ORANGES

Tips mengurangkan makanan berlemak.

Leave a Comment


Aduh, badan semakin berisi?

Baju-baju lama semua tak muat?

Sedih kan bila jadi macam ni? Samalah, saya pun menghadapi masalah yang sama. Lebih-lebih lagi lepas melahirkan anak yang pertama. Nak kata dulu kurus sangat, tak juga. Tapi, sekarang memang ketara betul badan sebelum kahwin dan selepas melahirkan anak ni.

Puncanya badan jadi penuh dengan lemak ni apabila pemakanan kita pun berasaskan benda-benda yang berlemak. Nak kawal memang senang, tapi nak melaksanakan tu amat liat sedikit. Yela, apa-apa pun yang kita lakukan semuanya berdasarkan nawaitu kita. Nak ataupun tak.

Okay, ni sedikit petua dari segi pemakanan macam mana nak kurangkan makanan yang berlemak:

1. Apabila memasak benda yang bergoreng, cuba kurangkan jumlah minyak yang digunakan. Sebaik-baiknya, guna minyak zaitun. Memang mahal, tapi kita nak sihat kan? Guna pun sedikit je dah cukup.

2. Kurangkan memasak atau memakan lauk yang berasaskan santan. Santan mengandungi kolestrol yang agak tinggi tau. Boleh gantikan penggunaan dengan susu cair sebab ianya lebih rendah lemak.

3. Cuba amalkan gaya memasak seperti ikan stim dan sayur yang direbus. Nampak macam tak sedap bukan. Tapi pelbagaikan dengan sayuran yang pelbagai warna mesti menarik!

Saya sendiri pun nak mulakan memang agak payah. Jadi solusinya bila dah makan makanan yang terlebih lemak atau berminyak ni, senangnya telan Omega. Ianya berfungsi mengawal kolestrol dalam badan selain tu boleh menghalang pembentukan lemak.

Bukan tu sahaja fungsinya, untuk orang yang menghadapi masalah seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis, InsyaAllah boleh mengawal penyakit tersebut daripada menjadi lebih teruk dengan pengambilan Omega secara konsisten.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, sebaliknya Allah yang menentukan. Tapi tak salah kalau kita berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu, asalkan dengan usaha yang cekal barulah selebihnya kita tawakal kepadaNya.

Rajah 1: Sebab Shaklee Omega harus menjadi pilihan.

Saya bersedia menjadi SID pilihan anda. Saya menawarkan Omega pada harga yang istimewa. Cara pembelian dan cara pengambilan supplemen akan dipantau sekali. Sekiranya berminat, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

Nama FB: Fatehah Hassamuddin
Page FB: Ceria Sihat Bertenaga
E-mail: tehuzz@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 0136717202
Read More

Vitamin E aka vitamin cinta.

Leave a Comment


Assalamualaikum. 

Salam jumaat. 

Hari ni saya nak share sikit dengan anda semua manfaat Vitamin E kepada tubuh badan kita:

1. Vitamin E melambatkan proses penuaan jadi kita boleh feeling muda sikit. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu untuk mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat serta membantu wajah nampak lebih berseri agar tidak kusam. 

2. Vitamin E kaya dgn antioksidan yg dapat mencegah penyakit kanser dan mencegah penyakit alzheimer yang sering berlaku dalam kalangan warga emas.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, 'dingin' adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Jadi dengan pengambilan vitamin E dapat membantu mengatasi masalah 'dingin'. Pssst, vitamin E ni terkenal sebagai vitamin cinta dalam kalangan suami isteri tau. Makanya, lelaki pun boleh mengambilnya.

4. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap di mana berlakunya pigmentation selepas kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut stretch mark juga boleh pudar.

5. Bagi wanita yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual. Selain itu, vitamin E juga membantu mengembangkan salur darah serta dapat menghalang pembekuan darah daripada berlaku.


Memang best sangat ambil vitamin E ni tau. Saya sendiri, walaupun baru je cuba makan untuk diri sendiri (kalau sebelum ni asyik promote pada orang lain tentang kebaikan vitamin E ni) tapi dah boleh rasa kesannya tau. Memang cepat betul bertindak balas dengan badan.

Kan saya dah kata, vitamin E ni sangat dikenali sebagai vitamin cinta dalam hubungan suami isteri. Ehem. Memang suka betul, sebotol vitamin E Shaklee boleh tahan sehingga 4 bulan tau. Sangat-sangat jimat dan berbaloi-baloi!!

Saya bersedia menjadi SID pilihan anda dan konsultasi secara percuma akan diberikan sekiranya berminat.

Nama FB: Fatehah Hassamuddin
Page FB: Ceria Sihat Bertenaga
Blog: tehuzz.com
Call/SMS/Whatsapp: 0136717202
Read More

Punca terjadinya jangkitan kuman.

