ORANGES

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta: 6. Diabetes

Leave a Comment


Diabetes.

Bila dengar nama saintifik penyakit ni, nampak macam menarik. Tapi, bila tukar terus kepada nama melayu, kencing manis terus rasa tak best, betul tak? Macam mana tak sedap nama penyakit ni, macam tu jugalah tak seronoknya bila menghidap penyakit ni.

Biasa kalau dulu-dulu, bila sebut diabetes je mesti orang-orang tua yang akan dapat penyakit ni. Tapi, bukan lagi untuk zaman sekarang. Budak kecil pun boleh dapat penyakit ni tau. Takut tak takut? Semuanya berpunca daripada pemakanan kita seharian. Apa yang diberi makan, apa yang kita makan.

Diabetes ni adalah sejenis penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Sampai sekarang, masih belum ada ubat yang boleh menghilangkan terus penyakit ni dari dalam badan. Cuma yang boleh dengan mengawalnya sahaja dengan cara:

  • Jaga pemakanan dan kawal berat badan
  • Bersenam dengan lebih kerap
  • Mengambil ubat-ubatan
  • Berlandaskan suntikan insulin
Oleh itu, sebelum terkena baik elakkan terus. Kawal pemakanan dari sekarang, masih belum terlambat lagi. Kolestrol yang banyak juga punca kepada terjadinya penyakit diabetes kepada individu tau. Baik sesal sekarang, daripada sesal kemudian lagilah merana.

Sesiapa yang punyai anak kecil tu, please sangat-sangat jangan biasakan mereka dengan makanan yang manis-manis terutamanya. Contoh makanan tersebut seperti air berkarbonat, coklat, kuih-muih yang manis dan pelbagai lagi. Lagi pahit, lagi bagus. Pahit itu kan penawar kepada penyakit.
Read More

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta: 5. Tulang

Leave a Comment


Assalamualaikum.

Bila fikir pasal tulang, terus je terlintas kisah yang terjadi dalam lingkungan 5 tahun yang lalu. Masa tu zaman fefeeling nak cepat dewasa, zaman berjimba-jimba excited nak habis sekolah. Ya, masa tu baru menginjak umur 17 tahun.

Kisah yang saya nak ceritakan tu, berlaku dalam beberapa minggu sebelum peperiksaan SPM bermula. 2 minggu sebelum rasanya. Exact date seriously dah lupa, almaklumlah dah banyak makan semut ni semuanya nak lupa-lupa.

Balik dari sekolah, saya terlibat dalam kemalangan motosikal bersama sebuah kereta. Kereta tu pun, tengah-tengah jalan boleh pula reverse sebab terlepas simpang masuk ke kedai jual besi buruk. Hmmm, saya pun nak brek dah tak sempat. Apa lagi, terpelanting ke tepi dan motor hempap saya.

Kereta tu pun berdesup laju pergi, orang belakang yang follow masa tu pun tak sempat ambil no plat kereta tu. Tak apalah, salah saya pun yang tak nampak no plat masa tu. Kalau tak, boleh claim insurans lagi banyak dengan buat report. Motor tu pun dah jual.

Eh? Ke laut pula ceritanya. Kata nak cerita pasal tulang.

Baiklah, disebabkan kemalangan tu saya mengalami patah kaki kanan di bahagian keting/tulang kering. Tulang besar dan tulang kecil patah dua. Masa tu rasa macam punah masa depan kejap. Yela, fikiran macam blur, tak matang sangat. Sangat sedih dan down.

Fokus kat tengah tu. Tengah. Patah dua. T____T

Permulaannya, doktor hanya suggest untuk simen sahaja. Diberi tempoh selama sebulan, pergi check-up lagi sekali, tulangnya dah lari sebab saya ganas. Dah tahu patah kaki tak tahu duduk diam, penyudahnya kena masukkan besi. Lagi sedih masa tu sebab kena operation. Siapa suka parut kan?

Macam-macam yang saya buat nak bagi tulang cepat bercantum lepas operation tu. Makan pati ikan haruan, minum susu banyak betul dalam satu hari tu. Tak sampai sebulan masuk besi, saya dah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat.

Doktor pun terkejut, sebab pertumbuhan tulang sangat cepat. Lagipun, masa tu remaja pertumbuhan masih cepat, tulang muda kan. Sebab tu kita kena amalkan minum susu setiap hari untuk menguatkan lagi tulang temulang kita. Tolong jangan skip, sebab masa tua boleh sebabkan kita osteoporosis kalau kurang kalsium.

Bagi mereka yang sememangnya tak minum susu haiwan, boleh gantikan dengan susu yang berasaskan tumbuhan. Kalau tak boleh juga, sekarang kan dah moden. Pelbagai jenis supplemen boleh diambil bagi menggantikan kalsium yang hilang daripada badan kita.

