ORANGES

Oh baby!

1 comment


bila disebut tentang barang keperluan bayi, kadang-kadang buatkan aku jadi blur sekejap. terfikir-fikir, benda ni perlu tak, benda tu perlu tak. bila beli benda yang tak berapa diperlukan, rasa macam membazir je kan. nanti bukannya guna pun. selalu je aku google barang apa yang perlu untuk baby, sebagai panduan sebelum pergi membeli-belah. nasihat orang tua berguna juga tau. sebab diorang dah makan garam dulu.

barangan baby yang selalu aku akan survey-survey harga dan aku suka tengok adalah:

diapers
pantang nampak diapers murah, mesti tertarik nak beli. mak kita pesan, diapers kalau nak borong banyak-banyak biar time offer. time tu jenama yang mahal pun jadi murah. setakat ni, jenama diapers yang kita pernah beli drypers, huggies, petpet dan babylike. mamy poko ada juga terasa nak beli tempoh hari sebab murah, tapi memandangkan stok yang ada di rumah banyak gilos, tak jadilah beli. dahlah pernah tersalah beli saiz, peram dekat seminggu di rumah lepas tu baru pergi tukar saiz lain. nasib baiklah tokey kedai tu baik kasi tukar, kan.

clothes
baju pun sekarang ni pantang nampak. tapi masih boleh dikawal lagi. sebab, baby kan cepat besar. mak kita kata and kawan kita kata jangan beli baju banyak-banyak. nanti kejap je pakainya, lepas tu dah tak muat simpan je dalam kotak. memang betul sangat-sangat pun. masa pergi memborong baju dekat mom & baby expo pun, kita langsung takde tangkap beli baju saiz newborn. terus amik yang saiz besar-besar sikit, lama boleh pakai. tak tau kenapa, kita suka baju jenis rompers & jumpsuits. agaknya sebab senang nak pakai kot. 

lagi satu hal, mittens and booties selalu sangat hilang kawan. kalau basuh guna mesin, kemungkinan untuk hilang amat tinggi. jadi, kenalah rajin-rajin basuh guna tangan ya. sobs.

feeding bottles
walaupun hasrat untuk bagi fully breastfeed baby, tetap kena ada botol susu ni. sebab, aku pun tak habis study lagi. sekarang tengah tangguhkan pengajian, esok lusa dah sambung macam mana pula nak susukan baby secara eksklusif ye tak? so, aku pun ada usyar botol-botol susu ni. ada juga botol susu yang mak kita belikan. tapi, baby sekarang agak demanding okay? bila dah terbiasa bagi susu badan, dia takkan nak hisap puting botol yang biasa tu. cari punya cari, tempoh hari terbeli botol jenama tommee tippee. memang suka sangat dengan botol tu sebab design dia comel. and jenis wide neck teat, senang mulut baby nak melekap so baby akan feeling macam hisap mama dia punya breast.

ada jenama philips avent lah, MAM lah, the first years lah. tetap hatiku terpaut dengan botol tommee tippee. mamanya yang lebih-lebih, padahal baby tak tau apa jenama pun. tau-tau dah kenyang, burppp and then tidur balik. 

T_T

strollers
macam-macam jenama yang ada jual di pasaran. quinny, halford, sweet cherry, fair world. suka tengok harga je, ada juga plan nak beli tempoh hari. last-last sekali tak jadi beli pun. pinjam yang sedara punya, sebab anak kecik dia tu pun dah besar. bukan nak pakai lama pun stroller ni, esok lusa baby dah dapat kaki, memang selamat tinggallah stroller kan. dah ada yang boleh pinjam, okay jugalah. dah boleh save budget untuk beli benda lain. jenama yang ada ni sweet cherry. senang nak buka tutup, pun takdelah besar sangat kalau nak masukkan dalam kereta. 

lagi satu, baby bukannya selalu jalan-jalan pun. better kasi duduk rumah dengan keadaan cuaca yang kering dan panas ni. huhu. bilalah nak hujan.

setakat ni, tu je lah yang aku rasa menjadi kegilaan. ada lagi sebenarnya, tapi dah panjang berjela karangan aku kali ni. yang lain-lain tu pun belum sampai ke tahap hardcore gilanya. hubby pun kadang-kadang sampai pening kalau pergi kedai baby ni, sebab kita ada je benda yang nak dibeli. hehe, sorrylah. dulu minat beli barang sendiri, sekarang dah masa spend money untuk baby pula. mama punya baju pun dah tak muat gobok/robok tu.

oh baby! untung tau awak dapat mama yang sayang dengan awak ni. :)
Read More

Kalau dulu, tapi sekarang.

9 comments


kalau dulu, kita suka sangat tengok dan beli baju untuk diri sendiri. tapi sekarang, sudah berbeza keadaannya, kita suka sangat tengok barangan untuk baby.

kalau dulu, kita suka sangat beli cikedis @ jajan untuk diri sendiri. suka mengonyel walaupun dah makan banyak. tapi sekarang, kita asyik survey harga susu tepung untuk baby je. plan untuk menyusukan baby tu memanglah sampai 2 tahun, ni sebagai persiapan awal je.

kalau dulu, kita suka sangat nak mekap muka sendiri padahal bukanlah cantik pun. tapi sekarang, kita suka sangat nak siapkan baby lama-lama pun takpe. suka betul belek-belek baby. wangi kot. orang kata itulah bau dari syurga. hmm. suci.

kalau dulu, kita tidur pun sorang-sorang je. sekarang, kita tidur dah bertiga. kita, suami dan baby. huhuhu. bertambah teman tidur tau.

itulah, dulu lain. sekarang semuanya dah berubah. jadi, pemikiran pun harus kena ubah, kan. perangai pun kenalah ubah. dah jadi isteri pun. dah jadi mama pun. tak berubah? hmm, takpelah, perlahan-lahan. lama-lama jadilah bukit, ye dak?
Read More

Alkisah domain.

Leave a Comment


first time pakai domain berbayar guna nama www.tehuzz.com.

kemudian, lambat sikit bayar dah tak boleh nak renew lagi. sobs. sedih amat. so bertukar pula kepada www.teadno.com.

again, bayar lambat lagi. tengok-tengok domain tu dah kena register by orang lain. jadi kembali semula menggunakan domain www.tehuzz.com.

kesian, pening follower-follower saya ya. sorry.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home