ORANGES

Fujifilm Instax Mini II.

2 comments


sebelum tu, baca ni.

at last, I got my Instax Mini 25 that I have dreamt for a year. actually, dreamt for a year tu sebenarnya Instax Mini 7s bukannya Mini 25. dengan tak semena-mena tukar fikiran bila dah tengok specs memasing. ada kelebihan dan kekurangannya. so why not spend more money for a valuable camera, rite? lagipun aku ni beginner je, better ambil yang auto untuk senangkan aku. walaupun sebenarnya, manual lagi mengajar kita jadi lebih intelligent.

mana gambar mana gambar? kejap.

bila lens dibuka.

try dirikan Pinky ni pula. ^^

sangat teruja bila sampai. tapi bila pakcik poslaju tu sampai rumah, aku pula yang tak ada di rumah. actually, I don't expect pun yang parcel tu sampai masa hari aku pergi jalan-jalan Kolumpo @ Kuala Lumpur dengan member. by the way, dah siap pesan awal-awal dekat adik kalau ada apa-apa parcel sampai tolong terima dan jangan buka. hehe. sebab family aku tak tahu aku dah beli kamera ni, later baru beritahu. konon-konon kasi surprise lah ek?

aku beli dengan harga yang agak murah. banyak kali compare harga dengan orang lain yang jual online. and compare juga yang jual dekat kedai. dekat Low Yat pun ada satu kedai je yang aku jumpa murah sikit dari tempat yang aku beli ni. tapi tak apalah. sebab orang tu tak ada free a box of film. yang ni ada, so serupa je lah. dengan seller yang ni, aku tambah lagi 3 kotak filem. takut tak cukup, lepas tu malas nak cari dekat luar sebab dah tahu mahal.

kadang-kadang ada yang jual filem ni sampai harga RM32! sangat mahal. mostly, kedai jual dalam range RM25 je lah. itu pun dah sangat mahal. huhuhu. again, dekat Low Yat aku jumpa harga RM20! sangat teruja uols. siapa nak bagi harga yang macam tu? tapi kalau ada orang nak support kasi aku free je film ni lagi syiokk maa. setakat ni baru buat pembaziran filem sebanyak 4 keping. 1 tak jadi. merapu punya gambar. 1 lagi gelap. so, 2 je okay.


Read More

Recovery.

Leave a Comment


hasrat asal pabila buka blog hari ini.

# nak update tentang Instax Mini 25.
# produk baru yang aku dah start jual.
# trip aku to Kuala Lumpur. shopping hei hei.
# hijab. changes.

tapi, tak jadi nak update pasal semua benda tu sebab sangat-sangat tak larat. hari ini seharian suntuk memenatkan diri merayap sekeliling bandar dengan berjalan kaki.

so then, tidur dahulu. recovery dulu, dah ada tenaga baru boleh update dengan suka hati. goodnight peeps. ;)
Read More

Gelang Pearl Comel

3 comments


Alhamdulillah. pagi tadi, barang yang dinanti dah sampai. memand eksaited sesangat sebab dah lama nak dan dah lama tunggu. yelah, nak dapat barang ni semalam tak boleh pula, sebab cuti Krismas. nak tak nak, kenalah tunggu sehari lagi. nasib aku ada dekat rumah, kan. boleh rasmikan sendiri barang yang aku dah order ni. kehkehkeh.

tu kotak gelang pearl. siap ada free gift. :D

tadaa. dah buka kotak. warna yang aku pilih, burgundy+powder rose.

keluar dari kotak, cuba kat tangan pula. *kesan tangan kena cakaran arnab.

comel tak? ada rasa nak order juga tak? kalau nak order boleh cuba tengok-tengok dekat page FB ni. Gelang Pearl Comel. harga berpatutan, sesuai dengan kecomelan yang gelang ni miliki. lagipun ada saiz, ikut ukur lilit tangan kita pun boleh. ha, sekarang ni dah akhir tahun nak masuk ke tahun baru kan. lagi ada diskaun. so, let's say *contoh je okay* harga RM60 setelah gedebuk gedebak korang bolehlah dapat harga RM51 je. dah kira murahlah ni.



