma, masalah je yang tak pernah lepas daripada melawat diri ni. nak fikir banyak sangat, malas. aku nak orang lain yang tolong fikirkan pula, boleh tak?

eh, ada lagi Nuffnang duduk bergayut-gayut nak bagi earning pada aku ek? aku ingat lama dah tak buka blog, dah takde kempen yang still on going. terima kasih banyak-banyak. walaupun visitor aku tak ramai pun, maybe almost at zero kot tapi masih ada banyak juga earning yang masuk. nak tunggu masa boleh cash out. duit pun dah start kering dalam kocek ni. biasalah, hujung semester punya cerita.

rasa nak share pasal movie Fast and Furious 6 lah. mentang-mentang baru lepas tengok tadi. memang best Fast 6. bagi aku, movie omputeh jarang ada yang mengecewakan aku. kalau tengok dekat panggung, dengan sound effect yang bombastik memang cukup best. bukan nak kata aku tak support filem melayu, tengok still tengok tapi jarang sangatlah nak tengok dekat panggung. okay, tak sabar nak tunggu Fast 7.
Read More

Model jambatan yang tak runtuh.

5 comments
Pagi tadi baru saja selesai pertandingan model jambatan untuk course aku. Rugi siapa yang tak datang tengok. Semuanya lawa-lawa dan gempak belaka. Kecuali group aku punyalah. Kami buat cincai je, tak sekreatif orang lain punya idea.

Kalau ikutkan boleh je nak compete dengan orang lain punya model, tapi tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni. Masing-masing pun ada kekurangan tersendiri. Aku pun sama je, cuma insan biasa yang tak lepas dari kesilapan.

Specs untuk model jambatan tu dah diberi. Beban yang dikenakan ke atas jambatan ada 2 jenis. Untuk yang guna kayu 5mmx5mm beban cuma 4kg. Kayu 10mmx10mm bebannya adalah 8kg. Maksimum beban 16kg. Hebat?

Ada 18 group yang bertanding semuanya. Dan group aku yang paling sikit ahli kumpulan iaitu seramai 4 orang je. Kesemuanya perempuan pula. Berbekalkan ilmu SUKSIS dan PALAPES yang tersemat, jadi macam rupa rakit dah.

Tak menang tak sedih pun, sebab tu semua adat pertandingan. Cuma, kalau aku selidik lagi dalam pembikinan model jambatan tu mesti boleh buat lebih baik daripada yang sedia ada ni. Okay, takpelah. Dah lepas pun event tadi.

Sebenarnya, aku craving sangat nak makan KFC. Tapi, macam kenyang. Then, takde siapa yang sudi nak teman aku makan dekat situ. Take away kang, banyak pula yang nak kaut masuk mulut sorang sikit. Haih nasib, nasib.
Read More

Hilang memori.

3 comments
Assalamualaikum.

Aku baru je kehilangan memory card micro baru-baru ni. Bila aku sedar? Semalam! Itupun masa nak pergi Majlis Perasmian Tabung Wira Lahad Datu dekat kolej kediaman UTHM. Aku pun tak pasti mana nak cari benda yang dah hilang.

Kalau ada pun, mungkin dah kena buang dengan makcik cleaner ataupun orang dah ambil. Walaupun harga memory card micro tu dah murah, dengan saiz 8gb dah boleh dapat RM30 macam tu, tetap tak mustahil ada orang nak, kan.

Apa-apa pun, memang aku sendiri yang cuai. Dah tahu benda tu kecil, letak lagi dalam purse. Mungkin benda tu terkeluar masa aku ambil duit syiling. Ada tak apa-apa alternatif yang boleh buat aku ketemu semula dengan memory card micro aku tu? Hmm.
Read More

Tahun 2 Semester 4

1 comment

Semester baru dah bermula. Masuk-masuk je kelas, lecturer pun berbunyi, "So far, how's ur pointer? 1st class or just nyawa-nyawa ikan?" Well, tu adalah topik hangat awal semester kan. Bila jumpa PA @ penasihat akademik pun mesti beliau tanya pointer ada increase or tak. Kalau aku punya, so far so good. Kena try dapatkan yang lebih bagus. Tak pernah merasa 4 rata lagi. Heuu.

Kelas on off on off je lah. Biasalah, baru 1st week. Bebudak ni pun huru-hara insert subject, delete subject. Aku tak kot, sebab malas nak serabutkan diri. Biar je stay in the same class and the same section, lagipun tak ada yang clash dengan mana-mana subject lain pun. Quite okaylah walaupun ade kelas malam, asalkan kelas pagi aku kurang. Mostly, kelas semester ni start 10am above.

Yang dah lepas, biarkan lepas. Just go on with our life, pandang ke hadapan kejar cita-cita. Menunggu duit elaun masuk sememangnya perkara yang paling tak best, tapi masuk lambat pun bagus juga sebab dapat berjimat-cermat. Ececeh iyelah tu. Sekarang obses dengan baranh branded tau, sangat takut dengan perubahan diri sendiri yang amat ketara. Please please kembali kepada asal.

Mood study masih tidur.
Hopefully by next week dah fully wake up.

Read More

Sisa cuti.

1 comment

Assalamualaikum.

