ORANGES

Tak kenal saudara ? Sadisnya ..

10 comments


kadang-kadang seronok juga bila pergi beraya ni .. semangat yang pada mulanya sedikit ataupun tiada , secara tiba-tiba pasti akan ada .. sebabnya , akan jumpa saudara-mara yang lain .. saling menziarahi , takkan nak terperap saja ..

adik beradik aku memang tak ramai , dua orang saja .. tapi , bila pulang ke kampung .. suasana meriah , sebab adik beradik nenek aku dah memang ramai , campur pula sepupu sepapat yang memang dah sedia ramai ..


tak kenal ? itu perkara biasa bila setahun sekali berjumpa .. tapi dah besar-besar ni , kebanyakannya aku kenal dah .. dan memasing pun dah ada FB kan .. adding friends saja lah (ikut mood juga nak approve) ..

bila dah berkumpul ramai-ramai ni lagi , macam-macam gelagat boleh kita tengok .. mana yang satu kepala tu memang best , yang mana serba-serbi tak kena .. boleh buat jadi bahan buat ketupat (baca : umpat) .. opss ..

tempoh beraya ? aku , cukuplah dua hari saja .. beraya sampai sebulan macam melampau sangat .. baju kurung nak ada sampai 30 pasang ? pfftt .. puasa masa bulan Ramadhan tempoh hari pun dah tentu tak cukup ..



notakaki:
dah bosan dengan juadah raya , esok nak makan McD !
Read More

Tatkala menjelmanya Syawal ..

7 comments


sedang kita semua bersiap untuk mandi sunat hari raya ..
ada yang tidak balik ke rumah pun kerana menyiapkan tugasan masing-masing .. aku dapat merasai sedikit kesedihan di situ apabila tidak dapat pulang beraya bersama-sama keluarga tercinta ..

******

sedang kita menjamu selera dengan penuh rakusnya ..
kita makan tak ingat dunia , letak makanan dalam pinggan sehingga penuh .. tak habis , buang begitu sahaja ke dalam tong sampah .. masih ramai lagi manusia yang tidak cukup makanan di luar sana ..

******

sedang kita semua bergembira dengan ketibaan Syawal ..
bersedihnya penduduk di alam yang lagi satu selain dunia .. segala seksaan di alam sana tiada lagi kompromi .. kita bergembira tak kena gaya , walhal puasa sebulan sekali dilihat payah sekali nak tunaikan ..

******

sedang waktu malam datang melabuhkan tirainya ..
kalau dulunya masa bulan Ramadhan katanya tiada hantu , syaitan (confirm ke tiada ? kalau tiada , masakan .. mm .. ) .. sekarang semua tu dah bebas .. silalah menghadapinya dengan tabah .. HAHA *gelak jahat*




notakaki:
di mana wedges aku ?
Read More

Memasak untuk raya lebih syok dari main mercun ..

18 comments


segala bawang dah siap ?
sudah , dua hari lepas pun dah selesai tahu ..

serai , lengkuas , halia ?
sudah lah , sudah sudah ..

bahan masakan yang lain ?
hmmm , ni dah sedia nak masuk dalam kuali , periuk ..

apa lagi masaklah ..

******

nasi impit dah siap , kuah kacang dah siap , rendang pun dalam proses nak siap tu .. lemang ? oh no , sejak arwah atuk aku takde dah malas sekali nak membakar lemang .. semua pakai beli saja dekat tepi-tepi jalan ..

kenapa tak buat ketupat ? faham-faham sajalah , masing-masing dah bekerjaya .. more to lazy sebenarnya nak menganyam ketupat ni .. bebudak macam kami , mostly tak tahu pun nak buat .. what a shame lah ..

sooner or later , aku belajar lah cara-cara buat (baca : anyam) ketupat .. mak aku pandai buat , nenek aku pun ada .. jadi , tak ada hal lah kalau nak belajar ni .. (sila baca dengan nada yang paling angkuh)

******

dah boleh raya dah malam ni .. hurm .. yummy !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
dari Tea Dno sekeluarga



notakaki:
terima kasih buat Alif Haris , Dalin , dan Anis Athia di atas pemberian duit raya ! HEHE ..
Read More

Bila beraya , blog diabaikan .. Kemudiannnya ?

6 comments


28 Ogos .. bermakna dah 28 Ramadhan .. senang kan tahun ni nak mengingati berapa hari dah menjalani ibadah puasa .. kalau tak , terkial-kial juga .. (aku rasa aku seorang saja agaknya)

aku pasti ramai antara kita dalam mood nak beraya saja .. lagi-lagi orang berada jauh di perantauan ataupun yang jauh dari keluarga sendiri .. mood aku biasa-biasa saja .. nor excited neither happy ..

dalam blog saja , aku dah lihat sendiri penurunan trafik secara mendadaknya .. ini mesti disebabkan ramai yang tidak update blog lantas membuatkan hasrat untuk blogwalking terbantut ..


ah , faham sendiri lah kan .. ramai yang dah pulang ke kampung , dan mungkin line broadband di kampung pun macam siput babi sedut saja kan .. lepas seminggu beraya mungkin keadaan pulih seperti biasa ..

mana-mana yang masih dalam perjalanan ke kampung tu , berhati-hatilah .. ikut hati mati , ikut rasa binasa .. bukan anda seorang pengguna jalanraya , masih ramai yang mempunyai tujuan sama dengan anda ..

yang masih bekerja esok pula , bawa-bawa bersabar sajalah .. :D



notakaki:
aku tak mahu raya tapi aku mahu duit raya !
Read More

Duit bukan segalanya tapi duit memang penting !

