ORANGES

Hendak dibuang terasa sayang

8 comments


blog aku ni , nak kata update sehari sekali pun nampak macam sukar kan .. biasalah , freshie memang camni gayanya kot .. entahlah , lain orang lain rasa .. ikutkan , jadual aku tak ada lah pack pun (baca : freshie) tapi banyak sangat hal lain ..

senior suka dera bagi announcements kat kolej kediaman so kesimpulannya banyak aktiviti dalam kolej berbanding study .. buat masa sekarang ni .. yalah , kami free .. LI ke apa ke dah tentulah tak ada .. kelas malam , rasanya macam jauh sekali ..

aku tahu korang rindu kat aku .. err , rindu aku ke rindu nak dengan celoteh aku dekat sini ? pehh , tetiba rasa macam syok sendiri je .. sorry lah guys , aku update ni pun dah jarang-jarang .. domain berbayar , tetiba lagi rasa macam rugi di situ .. (sedih)

menembak sangat best kalau anda pernah ..

cuma aku nak cakap dekat sini , masa sebelum sibuk sejak bergelar siswi ni pun aku punya blog dah tunggang langgang .. lepas ni , rasanya nak tengok aku update once a month pun susahlah kot .. bertambah busy kah , mungkin ?

mungkin juga , sebab aku dah DITERIMA KE DALAM PASUKAN KOR SUKSIS .. terasa sangat bertuah kat situ (kalau korang rasa tak , diam je sudah) .. tapi , cuti cuti cuti nanti memang terpaksa berkorban banyak ..

apakan daya , ini semua sebab fikir masa hadapan (dan minat juga) .. kbai ~



notakaki:
esok pagi-pagi dah ada training ..
Read More

Pinjam ? serious susah ..

7 comments

guys .. sebenarnya kan .. pinjam duit orang ni amatlah payah tau .. not as simple as ABC like I thought before .. huhu .. story pasal apa ni ? nanti okay .. masih belum setel .. Kbai ..



notakaki:
penat plus panas wei ..
Read More

Pilihan itu sentiasa terbaik , kita ni je ..

13 comments


masa orientasi , semua orang saling berkenalan .. tak semualah , ikut kepala juga .. tak kena gaya , memang tak nak bertegur .. standard , kalau dah namanya orang Melayu memang susah sikit kalau tak ngam ni .. lain gila dengan other races ..

okay , itu bukan benda yang aku nak story ..

renungkan dialog di bawah:

"aku tak minta pun kursus ni , mereka yang bagi .."

"I seems not interested with this course , so I wanna exchange to another course next semester .."

emm .. sebenarnya , apa yang Allah dah rancangkan untuk kita tu lah yang terbaik .. pasal kursus tu subjek tak pernah belajar ke apa ke .. fikir balik , dulu masa start sekolah (baca : tadika) korang dah tahu semua benda ke ? aku tak rasa ya ..


bila tak pernah hadapi , dah dapat tu lah kita nak kena explore habis-habisan .. takut kursus yang korang dapat tu nanti tak dapat beri kerjaya yang terbaik ? dah tentu silap sebab kalau korang gigih berusaha , nak kerja apa pun senang nanti ..

yang penting , attitudes , kegiatan korang semasa di tahun pengajian .. pointer tentulah nak baik , kalau nak rasa bangga sikit time pergi interview kerja kelak ..

jadi , terima sajalah seadanya apa yang korang dah dapat tu .. ramai tak dapat masuk belajar , terpaksa buat rayuan lagi .. kita yang dah dapat ni , teruskan saja .. tak payah nak give up lepas tu nak balik kampung , kahwin ..



notakaki:
memang seronok kalau kelas start lambat ni ..
Read More

Belajar senang ke atau mengajar lebih senang ?

