ORANGES

Isu Baucer Buku 1Malaysia

10 comments


sekarang tengah heboh dengan isu Baucer Buku 1Malaysia tu kan? ye, ye. aku tahu, yang ramai kalangan re-remaja yang terlebih cerdik, pergi jual pada kawan-kawan. dan yang best, jual dekat internet.

baucer tu worth rm200. bukan sikit. tapi aku tahu, kebanyakan anda semua ni mahukan duit. tak mahu baucer kan? tu yang bagi alasan dah tahun akhir tak ada keperluan nak beli buku lagi. kan?


well hello, buku yang boleh dibeli bukan setakat apa yang kita belajar je. boleh juga kita gunakan baucer tu untuk masa depan kita nanti ke. sebagai contoh, anda nak jadi business man, kenalah ada nasihat-nasihat tentang itu.

itulah, kerajaan dah elok-elok peruntukkan untuk pelajar IPT dapat baucer tu. disalahgunakan pula. kalau tak nak sangat pun dengan baucer tu, belikanlah adik-adik anda punya buku sekolah ke lepas tu 'pow' lah duit adik anda tu.

tak susah pun.

janganlah buat masalah macam-macam. sekarang ni, pelajar IPT banyak sangat bikin panas dekat berita kan. jangan sampai orang cakap, belajar tinggi-tinggi tapi tetap bodoh, otak cetek juga.

agaknya memang dah musim. bila dah seorang buat, akan ada lagi yang buat. kira macam ajaran sesatlah ni. ada sifu, jadi mestilah ada anak muridnya. ye tak? hargai apa yang orang dah bagi tu. ingat senang nak buat bajet itu ini?


yang paling penting, aku dah gunakan separuh daripada Baucer Buku 1Malaysia aku tu which means rm100. siap dapat tambahan baucer rm5 dari MPH. salah satu buku aku, Men Are From Mars, Women Are From Venus.

okay kan, boleh improve relationship between a man and a woman. boleh bikin aku lagi faham dengan pe'el jantina yang berlainan daripada aku ni. lagi rm100? nanti tunggu semester 2 open, aku beli lagi.


to be continued...
Read More

Mood itu memang tiada.

3 comments


sejak kebelakangan ni, mood aku untuk berjalan-jalan ataupun bersiar-siar memang tersangatlah kurang. aku sendiri pun tak tahu kenapa. mood itu memang tiada. mungkin sebab aku kena pergi training + camping selama 3 minggu agaknya.

tak ada kaitan.

kalau diajak keluar berjalan-jalan sekalipun, aku hanya menurut. tapi di hati tak mahu pun sebenarnya. entahlah, nak kata duit tak ada tak jugak. mungkin sebab aku tak ada barang untuk dibeli atau lebih mudah, tak berkenan.

tapi kalau diberi kereta pada aku, cepat je aku grab. haih, jangan dilepaskan. bila peluang lagi aku nak drift ke sana sini. tak tak. bila lagi aku nak improve tahap kecekapan memandu aku ye tak.

tak nak jadi macam sesetengah daripada kawan-kawan aku yang bangga, gah, berlagak apabila ada lesen D itu. disuruh drive, masing-masing menolak dengan alasan tak biasa dengan sesuatu kawasan itu.

well, come on lah girls. wake up!
Read More

Mind set

6 comments


mind ni kadang-kadang dah terdidik dengan macam-macam benda yang diajar sejak dari kecil lagi. apa nak buat, kan. it is normal, actually. kadang-kadang benda yang kita dah biasa tu boleh kita ubah bila dah besar namun ada juga yang maintain sampai ke sudah.

huhu.

macam aku lah, selalu sangat fikir bila makan banyak berat naik. tapi sebenarnya tak pun. bila aku makan banyak berat aku maintain, bila tak nak makan berat aku naik sekilo dua pula. haih, pelik. tapi norma kehidupan yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk.

tapi bila dah mind set begitu, buat apa pun tak guna. Walaupun dah tahu berat tak akan naik walaupun makan banyak, still juga mogok tak mahu makan. Lepas tu beriya nak berjogging segala tapi yang pastinya tak buat, pun. Well like what just I'm saying just now, it's because of our mind set.