26 comments


duit penting , tahu tak ? kalau tak tahu , sila bagi aku duit anda banyak-banyak .. lagi pula nak raya ni kan , banyak duit yang kena habiskan .. erm , tapi habis ke duit aku nak raya ni dan berduitkah aku ? hehehe ..

aku dah ada sikap pelupa dengan duit pula .. bukan aku seorang yang sangat sayangkan duit ke ? bukanlah hamba duit ya , tapi sayang sampai kadang-kadang kedekut nak berbelanja walaupun untuk diri sendiri ..

bila buka purse yang berlainan (maaflah sebab ada lebih dari satu purse) , tengok di dalamnya ada duit .. eh , lepas tu mulalah nak mengimbau kenangan .. "Bila pula aku letak duit dalam ni ya ? Beranak agaknyalah .."

kalau banyak ni yang disepahkan , melampau lah tu ..

hal yang sama berulang lagi , apabila aku buka bekas pen/pensil .. sedang menghumban semua isi di dalam ke luar , tiba-tiba duit terjatuh sekali .. "Siapa pula yang bagi aku duit ni ? Siap ada dalam tempat ni pula .."

cuma setakat ni , tak pernah lagi jumpa duit kepunyaan aku di dalam kocek seluar .. duit dah makin tinggi nilainya , orang pun sampai jadikan diri hamba kepada duit .. tapi , aku boleh pula main sepah merata-rata ..

lepas ni kena careful sikit , kurangkan careless .. bahaya ni kalau orang jumpa duit aku dalam tempat bukan-bukan ni .. (sebab aku ni kedekut , diulangi ke .. de .. kut .. bukan kedut !) lagipun , susah pula kalau tetiba nak guna duit tapi tiada !



notakaki:
dah nak raya ni selesema hinggap di hidung ..
Read More

Gantikan malang sebagai kurang bernasib baik ..

8 comments


dalam hidup ni , tiada istilah malang sepatutnya digunakan ..

kita dijadikan sebagai manusia gunanya untuk menggunakan kehidupan yang diberikan dengan sebaik mungkin .. jadi , kenapa jika gagal dalam sesuatu perkara kita sudah menggelarkan diri kita sebagai malang ?

apabila keputusan peperiksaan merosot dengan dahsyatnya , kita isytihar kepada semua orang bahawa diri kita malang .. itu bukan malang , itu sebagai salah satu langkah untuk kita memotivasikan diri untuk terus berjaya ..


orang yang dah berjaya juga pernah merasai apa itu ertinya kegagalan .. mereka berjaya kerana usaha dalam diri sendiri yang cukup kuat serta kukuh , dan tak pernah ada sekelumit rasa untuk putus asa selama-lamanya ..

apabila ada saja acara yang dipertandingkan untuk merebut hadiah lumayan , ada sesetengah antara kita yang akan mengeluh dahulu dan mengatakan tiada peluang untuk bersaing kerana bernasib malang ..

sebenarnya kita apa yang kita fikirkan .. jika terus bersikap negatif , keputusan yang mendatang semuanya akan berunsurkan negatif .. cubalah tanamkan sikap positif dalam diri , tak kira apa jua yang datang kepada kita ..


kata-kata orang lain sedikit sebanyak mempengaruhi kita juga .. yang baik akan mendorong kita supaya kita lebih kuat .. namun yang kurang baik akan cuba bawa kita ke arah kegagalan justeru tercetusnya malang itu ..

jadi , berkatalah yang baik-baik saja .. anda jangan sampai mahu menjatuhkan semangat orang lain .. nak mengata yang bukan-bukan terhadap orang lain , cubalah tengok diri sendiri tu dah cukup berjaya atau tidak ..

aku pun pernah juga mengatakan diri sendiri malang kerana kadangkala ada perkara yang tidak bernasib baik .. namun , cukuplah dengan kita mengenangkan saat-saat manis apabila kita merangkul sesuatu kejayaan ..


bukankah itu lebih baik ?

lebih wajar apabila perkataan malang ditukar sebagai kurang bernasib baik ..



notakaki:
boleh hantar kad raya lagi tak sekarang ni ?
Read More

Macam-macam ragam perempuan yang memeningkan ..

12 comments


jadi perempuan ni tak lah sesenang mana .. although aku sendiri perempuan pun , aku sendiri kadang-kadang mengutuk kaum perempuan sendiri ? tak percaya ? anda boleh korek any posts aku yang dah lepas ..

walaupun aku sendiri perempuan , ada masanya juga aku tak paham dengan kehendak dan kerenah perempuan .. adakah ianya bermaksud aku juga tak paham akan diri sendiri ? Allah knows everything more than us ..

#1 perempuan ni dah sedia kurus , tapi masih nak kurus
kalau aku boleh dikategori keinginan untuk kurus itu memang patut .. ini yang memang dah kurus , berat pun 40 kg , tapi masih nak turunkan berat badan kerana mengatakan diri sendiri tu , gemuk ! what the heaven ya ?