Draft banyak terkumpul dalam blog ni tapi tak publish lagi. Tak habis karang satu hal, kebuntuan idea melanda pun 1 hal lagi. Hehe. So, better kita share benda yang berlaku dalam kehidupan seharian je pun okay kot. Oh, I'm officially back to Parit Raja. Homai. Balik lagi ke sini. Tapi tak apa lah, niatkan dalam hati nak menuntut ilmu je. Dah tak lama lagi.

Memandangkan semalam masih lagi cuti (dan hari ini pun mood bercuti juga), aku pun pergilah keluar dengan cinta hati. Pergi makan-makan, shopping sikit. Dah lama sangat tak makan Kenny Rogers, so bila cinta hati yang belanja jadi bertambah sedaplah kan. Heuheu. 1 je masalah, aku tak kenyang. Homai, besar pula perut ni kalau bab-bab orang yang belanja. Kalau duit sendiri, kedekut.

Beli t-shirt at Padini, banyak murah-murah pula. Candy jeans je tak ada offer sangat. Kalau offer gila-gila, harus juga aku rembat 2 helai jeans kan. Kuning 1, electric blue 1. Homai. Kaki dah lah besar gedabak, ada hati nak pakai jeans colorful ni ek. Heuheu. Aku tengok orang pakai cantik je, so sikit-sikit ada perasaan berbaur cemburu dalam hati datang bertandang. Ecewah.

Ikutkan hati, Skin Food nak masuk. Etude House pun nak masuk. Tapi, cinta hati kata hari tu kan dah masuk. Dia pun dah pening-pening tengok orang ramai dalam kedai. Tolak sana sini nak berebut barang offer. Aku pun surrender, "okay". Masuk kedai Daiso pun cuci-cuci mata je, nak beli kain felt konon-kononnya tapi tak beli juga. Kalau beli pun, entah masa bila aku nak ber-handcraft. Heu.

Read More

Cousin's wedding.

Leave a Comment

Hai uols. Beberapa hari lepas aku balik Mersing. Well, menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal dengan aktiviti yang berfaedah. Dari aku melepak tak tentu arah habiskan duit kan? (padahal duduk dalam rumah je lagi habis duit. Hee.)

Aku balik Mersing atas sebab cousin lelaki aku kahwin. Kahwin dengan orang sebelah-sebelah kampung je. Tapi itulah, pengantin sampai agak lewat. Dalam pukul 2.30 petang camtu. Nasib baik orang tak putus-putus datang.

Cousin kahwin, aku yang habis-habis melaram. Hari sebelumnya, macam-macam baju aku bawa keluar dari robok. Last-last pilih baju recycle je. Recycle pun, baru sekali dua je pakai. Orang lain confirm tak perasan or tak tahu langsung kehadiran baju tu.

Sabtu ni, dah kena balik Parit Raja semula. Sebelum balik rumah sewa tu, nak singgah rumah pakcik aku dekat sana. Hantar baby arnab dua ekor. Nak bela, katanya. Hehe. Oh comel giloss nak lepaskan mereka. Sobsobs.

Read More

Shawl Halfmoon.

5 comments


nah.

finally, I got my halfmoon shawl instead of chiffon fishtail peplum yang dok digila-gilakan. beli sendiri je, bukan beli online ye kawan-kawan. agak memilih juga dengan shawl halfmoon punya kain. biasalah, nak kain yang baik tapi nak harga murah je. tak patut betul kan. jalan punya jalan, aku jumpa halfmoon berharga RM85 dan RM95. beza dekat manik je.

huh, mahalnya!

so, aku jumpa 3 tempat. yang aku ingat namanya dua je. satu, Ruqayyah Boutique and another one, Santun Anggun Collection. murah pun murah. one piece kau boleh dapat dengan harga serendah RM22. murah tak semestinya buruk, mahal tak semestinya berkualiti. yang penting kena pandai cari dan pandai survey harga. asalkan warna menepati citarasa, it is just enough.

no. 2 dari kiri tu grey tau.

okay, tu je for this entry. gambar aku wearing shawl ni belum ada lagi. baru test pakai adalah. rasanya nak pakai yang warna grey tu masa pergi wedding sepupu aku dekat Mersing hujung minggu ni. oh ya, nak perbanyakkan koleksi shawl halfmoon. nanti nak bertunang boleh pakai as a veil kan, boleh juga jimat kos. barang sekarang makin mahal. huhuhu.

nak colored jeans.
Read More

Color block alert!

2 comments


hai readers yang ohsem.

trend berfesyen orang perempuan semakin macam-macam dah sekarang ni. cuma cepat atau lambat je nak adapt perkara tu. today, aku nak cakap pasal color block fashion. dulu, nampak macam pelik tengok orang pakai kaler ala-ala bendera Malaysia tu semua. lately, sangat-sangat boleh terima. kalau tak, masakan aku boleh ada jeans kaler pink? ohmai.

macam gambar clutch kat atas ni. sangat cantik kombinasi color block tu kan. tapi jangan tersalah pilih kombinasi, nanti mungkin boleh jadi macam pokok krismas bergerak. (suddenly teringat, masa sekolah dulu suka sebut perkataan pokok krismas bergerak) or mulut yang jahat berkata-kata ni akan kata "urgh, gila ke dia pakai macam tu?" 

aku suka tengok orang yang gayakan color block ni. nampak smart sangat. tapi aku sendiri tak berani. iyalah, jenis big size kot. nanti apa pula orang kata. nak pakai kaler-kaler macam ni perlukan confidence level yang amat tinggi. mungkin tak lama lagi, aku akan bergaya juga macam ni, and tak peduli apa orang cakap?? tunggu.


lepas ni, agak-agaknya fesyen pakaian apa pula yang timbul? asalkan masih berpakaian aku boleh terima pakai guna akal yang waras ni. misi aku lepas ni, banyakkan jeans dan skirt warna striking. ho yeah. dah penat juga pakai jeans hitam / biru ni. cehh. keluarlah dari kelompok warna hitam, sesekali cuba warna yang gorgeous sangat ni.
Read More

Daily supplement.