Nasihat aku, bersyukurlah dengan apa adanya. Tak payah nak fikir sangat gemuk kurus tu semua. Sebab yang pasti memang akan ada juga orang yang nak ke kita ni walau apa rupa pun. Ciptaan Allah tu kan indah belaka. Jadi face and accept it. Memang lumrah perempuan nak perfect, tapi cuba belajar menerima. Kan bagus?
Read More

Membebel dan meluahkan ketidakpuasan hati

4 comments
Boleh ke jika dan sekiranya aku membebel dan meluahkan ketidakpuasan hati aku tentang apa yang aku rasakan? Rasanya tak salah kan, selagi ianya tak menyalahi undang-undang dan tak mengundang salah faham terhadap orang lain?

Ah sudah. Ini dah tersasar jauh daripada perkara yang nak aku bebelkan pada awalnya. Macam ni ceritanya, terjadinya suatu kejadian Android di merata-rata tempat dan juga merebak ke dalam diri setiap orang, termasuk aku.

Okay, Android Android juga. Yang menjadi ketidakpuasan hati, apabila lainnya sesuatu Android itu dan Android ini. Aku sedar dan faham tentang kelainan dan kelebihan itu. Tapi macam tak patut bila jadi sangat 'vary'. Faham apa itu 'vary'?

Sila fahamkan jika tak faham juga. Ataupun buat-buat saja macam faham.

Iyalah, aku berkobar-kobar suruh si pakwe download game yang sama macam yang aku ada. Kononnya nak main game on-line yang sama. Tup tup, apa yang jadi. Tak ada content yang di-foundkan. Haihh, punyalah tak puas hati.

Sampaikan cek dalam netbook pula. Aigoo, rupanya memang betullah sangkaannya. Content not supported kan. Benci benci benci. Padam semangat aku nak ber-on-line gaming bersama-sama. Harapan hanya tinggal harapan.

Tapi nasib masih baik juga. Sangat-sangat nasib baiklah sebab Facebook Apps itu boleh juga buka walaupun kami ni berbeza jenis Android. Boleh juga chatting di situ dan bermakna still boleh on-line sama-sama. Hehe.

Sudahlah, membebel banyak sangat. Ayat pun skema. Mata pun lalok. Nampak sangat dah mamai time tulis ni. Jangan mengigau sudahlah. Okay guys, good night. :)

Published with Blogger-droid v2.0.3
Read More

Terlebih terkejut dan terlebih suka.

Leave a Comment


hah. dah berapa lama agaknya ya aku dah berblogging? err. okay. kecilkan lagi kespefisifikan itu. dah berapa lama ya aku bertapak di dalam Nuffnang? lama kot since tahun lepas. mungkin. tahun lepas punya tahun lepas. err mungkin.

aku ingat tak berbaloi dah hasil usaha aku mengharapkan duit orang nak bagi kepada aku ni. hehe. iyalah, dah putus harapan pun, kot. tapi, yang paling baru ni, aku dapat cashout duit dari Nuffnang tau.

terkejut tak? terkejut tak? err korang semua mungkinlah tak terkejut sebab dah banyak-banyak kali cashout earnings tu kan. tapi yang aku pertama kali ni terlebih terkejut dan terlebih suka. itu yang sibuk canang sana-sini.

proses dalam tempoh masa 30 hari entah macam mana mana entah tu. ah, tak kisahlah. yang penting aku dah cashout dan sekarang menunggu tiba masa cek itu sampai ke rumah saja. aaaa, walaupun tak banyak tapi lepas pergi makan nasi arab tu.

hehe. okay.