#2 perempuan ni dah cukup cantik , tapi masih nak mekap tebal
muka dah cantik , walaupun kulit sedang-sedang .. memang dah sedap mata lelaki memandang , boleh pasang niat nak buat isteri .. jadi , perlu ke nak letak bedak 10 kati , lepas tu dengan mekap tak nak kalah badut pula ..

#3 perempuan ni orang puji pun , tapi tak tahu menerima
ini aku sendiri problem juga .. contoh kawan siap puji cantik pakai baju itu , muka ayu bak bidadari .. tapi , masih nak menafikan .. ada juga yang terlebih-lebih (baca : over) .. terimalah pujian tu dengan kadar sederhana dengan berterima kasih ..

#4 perempuan ni tak faham lelaki , tapi lelaki pun tak faham perempuan
ada sikap lelaki yang kita (baca : perempuan) tak faham .. lelaki tak suka berkongsi masalah tertentu contohnya .. cuba fikir .. lelaki lagi tak faham bila emosi kita tak menentu .. sikit-sikit jadikan mereka (baca : lelaki) mangsa .. (aku juga)

tapi Kim Kardashian memang hot , aku pun jealous !

kesimpulannya , jadi perempuan ni lebih banyak tidak kurang bersyukur berbanding dengan bersyukur .. sebab tu , dalam agama pun lelaki yang lebih layak menjadi khalifah dan menjadi ketua keluarga .. (motif ?)

tugas perempuan ? jadilah peneman , pendorong kepada kaum lelaki untuk terus berjaya di dunia mahupun di akhirat .. jaga diri sendiri , jaga keluarga , jaga suami (kalau ada) .. sambil-sambil mengingatkan diri sendiri juga ni ..



notakaki:
aku menang lucky draw .. teruja babe ! entri aku yang dekat sini , sini , sini ..
Read More

Senarai Bakal Pemenang Giveaway: Angry Birds Pilihan

26 comments


ya , rasanya semua dah sedia maklum .. pada 26 Ogos 2011 jam 10.16 pagi Giveaway: Angry Birds Pilihan itu ditutup .. jadi , di sini aku senaraikan bakal-bakal pemenang .. siapa yang bertuah ? haaa ..

maaf kecil , bagi nampak comel tersusun rapi .. (sila CTRL+F untuk cari URL anda)

1. http://eylashortstory.blogspot.com/2011/08/giveawayangry-birds-pilihan.html
2. http://sitikektus.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
3. http://dirahpunyerblog.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
4. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
5. http://eyfaaliasstory.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
6. http://putarbelithidup.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
7. http://syu90contest.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
8. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
9. http://abglan.com/?p=1965
10. http://mamaishazah.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
11. http://daxtemok.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
12. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
13. http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
14. http://www.trioseposen.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
15. http://hudacontest.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
16. http://platunkhaz.blogspot.com/2011/08/plan-no-492-giveaway-angry-birds.html
17. http://kederatmuda.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
18. http://amorenisa.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-bird-pilihan.html
19. http://dearbella-bella.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
20. http://sayakongsicerita.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
21. http://faishaluvnurrfatihah.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
22. http://mcnaaiko.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
23. http://belogini-sayapunya.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
24. http://blogakujiwaaku.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
25. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
26. http://ady-shariz.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
27. http://farhanahadzlan2.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
28. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
29. http://contest-raudhoh.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-bird-pilihan.html
30. http://azrijohann.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
31. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
32. http://ipai-ans.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
33. http://asirahbenz.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
34. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
35. http://izzawann.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
36. http://alongnidar.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
37. http://pinkliciousme.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-bird-pilihan.html
38. http://karimahabdhamid.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html

terima kasih sebab seramai 38 orang sudi join giveaway ni .. ada saringan lagi lepas ni , sebab aku dah mengalami kekeliruan di mana ada 2 , 3 orang yang kreatif dan layak (bagi aku) untuk dapatkan 1 item sama (contoh : burung merah) ..

kiranya aku bukan terus pick siapa-siapa saja yang menang , lah ..

tiada penyertaan tertinggal kan ? kalau ada , sila inform kepada aku dengan kadar segera .. announce pemenang lambat-lambat sikit pun tak apa kan ? lagi pula posmen dah pergi balik ke kampung masing-masing untuk beraya ..

opss .. maaf , tertayang angry bird hitam kejap .. :P



notakaki:
dah tahu , bukan senang nak handle segmen/giveaway/contest ni ..
Read More

Baju bertambah lagi ..

18 comments


entry ni tiada unsur nasihat atau apa .. sekadar berkongsi lagi , macam entri kata kunci semalam ..

hari Rabu , 24 Ogos 2011 aku dapat 1 bungkusan yang dihantar oleh posmen .. iyalah , posmen kena hantar semua surat/bungkusan cepat-cepat .. kan nanti nak bercuti hari raya pula .. (merepek , dah jauh menyimpang)


bangga ? dah tentu .. sebab dari hari itu aku jealous tengok orang lain dah ada , dah dapat baju Kelab Blogger Ben Ashaari ni .. jadi , aku pun cari korek info di mana aku boleh tempahan baju ni juga ..

pelbagai warna ada untuk anda buat pilihan .. harga pun berpatutan .. dan aku pilih hitam instead of pink kerana nak memantulkan warna merah logo Kelab Blogger tersebut .. nak berlagak sikitlah kan ..

