ORANGES

Perkara yang bermain di minda ..

2 comments


kadang-kadang , bila dah terlalu lama aku menyepikan diri untuk satu-satu perkara .. pasti akan ada perkara yang bermain di minda .. orang di sekeliling aku pada waktu itu merindui aku ke tidak sesudah aku tiada ?

maksud rindu , merindui , dirindui itu bukanlah hanya buat sang kekasih .. tapi , perlu juga situasi itu dalam kalangan rakan-rakan , keluarga or mungkin orang yang pernah tak berapa nak rapat tapi penting ?

bila dah lama tak menjejakkan kaki ke sekolah :
adakah cikgu masih mengingati dan mengenali aku sekiranya tiba-tiba aku datang menjenguk mereka ?

bila dah lama berjauhan dengan keluarga :
adakah parents , adik , nenek , saudara aku rindu padaku ?

bila dah lama tak jumpa rakan-rakan :
apakah mereka masih perlukan aku di sisi mereka ataupun dah ada rakan yang lebih baik lagi ?

bila dah lama tak bersua dengan kekasih :
kau masih setia padaku ataupun tidak ?
Read More

Aku tahu yang Nuffy sayangkan aku ..

4 comments


topik hari ini mengenai NUFFNANG ..

aku ada juga rasa nak berhenti mengharapkan duit dari Nuffy .. tapi sejak akhir-akhir ni , aku nampak duit tu semakin memberangsangkan pula masuknya .. eh , eh .. macam tahu je aku merajuk dengan mereka ..

bila dah ada tiga BE yang datang bertenggek , yang dah lama dan masih baru , tetiba harapan tu macam muncul semula .. nampak sangatlah aku ni mata duitan .. dan aku tahu yang Nuffy sayangkan aku .. lebih-lebih kan ..

semangat aku nak menulis dalam blog ni memang terus down .. urusan di dunia nyata ni pun tak terkejar , apatah lagi nak mengejar blog pula .. hehe .. hm , ada tak agak-agaknya lecturer yang suruh buat blog nanti ek ?

kalau ada , senang le .. sebab blog aku yang lagi 1 tu , memang fully english .. walaupun english-nya banyak yang broken .. hehe .. (malu) tapi , practice make perfect kan ? tak semua orang terus pandai je .. lainlah genius ..

solat hajat pun dah buat semalam .. sempena exam yang mendatang dalam tempoh masa seminggu saja ni lagi .. yang penting jangan terlalu rileks dan jangan terlalu panik .. pesan kat diri sendiri memandangkan malas ..

okay , dah melalut .. dari Nuffy ke blog ke subjek english ke exam pula .. sekarang masa untuk study .. ketepikan Facebook dan segala macam benda maya ni .. pesanan daripada Pengetua Kolej Kediaman aku ..
Read More

study week ni adalah sakit week ..

2 comments


tulis dalam blog punyalah jarang-jarang sekali .. nak menampakkan batang hidung ni dekat blog seminggu sekali pun susah .. kekerapan aku kemaskini blog untuk jangka masa sekarang ? aku sendiri pun tak pasti .. dulu bolehlah nak tulis hari-hari pun (merapu je lah pun yang banyak tu .. ) ..

sekarang dah start minggu belajar a.k.a study week .. apa makna study week tu pada aku ? mungkin pada orang lain , mereka akan manfaatkan tempoh masa seminggu lebih yang diberi dengan belajar sahaja .. tapi aku , memang dah cara belajar bila dah penghujung agaknya .. jangan gelabah sudah ..

kebanyakan member-member aku , dah mengalami simptom-simptom di mana dapat sakit , demam , batuk , selesema .. yelah , dengan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu .. musim tengkujuh .. jadi , bolehlah aku conclude yang study week ni adalah sakit week .. huhu ..

balik .. mesti balik .. sekarang memang tengah online dekat rumah je .. aku tertekan sangat , sangat , sangat berada dekat kolej @ kampus @ batu pahat .. ini gara-gara assignment .. nasib dah settle , kalau tak , aku rasa mungkin dah separuh gila .. sebab tu aku melarikan ke rumah ni .. :)

tak salah nak enjoy .. tapi biar berpada .. tak salah nak study berat-berat .. asal tak memudaratkan diri .. ada orang boleh enjoy 24 jam , ada orang boleh 24 jam menghadap buku .. tapi kalau aku ? entah , cari jawapannya sendirilah ye ..

carry marks untuk subjek-subjek yang aku ambil ? okay , aku dah boleh lapang dada sikit .. tapi , mesti lagi nak kejar target lagi masa final tu .. gila , siapa yang tak nak gred A untuk semua subjek ? huhu .. yang baca penulisan aku ni , tolong doakan aku berjaya ..

bukan untuk semester 1 sahaja ..

bukan untuk tahun 1 sahaja ..

bukan untuk 1 kali sahaja ..

tapi biarlah kalau boleh , doakan aku berjaya sampai aku graduate dapat pegang segulung ijazah tu .. aku teringin gila .. :)
Read More

Bila hidup tak ada tekanan , lagi tak seronok ..