2 comments


assalamualaikum. :)

hari ni tak ada motif nak tulis entry sebenarnya. dah tak tahu nak merapu apa. sebab aku sekarang tengah gilakan fesyen fishtail peplum or peplum sahaja. eleh, peplum ni sebenarnya masa zaman Saloma dulu dah ada pun. sekarang baru timbul semula. kesian betul. termasuk aku golongan yang kesian tu. sobs sobs. nak mencari kain yang sedap payah ya amat pula tu.

okay.

bukan tu aku nak cerita. dulu, aku tak kisah pun pasal daily supplement ni semua. tapi, bila umur dah meningkat, aku rasakan benda tu perlu untuk jaga luaran dan dalaman. eh tak guna tau jaga luar je, tapi dalam Subahanallah. yelah, aku tak nak tetiba orang panggil aku makcik. bila tanya umur, what? baru 18 tahun. (muntah) biar maintain adik-adik je lah ni kononnya.

1. VCO Catalyst


mula-mula ambil supplement ni, aku pun ada terfikir, what the hell makan minyak ni ek? nanti makin berminyak muka aku ni. huhu dan memang ya, makin berminyak dan bertambah subur pula jerawat. tapi untuk seminggu je, lepas tu muka dah semakin okay. sekarang dah nak masuk sebulan aku amalkan VCO Catalyst ni. rasa badan lagi banyak energy.

2. Vitamin C 1000mg (Pahang Pharma)


orang kata ini untuk kulit. yang ni nampak gayanya cepat betul serasi dengan aku. baru amalkan lebih kurang seminggu, kulit dah nampak ada seri sikit. dulu, kalau cerah selalu nampak kusam je (usually dekat muka) tapi sekarang dah ada nur kot. memang nampak perubahan. tinggi kan dos 1000mg? badan manusia boleh tampung Vitamin C at most 2000mg. kalau lebih, cirit nanti.

go go chayok. capai misi 2013. dan, harus juga target dalam study untuk dapatkan pointer 4 flat. tak kira susah macam mana pun.

kalau nak beli boleh contact aku.
VCO Catalyst, RM39.90 (1 botol 60 softgel).
Vitamin C 1000mg, RM90 (1 botol 100 tablet).
Read More

Penjenamaan semula produk.

2 comments


hui. dah lama tak update blog.

aku menghabiskan masa terluang aku dengan main game, cari barang online, bisnes bisnes dan bisnes. sampai blog pun terabai. nak pergi shopping, duit tak ada. sobs. so far, yang banyak aku jumpa dengan searching thru google web semua tu, produk kecantikan. produk kecantikan. ya, produk kecantikan. (saja ulang banyak kali, malas nak fikir tulis apa)

aku dapati, banyak produk kecantikan yang macam di-rebrand/dijenama semula. tak payah tanya aku produk apa, korang search je kat search engine tu, macam-macam produk keluar. contoh: a-d**, ta**ta, ** beauty. bila tengok produk-produk tersebut, day cream dan night creamnya sama je. biasanya untuk day cream kuning, yang night cream pula warna putih.

bukan setakat macam dijenama semula, rupa bentuk pun sama. pencuci pun boleh warna yang sama. harga je yang berbeza. nampak macam mewah sikit, mahallah harganya. biasanya, yang pakai pencuci berbentuk sabun buku tu, murah sikit. sampai aku yang tercari-cari produk apa nak pakai pun, tak jadi beli. dah kalau testimoni semua cakap mengelupas, tak takut? huhu.

aku tak nak jatuhkan perniagaan orang lain. lain kulit lain hasilnya kan bila pakai sesuatu produk. Alhamdulillah, sejak cuti ni jerawat tak tumbuh meliar, dan kulit pun makin cerah. aku telan VCO dan Vitamin C lepas tu pakai produk Olay, SkinZ dan Skin Food. keluar pula, tepek bedak Miyami dan lip tint dari Tony Moly sikit. siap!


aku cari BB cream je sekarang ni. BB cream yang sedia ada dah nak habis, dan dah lama juga tak pakai. yang sekarang pakai brand Lelan Vital. mungkin next time nak cari dekat Etude House or SaSa. tanya dekat beautician tu je senang, nanti dia boleh tolong suggestkan mana yang sesuai dekat muka aku ni. aku tak nak nampak dull je. biar glowing, kan nice.

siapa-siapa nak order Felinna Inchloss,
boleh tekan dekat Contact Me tu ek.
Read More

UTHM students! Result is out!