maaf gambar blur , emosi kurang stabil .. HAHA ..

aku pilih untuk pamerkan URL Blog aku di bahagian belakang bawah baju .. sebab , kalau letak di bahagian belakang tengah baju , aku rasa macam too obvious pula pamerkan URL Blog tu .. (tetiba malu)

bertambah lagilah koleksi baju aku .. wardrobe dah penuh ..



notakaki:
pukul 10.16 pagi tadi , GA aku dah ditutup .. pemenang umum kemudian ..
Read More

Giveaway: Angry Birds Pilihan

60 comments


memandangkan follower aku dah cukup 666 , aku bersetuju lah nak buat 1 giveaway simple saja *cara setuju macam ada orang propose je kan* .. 1st try lah ni .. tak tau boleh berjaya ke tak .. harapnya boleh ..


Syarat-syarat untuk join:
#1 Buat 1 entry bertajuk "Giveaway: Angry Birds Pilihan"
#2 Selitkan header aku dalam entry tersebut ..
#3 Nyatakan 1 pilihan Angry Birds korang .. small plush toy/handphone strap ..
#4 Sebab mengapa anda pilih karakter Angry Birds itu , ayat kasi kreatif haa ..

Pemilihan pemenang:
6 orang yang beri sebab paling kreatif akan diisytihar sebagai pemenang lah .. aku tak mau guna Random.org ..

Hadiah (rujuk syarat join yang ke-3):

3 Angry Birds small plush toys (boleh gantung)

atau

3 Angry Birds handphone straps


Tarikh Tutup:
26/08/2011 jam 10.16 pagi ..



notakaki:
agak-agak penyertaan bawah 10 , giveaway ni kira batallah ye .. kena buat cubaan lain pulak lah nanti ..
Read More

Gila mikrofon betullah ..

32 comments


hari itu , aku cerita tentang kelakuan orang di majlis .. hari ini , lain pula yang aku nak bebelkan .. melibatkan majlis juga .. tak boleh jadi manusia lah aku macam ni kan .. tapi , ni semua nak mengingatkan diri sendiri sekali ..

pernah hadiri perhimpunan , mesti pernah bukan ? sekolah rendah pun ada .. sampai lah ke majlis penyampaian hadiah .. disertai sekali dengan ucapan .. ucapan tu bukanlah dikhususkan kepada seorang tetapi ramai !

oh .. menghadapi sesebuah ucapan dari seseorang yang penting amat meletihkan para hadirin .. iyalah , kebiasaannya sesebuah ucapan pasti tidak kurang dari 5 minit .. kadang-kadang isi ucapan mereka membosankan ..


yang aku pasti , mereka sangat hebat dalam memberikan ucapan .. walaupun menghadapi masalah mikrofon , teks berterabur ditiup angin .. mereka tetap gigih meluahkan apa yang mereka nak ucapkan pada khalayak ..

hadirin yang datang biasanya menggelarkan mereka , 'gila mikrofon atau gila berucap' ..

sudah tentu kalau diberi mikrofon kepada aku , aku akan diam membisu tidak berkata-kata .. boleh beri aku mikrofon pun dalam bilik karaoke saja .. serius , aku tak tahu cara bercakap panjang berjela-jela begitu ..

orang yang bosan dengan ucapan yang diberikan secara lama , pastinya mengeluarkan pelbagai keluhan .. dan membuat aksi pelik untuk menghentikan mereka dari bercakap dengan lebih lama .. ops , kadang-kadang aku juga ..

selamat hari raya maaf zahir batin ya kepada orang yang memberi ucapan .. (banyak mengata)

jangan dalam majlis agama pula anda protes mereka bercakap lama-lama .. sesungguhnya , itu bukan ucapan kosong kerana ada banyak input berguna yang anda boleh dapat dari majlis agama (baca : ilmu) tersebut ..



notakaki:
aku dah pasang pop-up komen semula .. bergembiralah berkomen ..
Read More

Tea Dno itu siapa ? Kenal tak ?

22 comments



permulaan update blog hari ini , aku nak sharing keywords yang aku dapat untuk blog aku ni lah .. tak apa kan ? kalau bosan , harap maaf .. nak raya ni , tak mahu lah bermasam-masam muka .. tak bagus ..

kuih semperit
ini mesti sebab entri aku pasal Kuih semperit kegemaran .. dan tradisi .. tu .. memang dah berminggu-minggu keyword tu ada , iyalah orang semua sibuk nak beraya .. tapi , maaflah .. aku tak ada include resipi ..

matikan setem hasil
banyak juga dapat pasal matikan setem hasil .. pelbagai ayat yang ada tu kalau anda tengok .. entri tu boleh dibaca di sini dengan tajuk , Matikan setem hasil .. Perlu ke kelam kabut ? ini ada sikit tips lah ..

muka benci
aduh , ada orang yang benci dengan muka aku ni ke ? maaflah kan kalau muka aku ni tak menyenangkan mata anda .. tapi , memang ada entri tu dalam blog ni .. aku benci muka aku sendiri ! more to nasihat entri ni ya ..

