ORANGES

makanan dari rumah

22 comments


dah khamis rupanya harini .. sedar tak sedar lagi sebulan lebih je nak pegi dari rumah ni .. sobs sobs ..

makan kat rumah lagi best kan ? setuju ke tak ? bagi aku , makanan dari rumah lah yang paling baik .. lagi-lagi kalau mak sendiri yang masakkan untuk aku .. tapi , bila dah besar ni nampak gayanya memang kena masak sendiri lah kan ..

nak compare makan kat rumah dengan makan kat kedai .. makan kat kedai dah lah mahal kekadang tu , aku penah kena kot makan 2 orang je sampai rm17 .. grr , nasi sikit dengan lauk ikan asam pedas seketul kecik je !

khasiat yang kita dapat dari makanan kat rumah pun kita tahu .. aku rasa makan kat rumah lagi berkhasiat , kalau tak takkan aku boleh 'sihat' macam ni ? makanan luar , hah taktau .. kalau instant food tu mungkin lah tau sebab ada include nutritional value kan ..

kalau pegi makan kat luar , aku boleh guarantee ke makanan tu konfem bersih ? tak ! makanan tak bertutup , terbiar dihinggapi lalat .. pastu aku makan dan sakit perut .. kat rumah , kita yang sediakan .. dan dalam jumlah sedikit so dah tau tahap kebersihan tu ..


tapi , apa nak buat kan .. bukan sume orang boleh dan ada masa nak sediakan breakfast , brunch , lunch , tea time , dinner and supper kan .. nak taknak kena jugak le cari makanan segera yang dah tersedia ada kat kedai makan tu ..

aku pun sama je , cakap camni but still suka beli kat luar .. tapi , more to yang lebih lebih instant macam McD *itu lagi kebanggaan kau* .. alasannya , takde masa .. lagipun kalau study , keje , takkan nak pegi masak kat kantin tempat kita study dan keje tu ?

tak kisah lah nak makan kat luar ke kat dalam ke kat rumah ke .. yang penting kita sume hidup ni memerlukan makanan .. pandai pandai je nak control makan apa *aku memang tak control dah* .. jangan skip meal , sebab tu yang buat kita sakit ..




notakaki:
lagi sebulan lebih nak makan masakan mak , masakan nenek , masakan sendiri .. TT____TT
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

22 .16kg daun berguguran:

siti kektus said...

lagi suka makan kat rumah. nak tambah berjuta kali pon tak pe. ^^



lagi2 kalau mak yg masak. aish. tu yg 'sihat' kan? haha :p

Suhazli said...

jangan amalkan sgt Mc'D dan segala tu..haha

iPai said...

alala .. nanti jangan rindukan rumah sangat .. nanti susah plak nak belajarnya ..

takpe, manfaatkan sebulan ni baik2 k !!

Ezad Skytech said...

makan kat rumah lagi best..jimat pon jimat..hee~

Ezad Skytech said...

kalau da duduk jauh dari rumah tu...hari2 fikir nak makan apa..takkan nak makan luar je..hee~

sergeant keroro said...

suka bebenor mcd, haha XD

abglan said...

Ala.. minta pos je lah.. kuang kuang kuang... hu hu hu kesian dia wek wek wek :P

Bro ahmad said...

tea mintak ketupat tu..ingat dah raya dah hmm

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaaa . entahlah , kekadang lagu best beli makan luar sebab kat rumah takde benda apa pun nak makan . hahahaa :)

Tea said...

@siti kektus
haha tau takpe. tapi kalau tambah berjuta kali, nanti kena marah dengan mak. kuikuikui.

Tea said...

@Suhazli
kehkeh. praktikkan je boleh kan? ;p

Tea said...

@iPai
haha yup. nanti dah duk jauh sikit dari family mesti kurus sikit. yeay! haha.

Tea said...

@Ezad Skytech
tau takpe. kadang-kadang takyah kuar duit. ngee.

Tea said...

@Ezad Skytech
haha tu lah. bankrup ar nak makan kat luar slalu. >.<

Tea said...

@sergeant keroro
taktau le camne leh suka. haha. ;p

Tea said...

@abglan
mintak pos lagi mahal! haha. taknak. ;p

Tea said...

@Bro ahmad
eh bro ni. puasa pun belom lagi. haha.

Tea said...

@tia @ Ini Kisah Tia
lorh. ngeee.

*speechless*

Abang Stalker said...

abg x ske mkn kt luar.sebole2 nya nk masak.

klu x masak abg akn bertahan smpai perut ni lapar dan terpksa mkn luar. =='

Tea said...

@Abang Stalker
wahh ni memang sayang betol kat masakan kat rumah. huhu.

abglan said...

Jangan le pos ketupat... pos manusianya skali he he

Tea said...

@abglan
haaa. nak pos sape tuh? kakakaak.