Read More

Fujifilm Instax Mini.

Leave a Comment


zaman sekarang ni, kemudahan internet semua di hujung jari je. apa-apa nak buat pun semua pakai internet. buka laptop, tak pun on wi-fi handphone, dapat connect internet terus laju je search apa nak. yang paling famous sekarang, online shopping. orang minat Zalora, tapi aku tak. aku lagi berminat dengan Lazada. hehehe. lagi macam-macam ada. tapi aku tak tahu pula dari segi kualiti macam mana, sebab tak pernah shopping situ.

erm, actually bila online shopping pun aku lebih suka survey. lepas tu confirmkan dengan seller tu, tak payah ambil secara post. COD atau cash on delivery lagi senang. sebenarnya lagi puas hati bila dapat tengok sendiri barang yang kita beli tu. COD ni lebih kurang je macam beli kat kedai, tapi itulah kan. boleh dapat price lagi murah gila-gila babi. kena pandai-pandai survey yang mana boleh dapat best and lowest price. huhuhu.

bahana kalau beli online ni pula, takut kena tipu dengan seller. cakap barang sekian sekian, bila dapat barang rupanya haprak. bayar mahal pula tu kan. haih. banyak kali juga aku dengar orang kena tipu, kawan aku sendiri pun ada. tapi Alhamdulillah setakat ni barang-barang online yang aku beli dikira puas hati. oh ya, aku sekarang gilakan Instax Mini. puas aku survey dekat internet ni, tengok specs memasing mana yang paling okay. so dah jumpa.

ni kegilaan aku sekarang. Instax Mini 25.

aku tak kisahlah orang cakap dah lapuk ke apa ke. yang penting minat aku tak pernah pudar sejak dari ia mula-mula keluar dekat pasaran. dah lah comel, gambar terus keluar pula tu bila diambil. awww. sweet gitu. walhal ada kamera digital pun tak berapa nak gunakan sangat. kalau ada kamera ni entah bila pula aku guna. mungkin bulan pertama dan kedua aku akan guna secara terus-menerus lepas tu senyap gitu je. aku ni jenis cepat bosan. hehe.

Instax Mini 7s.

 memula dulu, usha kat kedai kamera yang dekat atas ni. sebab paling murah. tapi tak tahu la pula kan specs dia macam mana. selidik punya selidik. banyak kekurangan rupanya. on manual. itu manual. biasalah, aku ni jenis yang suka auto hehe. macam mesin basuh juga. kan senang hidup. tapi untuk kereta, lagi sedap drive kereta manual oggay. boleh speed kalahkan kereta dekat jalan yang bawa auto. lalala~ so sekarang minat tu dah berubah pada Instax Mini 25.

kalau aku beli, haruslah ianya berwarna pink kan. warna putih pun tak kisah sebenarnya. sebab lagi murah. tapi tapi, minat towards pink tu banyak sangat jadi aku tak kira , aku nak juga warna pink. minta-minta boleh dapat. dah lama sangat mengidam. semua ignore permintaan aku untuk belikan kamera Instax ni. huhu~ ye, aku tahu membazir sebab spend duit banyak untuk belikan benda ni je. baik simpan untuk buat hantaran merisik dan meminang kan kan.

*masih menunggu gelang pearl aku untuk reach home. aaaa can't wait!
Read More

Mersing.

6 comments


semalam ekspedisi mendaki gunung pulang ke kampung. oh ya, kampung aku dekat Mersing ye kawan-kawan. lama kot tak balik sampai mokteh aku kat sana dah rindu kat kitorang. ececeh. perjalanan yang dimulakan dengan awal pagi. tak adalah awal sangat pun. lepas-lepas subuh gitu, tunggu terang sikit baru kitorang 1 family gerak. dengan mengangkut segala macam barang, sumbat dalam kereta. rasa macam nak pergi berniaga. huhui.

