ORANGES

Nak sticker untuk parking!

6 comments


untuk semester yang baru ni, aku dah bawa kereta. bawa kereta untuk memudahkan pergerakan aku ke mana-mana. contohnya ke kampus, kampus and kampus. mencari barang keperluan dan, pergi ke kabin suksis awal-awal pagi.

*sigh*

tapi itulah kan, bawa kereta pun seperti pendatang haram juga. eh, betul ke ni? aku kan pelajar tahun 1, dah ditetapkan kami ni tak boleh bawa kenderaan. bila dah namanya degil, tetap nak bawa juga. aku dengan yang lain, sama saja.

so, aku tengah huru-hara mencari mana-mana senior tak kira Diploma or Degree yang boleh bantu aku dapatkan sticker parking dalam UTHM tu. yang baca blog aku ni, tak ada ke yang sedang belajar lagi? lebih-lebih lagi UTHM.

memanglah sangat memerlukan bantuan. aku ni kalau dah buat salah, memang agak takut. orang yang lahir bulan Oktober memang macam ni sifat agaknya. nak sticker, kasihanlah dekat aku yang memerlukan ni.

*sobs*
Read More

Patah seribu.

4 comments

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…


:-: sedih dengar lagu ni. and sedih sebab tak dapat tengok cerita ni, nanti. HAHA.
Read More

Duit LOAN.

8 comments


okay, sudah hari kedua pun setelah result exam keluar. tapi, bebudak uni ni masih lagi tak reda lagi keadaannya. dah bangga, sedih, gembira, kecewa dengan result memasing. timbul pula persoalan yang baru.

LOAN.

mereka dah mempersoalkan bila nak masuknya duit itu, duit ini. termasuk aku juga. ya, duit itu penting. banyak nak kena guna dalam kehidupan seharian. siapa-siapa yang jimat dalam bab makan, bolehlah RM5 je sehari.

tapi kemungkinan itu sangat tipislah aku rasa. RM5 sehari untuk makan, memang sikit sangatlah dapat. barang semakin mahal. dan makanan semakin tidak sedap. HAHA. sorry, aku memang banyak songeh bab camni.

okay, gambar tak ada kaitan pun.

tapi, THOSE WHO INVOLVED IN THIS CASE.

bawa-bawalah bersabar. sebab duit loan itu pasti masuk. as long as kita punya result itu okay kan. duit tu tak lari, mesti datang kat kita juga. takut kita je yang lari masa nak bayar semula tu, nanti.

by the way, anda ada info apa-apa tak pasal scholarship buat masa sekarang ni?
Read More

Ya, genius.

3 comments


dah nak masuk semester 2 dah rupanya. cepatnya masa berlalu. rasa macam baru semalam pergi tadika, duduk hu ha hu ha dengan kawan-kawan yang kecil-kecil molek semua tu.

menginjak 20 tahun sebenarnya aku ni. ok, that's not the main point, actually.

penantian selama hampir sebulan. erm, memang sebulan lebih sikit kot. membuahkan hasil. result final exam tempoh hari sudah pun dipamerkan di portal uni kesayangan aku tu.

mula-mula memang agak bengang pun, sebab line jammed. and, server down. well, it is normal actually sebab pihak pengurusan sedang upload result, and bebudak uni ni berpusu-pusu pula check result.

ini portal uni aku. comel tu merah biru.

setelah memakan hati selama lebih kurang 2, 3, 4 jam. aku pun check result. okay, sekejap saja pun. yang lain pakat duduk tengok lama-lama kenapa? haih, dah sudah tengok printout sajalah result tu.

mana yang berjaya, aku ucapkan tahniah. kekalkan prestasi yang lebih baik untuk next sem. yang kurang berjaya, kejayaan bermulanya daripada kegagalan. masih ada 5, 6, 7 semester lagi untuk perbaiki itu semua.

memang tak mustahil. kita semua dilahirkan genius sebenarnya. ya, genius. I admit it and Alhamdulillah. :)
Read More

Tutup aib.

5 comments


manusia akhir zaman.

orang kafir buat maksiat pandai tutup-tutup. malu kalau exposed kat orang.

tapi.

orang Islam sendiri megah, tunjuk dekat semua. nak nak lagi time sesuatu festive tu. pesta hooray, hooray.

aicicicici. aku ni tak lah baik, jahat tu ada banyak tapi aku malu bila mana kena exposed macam tu rupa. masuk paper, Melayu. masuk berita kat TV pun, Melayu. even dengar dekat radio pun, eh orang Melayu juga buat hal.

jangan tunjukkan keaiban anda. kalau buat pun, biar kita dengan Allah sajalah yang tahu. orang kafir sendiri pun tahu tutup aib dia. so, tak payah nak bangga sangat showoff macam-macam, wahai Melayu yang beragama Islam.
Read More

Tunjuk belang.

4 comments


hidup ini sukar.

ya, sukar.

sukar tapi tak susah? hah, ya ke?

macam ni, kita memang sejak kecil disuruh berbuat baik dengan sesiapa sahaja. tak kira tua mahupun yang muda. walaupun orang tu jahat sekalipun, kita tetap kena buat baik padanya.

tapi, bila dah terlampau baik pun tak boleh sebenarnya. ada orang yang akan terus ambil kesempatan ke atas kita. kira macam pijak kepala ar. tak ke terus-terusan rugi kat diri sendiri.

ya, aku juga faham yang kalau buat baik pada orang kita akan dapat balasan baik, bukan?

hurm, baik macam mana pun. orang lain pun kena ar consider pada orang lain juga. macam aku, aku bukanlah orang senang untuk bagi orang 'menepek' saja dekat aku sepanjang masa. aku pun ada masa susah aku, kawan.

for example, dah bagi pertolongan. pandai-pandai ar balas balik pertolongan yang dah diberi tu. jangan nak buat bodoh saja. dalam dunia sekarang ni dah tak ada benda yang free. masuk tandas pun 20 sen.

jangan sampai aku tunjuk belang aku siapa nanti dah lah. baru semester 1 nak naik semester 2 kan. orang lain belum cukup kenal lagi aku siapa. betapa kerek, kedekut, jahatnya aku. nak kan? tunggu ar. haha.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home