7 comments


result untuk semester 3 aku dah keluar. keluar dekat senarai tampal lah tapinya. biasanya, dekat senarai tampal tu dah confirm akan ter-print atas result sebenar kita tu kan. sepanjang belajar kat uni ni, tak pernah pula lagi aku tengok result dekat senarai tampal tu bertukar lebih teruk ataupun lebih baik apabila official result keluar. seriously.

erm. kadang-kadang apa yang kita target untuk cemerlang tu yang kita tak dapat. bila subjek lain kita target macam bodoh-bodoh biasa-biasa je, dapat yang pula gred A nya. macam tu jugalah yang terjadi pada aku. aku target untuk subjek Mekanik Tanah cukup-cukup makan (sebab aku tahu usaha aku setakat mana waktu tu), tetiba boleh A.

so far with this semester 3 achievement, I feel really grateful. Alhamdulillah. actually these result much more better than semester 1 if wanna compare with the GPA. mungkin sebab usaha lebih sikit untuk semester ni. ada benda yang aku nak buktikan pada orang lain. tak semestinya berusaha bersendirian membolehkan aku dapat kejayaan ini.

sangat bersyukur kepada Allah SWT.
Read More

Puding roti.

3 comments


kalau aku dah duduk dekat rumah, memang macam-macam benda yang aku nak try. yelah kan, dapur ada, oven ada, pengukus ada. semua benda pun aku nak jadikan experiment. experiment masakan, jadi tak jadi tak penting. janji niat di hati tercapai nak try something new tu. actually, nak belajar menjahit, tapi memasak lagi jadi aku punya priority. hiks.

jadi, cari punya cari makanan yang sedap. aku pun terjumpa lah resipi nak buat puding roti. nampak marvellous je. bahan-bahan lebihan aku buat puding karamel tempoh hari pun ada banyak lagi, dari membazir beli yang lain baik guna je kan apa yang ada. resipi orang sekarang banyak yang pelik-pelik, jadi aku modified ikut aku punya rasa.


tadaa~ tetiba dah siap kan. kalau nak resipi, dah berlambak dekat google search tu. just tinggal nak taip dan tekan je. kalau ikut aku punya taste, telur aku kurangkan sebab aku tak suka rasa hanyir. tepung kastard pun aku letak sikit je. pasal susu, ikutlah nak belasah susu pekat or susu cair. aku guna susu pekat, dah tak payah letak gula lagi. kencing manis wokk nanti.

jadi, kalau ada roti yang lebih-lebih yang dah dekat nak expired tu, janganlah buang. pergi ambil oven, gaul-gaul kejap lepas tu bakar. ada juga benda boleh dimakan. jadikan as dessert pun boleh. lagi sejuk lagi sedap kot. aku tak suka sangat kek/puding/kuih-muih jenis manis ni melainkan kek batik marie, so, sikit je aku makan puding roti ni. suka nak try masak je. hiks.

nak try apa lagi lepas ni?
counting days.
Read More

Mahukan Durian Crepe.

4 comments


assalamualaikum. :)

kemalasan dah membelenggu diri ni. perniagaan top-up/reload aku berjalan seperti biasa, tapi tu lah. segala details aku malas nak catitkan dalam buku. mentang-mentang dah berbayar je semua. nak pergi berjalan-jalan lagi malas. duit pun tengah tak ada, nak shopping apa je. pergi cari kerja, my mum kata nanti employer susah nak kira gaji, sebab tak cukup sebulan pun.

sekarang, tengah teringin nak makan durian crepe. ya, durian crepe. merata aku cari, tapi tak jumpa-jumpa. katanya ada pavlova dan durian crepe dekat Mydin. tapi berpusing-pusing aku satu Mydin tu sampai hampa, sebab tak ada langsung pun! kecewa kot. durian bersepah ler jual tepi jalan, tapi aku tak nak buat sendiri. agak leceh, nak makan sikit je padahal. ngehngeh.

dalam mood yang malas-malas manja ni, gigihkan diri sendiri cari durian crepe secara online. aku cari dekat Mudah.my tau. ada, dan sekarang tengah deal dengan seller tersebut. hopefully, dia boleh COD (Cash on Delivery) dekat aku secepat mungkin. craving sangat dengan durian crepe. melampau, kan. 1 pack RM10 ada 6 pieces kat dalam tu, quite okay lah tu kan. 

ambil dari Mudah.my

oh durian crepe.
zzzzz.
Read More

Telur (rebus?) separuh masak.

6 comments


assalamualaikum. :)

bila entah, rasanya semalam bukan, mungkin kelmarin kot. or mungkin juga 3-4 hari yang lepas, aku teringin nak makan telur (rebus?) separuh masak untuk dijadikan hidangan sarap aku. ni gara-gara tempoh hari rebus telur separuh masak ni, tup tup terus jadi yang dah memang bulat tu. (buat leka je, terbuat 7 minit) I meant, dah terlebih masaklah. itu pun tak pandai, kan.

so, yang kali kedua buat ni. JADI! tak apa nak bangga sekali sekala, sebab bukan senang nak dapat betul-betul jadi telur separuh masak ni. terlebih masa jadi telur rebus, terkurang masa tetaplah kau makan telur mentah. ngehngeh. timing memang sangat-sangat perlu dalam hal ni. cuai sikit pun tak boleh. mengadap je lah aku dekat telur ni sampailah cukup masa.

terbaik dari ladang!