Alhamdulillah, perjananan yang mengambil masa 3 1/2 - 4 jam selamat. tak ada apa-apa aral melintang, yelah risau juga manalah tahu banjir ke apa ke kat tengah jalan. berapa tahun yang lepas, dah pernah jadi. sikit lagi nak sampai bandar Muadzam Shah, dah tersekat dengan air banjir dekat depan. huhu. apa lagi, pelan A dah bertukar jadi pelan B lah. pelan Balik rumah. nak mengikut jalan JB sana dah makin jauh pula jadinya.


rindu kampung. memang rindu. sejak aku dah besar ni aku sukakan suasana kampung. sebab aman damai je. tak bising macam kat kota, (tapi janganlah pergi bandar Mersing, confirm serabut sebab kereta banyak) bolehlah lepak-lepak tepi pantai. pantai banyak. Tioman pun dekat. tapi aku tengok jeti je lah. tak macam Batu Pahat, semua pun tak boleh mandi. aku yang jadi tambah stress. (padahal tak suka mandi laut pun. poyo haih.)

sata masih lagi harga sama. RM 2 untuk 1 cucuk yang ada 5 biji sata. kalau dekat tempat lain, aku jumpa mesti RM2 untuk 3 biji je. mahal lepas tu rasa kureng mengancam pula tu. buat mulut aku ni mengata lagi ada. ragam orang luar pula macam-macam. orang dah berniaga kak, mesti penat punya. lepas tu akak ni nak tengking-tengking akak jual sata ni sebab salah kira. rilekslah, kalau setakat plat kau tu ....tuuttttt.... tak payah berlagak sangat. sabar sikit.

ni nak masuk sesi nasihat sikit, kalau nak orang respek kat kita. kita kena belajar respek kat orang lain dulu. jangan ikut sedap je, ikut kurang asam jawa je. lagipun kita ni perempuan, jaga adablah bila nak berkata-kata. tak payah tengking depan orang ramai. awak juga yang malu. kalau nak bergaduh juga, biar awak berdua je lah settle-kan. aku yang tengok kejadian tu pun jadi tak sedap. lepas tu, perempuan-perempuan lain pun berbisik-bisik sesama diorang.

*dapat berita sedih. kbai.
Read More

Kelinci.

2 comments


ada sebuah kisah sedih dalam hidup aku terjadi. semalam. anak rabbit aku seekor dah mendiang. anak kepada ibu rabbit yang berwarna hitam, Omot. salah satu penyebab ia mati, digonggong oleh 'pembunuh bersiri' yang ada dalam rumah aku ni. siapa lagi, kucing tunggal aku tu lah, Awi. erm, Awi ni tak pernah bergaul dengan haiwan lain dekat luar, so ia memang agak stupid. semua haiwan kecil lain ia ingat mainan.

macam mana aku boleh tahu Awi penyebab seekor anak Omot mati? aku dengan adik aku dengar anak ia menjerit-jerit. aku dengan adik aku pun tengok, anak ia dah keluar dari kotak sambil Awi di samping ia sambil-sambil tu tangan Awi kuis-kuis baby tu. emm. ingatkan tak ada apa-apa yang jadi. so, semalam mak aku tengok ia dah nazak. nafas tercungap-cungap. sedih tak payah nak cerita. sebab rasa sayang tu ada.

tapi, apa nak buat. dah sampai ajal dia. salah aku juga, cuai. biarkan pintu bilik tu tak berkunci betul untuk make sure kucing aku tu tak masuk dalam tempat penjagaan arnab-arnab kecil ni. terkilan sebab yang mati tu salah seekor yang agak besar dan buncit dan sihat. dari ia ada nafas sampai dah ke nazak, seterusnya habis nafas dan beransur-ansur kejung badan ia aku tengok. lepas tu daddy aku tolong tanam. :(

kalau yang kecil sekali dan paling hitam ni aku tak terkilan sangat kot. sebab dari segi penjagaan ia memang agak OKU. kenapa? ia tak pandai berebut bila menyusu dengan ibu ia seperti adik-beradik ia yang lain, yang sudah tentu sangat besar berbanding ia. yang lain dah pandai berjalan, tapi ia macam terkengkang-kengkang lagi. huhu. tak apalah, mungkin ia lambat sikit. aku namakan ia, Lembik.

*arnab = kelinci*
Read More

Anggur crepe.

