ORANGES

Welcome back to me!

2 comments






 

 Assalamualaikum. 

lamanya tak buka blog. tak semangat langsung. seriously down rasa nak buka blog. follower pun takde dok jengah blog. sendiri pun takde update. busy dengan benda lain sampai takde masa nak menghadap blog ni.

lagi-lagi pulak sekarang ni dah sambung study balik, dok kelam-kabut dengan assignment je lah. dengan anak dan suami lagi nak kejar. pastu kejar lagi kegilaan. then, terjebak pulak dengan hobi 'orang kaya' iaitu menggendong anak dengan penggendong (carrier) yang bukan je harga RM30 tapi boleh cecah RM300++. bila dah ada satu, nak ada lagi dan lagi. huhu.

plan awal-awal nak simpan duit, tapi sekarang??? duit pun dah habis lebur. takpelah, duit tu tak bawa ke mati pun. tapi, tanpa duit susah untuk kita teruskan kehidupan tau. mungkin masa cuti semester yang akan datang nak kerja separuh masa cari sikit duit tambahan. rasa sangat bersalah habiskan duit orang lain. pasal kehendak dan keperluan sendiri, suami, mak dan keluarga pulak yang kena berhabisan demi ai. hurm.

teringin juga nak berbisnes seperti orang lain. tapi tak tahu caranya. mana nak dapatkan supplier. mana lagi nak dapatkan modal untuk start perniagaan. yang ada sekarang cuma jual topup. itupun hanya berapa sen je komisyen. mungkin ai masih belum pandai nak berbisnes. nak menghabiskan duit tahu saja. huhu.

apa-apa pun. welcome back to me! to this blog!
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home