meh sini nak ajar sikit. bahan-bahannya telur dua biji, nak lebih pun tak apa. tapi kolestrol lagi tinggi, itu je. lepas tu masak/rebus air dalam periuk kecil je sampai betul-betul mendidih. tutup api, masukkan telur tadi dalam periuk. slow-slow je tau, orang kata telur cepat pecah dalam air panas. set time around 4-5 minit dan lepas tu dah boleh angkat.

lagi? pecahkan telur tu dalam bekas/mangkuk/piring/cawan ikut citarasa koranglah. tengok jadi ke tak, kalau jadi, dapatlah macam gambar dekat atas tu. nak sedap, kasi letak lada sulah dengan kicap. siap! boleh dimakan. yummy. tetiba rasa nak makan telur separuh masak pula memalam ni. telur goreng separuh masak pun I like. apakan daya, dah terlebih makan hari ni. sobs.

datang mood rajin, semua benda pun nak masak.
dah lama tak makan pulut.
nak buat pulut serunding sendiri. ho yea!
Read More

Hati yang kau sakiti/tersakiti?

3 comments


makin meningkat usia ni, makin cepat aku terasa hati. orang mungkin kata aku tak matang dari segi pemikiran, and yes I admit it. tapi tengok balik diri korang sendiri, dah cukup matured ke nak judge orang lain? tak, tak nak melenting pun. cuma meluahkan apa yang terbuku dalam hati. hati aku kalau dah sakit, tak akan terfikir langsung untuk jaga hati orang lain lagi. tapi tak lah sampai hati kering kan.

banyak sangat dalam kepala otak aku ni. nak habiskan belajar, nak settlekan semua hutang. nak belajar hidup sendiri, nak bekerjaya macam orang lain. memang semua tu orang kata susah, tapi kalau dah fikir susah je, sampai bila nak senang? malas nak terperap dalam rumah, tak tahu perkembangan dunia luar. tak payah nak sayang kulit sangat, sebab kulit tu tak berapa nak putih pun.

by the way, bila makan hati banyak sangat ni berat aku mesti boleh turun mendadak. quite okay lah tu, nak naik berat punya senang. jadi, cara macam ni je lah bagi turun cepat. cara yang paling mudah. kesimpulannya, bengkekkan hati aku banyak-banyak lagi confirm lepas ni cun melecun. (err, cara cakap macam orang lain tak punya hati, kan? ya, tak punya hati dekat aku)

nak hantar arnab pergi klinik.
okbai.
Read More

Projek sebulan.

4 comments


assalamualaikum. :)

hari ni dah hari ke-2 aku dekat rumah. aku tak kira hampa dah dok lama kat rumah. yang penting aku dah balik rumah, dan rasa oh sangatlah heaven bila dapat tilam yang sangat comfy dan of course tidur atas katil. banyak misi aku untuk cuti yang hanya sebulan ni. tapi absolutely, bukanlah plan untuk cari kerja ye. kasi aku rehat-rehat habiskan duit sudahlah. heuheu.

* jap, ada dengar bunyi pelik * krik krik. *

bila orang macam aku dah malas nak pergi shopping mall semua tu untuk beli barang, mulalah gatal je tangan cari barang-barang online. ini bukan alasan sebab berat badan bertambah ye yang membuatkan aku malas. actually, tengok barang-barang ni semua buat aku rasa nak beli je satu-persatu. tapi, pitih tak dop boh. kalau ada pun, kena menyimpan untuk masa depan.

tapi sebelum aku nak beli and nak jual something. aku ada banyak sangat benda dalam diri aku ni yang aku nak tunaikan. in other words yang lebih simple, cuba realize-kan janji yang I have made. kenapa sekarang aku sangat suka mix ayat dalam Malay and English ni? arghh. eh okay, kalau dah settle semua tu baru kepala otak aku ni nak jana benda baru pula.

nak ni. please.

ngantok weh.
tidur yok.
Read More

Cacamarba story.

2 comments


cuti pun dah start. final exam pun dah habis. sedar tak sedar, kejap je masa berlalu. umur pun semakin meningkat. lama-lama nanti perasan dah ada tumbuh uban atas kepala. itu pun kalau sempat, kan. jadi, cuti yang ada manfaatkan secukupnya. I'm jobless, wanna hire me some more? no, it's okay. aku nak REHAT. jaga kulit supaya dapat makanan yang secukupnya. and try to lose weight around 10kg maybe?

sampai je rumah, tak kemas barang tak buat apa-apa terus follow my mum pergi jemput adik balik dari tuisyen. sempat juga my mum pelawa, "nak burger bakar abang burn tak?". sambil berfikir-fikir, sebelum sampai rumah dah makan. ni nak makan lagi?? tapi memandangkan burger yang famous amos tu, aku pun dengan lahapnya terima je. rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. kita sesah je.

ni rupa dia. yummy is it?

burger bakar abang burn sangat fast and furious okay. tak sampai 5 minit pun kau duduk, mesti dah dapat apa yang kau order. and aku pula take away, cepat-cepat suruh my mum drive kereta sebab tak nak miss Maharaja Lawak Mega 2012 finale. sampai rumah, alaaaa. dapat tengok sikit je persembahan Jozan. why must they first? tak apa, esok mesti ada ulangan. Astro, kan.

sangat-sangat berpuashati bila nama Jozan diumum sebagai JUARA musim ni. dapat RM500k memang sedaplah. duo je kan. and memang dah agak pun, dari minggu first lagi. tapi, macam tak sangka pula SayWho dapat tempat kelima. pada perkiraan aku, diorang boleh dapat tempat keempat. dah rezeki masing-masing. nak cakap sebab diskriminasi ke apa ke, aku pun tak reti.


promote sebab memang sedap nak dibanding dengan yang lain.
mata gua dah rabak sebab drive dalam gelap, hujan, mengantuk.
esok nak buat puding karamel ho yea.
Read More

Happy Birthday my Dear.