gambar wanita melayu menyiang ikan
wah , kata kunci paling panjang aku dapat .. rajinnya menaip .. wanita melayu siang ikan tiada , cara siang ikan paling cepat ada lah .. itu pun gambar ikan tiada kepala saja yang aku upload .. lain tiada ya ..

lagu kanak-kanak zaman dulu-dulu
ini dekat blog aku tiada , kalau dekat blog Siti Kektus boleh cari pasal ni .. blog aku ada cerita pasal Game dulu mengembalikan zaman kanak-kanak .. kalau rajin , tekan dua-dua link yang aku letak ni ..

kepentingan pakai BB cream , kelajuan U Mobile , dan baucer McD 2011
yang ni aku kasi gabunglah ketiga-tiganya , sebab aku dah malas nak menulis ni .. HAHA .. produk BB cream , Berharganya broadband daripada tiada .. dan baucer McD , bowling tournament .. ada jugalah kaitan ..

tea dno
kata kunci yang buat aku rasa paling bangga .. nama tea dno dah ada bertapak dalam carian Google .. tea adalah nama panggilan aku , dno adalah nama abah aku yang dipendekkan (juga nama panggilan dalam kalangan member beliau) ..



notakaki:
motivasi dalam diri aku sangat low buat masa sekarang .. maaf ..
Read More

Ucapan Selamat Hari Raya

28 comments



di kesempatan yang ada ini , aku nak buat ucapan selamat hari raya kepada semua rakan blogger .. maaf zahir dan batin (baca : perasaan) di atas segala kekurangan dan kekhilafan aku selama aku berblogging ni ..

hati-hati semasa pulang ke kampung , ingat orang tersayang selalu .. drive jangan ikut perasaan saja .. jangan main mercun meriam segala tu , nanti aku panggil polis tangkap korang semua kan dah tak dapat raya .. *gelak jahat*

ok ok .. selamat hari raya maaf zahir dan batin once again .. semoga kita semua boleh bertemu Ramadhan lagi pada tahun yang akan datang .. bergembira selalu , agar kedukaan jiwa harap dapat dikurangkan ..



notakaki:
sense of humour aku dah hilang ..
Read More

Kelakuan tu kasi jaga sikit saja ..

18 comments


pernah pergi mana-mana majlis tak ? alah , paling simple pun pergi majlis kenduri kahwin lah .. dan seperti biasa , pelbagai ragam manusia .. (kebelakangan ni memang suka pandang sikap orang kat mana-mana pun)

sepatutnya bila dah dewasa (baca : tua) , kelakuan sendiri tu dah tak perlu diajar rasanya .. melainkan budak kecil itu lainlah sebab dah pada dasarnya budak , memang banyak lagi perkara belum difahami akal mereka ..

aku memang ada masalah dengan orang tak pandai jaga kelakuan dalam satu-satu majlis .. nak kata aku baik , memang jauh sekali lah .. cuma aku ni kaki complain , walhal diri sendiri pun tak berapa nak betul ..


bila dalam majlis , kalau ada orang tengah bagi ucapan .. kakak-kakak , makcik-makcik duduk bersembang tak henti-henti .. eh , dah ambil makanan dan tengah nak makan lagi pun tak habis lagi terjuih bibir tu ..

kalau tempat duduk jenis berhimpit-himpit .. prihatin sikit lah dekat orang sebelah , sikit saja aku minta bukan banyak .. duduk ni kasi kepit-kepit , nak terkangkang lebih sampai kaki bergesel orang sebelah apa pasal ?

lagi 1 hal aku tak suka .. dalam majlis biasanya ada makan-makan sikit .. ni jenis yang suka berasak-asak pergi rebutkan makanan .. gaya dah macam 10 tahun tak makan .. harap pakai baju saja yang lawa ..

memang tak sah kalau aku pergi even majlis kecil sekalipun tak dapat bersungut ni .. pasti ada saja tak kena .. takkan pula aku nak tutup mata tengok kelakuan macam ni ? kadang-kadang mulut ni direct saja cakap pada orang ni ..

aku pun selalu saja buat perangai pelik dekat majlis .. dah kalau orang boleh bercakap tak henti , duduk terkangkang , berebut makanan , aku pun boleh juga buat pe'el aku dengan gaya aku .. baru mereka tahu ..



notakaki:
waiting for something ..
Read More

Haiwan pun berhak hidup ..

19 comments


haiwan pun makhluk yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini .. bukan kita saja makhluk Allah yang mendiami bumi yang luas ni , tapi kita ni ditugaskan oleh Allah untuk berbuat baik sementara hayat masih ada ..

beruntunglah bagi mereka yang sukakan haiwan .. tapi , untuk sesiapa yang bencikan haiwan ruginya anda .. hurmm .. aku tak maksudkan untuk mereka yang gelikan dengan haiwan .. itu rasanya kes lain sikitlah ..

takkan haiwan macam ni nak diseksa kan kan ?

dalam banyak-banyak orang yang suka haiwan , masih terdapat aku tengok orang yang suka dera haiwan .. sepak terajang haiwan secomel-comel itu , bila mati dia macam dapat satu kepuasan dalam diri .. hai manusia ni ..

#1 buat baik dengan haiwan boleh tambah rezeki kita
selain punyai anak sebagai penambahbaik rezeki sehari-hari kita , dengan bela haiwan seperti kucing jadikan kita dilimpahi rezeki .. haiwan pun beribadat kepada Allah .. bagi makan , haiwan ini mungkin mendoakan untuk kita ..

