ORANGES

Coolblog di Parit Raja

4 comments



baru cuti mid-sem seminggu, aku dah tak tau perkembangan semasa di Parit Raja ni. baru seminggu, kalau sebulan ke, setahun ke, mesti dah bertambah maju pekan ni kan? sekarang pun dah nampak sikit-sikit.

tetiba kawan-kawan aku dah heboh-heboh. dah ada Coolblog di Parit Raja. woah, aku rasa teruja banyak. iyalah kan, penggemar sepenuh masa Coolblog. siapa yang tak kenal aku?

aduh, aduh. tapi siapa juga yang perkenalkan aku dengan minuman ringan ni kan? kalau tak silap whether BF aku or kawan aku. lupalah, dah lama kot. tapi masa-masa noob, pandai minum yang ice blended je.

sekarang ni, macam-macam flavour aku nak mix-kan. so memang dah takde rasa paling disukai kot. semua pun aku boleh bedal. yang aku tak rasa tak sedap je aku tolak ke tepi. err, kalau nak beli pearl je tak boleh ke?

banyak melalut dah ni. memandangkan Parit Raja dah ada Coolblog, makin selalu aku singgah beli tu. tak payah nak susah ke BP Mall. eh, tak bagus juga selalu tau? duit rabak, sakit dapat pula nanti.
Read More

Aktiviti di rumah sepanjang cuti.

3 comments


memasak, tu aktiviti di rumah sepanjang cuti. cuti, cuti. seminggu je cuti aku. takde lama mananya. tapi cuti itu bagi nikmat dalam hidup aku ni. susah nak dapat cuti penuh sejak ada kerjaya tambahan dekat UTHM tu.


buat popcorn. first time dalam hidup aku, dah menginjak umur 19 tahun lebih lebih ni. kaler memang tak kuning macam beli kat panggung tu sebab aku tak letak pewarna tu. tapi aku leh guarantee kat uols rasanya. aku guna golden syrup untuk perisa manis tu.


coklat. buat perisa atas oren, bawah coklat. tak susah pun buat coklat ni. takkan nak ajar kot? tak perlu, kan. boleh pejam mata buat coklat ni. (berlagak jap) modal pun tak banyak. lagi jimat dari beli coklat mahal-mahal kat kedai.


begedil daging. baru buat hari rabu lepas. minta permission kat mummy aku yang aku nak buat sendiri benda ni. and I did it. aku lenyek bahan-bahan tu semua, aku yang celupkan ke dalam telur and aku goreng. my fav! kalau jual laku tak ni?

ada 1 je lagi yang aku tak dapat nak buat cuti ni. kek batik marie. malas nak beli bahan. kek orang malas, tapi bahan-bahannya tu boleh buat aku tersedak. yang mahal-mahal je semua. dah lah bajet tak berapa nak ada.

asyik tunggu orang sponsor je ni. by the way, esok Ahad kan? dah nak kena balik ke UTHM tercinta tu. Isnin dah start kuliah and Selasa, hari yang terrible bagi aku rasanya. damn. hell gila rasa.


Read More

Aku memang camni, mata duitan.

2 comments


sejak duduk rumah ni, tiap-tiap pagi mesti aku click on kat wifi rumah ni. eh, mestilah ye dok? takkan aku nak pergi kedai mamak 24 jam semata-mata nak online pula kan? heh.

bila dah buka, semua benda aku nak check. offer JPA lah, Facebook lah, Twitter lah, and last sekali Nuffnang lah. aik, Nuffnang lagi. rasanya 12 April 2012 aku dah cerita pasal ni.

semua buffered earnings aku dah tukar jadi metered earnings. so, aku memang rasa sangat sedih. dah takde income. huwaa huwaa huwaa. tapi, mood itu bertukar ceria semula bila buka web Nuffnang this morning.

ade buffered earning baru! go go chaiyok lah. dear Nuffnang, bagi banyak-banyak sikit ek. aku memang camni, mata duitan. kasi dalam 50k pun rasanya dah memadai. tak banyak kan? hiks~

upload gambar sekarang dah malas letak watermark. ah.