itu saja untuk kali ni. aku tengah serabut dengan satu benda ni. oh bukan. banyak benda sebenarnya. korang, tunggu ya. (geledah barang secepat yang mungkin). ok bye. =..="
Read More

Perlukan penjimatan hebat

6 comments


kebanyakan daripada anda semua ni semestinya pengguna telefon bimbit kan? rasanya macam bohonglah kalau tiada telefon bimbit, sebab itu keperluan buat masa kini. memang susah sekalilah nak jumpa orang guna telefon awam sekarang ni. hehe.

macam aku, aku gunakan dua nombor iaitu Celcom dan Hotlink. buat masa sekarang, aku lebih pentingkan Celcom kerana lebih murah dan lebih jimat. sangat jimat. bayangkan bercakap 10 minit dengan harga 28 sen. dah aku ni memang 'kaki gayut'.

tapi nombor Hotlink aku lebih lama lagi. yang menyebabkannya jadi mahal, pelan yang digunakan sekarang. dulu dah elok-elok pelan biasa, pergi tukar pelan apa entah, Extra Plan mungkin. mahal memang tak payah cerita, walaupun expired date lambat.

yang aku nak timbulkan persoalan dekat sini, ada tak sesiapa yang tahu macam mana nak tukar ke Hotlink Youth Club Plan? aku kena call Helpline atau kena pergi dekat Maxis Center atau bagaimana? memang perlukan penjimatan hebat sekarang ni.
Read More

Tak fikirkan sangat keuntungan tapi tak nak pula rugi.

6 comments


dulu-dulu, aku tak pernah terfikir pun untuk menjurus ke arah perniagaan ni. sebab aku fikir, berniaga ni memang agak susah. well, sebenarnya mana ada benda yang senang pun dalam dunia ni kan.

tapi sesuatu tu boleh jadi senang, jika kita fikirkannya senang. betul tak? lepas tu, sejak-sejak sambung belajar ni. tergeraklah pula hati ni nak buat sedikit bisnes. bak kata orang, tambah duit poket.

maklumlah, belanja makin banyak. bukannya makin sikit, dengan keadaan diri yang tak berapa pandai nak berjimat ni, lagilah payah. baucer buku yang rm200 pun tengah aku tunggu-tunggu ni. eh?

okay lah, sejak aku mula bisnes ni. dah ada sedikit kemajuanlah. aku tak fikirkan sangat keuntungan tapi tak nak pula rugi. bab duit tu, sentiasa berputar balik dan tak adalah habis ke benda yang bukan-bukan sangat.

perniagaan kecil-kecilan aku ni mendapat tempat dalam kalangan kawan-kawan aku, dan juga kawan-kawan kepada mummy aku. iyalah, tolong bagi support katanya. lebih banyak sambutan, lebih bagus.

tapi, ada jugalah batasannya. bukan sesenang tu saja aku boleh bisnes. ada halangan seperti di waktu aku ada peperiksaan, kelas, atau mungkin aktiviti luar. memang aktiviti bisnes aku tak boleh nak berleluasa at that time.

sobs.

tak apa, yang penting, doakan aku terus berjaya.

dan tak mahulah jadi macam orang yang nak berniaga sangat, tapi kerjanya separuh jalan. nampak duit 'masyukk' banyak, terus jadi tamak tak fikir orang lain. lalu, perniagaan lingkup.

sekian.
Read More

Nampak iklan panjang

1 comment


buka blog pagi tengahari ni .. nampak iklan panjang pula dekat sidebar sebelah kanan ni .. dah lama aku tak nampak benda alah tu .. ye la , orang yang dah lama menghilangkan diri dari blog .. huhu ..


iklan GRAPEVINE je pun kan .. tapi tu lah yang bantu bagi kewangan kat aku , dulu-dulu .. aku rasa sekarang ada lagi bermain-main dekat sidebar aku tu .. pergilah tekan , sharing is caring ..

dah kaya-kaya nanti , boleh buat belanja dekat aku ye tak ?
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home