Leave a Comment


Seminggu lebih hampir dua minggu juga berulang-alik, tidur dekat hospital. Samirah masuk hospital sebab jangkitan kuman dalam darah. Ramai sangat orang tanya, macam mana boleh kena jangkitan kuman tu? Nak jawab senang, dah nak kena nak buat macam mana kan. Hahaha.

Tapi, setelah buat beberapa research tentang kuman yang duduk dalam darah Samirah tu, apa yang saya dapat conclude kan ada beberapa punca terjadinya jangkitan kuman yang logik dan boleh diterima dek akal. Walaupun saya bukan seorang yang mengambil jurusan kedoktoran, sekurang-kurangnya sebagai ibu saya perlu tahu beberapa perkara.

1) Keracunan makanan.
Bila difikir-fikir semula apa yang Samirah makan sebelum masuk hospital, pada hari Rabu makan mi goreng dan kek cheese strawberi yang dibeli dari pasar malam. Di rumah pengasuh tak pasti pula makan apa dan pada hari tu memang saya tak masak. Hari Khamis pula, di rumah pengasuh Samirah makan nasi dengan lauk telur.

2) Jangkitan dari hospital.
Besar kemungkinan jangkitan yang Samirah dapat berpunca dari hospital. Apabila dah bercampur aduk dengan pesakit yang sedia ada, kuman boleh tersebar ke mana-mana sahaja. Lagi pulak, masa awal-awal tu katil Samirah dikelilingi dengan katil pesakit AGE (Rotavirus).

3) Antibodi yang lemah.
Seperti yang kita maklum, antibodi bayi dan kanak-kanak masih di tahap yang rendah. Jadi, senang untuk dapat penyakit berjangkit ni. Orang dewasa sekalipun boleh dijangkiti penyakit yang dihadapi oleh pesakit kanak-kanak ni tau. Macam saya lah, duduk baru beberapa hari di hospital dah selesema, sakit tekak dan yang paling teruk berjangkit sekali cirit-birit dari anak saya.

Sekarang, Alhamdulillah kumannya dah tiada lagi dalam badan Samirah. Tapi, masih memerlukan pantauan dari doktor masa akan datang. Siap ada temujanji, jangan diingkar kita ikut sahaja ya demi kebaikan anak.

Lepas ni, nak bagi anak makan Chewable Vitamin C lah. Mesti Samirah suka, boleh kunyah-kunyah lagi kan. Harap sangat lepas ni penyakit takut nak singgah lagi dekat Samirah. Chewable Vitamin C sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas. Orang dewasa pun boleh makan juga, kalau jenis yang susah nak telan pil.


Saya sedia memberikan khidmat konsultasi secara percuma kepada anda. Jangan malu atau segan, sebarang pertanyaan boleh diajukan. Cara pembelian dan pengambilan supplement akan diajarkan kepada anda sekiranya berminat. Boleh dapat harga kasih sayang tau!

Nama FB: Fatehah Hassamuddin
Page FB: Ceria Sihat Bertenaga
Blog: tehuzz.com
Call/SMS/Whatsapp: 0136717202
Read More

Tips susu sentiasa mewah.

Leave a Comment


Para ibu mengandung, ibu yang bakal melahirkan anak, ibu yang sedang menyusukan anak mesti ada yang terlintas dalam fikiran, takut akan merudum susu, takut tak boleh menyusukan anak secara eksklusif sehingga anak berumur 2 tahun. Jangan pelik, saya pun dulu selalu fikir macam tu.

Alhamdulillah, baby saya dah berusia setahun lebih masih lagi menyusu badan walaupun saya masih belajar. Nak tahu apa rahsianya saya masih menyusukan anak? Bukan rahsia pun kalau bagitahu ye tak? Hehehe. Nak share tips sikit, bukan rahsia tau. Salah perkataan tu.

1) Jangan sesekali skip waktu makan anda. Makan tu perlu, untuk memastikan bekalan susu untuk anak anda sentiasa mencukupi. Makan tak perlu banyak pun, sekadar memadai pun dah cukup bagus. Pastikan makan makanan yang berkhasiat, baru anak yang menyusu tu dapat khasiat dan manfaatnya.

2) Rajin-rajinlah minum air setiap kali sebelum menyusukan dan selepas menyusukan anak. Air tu air apa? Air masak. Air masak ni banyak manfaatnya. Bukan je memastikan si ibu sentiasa dapat proses susu, dapat juga mengelak pelbagai penyakit serta salah satu inisiatif untuk kurus.

3) Sentiasa berfikiran positif itu perlu. Bila kita stress, itu yang menjadikan punca susu badan ibu merudum. Time menyusukan anak tu, biar kita feeling happy je barulah susu pun keluar dengan lancar je tau. Kita kena yakin yang anak kita tu akan dapat manfaat susu ibu sehingga 2 tahun. Yeay!