#2 memupuk sikap penyayang dalam diri individu
kita boleh belajar menyayangi makhluk yang bernyawa selain manusia .. dan penyayang terhadap haiwan bagus bukan .. boleh kurangkan timbulnya isu penderaan haiwan .. jadilah manusia yang hidup bertamadun ..

#3 hilang stress dalam kehidupan sehari-hari
mungkin bebanan tempat kerja buatkan kita rasa serabut .. bila ada peneman (baca : haiwan peliharaan) ni , boleh juga kita belai-belai .. boleh juga luahkan kalau tiada siapa sudi mendengar .. haiwan juga faham apa kita bicarakan ..

#4 Rasulullah juga sayangkan kucing
jadi , tak salah jika kita buat perkara baik seperti Rasulullah buat bukan ? menyayangi haiwan bukanlah sesuatu yang jahat , malah lebih digalakkan lagi .. jangan salah sayang , peluk haiwan pula (baca : vavi) ..

buat apalah nak dera haiwan ? nanti akhirat kita tahulah nasib kita tu .. tapi , tak salah jugalah kalau nak bunuh haiwan tertentu .. dengan syarat haiwan itu membawa kemudaratan kepada kita .. bunuh dan makan kucing tak patut ..

ermm .. rasanya penceritaan aku ni memang dikhususkan untuk kucing agaknya ..



notakaki:
ada majlis buka puasa di surau .. auto-post sajalah ..
Read More

Hilangnya mesra , lunturnya keikhlasan ..

24 comments


aku dah selesai buat pemeriksaan perubatan .. ya , memang kena bayar .. dalam dunia ni dah kurang benda yang kita boleh dapat dengan percuma .. nak masuk tandas awam sekalipun dah kena cas 20 sen ataupun 30 sen ..

mungkin kali ni kesabaran aku lebih tinggi dari sebelum ni (mungkin juga sebab nak periksa tekanan darah) .. jadi , lambat macam mana pun masih boleh bersabar .. mulut pot pet pot pet sikit itu biasalah , ragam perempuan ..


ada beberapa sektor lah yang memang mengalami kelembapan yang luar biasa .. orang lain menunggu panjang-panjang .. tapi tidak dipanggil-panggil .. ermm .. tak kiralah di klinik , di bank atau di mana-mana saja ..

kalau nak Malaysia tercinta ni terus maju (semangat merdeka) , semua kerja perlu berjalan dengan pantas .. bukannya mula beroperasi seawal pukul 8 pagi tapi mulakan sesi lewat sejam , bermakna lingkungan 9 pagi ..

kerja lambat , lepas tu muka tak mesra pelanggan .. hish , orang awam yang datang pun rimas saja tengok muka anda yang sedang kerja ni .. tak boleh lah begitu cik akak , encik abang sekalian .. muka kasi manis ..

bonus dapat setiap tahun , gaji mesti naik tak pernahnya turun .. jadi , kerja pun wajiblah ikhlas .. bukan anda seorang saja yang ada kerja yang perlu dilakukan .. kita semua manusia , tak akan lepas dari tanggungjawab bukan ?

aku tak nak mengutuk lebih , sebab keluarga aku sendiri datangnya dari sektor itu juga .. tapi , inilah sebahagian rintihan orang awam terhadap servis dan layanan yang telah anda (baca : pekerja) berikan ..



notakaki:
rasa macam cukup agaknya buat entri sekali sehari ..
Read More

Jangan ke laut saja , cuba ke udara pula ..

22 comments


sampai 1 masa , blog yang ada pun hanya dipandang sepi ..

sampai 1 masa , mata hanya mahu mengadap benda lain selain laptop ..

sampai 1 masa , tentu rasa penat dan hanya mahu tidur saja ..

sampai 1 masa , idea yang boleh diperah dari otak pun sudah tiada ..


jadi , aku rasa aku perlu mengehadkan jumlah entry yang patut di-post setiap hari .. idea memang sangat-sangat terhad .. sebab , sejak kebelakangan ni asyik duduk ambil kalkulator dan mengira saja ..

nak update hal personal ?? boleh .. tapi , rasa macam tak patut .. lagipun , tiada apa yang boleh diluahkan dari lubuk hati ni .. segalanya nampak tenang saja buat masa ni .. selamanya tenang pun tak apa , lagi aku suka ..

selamat malam .. kehkeh ..



notakaki:
masih sempat lagi untuk anda nak join GA aku tu ..
Read More

Tak rugi makan di .. Nasi Arab Damsyik ..

