ORANGES

Model jambatan yang tak runtuh.

5 comments
Pagi tadi baru saja selesai pertandingan model jambatan untuk course aku. Rugi siapa yang tak datang tengok. Semuanya lawa-lawa dan gempak belaka. Kecuali group aku punyalah. Kami buat cincai je, tak sekreatif orang lain punya idea.

Kalau ikutkan boleh je nak compete dengan orang lain punya model, tapi tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni. Masing-masing pun ada kekurangan tersendiri. Aku pun sama je, cuma insan biasa yang tak lepas dari kesilapan.

Specs untuk model jambatan tu dah diberi. Beban yang dikenakan ke atas jambatan ada 2 jenis. Untuk yang guna kayu 5mmx5mm beban cuma 4kg. Kayu 10mmx10mm bebannya adalah 8kg. Maksimum beban 16kg. Hebat?

Ada 18 group yang bertanding semuanya. Dan group aku yang paling sikit ahli kumpulan iaitu seramai 4 orang je. Kesemuanya perempuan pula. Berbekalkan ilmu SUKSIS dan PALAPES yang tersemat, jadi macam rupa rakit dah.

Tak menang tak sedih pun, sebab tu semua adat pertandingan. Cuma, kalau aku selidik lagi dalam pembikinan model jambatan tu mesti boleh buat lebih baik daripada yang sedia ada ni. Okay, takpelah. Dah lepas pun event tadi.

Sebenarnya, aku craving sangat nak makan KFC. Tapi, macam kenyang. Then, takde siapa yang sudi nak teman aku makan dekat situ. Take away kang, banyak pula yang nak kaut masuk mulut sorang sikit. Haih nasib, nasib.
Read More

Hilang memori.

3 comments
Assalamualaikum.

Aku baru je kehilangan memory card micro baru-baru ni. Bila aku sedar? Semalam! Itupun masa nak pergi Majlis Perasmian Tabung Wira Lahad Datu dekat kolej kediaman UTHM. Aku pun tak pasti mana nak cari benda yang dah hilang.

Kalau ada pun, mungkin dah kena buang dengan makcik cleaner ataupun orang dah ambil. Walaupun harga memory card micro tu dah murah, dengan saiz 8gb dah boleh dapat RM30 macam tu, tetap tak mustahil ada orang nak, kan.

Apa-apa pun, memang aku sendiri yang cuai. Dah tahu benda tu kecil, letak lagi dalam purse. Mungkin benda tu terkeluar masa aku ambil duit syiling. Ada tak apa-apa alternatif yang boleh buat aku ketemu semula dengan memory card micro aku tu? Hmm.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home