ORANGES

Tahun 2 Semester 4

1 comment

Semester baru dah bermula. Masuk-masuk je kelas, lecturer pun berbunyi, "So far, how's ur pointer? 1st class or just nyawa-nyawa ikan?" Well, tu adalah topik hangat awal semester kan. Bila jumpa PA @ penasihat akademik pun mesti beliau tanya pointer ada increase or tak. Kalau aku punya, so far so good. Kena try dapatkan yang lebih bagus. Tak pernah merasa 4 rata lagi. Heuu.

Kelas on off on off je lah. Biasalah, baru 1st week. Bebudak ni pun huru-hara insert subject, delete subject. Aku tak kot, sebab malas nak serabutkan diri. Biar je stay in the same class and the same section, lagipun tak ada yang clash dengan mana-mana subject lain pun. Quite okaylah walaupun ade kelas malam, asalkan kelas pagi aku kurang. Mostly, kelas semester ni start 10am above.

Yang dah lepas, biarkan lepas. Just go on with our life, pandang ke hadapan kejar cita-cita. Menunggu duit elaun masuk sememangnya perkara yang paling tak best, tapi masuk lambat pun bagus juga sebab dapat berjimat-cermat. Ececeh iyelah tu. Sekarang obses dengan baranh branded tau, sangat takut dengan perubahan diri sendiri yang amat ketara. Please please kembali kepada asal.

Mood study masih tidur.
Hopefully by next week dah fully wake up.

Read More

Sisa cuti.

1 comment

Assalamualaikum.

Draft banyak terkumpul dalam blog ni tapi tak publish lagi. Tak habis karang satu hal, kebuntuan idea melanda pun 1 hal lagi. Hehe. So, better kita share benda yang berlaku dalam kehidupan seharian je pun okay kot. Oh, I'm officially back to Parit Raja. Homai. Balik lagi ke sini. Tapi tak apa lah, niatkan dalam hati nak menuntut ilmu je. Dah tak lama lagi.

Memandangkan semalam masih lagi cuti (dan hari ini pun mood bercuti juga), aku pun pergilah keluar dengan cinta hati. Pergi makan-makan, shopping sikit. Dah lama sangat tak makan Kenny Rogers, so bila cinta hati yang belanja jadi bertambah sedaplah kan. Heuheu. 1 je masalah, aku tak kenyang. Homai, besar pula perut ni kalau bab-bab orang yang belanja. Kalau duit sendiri, kedekut.

Beli t-shirt at Padini, banyak murah-murah pula. Candy jeans je tak ada offer sangat. Kalau offer gila-gila, harus juga aku rembat 2 helai jeans kan. Kuning 1, electric blue 1. Homai. Kaki dah lah besar gedabak, ada hati nak pakai jeans colorful ni ek. Heuheu. Aku tengok orang pakai cantik je, so sikit-sikit ada perasaan berbaur cemburu dalam hati datang bertandang. Ecewah.

Ikutkan hati, Skin Food nak masuk. Etude House pun nak masuk. Tapi, cinta hati kata hari tu kan dah masuk. Dia pun dah pening-pening tengok orang ramai dalam kedai. Tolak sana sini nak berebut barang offer. Aku pun surrender, "okay". Masuk kedai Daiso pun cuci-cuci mata je, nak beli kain felt konon-kononnya tapi tak beli juga. Kalau beli pun, entah masa bila aku nak ber-handcraft. Heu.

Read More

Cousin's wedding.

Leave a Comment

Hai uols. Beberapa hari lepas aku balik Mersing. Well, menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal dengan aktiviti yang berfaedah. Dari aku melepak tak tentu arah habiskan duit kan? (padahal duduk dalam rumah je lagi habis duit. Hee.)

Aku balik Mersing atas sebab cousin lelaki aku kahwin. Kahwin dengan orang sebelah-sebelah kampung je. Tapi itulah, pengantin sampai agak lewat. Dalam pukul 2.30 petang camtu. Nasib baik orang tak putus-putus datang.

Cousin kahwin, aku yang habis-habis melaram. Hari sebelumnya, macam-macam baju aku bawa keluar dari robok. Last-last pilih baju recycle je. Recycle pun, baru sekali dua je pakai. Orang lain confirm tak perasan or tak tahu langsung kehadiran baju tu.

Sabtu ni, dah kena balik Parit Raja semula. Sebelum balik rumah sewa tu, nak singgah rumah pakcik aku dekat sana. Hantar baby arnab dua ekor. Nak bela, katanya. Hehe. Oh comel giloss nak lepaskan mereka. Sobsobs.

Read More

Shawl Halfmoon.

