ORANGES

Sangat suka makan.

Leave a Comment
Assalamualaikum. 

Sebenarnya nak bagitau yang me tak follow dah pun 4 days wait rule tu untuk bagi makan pada Samirah. Kenapa? Sebabnya time me buat puri carrot then bagi camtu je confirm dia refused. Rasa sekali terus taknak nganga dah. Kalau puri buah laju je. 

Me try dalam 2 hari camtu, pastu terus tukar makanan lain. Tapi, kalau makanan mama dan papa dia bukan main lagi dia kejar. Bab allergic tu takde la rasanya. InsyaAllah takde. Kadang-kadang bab pemakanan ni, tengok parents juga. Kalau parents takde history allergic apa-apa terhadap makanan, InsyaAllah baby pun takde. Tapi who knows kan? Hopefully baby is fine. 

What Samirah has eaten:

• Epal
• Tembikai
• Betik
• Lobak merah (tak berapa suka)
• Pisang
• Tauhu
• Bubur nasi (pun tak berapa suka)
• Kentang

Bak kata my mummy, Samirah rasa diri dia dah besar tu. Sebab tu excited kejar makanan orang dewasa je. Hihi. Samirah sangat suka makan, tapi biasalah ada jua makanan yang dia tak berapa nak suka kan. Lagi pula bila makanan tu berasa tawar je macam bubur nasi. Hehe. 
Read More

Baby bib.

Leave a Comment
Assalamualaikum. 

Baby bib ni salah satu keperluan/kehendak untuk persiapan memberi makan kepada bayi. Terpulang kat korang nak takrifkan baby bib ni sebagai keperluan ataupun kehendak. Ianya boleh jadi berbeza mengikut keadaan okay. 

Keperluan bagi me sebab baby kan makan confirm comot punya so itu akan mengelakkan baju baby kotor. Tapi kalau taknak pakai bib pun okay je. Baby tu kasi togel takyah pakai baju. Heheee. Senang, baju tak kotor bib pun tak payah basuh. Ngee. Pemalas mama Samirah ni.

Dah jatuh dalam kategori kehendak bila para mommies ni terlalu obses beli baby bib sampai berpuluh-puluh. Pantang nampak yang comel sikit, mesti nak beli alasan baby mesti suka padahal mommies je yang melebih-lebih. Baby sikit pun tak tahu apa-apa. Mehehee. 

Baby bib Samirah setakat ni ada 3 je. Kotor terus je cuci. Sebab takdelah kotor mana pun, and then cepat pula kering. Ada 1 ni, hadiah dari kak Siti Kektus kita yang kreatif tu. Saja je bodek-bodek kan hari tu, tu yang dapat. Cantik, jahitan pun kemas je. Memang ngam lah bila baby pakai. 

Korang kalau nak tengok bibs yang lain boleh masuk blog kak Siti Kektus kita tu tau. Murah-murah je. http://sitikektus.blogspot.com. Nah manual punya link, update pakai phone ni tak berapa nak reti entah mana-mana nak masukkkan link. Sobs. 

Toddles. 1st gambar Samirah yang me publish untuk korang bersama bib-nya yang comel.  :)
Read More

Makanan selamat untuk bayi.

Leave a Comment
Assalamualaikum. 


Me saja nak share food chart ni. Sebab, as first time mommies kat luar tu mesti macam blur-blur kan nak bagi baby makan apa as their first foods. So do I. 

Apa yang ada dalam list tu, antara safest first foods yang boleh kita bagi pada anak nanti. Macam rice start 4-6 months dah boleh makan kan. 

Ada mommies cakap bubur ni berat untuk perut baby, masuk 7 bulan baru bagi. Macam me tak bagi lagi bubur. Ingatkan nak buat bubur nasi dulu, tapi takut dia taknak pula sebab tawar hebeh kan.

Setakat ni dalam perut Samirah containing sedikit Milna rusk, sedikit nestum beras yang dia sangat tak suka, dan puri epal. Lepas epal, me nak try bagi pear kot. 

Till then, jumpa lagi. Tata. :)
Read More

Puri Epal / Apple Purée

1 comment
Assalamualaikum. 

Samirah turned 6 months already semalam. Hari ni baru start bagi makan puri epal. Itu je pilihan buah pertama instead of pisang yang me nak bagi mulanya. Memandangkan baby baru je baik demam tempoh hari, mummy and wan cakap jangan bagi dulu pisang. Takut berulang semula demam tu. 

Actually, dah ngelat bagi Samirah makan 3 hari sebelum dia betul-betul cukup 6 bulan. Sebabnya, me balik rumah mummy kat Seremban. Jumpa dengan wan, wan (nenek/grandma/opah) kata Samirah dah susut sebab minggu-minggu sebelumnya dia demam sekejap dalam 2 hari gitu. 

Jadinya, dah suap biskut Milna tu. Cairkan dengan air suam then suapkan. Memang pun dia nak, tapi mula of course buat muka pelik sebab tak pernah rasa benda lain selain susu mama dia ni. Boleh ke buat 4 days rule wait untuk biskut ni? Me buat aje, sebab nak tengok ada apa-apa tak negative reaction makan benda alah tu. So far, Alhamdulillah okay. 


Poo poo pun okay je. Cuma kuantiti bertambah sebab dah makan, kan. Cis, tak senonoh je cerita poo poo kan. Hahaha. Puri epal itu me blend guna baby bullet yang para mommies dok gilakan itu. Termasuklah me kan. First rasa, dia buat lagi muka pelik. Tapi, boleh terima lah kot tekak dia sebab nak lagi. 

Well, mula-mula ni baby makan sikit je. Beberapa sudu je dia boleh telan. Perut pun kecik lagi. Nanti dah besar sikit bolehlah tambah lagi kuantiti makanan. Okay, lepas je makan terus poo poo dengan jayanya. Cis, dahlah tak bagitau mama nya kan. Senyap aje main sorang-sorang. Hukhukhuk. 

Dah, tu je. Lain-lain development next entry. Macam-macam dah kepandaian anak mama sorang ni. Tata. :)
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home