5 comments


minggu-minggu yang terakhir sebelum final exam ni , buat aku rasa sangat tertekan .. aduhai , assignment sana sini .. buat yang ni , yang tu pula tak siap lagi .. bila buat yang tu , yang ni pula memanggil-manggil ..

sabar sajalah , seminggu saja lagi yang tinggal sebelum study week .. masa tu kena pulun habislah .. poyo je aku rasa nak pulun .. sebab kalau dah namanya aku .. ye , aku .. kalau dah balik ke rumah , say byebye to encik buku ..

tertekan dengan macam-macam perkara .. study satu hal , dengan kawan satu hal .. dengan pakwe satu hal .. bila ada tekanan , bosan .. sebenarnya bila hidup tak ada tekanan , lagi tak seronok .. tak thrill la kan ..

pesanan ringkas untuk:

study
jangan nak susah sangat time exam boleh tak ?

kawan
buat perangai tu elok-elok boleh tak bila dah namanya perempuan ?

pakwe
kita jadi kawan je boleh tak ?

baiklah , esok ada lawatan ke Pasukan Simpanan Persekutuan a.k.a. Federal Reserve Unit (FRU) ke JB .. jadi , tidur awal untuk mengelakkan masalah lambat bangun dan malas .. huhu ..
Read More

Aku kumpulkan untuk jadikan satu karangan panjang

3 comments

Assamualaikum dan salam sejahtera wahai kawan-kawan 'blogger' sekalian .. apa khabar agaknya kalian semua ? dah sangat lama rasanya aku tinggalkan segala warkah aku yang terdapat dalam ni ..

rindu , dah sememangnya rindu .. rindu pada blog ni , rindu pada teman blog , rindu nak dapat komen dari kalian semua .. aku sedar dulu dan sekarang adalah berbeza .. kehidupan juga sudah berbeza ..

ada sebulan tak , tempoh masa aku tak kemaskini blog ni ? mungkin lebih rasanya .. sepanjang ketiadaan aku di dalam alam maya ni , macam-macam aku dah alami dan tempuhi .. pahit manis dah aku rasai ..

1. 'group assignment'
sejak aku di bangku sekolah lagi aku memang tak suka kerja dalam berkumpulan .. 'study in group' pun aku tak gemar .. sebab aku dah tahu karenahnya orang ni ..

yang memberi kerjasama memang bagus , tapi yang tak mahu buat kerja .. aku memang suka bertangguh , sekurang-kurangnya aku masih memberi komitmen untuk menghantar tugasan tersebut ..

aku ingat perempuan saja kebiasaannya mudah melenting dan suka membuat musuh sana-sini .. dan dari sini aku dah sedar , lelaki pun ada juga yang bersikap sebegini ..

2. 'annual dinner'
1st 'dinner' aku sejak bergelar mahasiswi .. senang cerita 1st 'dinner' aku semasa bergelar seorang pelajar .. masa sekolah aku tak merasai , masa matrikulasi juga aku tak berpeluang ..

walaupun tak segah mana hotelnya , tak sesedap mana masakannya .. tapi aku berpuas hati sebab inilah peluangnya untuk berjumpa warga 'senior' , dan merasa juga saling bertukar hadiah ..

aku turut mendapat 'lucky draw' , nombor 16 memberi aku tuah .. dan nama aku diumumkan sebagai 'Vice Treasurer' untuk 'Construction Management Club 2011/2012' .. sangkaan aku sudah kecundang dalam pilihanraya tetapi tidak ..

3. 'Trip to Singapore'
seumur hidup aku , ini yang pertama rasanya aku ke luar negara .. walaupun nampak tak jauh , tapi aku rasa berpuas hati .. ya , langkah aku semakin panjang sejak di universiti ni ..

seharian di negara orang , sampai keletihan masing-masing dibuatnya .. aku menyertai aktiviti anjuran 'Construction Management Club' (CMC) ke negara jiran ni ..

tak banyak yang aku beli , dah nama pun bajet kewangan .. mata wang mahal , jangan membazir .. pengajaran lain yang aku dapat , jangan tiru perangai orang dekat sana .. fuhh ..

4. SUKSIS 'bowling tournament'
bab berkawad memang aku lemah .. tapi masuk saja ke bab bersuka-ria memang jadi makanan aku .. aku tak ada lah pandai bermain boling ni .. sekadar melepaskan stress saja ..

lagipun , tonjolkan muka yang ada kepada warga 'inter' dan 'senior' yang lain .. hasilnya , mereka dah tentu kenal kita dengan lebih rapat , bukan ? malu tu perkara biasalah .. baru-baru lagi ..

tak menang pun , masih dapat lagi 'lucky draw' sangat beruntung bukan ? lagi sekali , nombor 16 tampil untuk aku pergi mengambil hamper yang berupa makanan itu .. hehe ..

______

ada lagi cerita lain , InsyaAllah akan aku kumpulkan untuk jadikan satu karangan panjang lagi macam ni .. untuk point nombor 2 , 3 dan 4 akan aku masukkan gambar secepat mungkin di Facebook ..

rajin-rajinlah selongkar dekat Profile aku ..
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home