Leave a Comment


orang sekarang gilakan durian crepe kan? pergi mana-mana semuanya durian crepe. tapi aku tak nafikan, yang beli punya memang sedap. sedap yang macam mana? sedaplah. tak tahu nak ekspresikan rasa sedap tu macam mana. but, sebenarnya lagi berbaloi makan durian mentah tu je. durian crepe ni, kalau beli yang dah siap mahal. nak buat sendiri pun mahal juga. cream je yang mahal sebenarnya. huhu. bankrap mak, nok. *berharap elaun SUKSIS masuk lagi.

hari ni, aku try buat anggur crepe. hehe. menggunakan bahan asas yang sama seperti nak buat durian crepe. aku aplikasikan kat anggur pula. ehem. sebenarnya nak buat strawberi crepe. tapi malas nak beli strawberi, so belilah anggur. buat kelainan sikit. sebab, setakat ni yang dah ada dekat pasaran durian, nangka, blueberi, jagung, mangga crepe. lagipun, mummy aku tak makan durian so bolehlah kasi mummy rasa crepe perisa anggur pula. dan dah tentu kulit luarnya warna lain, bukan warna kuning.

warna rose pink. comel. *pengsan.

okay, tu je entri hari ni. nak bermegah-megah dengan anggur crepe hasil tangan aku ni. actually, nampak agak tebal sikit. tak adalah nipis senipis-nipisnya macam yang korang beli instant terus masuk mulut tu. kalau tak sedap, haraplah dimaafi. saya budak baru belajar, kalau salah janganlah tendang saya masuk longkang. nanti boleh cuba lagi. I'm expertise in batik marie cake and chocolate moist cake cooking only. *adoii pengsanlah sebab bangga diri lagi.

itu kuning-kuning durian crepe. :D

Read More

Arnab peliharaan.

2 comments



aku tak pernah introduce arnab peliharaan aku dalam blog ni. dan tak pernah juga introduce anak-anak arnab yang telah dilahirkan oleh ibu-ibu arnab aku. oh ya, bapaknya ada seekor je. ibu ada 2 ekor. anak-anak, eh status bayi-bayi lagi, ada 10 ekor sudah. 4 ekor dah berusia 3 minggu. yang lagi 6 ekor baru nak masuk seminggu. auww.

masa beli yang 2 ekor tu dulu, tanya kat orang tu, "nak seekor jantan seekor betina." masa tu baru berusia 2 bulan lebih. aku bawa balik dengan harapan seekor putih dan seekor hitam itu boleh dibiakkan bila dah besar nanti. konon-konon berangan mesti comel baby arnab yang aku bidankan nanti. tapi kena tipu, huhu, rupanya dua-dua ekor pun betina. kalau aku 'kahwin'kan macam mana sekalipun mesti tak dapat hasil. oh sedih tak boleh blah.

aku pun ambil keputusan beli seekor lagi. jantan. yang dah cukup matang sebab masa tu pun 2 ekor betina yang aku ada ni dah 6 bulan lebih. dah elok sangat untuk aku biakkan. ye, dah tentu aku kenal arnab jantan sebab aku dah buat research macam mana nak kenal jantina arnab sama ada yang masih baby ataupun dah besar. tapi baby memang agak susah nak kenal. how to do, arnab tak sama macam kucing. tahap kepandaian pun berbeza.

nasib baik family aku boleh terima dengan baik kehadiran haiwan-haiwan peliharaan aku ni. "rumah ni dah boleh jadi zoo." abah aku lah cakap macam tu, bergurau. so sekarang, seekor kucing bersama-sama 13 ekor arnab. dalam plan nak jual anak-anak arnab ni nanti, bila dah bercerai susu badan dengan ibu masing-masing. tak elok jual sekarang, kecil lagi. aku dah mula sayang pula dekat anak-anak ni semua. comel, rupa serupa ikut bapak dia.

ni yang dah umur 3 minggu.