12 comments


cikgu , pensyarah , guru , pendidik .. sememangnya perkataan yang membawa maksud yang besar kepada setiap diri orang manusia .. tanpa golongan ini , kita sekarang pun entah ke mana .. (khusus untuk guru yang baik)

pernah saja orang tanya kepada aku , "kenapa tak nak jadikan guru sebagai salah satu prospek kerjaya kau masa akan datang ?" .. tak pun , "eh , kau tak nak pergi temuduga untuk jadi masuk IPG ke ?" bukan sekali , tapi berkali-kali ..

aku bukan tak nak jadi golongan yang mengajar ni .. cuma aku sendiri kenal sikap dalam diri aku ni macam mana .. nak jadi tenaga pengajar ni , sikap sabar dalam diri harus kena tinggi .. kalau paras-paras hidung saja macam no use ..

dan tu , nak paksa-paksa pula aku untuk jadi tenaga pengajar ni kenapa ? golongan ini seharusnya baik-baik belaka walaupun mereka hanya manusia biasa .. kerana mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada generasi bawah mereka ..

hmm .. aku nak mengajar pun tak reti , orang tanya aku something aku cepat saja nak melenting .. so bayangkan kalau aku mengajar anak-anak murid aku , lama-kelamaan tinggal aku seorang saja dalam kelas .. hahh ..

dan , nak mengajar tu biarlah kerana ikhlas .. tak boleh asyik fikir nak gaji , bonus , cuti .. kerja nak tak nak saja .. lepas tu , students markah rendah mulut nak main pakai lepas saja , "kau memang gagallah final exam nanti .."

dah faham kan kenapa aku tak nak jadi tenaga pengajar/pendidik ni ?



notakaki:
seronok bila family datang bawa aku pergi jalan-jalan tadi ..
Read More

Buat sesuatu tak ikhlas , hah macam tu lah ..

6 comments


setiap orang perangai berlainan kan ? ye lah , hari ni aku nak story lagi kisah aku dekat UTHM ni .. sekarang semua tengah pakat sibuk nak join macam-macam aktiviti yang UTHM jalankan , tak pun kolej kediaman anjurkan ..

macam aktiviti ko-kurikulum PALAPES dan SUKSIS .. aku mention yang ini sebab dua ni yang paling hot sekarang .. bila tanya mereka ni semua , kenapa nak join aktiviti yang memenatkan itu sampai 6 semester ..

macam-macam jawapanlah yang aku dapat ..

mana yang sebab minat tu , aku ucapkan tahniah .. sebab sememangnya kekuatan mental dan fizikal mereka amat tinggi .. tapi , yang bagi sebab join benda tu semua sebab nak dapat kemudahan hostel dan elaun .. fikirkan semula ..

benda yang kita buat tanpa minat sememangnya sangat tiring .. ataupun setakat nak ikut orang lain saja .. cuba jadi diri sendiri kan lebih senang .. pasal hostel tu , rasanya tak ada orang pun yang nak duduk asrama kot ..

sebab .. harga sewa rumah di sekeliling Parit Raja ni sangatlah murah jika nak dibandingkan dengan duduk di hostel yang facilities pun macam gitu-gitu saja .. (ini semua lepas dengar nasihat lecturer okay)

bab elaun tu , terpulanglah .. duit PTPTN ada , duit biasiswa ada .. tak cukup ke ? orang lain elok saja cukup guna .. so , nak elaun sebab nak penuhkan tembolok dengan semua benda ? (eh , tetiba sendiri terasa juga)

thus , kalau nak join PALAPES dan SUKSIS tu umpamanya .. cuba fikir jauh lagi , sebab takut tak dapat kerja ke apa ke .. ye , bidang pekerjaan sekarang susah nak match dengan apa yang kita study sekarang .. so , benda camtu boleh buat back-up ..

tapi , kalau join atas minat tanpa lepas syarat contohnya ketinggian pun tak guna juga .. sebab sampai habis semester tu sajalah boleh pakai , nak buat apply kerja ke ATM dan polis nanti tak lepas pula .. kehkeh ..



notakaki:
tengah fikir nak ke Singapore atau tak ..
Read More

Kehidupan sekarang bukan kehidupan dulu ..