4) Kalau anda seorang yang bekerjaya, (macam saya student) agak-agak ada masa senggang tu rajin-rajinlah pumping susu anda tu. Pilih pump susu yang macam mana? Itu terpulang pada bajet dan keselesaan anda. Yang penting kena istiqamah, baru susu badan tu proses dengan betul.

5) Tak berjaya jugak 4 cara di atas? Boleh cuba cara tradisional, contoh makanan yang boleh banyakkan susu badan ialah halba, buah longan, oat dan lain-lain. Cara yang paling mudah boleh cuba makan supplement tambahan. Pernah dengar Alfalfa? Alfalfa tu sejenis herba. Kalau di luar negara, diorang makan Alfalfa ni macam tu je. Memang herba yang sering dimakan.

5 tips tu dulu yang saya boleh share dan saya amalkan. Kalau anda mahukan konsultasi dengan lebih lanjut, supplement yang anda boleh ambil untuk milk booster, jangan malu jangan segan untuk call/sms/whatsapp. Saya sedia membantu anda.


Nama FB: Fatehah Hassamuddin
Page FB: Ceria Sihat Bertenaga
Blog: tehuzz.com
Call/SMS/Whatsapp: 0136717202
Read More

Punca kulit berminyak dan tips merawat.

1 comment


Hari ni nak kongsi tentang kulit berminyak. Ramai remaja terutamanya menghadapi masalah ini. Tapi, jangan tak tahu apa punca sebenar yang mendorong kepada masalah kulit berminyak ni. Jom kita tengok.

PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK :

1) PEMAKANAN
Makanan yang menyumbang kepada kulit berminyak ni adalah selalu makan makanan yang digoreng dan dimasak menggunakan santan. Banyak makan kacang pun antara penyumbang kulit berminyak tau. Jangan tak tahu.

2) PERSEKITARAN
Kawasan kerja yang terdedah dengan haba dan panas matahari boleh menyebabkan kulit berminyak juga. Lebih menakutkan, boleh menyebabkan kulit berminyak tadi dihinggapi oleh jerawat. Oh!

3) CARA MENCUCI MUKA
Ada yang beranggapan, kerap mencuci muka boleh buat kulit muka sentiasa kering. Itu salah, kerana tersilap langkah boleh menyebabkan kulit terengsa dan menambahkan lagi sebum-sebum minyak di muka. Juga, sental muka dengan kuat juga menyebabkan iritasi.

4) KOSMETIK
Penggunaan kosmetik boleh. Tapi, biar kena dengan gayanya. Jika kulit sudah menghadapi masalah berminyak, pilih jenis kosmetik yang ringan dan bebas minyak bukannya menambahkan lagi beban minyak di muka!

5) STRESS
Stress dan kurang tidur juga merupakan salah satu penyebab terjadinya kulit berminyak. Semakin kerap difikir masalah kulit berminyak itu, semakin teruk keadaannya. Ikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian, bukan makin memburukkan keadaan.

TIPS MERAWAT MUKA BERMINYAK :

1) Petua tradisional - Ambil beras dalam setengah gelas, cucikan dan rendamkan di dalam bekas berisi air. Campur bersama ibu kunyit dan daun cermai lalu dikisar sehingga halus. Bersihkan muka terlebih dahulu sebelum bahan tersebut disapu ke muka. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu.

2) Minum air kosong dengan banyak setiap hari sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter setiap hari. Ataupun, boleh dikira pengambilan air kosong secara begini. Berat badan dibahagi dengan 30. Ambil sebagai contoh, berat badan 60kg dibahagi 30, jadi pengambilan air kosong sehari sebanyak 2 liter. Begitulah seterusnya.

3) Apabila muka berpeluh, segera kesat dengan tisu lembap ataupun kain muka. Ini dapat mengurangkan terjadinya kulit berminyak. Apabila mengesat muka dengan kain, jangan lakukan secara ganas pula. Cukup sekadar hilang peluh ya.

4) Amalkan gaya hidup secara sihat. Elakkan sebarang makanan yang membawa kepada kemungkinan untuk menghasilkan pengeluaran minyak pada liang-liang kulit. Tidur dan rehat dengan secukupnya, kerana tidur yang berkualiti amat penting dalam menghasilkan kulit yang cantik dan menawan.

5) Ambil supplement tambahan ataupun pilih set penjagaan kulit yang bersesuaian untuk merawat kulit berminyak. Produk yang berkualiti tidak semestinya memberikan hasil dengan cepat, kerana ianya bertindak sebagai merawat dari dalam secara perlahan-lahan. Dengan pengambilan supplement dan produk yang berasaskan bahan semulajadi sudah tentu hasilnya baik dan menggembirakan.

PM atau whatsapp 0136717202 untuk konsultasi mengenai supplement mengikut masalah anda serta cara pembelian.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home