korang nak beli tak? kehkeh.
Read More

Felinna Inchloss

2 comments


sekarang ni, semua orang sedang gilakan losyen slimming Felinna Inchloss tu kan? tak semualah, hanya orang-orang yang merasakan dirinya gemok gedempol tak kurus-kurus lagi. walaupun pada hakikatnya di mata aku ni nampak mereka tu kurus je. lainlah dengan aku ni. "tu lah dia perempuan, pandang rupa, pandang cantik je." selalu ayat ni je aku kena bebel dengan Encik DT.


tak salah nak kurus, kan? asalkan tak memudaratkan diri sendiri dari segi kesihatan. nak kurus, memang kena exercise. ini sampingannya je. bagi lagi cepat dapat efek. bukannya nak kurus cepat dengan tak makan, lepas tu menyusahkan orang pergi masuk hospital semua tu sebab dapat penyakit bukan-bukan. ah, tak kuasalah aku. kesian orang nak bawa aku naik kren nanti.

aku nak try sebenarnya losyen ni. nak tengok sejauh mana keberkesanannya. tengok testimoni comel-comel belaka je dah semua. tapi tak tahu ler boleh percaya ke tak testimoni tu. hehe. tak apalah, kuatkan azam dan semangat. InsyaAllah semua lemak-lemak dalam badan aku ni boleh terbakar dengan gembiranya. nak turunkan lagi 15-20 kg kalau boleh. baru cun.

dulu ada pakai losyen yang jenama Smart Herbs tu. tapi sekarang dah tak dapat stok ah, orang kata dah bankrup. entah ye entah tak, aku sendiri tak dapat nak confirmkan. Felinna Inchloss ni harga boleh tahan juga. maksud aku boleh tahan tu, sederhana mahal dan murah. eh? apa da ayat macam hampes je aku ni. okay okay, nanti try dulu. kalau dah dapat kesan, aku cepat-cepat post.

tunggu Gelang Pearl pula. lalala.
Read More

Study week.

Leave a Comment


study week dah nak bermula. tak lama lagi, dalam jangka masa lebih kurang seminggu atau dua minggu dari sekarang. dalam jadual sebenarnya study week start 24 Disember ni. tapi budak-budak course aku mostly start study week by next week. ada yang 18 Disember. aku, 19 atau 20 Disember depends on kerja-kerja penangguhan tamat.

nama je study week. tapi semua sekali berpusu-pusu nak balik kampung. sampai aku dapat dengar, tiket kereta api bagi bebudak yang duduk pantai timur tu dah habis. ish ish ish. bagi aku, duduk kat tempat belajar ke duduk kat rumah ke, aku tetap sama. takkan study awal-awal punya. tetap last minute juga. Alhamdulillah, masih survive.

assignment, ada lagi satu yang nak kena submit. lab report ada satu juga. sebelum khamis kena hantar, sekarang tengah pening-pening nak buat macam mana. dan, satu presentation. esok, ya esok. tak tahu siapa yang akan kena pilih untuk presentation. sebab esok baru tahu kesemuanya. ah, nak kena menghafal method statement dengan autocad drawing pula.

tak apa, lepas ni minta-minta hilang semua keserabutan yang melanda. duduk rumah, tenangkan fikiran. layankan anak-anak arnab aku yang dah meningkat kepada jumlah 10 ekor tu lagi baik. hmmm, ada siapa-siapa tak yang nak beli anak arnab aku ni? banyak pula rasanya. nanti dah usia 2 bulan ke atas aku nak start lelong-lelong. kehkeh.
Read More

Campaign kena credited.

4 comments


malam ni. semangat nak online lebih sikit. sebabnya, dah habis test. hehe. tapi, tetap tak boleh nak happy sangat sebab upcoming ni ada presentation pula. *sigh* again, nak buat kat ruang lobi fakulti yang tempat orang akan lalu-lalang with the judges semua tu. stress datang. blup blup blup.

lepas tu tadi, aku pun bukalah laman web nuffie sayang. dah lama tak jenguk, ingat semua campaign dah kena credited je. maklumlah, nak update blog pun dah tak ada masa. busy mengalahkan orang yang pergi naik bulan sana. tapi ada update baru, banyak campaign baru masuk. tak adalah baru, aku je baru check.

ni tengok ni. tengok tengok.

lagi satu excited pasal nuffie sayang sebab tadi masa kelas Information System ada group ni present pasal e-commerce what-so-ever and mereka include pasal iklan berbayar semua ni. tup tup ada sebut nama nuffie sayang. so aku tak sangka pula dalam kelas kami ni ada budak-budak blogger. haha aku nak senyap je.

usaha tangga kejayaan. harap-harap boleh dapat banyak dengan campaign yang diberi kali ni. buat tambah duit belanja. semakin hari hidup semakin sengkek aku rasa. lagi-lagi dah duduk sendiri ni. dulu duduk dengan family lain ceritalah semua benda pun boleh orang lain support.