9 comments


kehidupan di sesebuah tempat sangat berbeza .. macam mana kita mahu mencorakkannya , kita sendiri yang tentukan .. dan kehidupan sekarang dengan kehidupan yang dahulu memang sangat jauh berbeza ..

sangkaan kehidupan di matrikulasi sama saja di universiti amatlah menyimpang jauh .. kerana dua alam ini sangat berbeza .. nak compare dengan sekolah , lagilah tak boleh banding .. maaf , aku tak jatuhkan sesiapa pun ..

di universiti , macam-macam orang kita bergaul dalam sehari-hari .. dulunya dalam satu kelas rakan semua sebaya saja .. sekarang , lebih berusia pun ada .. kita harus pandai hormat orang tapi tak bererti yang tua boleh berlagak ..

penubuhan geng-geng macam tak perlu sebab di sini saja aku dah lihat betapa orang pentingkan diri sendiri demi mencapai matlamat hidup sendiri .. termasuk aku , kalau nak berkepit dengan kawan ikut masalah juga ..

haluan sendiri perlu ada , kalau tak sampai bila nak berdikari .. pergi sana sini asyik nak orang lain temankan saja , sudahnya nanti apabila keseorangan apa-apa pun tak reti nak buat .. kawan ni masa senang saja babe ..

dan lagi , agak-agak yang mana datang dari kampung tu .. jaga sikit kelakuan , tak perlulah nak culture shock sangat .. ingatlah , yang anda ni datang masuk belajar ke pekan saja bukannya bandar besar pun ..



notakaki:
get ready , kelas pukul 4 ..
Read More

Menghilangkan diri ke ? Oh tidak , tidak ..

18 comments


lama dah aku tak update blog ni .. last update hari tu pun 8 September , dan itu pun bukannya fresh entry sebab ianya auto-post .. HAHA , aku tahu korang semua mesti rindu kat aku kan ? tak payah nafikan , aku memang tahu ..

hari ni hari kedua aku di bumi UTHM .. dan , seperti semalam kelas aku ada tapi aku tak pergi sebab memang tak ada .. hari ni , pergi melilau cari kelas kesudahannya tiada juga .. walaweh , nasib .. biasalah 1st week kan ..

sesat ? aku rasa ada juga .. sebab aku tak dapat cam lagi sesebuah bangunan tu untuk apa , melainkan bangunan yang tinggi-tinggi dan bangunan fakulti aku sendiri .. KEHKEH .. fuh , bas ada .. kalau tak , berpeluh ketiak nyah ..

tak ada macam ni ok , aku seronok di UTHM .. :)

sebenarnya elok juga dalam 1st week of study ni tak ada kelas .. sebab kita pun baru nak kenal tempat , jadi memang tak salah lah mereka ni suruh kita bersusah-payah mencari di mana lokasinya sesebuah kelas itu ..

ko-ku aku amik apa ? ada dua dah sebenarnya ni , aku join videografi dan sukarelawan kor polis siswa siswi (SUKSIS) .. aku akan gugurkan videografi sekiranya aku berjaya lepasi latihan untuk SUKSIS tu .. (berdoalah banyak-banyak)

hey dan ! aku boleh minta untuk pengecualian kredit bagi subjek English .. HIHIHI ..



notakaki:
aku dah pening tengok FB baru .. ==,
Read More

Semulus bayi lah tu konon ..

11 comments


hari ini nak story apa .. kejap , pergi cari ilham kejap ..

*
*
*

lima minit kemudian ..

*
*
*

kadang-kadang bila mulut berborak .. macam-macam persoalan pelik boleh keluar dari mulut kita ni tanpa kita sendiri sedari .. macam aku juga , sedang tengok baby (baca : bayi) kecil-kecil tu dengan tak semena ,

"Kenapa bontot (baca : punggung) baby tu lebam ?"

lepas tu , orang yang ditanya soalan macam tu pun tergelak sajalah .. maksu aku , bukan orang lain pun kan .. eh , memang ya lah .. baby kebanyakannya masa kecil memang begitu , bila dah besar sikit warna jadi sekatalah ..

apa sebab jangan tanya , bidang aku jauh sekali untuk ke arah biologi or some kind of that ..


punggung baby lebam-lebam macam tu pun , masih tetap comel bagi aku .. daripada aku lihat dengan mata aku ni , nampak lurah dekat punggung tu kat perempuan dewasa .. berkarat tak ingat .. lawa ke ? cehh ..

tolonglah hentikan penderaan mata aku ni .. aku yang perempuan ni pun dah mengata pelbagai , cuba you all girls ni fikir sikit apa yang lelaki umpat pasal anda ? ubahlah kalau nak jadi seorang isteri yang layak dan cukup syarat ..

tak mahu sentap .. chill !



notakaki:
ingin belajar manage duit dengan baik .. ==,
Read More

Tulisan comel tak semestinya bersih ..