35 comments


pada 20hb Ogos 2011 lalu , ada 1 perjumpaan blogger kecil-kecilan .. memang kecil sangat-sangat ni , sebab kami hanya bertiga iaitu iPai , Eyfa dan aku .. memang dah rancanglah nak berbuka puasa sama-sama ..

tempat makan yang dipilih , Nasi Arab Damsyik yang berlokasi di Senawang , Seremban .. huihh , sedangkan aku yang duduk Seremban dah lama ni pun tak pernah pergi makan di situ lagi ..

iPai pergi booking tempat tu seawal 3 petang kalau tak silap (kalau silap , sorry !) .. tapi , fully-booked untuk buka puasa .. terpancar kekecewaan di situ .. tapi , masih boleh makan di situ dalam lingkungan 7.45 malam ..

ini iPai , yang tengah cover muka dengan kamera .. :P

Eyfa dan aku tak kisah pun kan kan kan , pukul 7.45 malam pun masih on je .. dan kami juga masih boleh menjamah sedikit makanan lain dulu sebelum makan habis-habisan di restoran nasi panjang tu ..

apa kami buat sebelum tu ? pergi ke Bazaar Ramadhan Paroi , beli makanan dan air cuma sekadar alas perut untuk berbuka puasa .. borak-borak , kenal dengan lebih rapat lagi .. azan pun berkumandang , kami ke surau dulu ..

sudah saja tu , kami pun cepat-cepat serbu restoran tu .. fuhh , masih dipenuhi orang .. tempat tu memang famous amos lah , lagi-lagi bulan puasa ni .. mata melilau mencari meja dan kerusi kosong untuk duduk ..

dapat tempat duduk , apalagi .. minta order pula .. seriously , aku dan Eyfa tak tahu macam mana nak order .. sebab tak pernah pergi makan pun tempat tu .. jadi , serahkan tugas itu kepada iPai yang lebih pakar ..

sungguh banyak untuk 3 orang makan .. dan itu air cranberry ..

apa yang aku nak cakap , makanan di situ memang sedap .. puas hati dan puas perut (rasa macam aku je makan banyak) .. harga pun tak mahal , biasa-biasa saja .. jadi , tak salah pun kalau anda mahu cuba makan di Nasi Arab Damsyik ni ..

ditanya kepada aku , adakah aku nak datang lagi ke restoran tu?
dah tentu nak , feeling pun ala-ala makan kenduri gitu .. auww ..

keluar pergi berbuka puasa bersama iPai dan Eyfa memang seronok .. thanks to iPai yang sanggup pick-up aku di rumah .. dan thanks to Eyfa sebab sanggup datang from KL semata-mata jumpa aku dan iPai ..

credit gambar to iPai , tapi watermark aku sukahati letak ..

agak-agak nanti time raya , boleh pula aku pergi ke KL tuntut duit raya dari Eyfa kan ? lepas tu , silalah belanja aku masa pergi Sunway Lagoon ke , ice skating ke apa ke .. kehkehkeh .. (demand habis)

bila pula nak kumpul ahli blogger lain lebih ramai lagi ya ? rasa seronok , sebab selama ni kita hanya berbual di dalam blog saja .. paling jauh pergi pun ke FB .. bila dah berjumpa , lebih banyak yang kita boleh kongsi bersama ..

mula-mula malu kucing tu , perkara biasalah .. pemalu tu kan comel .. (sila muntah) seriuslah , bila dah ada sikit pengalaman macam ni , dah terasa pula nak jumpa para blogger lain .. (oh , sila datang rumah raya ni HAHA)

lagi 1 credit gambar untuk iPai ..



notakaki:
-ada jalan cerita tertinggal tak ni eh ?
-entry ni saja nak tuju kat Cik Aish .. lalala ~
Read More

Segmen Hira : Aku reti memasak, kau reti?

24 comments


sila klik banner ni kalau nak join ..

ehem .. saja nak join , nak menghebahkan juga yang aku ni bolehlah masak sikit-sikit .. bukan expert , tapi boleh tahanlah .. kiranya , kalau orang makan tak mati lagi lah .. nak puji sedap nanti , macam apa pula kan ..

kepakaran aku (pakar ke ?) dalam memasak adalah Spaghetti Bolognese .. aku memang suka belajar masak something yang aku suka , dan mungkin juga yang orang lain suka .. tapi , nak masak benda tu bahan mahal , lah ..

selain tu , kek batik .. kek batik , simple .. aku suka guna milo .. tak payah nak masuk oven ke apa .. senang cerita , biasanya orang panggil itu kek orang malas .. HAHA .. tapi , rasanya masa malas aku tak buat pun kuih tu ..

kalau lauk yang boleh makan dengan nasi , ikan masak asam pedas pun dah quite terror lah nak suruh aku masak .. goreng sayuran pun boleh .. jadi , bolehlah kira aku ni tak naive sangat dalam bab masakan kan ?

itu serba sikit yang dah biasa aku masak sendiri lah .. kalau dah expert sangat nanti , mesti aku dah pergi apply jadi chef .. tapi bab kek , biskut yang memerlukan oven aku masih lemah lah okay .. lalala ~
Read More

Cakap belakang pandai , cakap depan berani ke ?