WAA, BILA NAK KAHWIN NI? SURUH HUSBAND SUPPORT AKU PULA!!
Read More

Sakit meroyan.

2 comments


tadi lepas satu azab. test untuk subjek BSF 2182. kod subjek yang baru tak berapa ingat, so ingat yang lama pun jadilah daripada tak ingat langsung haha. oh ye, itu subjek Asas Sains Kejuruteraan. taklah ke kejuruteraan sangat pun. back to basic, Physics Form 4, Form 5, matriculation. lai lai.

even though dah pernah belajar, menghadap dan mentelaah subjek itu untuk beberapa tahun yang lepas, masih juga tak ingat apa yang dah pernah aku belajar dan apa yang telah cikgu dan pensyarah aku sampaikan. nak kata otak lemah, mungkin ye sebab tak practice balik apa orang dah kasi. 

I deserve it la bila dapat markah rendah pun. aku redha. *sigh* oh haa. ada cerita hot la tadi. biasalah, nama pun test. mesti ada yang tak tahu jawab dan nak meniru. am I one of them? oh shit I think yes haha. bukan mesti ada, actually ramai. itu adat rasanya. lecturer pun sampai dah malas nak ambil tahu.

tetiba, dekat-dekat masa nak habis. ada seorang manusia ni menjerit tak semena-mena. cakap apa entah, macam ni kot. 'kalau nak tanya, nak meniru baik tak payah ada test.' sambil pandang ke geng-geng yang duduk belakang ni. ecececeyh. agak dalam hidup kau tak pernah meniru ke? dekan kau tu pure sangat?

actually, aku terkejut je bila dia menjerit masa dalam dewan tadi. mana tak nya, tengah mencari-cari dalam otak nak guna formula apa terus terlupa apa nak keluarkan. damn gila aku rasa. bebudak ni pula, dah tercengang-cengang. aku agak dia kena sakit meroyan sebab tak dapat jawab apa yang dia nak.

aku ni pun tak ada lah orang suka kan. tapi orang lagi tak suka kau rasanya. eh, orang tak suka aku. aku tak suka kau. orang tak suka kau. hah, kita geng? eh, tak nak lah. terima kasih je. aku buat kerja tak perfect macam kau. kau kerja semua bagus. semua nak buat sendiri. pastu claim orang lain tak buat kerja. shit je.

elak aku tengok orang bertumbuk, tarik tudung, tampar-menampar je tadi. hehehe. tak, tak. semua tu tak berlaku. nanti jadi ceritera hot dekat UTHM pula nanti. dah lah dah memang hot. ooopps. tak tahu apa-apa. gue tak bersalah. pak polisi, jangan bisa apa-apain gue dong. *seruan katil dah datang*
Read More

Perli.

2 comments

Rasa nak menulis dalam blog ni. Tapi tiba-tiba datang mood malas pula. Semua perkara yang berlaku mesti dan perlu ada sebabnya. Tak ada benda yang berlaku tak ada sebab.

Tadi rasa nak makan, lepas tu dah rasa tak nak makan pula. Orang lain perlu berlapar ke sebab aku? Tak perlu rasanya. Berderau je darah dalam badan aku tiba-tiba.

Perlu ke nak perli aku? Ada aku ganggu hidup kau orang ke? Aku dah cukup puas hidup dalam dunia aku, jadi kenapa nak perli-perli aku? Banyak sangat ke hak yang kau ada? Perempuan marah semua benda pun keluar.

Kbai.

Read More

Gangguan mental.