6 comments


masa zaman kecil-kecil .. aku selalu nak terikut-ikut cara orang lain menulis .. aku memang suka tengok tulisan yang cantik , lawa , menarik tertarik kau memang da boom .. memang kepantangan aku kalau nampak tulisan macam tu ..

sampai lah dah besar sikit (sikit saja , tak banyak macam sekarang) .. aku dah pandai tiru gaya tulisan orang lain .. mana aku nampak berkenan saja , aku cuba try test lah sampai aku puas hati , dan aku amalkan gaya tulisan itu ..


tapi , kebiasaannya tulisan yang aku tiru gayanya tu bertahan paling lama pun setahun saja .. sebab aku bosan , nak mencari tulisan yang lebih canggih kononnya .. dan sekarang rasa macam dah beridentiti , tak mainlah tiru-tiru ni !

aku kagum dengan tulisan lelaki yang kemas , bersih , comel .. kebanyakannya yang aku jumpa mesti tulisan perempuan saja yang cantik .. tapi , ada juga lelaki yang memang mempunyai tulisan lebih cantik dari perempuan ..

tulisan juga dikatakan melambangkan personaliti diri masing-masing ..

Beberapa rahsia yang tersirat dari cara menulis tulisan tangan antaranya:
1. Tekanan
* Tekanan yang kuat.
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas debahagian belakang kertas.
Sifatnya: Sihat, cergas, pantas/cekap/cepat, dan sedikit agresif.
Read more >>

bergantung juga rasanya .. kalau dah memang orang tu jenis tulisan tak boleh diubah apa-apa , apa nak buat .. mana-mana points yang agak nak betul tu , kebetulan saja rasanya .. (redha tulisan memang tak cantik .. wakaka ..)

jadi , bukan semua tulisan perempuan lawa-lawa dan tidak semestinya tulisan para lelaki itu hodoh-hodoh ya ! pandai-pandai anda saja nak buat spekulasi buruk sendiri .. jahat tau !



notakaki:
apa agaknya corak kehidupan baru aku ?
Read More

Jauh ke dekat bukan satu alasan ..

8 comments


rasanya bila entry ni publish , aku dah berada di tempat orang .. bukan lagi di tempat yang selalu aku diami , dibesarkan semua tu .. sedih ? tak ada lah , aku pergi pun untuk mencari pengalaman yang baru ..

yalah , sampai bila nak terperuk dalam tempat yang sama , bukan ? aku bukannya kecil , dah besar panjang .. tempat baru ni dekat dengan kampung aku ke (aku ada kampung ?) , eh entahlah .. kampung aku jauh lagi ..


mungkin ada yang cakap , tempat yang aku dapat ni tak ada lah jauh mana dari tempat tinggal sekarang .. tapi rasanya anda tak perlu jealous , sebab itu rezeki masing-masing Allah nak berikan kita dekat mana pun ..

jauh ke dekat , tujuan kita yang melangkah ke tempat baru ni hampir sama .. hopefully everything will be fine , semua aral melintang harap dapat dijauhi .. I just need some support from all of you for me to succeed ..



notakaki:
ah , seriously malas nak attend orientasi tu semua ..
Read More

Kuantiti juga perlu diambil perhatian lebih ..