5 comments


nah.

finally, I got my halfmoon shawl instead of chiffon fishtail peplum yang dok digila-gilakan. beli sendiri je, bukan beli online ye kawan-kawan. agak memilih juga dengan shawl halfmoon punya kain. biasalah, nak kain yang baik tapi nak harga murah je. tak patut betul kan. jalan punya jalan, aku jumpa halfmoon berharga RM85 dan RM95. beza dekat manik je.

huh, mahalnya!

so, aku jumpa 3 tempat. yang aku ingat namanya dua je. satu, Ruqayyah Boutique and another one, Santun Anggun Collection. murah pun murah. one piece kau boleh dapat dengan harga serendah RM22. murah tak semestinya buruk, mahal tak semestinya berkualiti. yang penting kena pandai cari dan pandai survey harga. asalkan warna menepati citarasa, it is just enough.

no. 2 dari kiri tu grey tau.

okay, tu je for this entry. gambar aku wearing shawl ni belum ada lagi. baru test pakai adalah. rasanya nak pakai yang warna grey tu masa pergi wedding sepupu aku dekat Mersing hujung minggu ni. oh ya, nak perbanyakkan koleksi shawl halfmoon. nanti nak bertunang boleh pakai as a veil kan, boleh juga jimat kos. barang sekarang makin mahal. huhuhu.

nak colored jeans.
Read More

Color block alert!

2 comments


hai readers yang ohsem.

trend berfesyen orang perempuan semakin macam-macam dah sekarang ni. cuma cepat atau lambat je nak adapt perkara tu. today, aku nak cakap pasal color block fashion. dulu, nampak macam pelik tengok orang pakai kaler ala-ala bendera Malaysia tu semua. lately, sangat-sangat boleh terima. kalau tak, masakan aku boleh ada jeans kaler pink? ohmai.

macam gambar clutch kat atas ni. sangat cantik kombinasi color block tu kan. tapi jangan tersalah pilih kombinasi, nanti mungkin boleh jadi macam pokok krismas bergerak. (suddenly teringat, masa sekolah dulu suka sebut perkataan pokok krismas bergerak) or mulut yang jahat berkata-kata ni akan kata "urgh, gila ke dia pakai macam tu?" 

aku suka tengok orang yang gayakan color block ni. nampak smart sangat. tapi aku sendiri tak berani. iyalah, jenis big size kot. nanti apa pula orang kata. nak pakai kaler-kaler macam ni perlukan confidence level yang amat tinggi. mungkin tak lama lagi, aku akan bergaya juga macam ni, and tak peduli apa orang cakap?? tunggu.


lepas ni, agak-agaknya fesyen pakaian apa pula yang timbul? asalkan masih berpakaian aku boleh terima pakai guna akal yang waras ni. misi aku lepas ni, banyakkan jeans dan skirt warna striking. ho yeah. dah penat juga pakai jeans hitam / biru ni. cehh. keluarlah dari kelompok warna hitam, sesekali cuba warna yang gorgeous sangat ni.
Read More

Daily supplement.

2 comments


assalamualaikum. :)

hari ni tak ada motif nak tulis entry sebenarnya. dah tak tahu nak merapu apa. sebab aku sekarang tengah gilakan fesyen fishtail peplum or peplum sahaja. eleh, peplum ni sebenarnya masa zaman Saloma dulu dah ada pun. sekarang baru timbul semula. kesian betul. termasuk aku golongan yang kesian tu. sobs sobs. nak mencari kain yang sedap payah ya amat pula tu.

okay.

bukan tu aku nak cerita. dulu, aku tak kisah pun pasal daily supplement ni semua. tapi, bila umur dah meningkat, aku rasakan benda tu perlu untuk jaga luaran dan dalaman. eh tak guna tau jaga luar je, tapi dalam Subahanallah. yelah, aku tak nak tetiba orang panggil aku makcik. bila tanya umur, what? baru 18 tahun. (muntah) biar maintain adik-adik je lah ni kononnya.

1. VCO Catalyst


mula-mula ambil supplement ni, aku pun ada terfikir, what the hell makan minyak ni ek? nanti makin berminyak muka aku ni. huhu dan memang ya, makin berminyak dan bertambah subur pula jerawat. tapi untuk seminggu je, lepas tu muka dah semakin okay. sekarang dah nak masuk sebulan aku amalkan VCO Catalyst ni. rasa badan lagi banyak energy.

2. Vitamin C 1000mg (Pahang Pharma)


orang kata ini untuk kulit. yang ni nampak gayanya cepat betul serasi dengan aku. baru amalkan lebih kurang seminggu, kulit dah nampak ada seri sikit. dulu, kalau cerah selalu nampak kusam je (usually dekat muka) tapi sekarang dah ada nur kot. memang nampak perubahan. tinggi kan dos 1000mg? badan manusia boleh tampung Vitamin C at most 2000mg. kalau lebih, cirit nanti.

go go chayok. capai misi 2013. dan, harus juga target dalam study untuk dapatkan pointer 4 flat. tak kira susah macam mana pun.

kalau nak beli boleh contact aku.
VCO Catalyst, RM39.90 (1 botol 60 softgel).
Vitamin C 1000mg, RM90 (1 botol 100 tablet).
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home