4 comments


assalamualaikum. :)

kadangala kesibukan boleh membuatkan kita alpa kan. begitu juga dengan aku, dan tak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran ni yang aku boleh lupa akan sesuatu yang penting berlaku pada hari ini. it's my boyfriend birthday yaw! okay, mungkin ada yang rasa aku gedik, jadi sila click button pangkah yang ada dekat tab tu. (macam ada je orang baca)

sejak dari kelmarin aku tekun je siapkan nota yang tak berapa ringkas untuk subjek BPA20703, sampaikan malam tadi entah tidur pukul berapa (tak sedarkan diri langsung) jadi tak sempatlah wish birthday si dia tepat pukul 12 tengah malam. so keji kan perangai aku. dah nak masuk 6 tahun berkawan boleh lupa lagi birthday. dah lah hadiah apa pun tak prepare. aih keji keji.

jadi, kepada encik DT diharap sila maafkan saya. itu semua salah paper yang saya jawab hari ni. tapi, tu untuk masa depan saya juga tau. oh ya, saya juga harap awak turut bersama saya pada masa depan saya. harap sangat. jadi tunggu saya. kalau kesilapan saya ni tak boleh diterima, sanggup ke awak terima karangan surat rasmi dan tak rasmi dari saya? ngehngeh.


Happy Birthday My Dear. I always love you. please forgive all my mistakes done to you. nak hadiah? later okay. lambat sikitlah. huhuk. dah dah. tak boleh jiwang sangat dekat sini. ini blog, bukannya rumah. nanti kita celebrate birthday awak gempak-gempak okay. ngehngeh. eh saya pun ada nak tuntut hadiah, sebab awak kata kalau saya dapat A saya boleh dapat hadiah. *sukasuka*
Read More

Cucumber Mask & Egg White Pore Foam dari Skin Food

Leave a Comment


memandangkan sekarang tengah obses dengan produk kecantikan, aku pun melaksanakan misi ke Jusco Bukit Indah tempoh hari. segala kedai Skin Food, Etude House, Face Shop dan lain-lain ada dekat sana. Tony Moly je yang tak ada. kat CS ada la, tapi tak sempat nak pergi sebab aku rushing pun semata-mata keobsesan aku ni. teruk kan? orang lain yang jadi mangsa.

okay, masuk-masuk je. aku jalan-jalan dulu. kat ground floor tak best, (actually bukan tak best, tak ada yang dalam list) terus ke 1st floor. naik je terus aku nampak segala kedai kosmetik korea, kan. ermm, aku bukannya minat pun korea punya lagu ke apa ke. cuma, aku dapat tahu yang produk penjagaan kulit diorang best. mungkin ya, ataupun taktik perniagaan. (Tea Dno jadi mangsa)

nampak Skin Food dengan Face Shop dah gelabah, nak masuk yang mana ni? Encik DT terus lepaskan aku macam kambing keluar kandang dah. aku pun masuk Skin Food dulu, terbelek-belek then tanya kat beautician tu apa suggestion dia untuk kulit aku yang jenis oily dan open pores ni beserta jerawat. so dia pun kata yang muka aku ni jerawat naik sebab oily je. mendapatlah aku cucumber mask.

bila masih tak puas hati, minta pula cleansing foam. beautician tu suggest-kan egg white pore foam. function yang ni untuk refine pores yang ada dekat muka ni. ermm, tapi belum guna lagi. sebab aku nak habiskan dulu facial foam yang masih ada lagi. sekarang guna Skinz tapi tak complete set pun. oh ya, yang cucumber mask tu untuk soothing muka kita ni dan control la minyak masak yang keluar ni.


actually, ada je Skin Food ni dekat BP Mall. tapi seriously, aku berpusing-pusing dekat tempat yang sama banyak-banyak kali tak jumpa-jumpa pun melainkan Tony Moly je. kot aku yang rabun tahap gaban that's why tak jumpa. huhuhu. lain kali nak masuk Face Shop, bukan untuk aku ya tapi nak suggestkan untuk Encik DT produk acne yang sesuai untuk dia. mesti ohsem kan dia lepas tu.

okay, bila korang beli apa-apa produk dekat Skin Food ni minimum RM20 dan ke atas, korang akan dapat loyalty card. so bila dah banyak-banyak cop yang korang dapat atas card tu bolehlah redeem hadiah ya. satu cop RM20, so bila aku nak complete-kan semua ni? HAHA, rabak, rabak. (senang nak dapat cop sebenarnya, yelah satu item pun dah berapa hengget. kehkeh.)

rasanya sebulan sekali nak masuk kedai ni.
nak tukar produk, yang sekarang ni tak jalan dah.

Read More

Nak cantik dengan Tabita Skincare?