8 comments


masa kecil-kecil , kelemahan paling besar aku adalah mengambil gambar passport (besar sangat ke masalah tu ?) .. aku pun tahu kenapa , yang pasti bila gambar tu dah siap mesti aku benci gila nak tengok ..

nak kata aku tak comel , dah nama pun kecil-kecil .. mestilah comel habis kan (cakap nak poyo saja) .. tapi , bila ambil gambar passport saja mesti ada tak kena , walhal sebelum tu dah berhabisan masa depan cermin ..

dahlah buat gambar tu bukan sikit-sikit harganya .. lepas tu dapat empat keping dan beserta filem negatif (itu dulu , sekarang guna CD kecil) .. rugi , rugi membazir bagi duit dekat orang tu .. dah tu gambar tak lawa ..


bila dah besar ni , ambil gambar passport rasanya dah tak ada masalah .. memang satisfied habislah .. dah jumpa lubuk baru , lubuk lama ditinggalkan .. murah babe , dahlah dapat 12 keping gambar .. RM5.00 saja ..

tapi , CD kecil tu orang tak ada lah bagi .. alah , gambar habis buat je lah lagi .. baik buat yang murah punya , kuantiti juga banyak .. gambar pun sehabis lawa dah rasanya .. dari mahal tapi sikit dan tidak puas hati ?

kadang-kadang buat pilihan kena juga tengok kuantiti juga selain daripada kualiti .. memang kualiti itu penting juga .. kalau tak ada kualiti payah , kalau kuantiti kurang pun payah .. jadi , kedua-dua seimbang lagi baik ..



notakaki:
tetiba rasa nak say yes , boleh ?
Read More

Giveaway: Angry Birds Pilihan (Final List)

12 comments


Small plush toys:


Merah
1. http://putarbelithidup.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
2. http://abglan.com/?p=1965
3. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
4. http://platunkhaz.blogspot.com/2011/08/plan-no-492-giveaway-angry-birds.html
5. http://kederatmuda.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
6. http://belogini-sayapunya.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
7. http://ady-shariz.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html

Kuning
1. http://sitikektus.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
2. http://izzawann.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html

Biru
1. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
2. http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
3. http://dearbella-bella.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html
4. http://alongnidar.blogspot.com/2011/08/giveaway-angry-birds-pilihan.html

belum , belum dapat pemenang .. aku cuma bagi senarai akhir .. susah untuk aku pilih , sebab aku sangat hargai anda sanggup beri masa untuk buat entry giveaway ni .. yang lebih rajin , siap berpantun lagi tu ..

doa-doakanlah supaya aku boleh dapat untung besar-besar , banyak-banyak lagi , kot-kot bolehlah aku bagi pada anda semua yang tersenarai dalam list di atas .. (banyaknya ayat aku yang guna dash)



notakaki:
tak tau bila boleh post hadiah sebenarnya .. ==,
Read More

Agenda baru di bulan raya ..

21 comments


boleh cerita tentang raya lagi tak ? kan masih banyak hari dalam bulan Syawal ni .. banyak juga koleksi duit raya .. pergi beraya masa raya pertama tu macam tak memberangsangkan , tu macam putus asa sikit nak harap duit raya ..

tak sangka , meriah juga raya tahun ni .. ehem , ehem .. buat muka kesian sikit , mesti dapat dari saudara-mara .. agaknya meriah tahun ni sebab aku terlebih-lebih peramah , tak ada pula rasa jemu nak menjawab soalan banyak ..

cukup sampai situ sajalah ..

ada satu hari , tatkala orang lain masih berkurung (baca : berbaju kurung) .. aku dah pakai simple habis , T-shirt dan jeans lalu ke satu pasaraya ni .. ah , malas nak mention .. nanti korang ni cop aku ni muka pasaraya tu saja ..


konon rasa duit dah berkepuk dalam poket , pergilah survey satu handphone dekat banyak-banyak kedai jual handphone .. memang satu jenis tu saja yang aku tanya .. yang paling murah aku jumpa dalam RM1.8K (betulkah ni ?) .. gulp ..

apakah agenda aku seterusnya ?



notakaki:
sayang duit , tapi dah namanya harta dunia tak akan bawa ke kubur pun ..
Read More

Raspberry itu bukan sekadar buah ..

9 comments



nah , ini dia .. maaf sebab aku lambat keluarkan senarai top commentators dekat blog aku untuk bulan Ogos punya .. oh ya , ada yang berlaku penambahan dan penurunan di situ sepanjang bulan lepas ..

aku sendiri pun tak dapat maintain prestasi kat blog orang lain .. hihi ..

