ORANGES

Camping

2 comments

Suksis ade buat camping.

What? Camping?? Ikutkan hati ni memag malas nak involve lagi dengan Suksis.. Macam2 pun ade.. Sakit hati ade, terasa hati pun ade.. Dapat hitam pun lagi ade.. Nak menyesal sekarang? Dah tak guna kot, patut dari awal dulu..

Tu la, dulu eksyen bebenor.

Memang pun.. Dulu aku rasa seronok join activity Suksis walaupun tak sepenuhnya aku join, at least aku rasa happening.. Maybe sebab dulu iye la, Pengerusi kita orang lain.. Sekarang dah lain.. Nak mengata banyak pun tak guna, diri sendiri pun tak perfect..

Ops, tadi kan cerita pasal camping.

Oh ye.. Baru teringat balik pasal camping.. Disebabkan itu ini macam2 punya masalah yang datang.. Suksis decide buat kat Kem PLKN Sembrong je.. Dekat, jimat duit dan masa perjalanan and aku pun senang nak melarikan diri nanti.. Ahahaha..

Okay lah.. Have a safe journey tonight.. Semoga bertemu di lain hari pula..

Read More

Tenang.

2 comments


Assalamualaikum.

kini, masih di batu pahat. kebosanan mula datang melanda. tapi, aku perlu kuatkan azam dan semangatku bahawa niat asal aku ke sini adalah untuk menuntut ilmu. kalau tak, mungkin aku tak duduk sini kot.

lagi 2 minggu, aku balik lagi seremban. rumah sewa ni dah macam rumah persinggahan aku je pulak dah. ikut suka bila nak keluar, ikut suka bila nak balik. tak apa kot, itu semua kehendak aku sendiri.

ah, merepek apa entah.

banyak assignment kena submit minggu-minggu akhir ni. presentation apatah lagi. makin lama makin aku serabut. masalah, sakit datang bertimpa-timpa. tapi itulah, aku sendiri kena kuat. tak boleh lemah.

aku terkadang termenung sendiri, banyak sangat perkara yang aku fikir. tapi, orang lain lagi banyak fikir, kan. masalah orang lain-lain. mana sama. kalau sama pun, mungkin sekadar kebetulan.

SUKSIS. makin lama makin malas. rasa nak drop semester depan. tapi tak tahulah lagi, nanti aku fikir-fikirkan sebaiknya. hati aku dah tak ada dekat situ. makin hari makin sakit hati. dengan 'orang'.

TAHUN 2012. dah nak berakhir pun. impian aku, angan-angan aku. aku tak pasti dah tercapai sepenuhnya ataupun tidak. kalau tak dapat capai tahun ni, aku harap tahun akan datang boleh terlaksana.

gelang silver dah hilang. tercicir mana, aku sendiri tak tahu. salah aku sendiri, cuai. dah tahu cepat tercabut tu, masih nak pakai, tak pergi betulkan jugak. akhirnya, hilang tanpa pengetahuan.

TOLONG PERGI STRESS DALAM KEPALA OTAK NI. TOLONGLAH JADI TENANG SAJA.
Read More

Dugaan.

4 comments


dah seminggu aku balik ke batu pahat ni. tapi, hati aku masih lagi meruntun nak pulang ke rumah. dah 1 tahun setengah aku menetap kat bumi batu pahat ni, tapi masih tak serasi lagi. apa memang sampai habis tahun aku duduk sini pun aku takkan serasi ke duduk sini?

orang kata banyakkan bersabar. itulah dugaan duduk di tempat orang. yela, dah tentu hometown sendiri lagi seronok kan? lagi-lagi dapat duduk dengan family sendiri. sekarang ni, aku duduk dengan kawan-kawan di rumah sewa. lagilah macam-macam pe'elnya.

baru lepas cuti mid-sem seminggu. sepatutnya minggu depan cuti lagi sebab deepavali dan awal muharram. tapi, cuti ditarik balik. katanya, pelepasan cuti untuk budak India sahaja. rasa tak adil pun ada, sebab cuti orang Melayu kebiasaannya semua orang akan cuti. hurm. nasib, kan.

kawtim dengan lecturer sendiri, Insya-Allah dapat cuti buat sendiri. uni taknak bagi cuti sudah. kalau dah namanya budak degil, aku tetap akan balik juga. tengoklah, esok petang ke. why must petang? semua tu adala sebabnya. orang sibuk konon.

huh, esok pagi ada latihan menembak senapang M16 sebenarnya. doakan aku yang terbaik. doakan juga aku dapat markah yang tinggi dalam pengumpulan mata menembak esok. bila sebut M16, aku teringat MI6. sebab baru je tengok SKYFALL.

BEST GILA SKYFALL. TAK RUGI GI TENGOK. LAGU ADELE - SKYFALL TU PUN BEST. CAM HORROR SIKIT.
Read More

Kesilapan.

2 comments

Assalamualaikum.