Sekian entri daripada saya hari ni.


Read More

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta: 2. Perut Buncit

Leave a Comment


Assalamualaikum.

Rasanya kebanyakan daripada kita tak suka kalau ada perut yang buncit kan? Kalau time pregnant tu lainlah, memang suka tengok perut buncit yang comel. Sebab ada baby. Boleh belai lagi, kan comel. Hihihihi. Rindunya time tu.


Okay, berbalik kepada perut buncit disebabkan faktor kegemukan tu memang sangatlah tak suka. Saya sendiri pun tak suka, sekarang ni terasa perut buncit sedikit sebab asyik makan, makan dan makan. Tak berhenti makan. Memang telan alfalfa je lah nak bagi slim semula ni.

Ciri-ciri perut buncit yang saya suka, hanya pada suami saya sahaja. Kalau buncit, maksudnya berbaloi apa yang saya masakkan untuk suami setiap hari. Nanti bila kata tak ada perut, kata isteri kat rumah tak masakkan pula. Apalah, mentaliti orang sekeliling ni.

Buncit macam mana pun perut, kena maintain bagi tak dihinggap sebarang penyakit berbahaya. Lebih baik mencegah daripada merawat. Kelak dah dapat macam-macam penyakit, makan beribu-ribu jenis ubat pun dah tak guna sebab penyakit tu tak akan pergi dah.

Perut buncit seringkali dilihat sebagai satu kelemahan dalam diri setiap individu. Begitu juga saya, apabila pakai baju nampak sangat tak elok, cutting lari sana sini. Saat tu mulalah terfikir yang negatif sahaja. Confidence level pun boleh merudum tau.

Lepas melahirkan anak satu ni, cutting saya memang lari habis. Perut dah macam ada 'isi' lagi gayanya. Disebabkan baru tersedar daripada mimpi yang panjang ni, sekarang saya amalkan supplemen Lecithin dan Alfalfa setiap hari.


Memang best, sebab rasa lapar tu tak adalah kerap macam selalu. Lecithin dan Alfalfa pun bukannya khusus untuk kurus dan hilangkan perut buncit saya ni, tapi juga sentiasa memperbanyakkan susu badan saya untuk diberi kepada Samirah.
Read More

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta: 1. Jerawat

3 comments


Sedar tak sedar, hari ni dah pun masuk tahun baru? Tahun lepas punya azam tak tercapai lagi? Usahakan lebih lagi sampai boleh dapat. Entri di malam hari, selepas seharian sibuk dengan aktiviti keluarga.

Okay ni nak cerita pasal jerawat.

Mula-mula sekali ditumbuhi oleh jerawat masa awal-awal nak baligh tu. Kebanyakan remaja yang baru baligh pun mesti melalui benda yang sama. Cuma, perbezaannnya sama ada jerawat tu sedikit ataupun banyak.

Muka saya tergolong dalam kategori yang memang susah nak naik jerawat. Tapi, sekali naik memang confirm rasa terrible gila. Sampai kadang-kadang malu nak jumpa dengan orang. Walhal seketul dua je masa datang bulan tu jerawat menyinggah.

Ada lah macam ni jerawatnya tapi jumlah lebih sedikit. Hehe.

Masa sekolah rendah, nampak kawan yang penuh satu muka dengan jerawat batu seriously saya rasa sangat pelik kenapa boleh jadi macam tu. Biasalah kan, budak-budak surely curious nak tahu itu apa, ini apa dan kenapa boleh jadi macam tu. Ha, masuk sekolah menengah dah kena sendiri baru tahu!

Walaupun muka seketul dua je naik jerawat dalam sebulan tu, tetaplah gigih nak cari penyelesaian tak nak bagi jerawat tu datang singgah langsung! Macam-macam produk cuba, saya pula jenis tak stick pada satu produk dulu. So, memang ada produk yang buat kulit kita datang masalah lain pula.

Saya pula jenis malas nak cuba cara-cara tradisional ni dengan alasan lambat, terjumpa pula masker yang gunakan ekstrak buah-buahan. Aroma sangat sedap, bila pakai sebelum nak tidur bangun pagi esok tu basuh kulit kusam bertambah cerah dan jerawat tu pun kecut sekali.

Cerita dahulu kala kan.

Sekarang saya setia pada Vitamin C dan Vitamin E untuk maintain kulit saya bersih dari jerawat. Jerawat sebulan sekali tu pun memang akan datang juga, tapi memang tempohnya singkat betul. Saya jenis yang memang payah nak kekalkan guna skincare, jadi supplemen je yang bantu saya.

Alhamdulillah, makan supplemen ni kita kena sabar. Bukan makan sehari terus jadi. Jangan jadi macam saya masa muda-mudi tu, semua hasil nak ekspres. Apa yang penting, usaha dan sabar. Pasti menjadi!
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home