#1 http://sitikektus.blogspot.com/
#2 http://skytechxtreme.blogspot.com/
#3 http://www.trioseposen.com/
#4 http://eyfaaliasstory.blogspot.com/
#5 http://ipai-ans.blogspot.com/
#6 http://platunkhaz.blogspot.com/
#7 http://abglan.com/
#8 http://alifharis.blogspot.com/
#9 http://mohdnaser.blogspot.com/
#10 http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/
#11 http://syuxermelankolia.blogspot.com/
#12 http://lhthebest12.blogspot.com/
#13 http://www.mejuez.com/
#14 http://ubibadok.blogspot.com/
#15 http://soliciousstorynory.blogspot.com/
#16 http://www.my-shopping2u.com/


Cik Siti Kektus ni berjaya ambil kedudukan iPai bulan lepas lah ..


dan Ezad Skytech di tempat kedua menggantikan tempat Abang Stalker .. (tetiba rasa macam announcement untuk apa ni ?)

yang korang berdua ni , nanti PM aku dekat FB lah tuntut hadiah memasing ..

*
*
*
*
*
*


eh eh ? kenapa ada header dia ni tetiba kan ? ini Cik Izfanora yang cantik menarik .. aku tertarik dengan URL Blog dia yang sebenarnya .. ada juga keunikan di situ , mungkin pada aku lah .. pendapat orang lain-lain ..

walaupun aku rasa URL Blog itu agak panjang ..

tapi , tak kisahlah pun pasal tu .. aku rasa unik sebab macam nama tajuk sebuah manga Jepun yang dah di-translate .. alah , tak kan korang tak tahu apa yang aku tengah ceritakan ni ? hmm , manga Jepun under Gempak Starz ..

eh , aku tak cakap pun Senyuman Gadis Gerimis tu tajuk manga .. cuma ala-ala macam tu saja .. kalau ada manga bertajuk macam tu keluar , 1st thing mesti aku ingat pada Izfanora ni dulu .. suka aku lah nak suka URL Blog orang ..

kehkeh ..



notakaki:
hari ini dah Isnin .. aduh ..
Read More

Kalau dah jodoh , aku terima saja ..

20 comments


bila berbicara dengan seseorang yang dikenali (sila jauhkan diri dari stranger) , mereka pasti bertanyakan aku .. "Apa ciri-ciri bakal suami kau ?" atau pun , "Kau minat lelaki macam artis mana ya untuk dibuat teman hidup ?"

err .. lelaki ni boncet kah ?

err .. dulu budak-budak , sekarang rasa macam dah tua sebab pergi kedai banyak orang panggil aku kakak .. jadi , pegangan untuk mencari seorang lelaki tu dah banyak jugalah berubah .. ya lah , teman hidup tu bhaiiii ..

kalau tetiba rasa serius time tu ,

# agama kena jaga , boleh bimbing aku nanti
# aku nak lelaki yang hormat kepada kedua-dua orang tua aku
# haruslah pandai bertolak-ansur bila ada masalah
# bekerjaya tetap , aku tak mahu makan batu , tanah , etc.
# paras rupa sederhana tak payah nak plastik sangat
# boleh setia pada yang satu
# jadilah ketua keluarga yang bertanggungjawab
# tak tinggalkan aku sesuka hati macam tukar baju

tak payah nak memilih sangat , muka handsome macam retiss , duit banyak macam jutawan tu semua .. nanti ada saja yang tak bahagianya .. yang penting sama-sama pandai menjaga sesuatu hubungan dah cukup ..

bersederhana itu kan lebih baik .. diri aku sendiri bukan sempurna nak itu , nak ini .. cerita soal kahwin saja , kadang-kadang dah buat aku rasa takut .. tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan itu sangat besar ..

setakat cakap nak kahwin , tapi habuk pun tak ada tak guna juga ..



notakaki:
aku ada azam baru .. doakan aku yang terbaik .. :)
Read More

Detik dinanti semakin menghampiri ..