4 comments

Pernah dengar produk kecantikan brand Tabita? Kalau pernah dengar, boleh korang bagi pendapat and review sekali pasal produk tu. Yang dah pernah pakai tu lagi bagus kalau aku dapat pandangan korang kan.

Ya, aku pernah dengar. Tapi sebelum ni tak pernah pula teruja nak cuba produk tu. Baru sekarang je, sebab nampak makin ramai pula yang pakai. Memang hasil jadi putih mulus gebu kemerah-merahan. But, ada something aku dapat tau!

ni lah rupa produk tu? pernah cuba?

MOSTLY, yang bagi review pasal produk ni kata. Dalam minggu pertama dan kedua tu akan ada pengelupasan teruk akan berlaku. Bergantung kepada jenis kulit. Oh wait, itu je dah buat aku seram sebab tak pernah jadi macam tu.

Ada SIKIT je lah yang bagi review pakai produk tu okay. Tak ada pengelupasan, terus dapat hasil menarik tertarik dalam masa dua minggu. Yang kena kelupas-kelupas dekat muka pun, diorang kata kejap je. Tuntasnya??

Pendapat sesetengah orang, nak cantik biar sakit pun tak apa. Namun bagi aku, biarlah tak cantik pun asal aku tak terseksa sebab kejar tu semua. Seriously like hell I said. Huhu. Larikss~

Read More

Tanah rupanya macam kulit muka.

Leave a Comment


petang tadi, baru lepas exam BPD20502 Mekanik Tanah. sempat juga semasa nak memuntahkan idea-idea keluar dari kepala otak aku ni, berfikir "rupanya tanah ni ada serupa macam kulit kita juga ek." entah macam mana boleh terfikir sampai macam tu sekali, aku pun tak paham. mungkin sebab dah blank sangat, tak tahu nak muntahkan apa lagi dari kepala otak ni. hehe.

tapi ada betulnya, kulit muka manusia nak cantik kena ada base / foundation dulu, bila dah siap baru boleh letak segala macam make-up yang ada depan mata tu. lepas tu siap touch-up dengan finishes. rasanya memang sama je lah kulit muka ni dengan keadaan tanah yang nak dibuat something di atasnya. bermula dengan foundation dan diakhiri dengan finishes.

bila ada zarah-zarah tanah yang terbuka, haruslah dibuat pembaikan dengan menutup liang-liang terbuka tersebut. dalam keadaan kulit muka pun sama je, ada pori-pori terbuka haruslah tutup dengan exfoliator lah entah apa jadah lah nama benda tu semua. aku pun tak tahu menahu sebenarnya. sekarang baru nak berjinak-jinak sebab pores aku ni sangat obvious. cet.

tapi, bila pakai produk macam-macam ni. sedikit sebanyak mesti kulit muka akan terhakis, ye dak? ada certain produk memula muka nampak macam buruk, bila dah lama-lama baru licin, berseri, putih gebu. hurm, tanah pun begitu kot. memula tak sekata, bila dah kena excavate, buat kerja pengorekan, meratakan dan memadatkan, dapatlah permukaan yang licin dan kemas.

jadi, motif aku sebenarnya.
nak cerita pasal tanah je.
mengantuk, please tidur. okbai.
Read More

Keperluan dan kemampuan.

4 comments


sekarang semua tengah sibuk final. ada yang dah nak balik dah kot sebab final dah habis. hehehe. dan sejak akhir-akhir ni, banyak pula barang yang aku nak shopping ditambah ke dalam list. rabak rabak, duit dalam poket. oh ya tak lupa, dah nekad tahun 2013 ni aku nak tampil lebih cantik dan lebih sihat dari tahun-tahun sebelumnya. nak juga kulit jadi ala-ala putih pinkish gitu. aku ni putih kuning je. cet.

so here it is,

Daiso Natural Charcoal Mask
Tony Moly Lip Tint
Kokuryu Super Summer Cake
Printed top + handbag
Powersey 20000mAh powerbank
Apple iPad 4th generation
Macbook Pro
itu je kot buat sementara ni. lepas ni update lagi apa yang aku nak beli. dalam wishlist, tak tentu semua kita boleh beli. beli ikut keperluan dan kemampuan je sebenarnya. tapi aku lebih kepada kehendak ni. kemampuan terus zero. hehe. jadi untuk memenuhi tuntutan nafsu kehendak aku ni, haruslah aku berjimat-cermat dan berniaga selagi boleh niaga. jadi businesswoman yang berjaya gamaknya.

pssst. mana nak dapat cosmetic item dengan harga murah ek?
online siap free postage or kedai cosmetic itu sendiri.
aku kalau dah nak, tetap nak juga. 
Read More

Tahun baru.