2 comments


hari ni. facebook aku mengalami masalah gangguan mental macam si M yang ada kat johor ni. tiba-tiba facebook aku auto-like segala benda alah yang ada dekat situ, sampai member aku tanya siapa mamat-mamat handsome yang aku duduk like tu. err. mana ada, aku duduk mentelaah satu-persatu status yang ada dekat home je. tekan button like pun tidak.

so, apa nak buat sekarang ni? stress aku. kejap-kejap lagi, facebook aku tu duduk like gambar bogel orang lain. tak ke naya? bukan aku yang buat, okay. peringatan lagi sekali, itu bukan aku. haish. jadi macam-macam kat facebook tu, aku deactivate je nanti. lepas tu, tak payah nak online lagi dekat facebook tu. bosan, stress, geram aku dibuatnya.

oh okay. nak tahu tak M tu siapa? adalah seseorang, dua orang yang bikin aku gila dekat johor ni. hari-hari ada je pada pandangan mata aku ni yang tak kena. tak, aku tak kata aku perfect. cuma, aku tak suka orang pengotor walaupun aku tak berapa pembersih at least ada usaha membersihkan diri. aku tak suka orang pemalas walaupun aku tak berapa rajin tapi sekurang-kurangnya ada intensif buat kerja.

bye!
Read More

finalist - lahar cinta

Leave a Comment
malam yang indah ni. selepas hujan, dengan bunyi-bunyian cengkerik (krikk krikk krikk) di luar rumah. membuatkan aku rasa nak sharing lagu sebelum lena dibuai mimpi. kejap aku pergi cari lagu yang sedap-sedap kat halwa telinga aku ni. hehehe.


lirik, erm tak payahlah kan. sebab dah ada dalam video ni. malas nak search lagi. mata pun dah layu dan jadi panda sebab kekurangan tidur. stamina pun dah kurang juga ni. hehehe. walaupun ada salah sikit-sikit lirik dalam ni, tapi layankan je okay.
Read More

Terasa gila.

Leave a Comment

Semester ni terasa gilanya. Makin naik semester makin terasalah kan. Tahun depan dah nak PSM pula. Memang bertambah gilalah aku. Erm, tajuk untuk PSM pun aku tak fikirkan lagi. Ambil IBS? Tak mungkin kot sebab itu dah common sangat untuk student. Lecturer pun bosan.

Pasal duduk rumah sewa? Malas nak cerita banyak. Pakcik rumah sewa ni tak nak kurangkan kos sewa ke? Dah lama-lama rasa mahal pula. Dengan belanja makan, belanja rumah lagi. Serabut kepala. Tak payah tunggu umur 40 dah tumbuh uban ni nanti. Hehe.

Sekarang, rasa macam nak makan durian. Musang king pun okay dah. Erm, macam demand sangat je. Okaylah, yang kampung punya pun jadilah. Janji lepas gian makan durian. Siapa nak belanja ni? Nak beli sendiri memang takdelah kot, duit tengah sangkak ni. Heuheu.

Menu malam ni: Kuey teow goreng je lah. Please pulang balik pinggan abang depan. Serabutlah.

Read More

Bye bye braces.

2 comments

Assalamualaikum.

Ha, it is almost a week aku buka braces. Quite a new happy story right? Haha. Happy untuk diri sendiri lah. 2 tahun juga pakai braces untuk bagi alignment gigi jadi cantik. Sebab nak gigi cantik okay. Orangnya masih juga tak cantik. Huhu tak baik mengutuk, ciptaan Tuhan semua ni. Erm.

Now convert to retainer pula. Kena pakai 24/7 untuk jangka masa lebih kurang setahun ni. Selepas tu, boleh pakai retainer pada waktu malam je. Masih juga kena pakai setiap hari. By the way, retainer dah patah ni. Baru je seminggu,  ganas kan? Next appointment, next month.

Bye bye braces, welcome retainer. Hi new teeth. Hopefully maintain macam ni sampai bila-bila. Disiplin kena tinggi. Huhuhu. Jom layan Istanbul Aku Datang kejap. Lepas ni terus tidur. Esok pagi-pagi ade kelas. Bukan nak study. Cet. Dasar budak pemalas.

Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home