19 comments


dah nak pergi hari Rabu , tapi terasa macam apa pun tak siap lagi .. huh , dah mula rasa cuak sikit-sikit .. sikit sudah , banyak-banyak lagi tak jadi apa nanti ..

macam-macam benda dah otak aku ni ligat berfikir .. sampai orang lain pun tak tahu apa yang aku fikirkan .. serabut sangatkah ? macam bilik aku ? ehh ??


cuma harapnya , tiada benda yang tertinggal pada hari kejadian pergi ke sana suatu tempat baru itu .. dah kelam kabut , masih nak hadap laptop .. aiseh ..

rasa macam banyak benda yang aku hutang kat korang .. err , bukan hutang duit rasanya ..



notakaki:
balik kampung , semua tanya aku "Dapat mana ?"
Read More

Giveaway: Angry Birds Pilihan (Pemenang Handphone Straps)

16 comments



jadi , hari ini aku nak umumkan dulu yang berjaya dapatkan handphone straps untuk Giveaway: Angry Birds Pilihan .. untuk small plush toys , nak kena pilih betul-betul ni .. hehe .. maaf ya ..


Merah

Kuning

Biru


tahniah kepada yang berjaya .. sila hantar details korang , NAMA dan ALAMAT ke FB aku ya .. buat masa sekarang aku agak sibuk , kalau hadiah lambat sampai .. lagi sekali , maaf .. huhu ..
Read More

"Bila kau nak jadi berani ni ?"

16 comments


menerima kunjungan daripada sanak saudara , rakan taulan untuk datang ke rumah pada hari perayaan lebih-lebih lagi Hari Raya Aidilfitri itu adalah perkara yang paling biasa .. (sila baca dengan sekali nafas saja)

jadi , fenomena tu aku dah alami juga lah .. asyik aku satu keluarga saja ziarah rumah orang , jadi mereka membuat kunjungan balas .. ok , tak kisah .. sebab memang nak kasi habis duit raya (kononnya) ..

saja nak show off baju raya sekali ..

bila mereka datang , perkara yang pasti dibuat .. show off kucing aku yang seekor tu .. ya lah , kucing aku jenis terperap dalam rumah .. mana keluar , bunyi motor dan kereta saja pun dah menggetarkan ekornya .. eh ?

agaknya tuan sendiri yang tengok setiap hari memang nampak kecil agaknya ? orang lain cakap Awi ni besar .. yang pasti kucing aku tak suka orang datang (baca : takut) , dan yang menjadi mangsa cakar adalah aku sekeluarga ..


okay , nama kucing aku Awi .. mungkin inspirasi daripada nama penyanyi rock , abah aku lah ni yang berkenan sangat dengan nama tu .. dan memang kucing yang bising , ikut mood dan timing nya ..

agaknya bilalah kucing aku ni nak peramah dengan orang lain ? nenek aku sendiri yang datang ke rumah pun nak ambil masa untuk mengecam dan menghilangkan rasa takut dalam diri tu .. *sigh*



notakaki:
koleksi duit raya dah guna .. kehkeh ..
Read More

Lain perasaan tu kali ni ..

11 comments


selamat pagi ..

rasa dah lama tak update pagi-pagi macam ni ..  udara pun still nyaman , air di dalam kolah pun sejuk saja .. ah , layankan saja mandi itu .. tak nak lah jadi kambing pula nanti .. errr .. (mood masih mengantuk)

macam mana kutipan duit raya anda tahun ni ? ada yang berkurang ? dah pasti , sebab kita setiap tahun makin meningkat usia bukan berkurang usia .. ada juga yang makin bertambah duit sebab bertambah umur .. kehkeh ..


tapi , kehadiran Syawal kali ni tak lah macam Syawal pada tahun-tahun sebelumnya .. ada saja gerai makan Melayu yang dah buka .. kedai runcit Melayu yang beroperasi .. dah makin hambar , Merdeka Day pun sepi ..

kalau lah ini Tahun Baru Cina , memang aku rasa orang Melayu yang kelam kabut .. sebab kebanyakan pasaraya dan kedai dimonopoli oleh kaum Cina (confirm tutup) .. biasanya kedai kaum kita sendiri apa pun tak ada .. opss ..

Melayu ni kurang maju .. mana tak nya , asyik kena kutuk sana-sini (aku lah salah seorang) .. lepas tu , kerja pun sedang-sedang nak tak nak pula ..



notakaki:
nak kira duit raya .. :P
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home