Leave a Comment


masuk tahun baru, semua orang pun ada azam baru. kalau aku, ada orang tanya "apa azam tahun baru kau, Tea?" aku akan jawab semoga kehidupan aku menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang dah lepas. apa yang dah berlaku, biarkan berlalu. tak semuanya manis dalam kehidupan ni. yang kita tak sangka pun boleh berlaku. dividen ASB pun dah update. eh apa kena-mengena? haha.

buku aku masih lagi yang AKAUN REMAJA tu tau! seriously.

sepatutnya aku ni dah kena menghadap segala buku-buku yang tebal dekat rumah, tapi aku sangat malas. bawa buku ke hulu ke hilir, tapi buka satu muka surat terus tutup semula. bila nak khatam ek? haish. kadang-kadang aku terfikir juga macam mana budak genius boleh baca je buku tu terus-menerus. kalau aku mesti dah muntah. emm mesti azam dalam diri mereka kuat. T____T

I'm craving for Domino's Pizza. dah dapat pun. susah tau kalau nak kahwin dengan aku ni, sebab aku suka makan makanan western. so as you all know, makanan western bukannya murah. mahal okes. lain la kalau yang dah jadi cikedis yang boleh dapat dekat market tu mungkin lah murah kan. habis rabak duit bakal laki aku nanti. minta-minta si dia boleh bersabar tak pun aku ke yang ubah pemakanan.


sekarang ada lagi satu wish, selain iPad 4th generation. emm aku nak powerbank. kapasiti tak banyak sangat pun tak apa. janji aku senang, pergi mana-mana boleh bawa je tak ada lah tercari-cari power source bila bateri phone, tablet habis. yela, aku ni kuat merayap. tak boleh duduk diam dekat satu-satu tempat untuk tempoh yang lama. oh, maybe this year jalan Singapore every week?


satu masalah sudah settle. 
hopefully segala masalah, aku boleh handle dengan waras.
kuatkan semangat.
chayok! chayok Tea!
Read More

Say No to Stupidity.

4 comments


sometimes, I act like I'm good, genius, brilliant. padahal, poyo je yang lebih. bila difikir-fikirkan balik, rupanya bodoh stupid je yang banyak dekat aku ni. macam kes-kes baru ni, err adalah halnya. dah menampakkan kebodohan aku di situ. semuanya sebab benda yang kononnya diisytiharkan sebagai 'free'. free lah sangat kan, walhal sebenarnya 'free'. pfftt.

sekarang, diri sendiri yang rasa menyesal. nak menyesal pun, apa boleh buat. masa bukan boleh undur balik ke belakang. cuma nak fikir dan cari cara macam mana nak settle kan masalah yang datang. harap-harapnya semua boleh selesai dalam masa terdekat. lagipun, dah dekat sangat final exam ni. tak suka benda kecil serabutkan kepala otak aku thus jadikan masalah besar.

so, be more careful next time. jangan nak mudah percaya dekat orang yang tak dikenali, even orang yang kita dah lama kenal pun tak boleh nak trust 100% kan. ingat, tak ada barang yang boleh dapat free dalam dunia sekarang ni. caj masuk tandas pun dah naik dekat certain tempat tu nak kencing/berak buang air sampai 50 sen. mulut yang bercakap mostly dah kena sapu gula. that's why 'manis'.
Read More

Trip to Kuala Lumpur.

1 comment


hari ini rasa malas nak berkata-kata banyak sangat. nak suruh tengok gambar je, hari ni bukan wordless wednesday. hehehe okay. minggu lepas hari Khamis trip aku to Kuala Lumpur. jakun, sebab dah lama tak sampai sana after a few years. aku pergi naik komuter, as my mummy don't give out permission to me for driving alone. tak kisah pun sebenarnya, sebab aku excited nak naik komuter. ngehngeh.

bila naik ladies coach, aku rasa agak selamat berbanding naik di coach lain. sebab tak ada lelaki. I admit, this is the first time aku naik komuter setelah ada ladies coach. again, jakun. destinasi yang dituju dalam tiket, Bank Negara. there, I met my old friend yang dah lama sangat tak jumpa after zaman sekolah tamat. dengan masing-masing dah bawa diri ke tempat dan suasana pembelajaran baru.

a lot of changes dalam diri Nana. sampai hati aku pula yang terdetik, bila agaknya aku boleh berubah macam tu? aku yang sekarang ni pun pakai selebet-selebet lagi, tudung pun kadang-kadang singkat. baju pula, macam nak jadi sarung nangka kadang-kadang. tapi, I'm trying. semoga aku boleh jadi lebih baik dalam masa yang terdekat. biar orang nak kata apa, janji diri sendiri perlu positif.

dekat Teppanyaki, TS.

dah masuk cerita lain pula aku ni. patutnya, aku cerita trip aku pergi KL. okay, aku pergi sekitar Jalan TAR, Masjid India. shopping lah. tak banyak sangat, sebab aku kedekut. hehehe. and then, ke Berjaya Times Square, shopping lagi dan lagi seterusnya ke Plaza Low Yat dan Sg. Wang. dekat Low Yat memang buat aku sangat rambang mata tengok macam-macam benda. huhu. sabar je lah.

Chicken Teppanyaki. taste? okay je.

masa tunggu tren nak pergi KL Sentral sempat snap gambar.

naik tren dari Seremban > Bank Negara harganya RM6.10. bila dari KL Sentral > Seremban, alah seposen je beza bermakna RM6.00. tapi dah lama tak naik, rupanya harga tiket dah naik kan, sobsobsob. InsyaAllah, kalau ada masa lagi lain kali, aku akan jejak lagi ke KL. suka juga jalan-jalan sana, cuma serabut sebab sangat sesak dengan orang. sesekali okay lah, asyik pergi jalan JB je kan.

*dah pakai kejap UMobile, nak pergi terminate pula ah. kehkeh. 
kena bayar tak eh?
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home