10 comments


hari ke-21 kita berpuasa .. dan , aku masih nampak orang yang aku tak pasti samada tak reti berpuasa ataupun apa .. ternyata apabila terserempak kami (aku dan keluarga) , dia dan kawannya tersipu-sipu malu ..

mana tak malu , dah tentu mereka berdua kantoi makan (baca : melantak) kat food court terang-terangan di khalayak ramai .. sudahlah ramai pula orang Melayu Islam lalu-lalang di kawasan itu pada ketika itu ..


baiklah ..

terdapat keburukan di situ , samada daripada aku sendiri mahupun juga mereka yang tidak berpuasa itu .. ya , aku ceritakan , aku hebahkan mereka tidak puasa .. tapi , adakah aku sendiri berani pergi sergah mereka ?

tidak kan ? jadi , salah aku juga di situ .. sepatutnya , aku beranikan diri meminta kad pengenalan mereka untuk memastikan mereka adalah orang Islam .. yang tidak berpuasa dan patut dikenakan tindakan sewajarnya ..

kita , hanya mampu melihat .. lalu mengata .. jika benar juga mereka itu orang Islam , yang menjual makanan kepada mereka juga adalah berdosa kerana membiarkan sahaja .. apa ? fikirkan untung di dunia sahaja kan ..


bukanlah aku nak bela mereka yang tidak berpuasa .. tapi peranan kita sendiri tu , kita kena kaji balik .. sekadar mampu berkata dari jauh , memandang dari dekat , lalu pergi tanpa berbuat apa tiada guna bukan ?

siapa di antara kita yang berani pergi kepada orang yang rupa seperti Melayu Islam makan di medan selera pada bulan Ramadhan dan bertanya pengenalan diri mereka ? sejujurnya , aku tidak .. jadi , anda juga fikir-fikirkanlah ..



notakaki:
mengantuk overdose ni dah kenapa pula ?
Read More

Pengaruh kartun yang membahayakan ..

20 comments


kanak-kanak sekarang didedahkan dengan pelbagai ragam kehidupan .. salah satunya adalah dari segi menonton cerita kartun .. kanak-kanak dengan kartun , seakan-akan tidak dapat dipisahkan ..

percaya atau tidak , kartun sebenarnya lebih banyak memberi impak yang tidak baik berbanding impak yang baik .. kanak-kanak sememangnya cepat untuk mempelajari sesuatu yang baru samada dengar atau lihat ..

sebagai contoh dalam siaran TV berbayar , ada pelbagai siaran kartun yang boleh kita langgan untuk kanak-kanak supaya dapat menghiburkan hati .. tapi , pernah ke tidak anda pantau apa yang mereka tonton ?

lebih-lebih lagi , sekarang ni ada kartun yang boleh dialih bahasa .. contohnya , dari Bahasa Inggeris (BI) ke Bahasa Melayu (BM) .. bila dalam BI , pertuturannya nampak biasa tapi bila dialih bahasa , jadi kasar ..

Bahasa Inggeris
"Stupid dog !"

Bahasa Melayu
"Anjing tak guna !"

tak rasa ke macam penggunaan tu tak sesuai ? kanak-kanak cepat mempelajari sesuatu , lagi pula benda yang didengarinya itu tidak elok digunakan dalam kehidupan sehari-hari ..

nampak sangat tidak manis , jika seseorang yang lain menegur kita , "Eh , tak pandai jaga anak ke ?" sudah tentu kita yang malu bukan , bila terkeluarnya perkataan tak elok dari mulut anak kita sendiri pula ..

lihat video di bawah ini .. pengaruh kartun terhadap minda anak kecil ..


benda macam ni seharusnya kita pantau .. memang tak salah anak menonton cerita kartun .. tapi , tapislah kartun jenis bagaimana yang baik .. lebih senang jika buka sahaja siaran Astro Ceria .. ceria pun ceria ..

generasi sekarang banyak aspek kena pantau .. jadi , lebih baik dari kecil kita bagi perhatian .. jangan dah remaja , dewasa dan macam-macam terjadi baru kita nak huru-hara .. masa tu dah terlambat semuanya ..



notakaki:
perut lapar tak boleh tidur , perut kenyang pun tak boleh tidur ..
Read More

Mengapa perempuan perlu jual mahal terhadap lelaki ?

34 comments


ada sebab-sebabnya mengapa seseorang perempuan tu harus jual mahal tatkala seseorang lelaki cuba untuk mengorat dirinya .. atau dalam erti kata lain yang biasa digunakan orang zaman sekarang , 'usha' ..

#1 lelaki itu sekadar mahu mencuba nasib
mungkin sudah beberapa ketika seseorang lelaki itu seorang tiada teman , jadi dia mengambil keputusan untuk menawan mana-mana perempuan ikut citarasa dia .. untung-untung boleh dapat yang memang cun habis ..

#2 lelaki itu sekadar suka-suka
ada juga jenis yang mengorat anak gadis orang disebabkan bertaruh dengan rakan-rakan .. contohnya si dia ni berjaya dapatkan si gadis , kawan-kawannya akan membayar kepadanya hasil pertaruhan tersebut ..

#3 lelaki itu terasa dirinya begitu kacak
kes ni , bila dah terasa diri terlalu tampan pun susah .. habis semua perempuan dia nak cuba , maka terjadilah teman wanita keliling pinggang .. jangan tak tahu , muka yang pecah rumah pun ada yang bersikap macam ni ..

untuk lelaki , nak mengorat jangan sampai kena macam ni pula ..

jadi , kalau kaum perempuan pergi ke kedai , kenduri kahwin atau tempat lain .. tak perlu nak menggedik sangat melayan kaum lelaki yang cuba mengorat anda ni .. belum tentu lagi boleh dibuat suami ..

lelaki yang paling elok sekali dibuat suami , yang ada tanggungjawabnya , apabila dia datang terus ke rumah kita untuk berjumpa ibu bapa dan menyatakan hasrat untuk menyunting bunga di taman .. kehkehkeh ..



notakaki:
jom pergi shopping !!
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home