Read More

Ceriakan hariku.

3 comments


dah lama hati ni tak terhibur bila buka blog sebenarnya. sebab, aku yang update, aku yang baca tapi aku takde la sampai ke tahap nak comment sendiri punya post ek. hehe.

tadi pagi, ada update pasal nuffnang. dan aku rasa, itulah komen yang paling banyak aku dah dapat sepanjang tahun ni, kot. biasalah, kita ni kena low-profile. mana yang ingat kita tu, ingatlah. (ah, merapu.)

thanks kawan-kawan blog, Syazwan Che Deraman, saya_arief, Ini Kisah Tia, [sutera kasih], EYFAalias, and NasZ kerana menceriakan hariku dengan respons kalian. terharu sungguh ni.

aku masih ingatlah kawan-kawan blog yang lain. aku serius tak lupa pun, cuma kekangan masa yang buatkan aku sampai tak tercapai nak singgah ke blog-blog ni semua. (sedih.)

err. aku nak aktif? mungkin cuti yang sangat panjang tiba.

Read More

Income dari Nuffnang.

14 comments


aku ni dah jarang-jarang update blog kan? orang yang datang jenguk blog ni pun aku sangat-sangat pasti, sangat kurang ataupun takde langsung. takpe, syok sendiri pun bagus juga.

walaupun jarang-jarang update, tapi income dari nuffnang tetap berjalan. dah lama tak online katanya, aku pun login dekat situ. check earnings, agak masyuk di situ.

maybe selepas cash out yang pertama tempoh hari, nuffnang dengan terus rasa baik hati nak bagi aku duit belanja lebih lagi kan. ni buat aku tambah sayang kat nuffnang.

actually, gaya penulisan mesti kena gaya. syok sendiri pun takpe. jangan jadi macam segelintir blogger yang baru nak up, nak cepat maju, kaya terus je ikut sedap masuk benda-benda lucah dekat blog.

memang cepat masyuk je duit. tapi sumber duit tu tak best lah cara dapatnya brader. biar slow-slow lama-lama membukit ar duit tu kan. baru best je dapat sekelepuk dalam tangan.

aku pun ambil masa yang agak lama nak stabil dalam blog ni. sebab, takde benda yang boleh buat kita terus je berada di atas tanpa merasa kesusahan dahulu.

entry ni takde langsung niat nak bermegah-megah, berbangga diri dapat duit or whatever. ni sekadar luahan aku je. bagi semangat kat diri sendiri untuk terus blogging lagi.

dear nuffnang, bagi la iPhone 4S satu dekat I. hee.
Read More

Sebenarnya....

2 comments

AKU MENGANTUK!

kbai~
Read More

Ketam tu hidup lagi.

3 comments


lama dah tak jenguk blog ni. ini pun buka setelah mummy aku tanya, "tak update blog ke?" eh, nampaknya mummy aku sendiri pembaca setia kat sini kan.

sekarang tengah mid-sem break. dan, macam-macam sakit datang menimpa aku. hapus dosa kecil katanya. ataupun dengan kata yang lebih betul, nak bermanja-manja time di rumah.

iyalah, bila lagi kan? balik sebulan sekali je pun. (untunglah boleh balik sebulan sekali, orang lain nak balik pun susah sekali. huhu.)

aku sebenarnya dah sangat-sangat terlupa yang aku ni allergic kalau makan ketam. tapi dah teringin sangat, kan. aku pesanlah kat mummy supaya masak gulai ketam lemak cili api.

nah kau, memang merasalah bibir Angelina Jolie kejap. ori weh. tak payah nak suntik-suntik kolagen macam orang sekarang suka buat. makan ketam je terus jadi.

actually, bukan kejap. ni dah hari kedua, masih berbaki sisa bengkak kat bibir ni. alahai nasiblah, lainkali makanlah lagi ek. nasib bibir je naik, bukan 1 badan naik bengkak-bengkak.

daddy aku cakap, ketam tu hidup lagi tu yang kena sepit sampai bengkak.

ala-ala macam ni dah rasanya.

Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home