Kenapa ya manusia kerap kali mengulangi kesilapan yang sama? Walaupun dah kerap kali akan kesilapan itu, masih lagi diulangi lagi dan lagi dan lagi. Bila agaknya kita akan betul-betul sedar dan betul-betul insaf? Kesilapan yang sama membuatkan orang lain berasa muak. Ya, aku takut.

Sungguh, aku takut walaupun pada mulut aku pelbagai ayat pedas dan menyakitkan hati terkeluar. Namun, apabila difikirkan semula aku jadi semakin takut. Apa yang terjadi jika perkara yang aku sebut-sebutkan jadi kenyataan? Hmm. Kelak aku juga yang menyesal.

Jika orang yang aku sayangi pergi meninggalkan aku, apa yang akan terjadi kepada aku selepas itu? Apakah aku akan gembira?? TIDAK SAMA SEKALI. Aku tak ingin sesekali kehilangan mereka namun aku seringkali alpa dan terus melakukan kesilapan sama. Hmm.

YA ALLAH, KAU TERANGILAH HATIKU DENGAN CAHAYA KEIMANAN DAN KESABARAN.

Read More

Kepercayaan.

1 comment

Seseorang hidup di muka bumi ni mestilah berlandaskan tiap-tiap satu prinsip hidup kan. Begitu juga aku, dia dan kamu semua yang masih bernafas sehingga ke hari ini. Sudah semestinya pula dalam hidup kena ada sikap percaya. Percaya, iaitu mempercayai dan dipercayai.

Apa rasanya bila kepercayaan yang telah diamanahkan kepada kita dimusnahkan begitu sahaja? Mesti kita rasa kecewa. Setiap orang berhak berasa kecewa dan hampa sebab kita manusia, yang dianugerahkan oleh Allah perasaan yang pelbagai. Unik kan jadi manusia ni.

Bila sesebuah kepercayaan tu dah musnah, memang kita mungkin tahu akan ada peluang yang lain. Tapi, orang lain pasti akan ambil langkah berwaspada agar tidak terpedaya lagi. Rasa percaya tu masih ada, namun percayanya itu dah berkurang.

Namun, apabila sekali lagi kepercayaan tu dipatah-riukkan. Mulalah sakit hati makin bertambah. "Jangan harap aku nak percaya kat kau lagi." Akan ada ayat macam tu yang keluar dari mulut kita. Hati tengah meluap dengan amarah, mana boleh fikir baik dan buruk. Beristighfarlah.

Nak buat macam mana. Makin hari perangai manusia semakin teruk. Nak jumpa yang baik pun dah susah sangat. Namun itu tak bermakna, yang jahat itu tak berubah sampai mati. Boleh berubah, dengan niat dan usaha serta berkat doa mudahan kehidupan mendatang menjadi lebih baik.

Jangan sebab sekali dua kesilapan yang dilakukan, kita terus-terusan menyalahkan dia. Doakan agar hati dia ingin ke arah kebaikan dengan ikhlas. Ingat, setiap patah perkataan buruk yang kita ucapkan tu boleh jadi sebagai doa juga. Allah akan makbulkan, cuma cepat dan lambat je.

JADI, MINTALAH YANG BAIK-BAIK SAHAJA. KEPERCAYAAN YANG ORANG BAGI PADA KITA PULA, JAGALAH SEBAIKNYA. JANGAN DIKHIANATI AGAR HIDUP TIDAK DICACI ORANG.

INSYA-ALLAH.

Read More

Suka duka kehidupan.

1 comment


Assalamualaikum.

dah lama tak jengah ke blog ni. sampaikan nama blog pun dah bertukar dari domain sendiri ke domain blogspot semula. memang on the way nak bertukar semula ke domain sendiri itu, tapi memakan masa yang agak lama sikit.

well, dah expired kan. so, agak leceh nak menghidupkan semula. dengan aku yang takde experience nak renew benda yang dah expired ni. lainlah kalau kredit handphone expired, senang je pergi minta topup kat kedai hidupkan semula.

sepanjang ketiadaan aku di blog ni, pelbagai suka duka kehidupan aku dah lalui. tapi bak kata orang, itu baru sikit. belum teruk lagi. sebab, aku belum menghadapi keadaan yang sebenar-benarnya terdapat dalam dunia ni.

yang telah aku lalui, cuma sebahagian. sampai bila nak habis? selagi nyawa masih dikandung badan, selagi itu masalah tidak akan pernah selesai. kita sendiri yang kena pandai-pandai selesaikannya. bila dah menginjak dewasa ni baru rasa masalah kan?

itulah kancah kehidupan kita. aku menulis dari apa yang aku rasa memang senang. tapi, aku ni jenis yang sukar nak meluahkan perasaan aku sendiri bila berhadapan dengan orang. macam-macam yang aku perlu fikirkan.

WALAUPUN ORANG LAIN TAK PERNAH SIKIT PUN FIKIRKAN TENTANG AKU.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home