ORANGES

Perihal mama.

3 comments


Assalamualaikum.

lama sungguh rasanya tak update blog ni. sampai dah berhabuk, bersawang. domain name pun sampai dah berubah. sangat-sangatlah tak ambil tahu, akhirnya lupa nak renew domain sendiri. haih, tak pasal-pasal kena menunggu nak dapatkan semula domain tu 22 hari lagi. sobs. sabar sajalah duhai hati.

ke mana saya menghilang?

saya tak hilang, cuba sibuk menguruskan hal diri sendiri dan keluarga. keluarga? ya, keluarga. buat pengetahuan semua, saya telah pun bernikah dan mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki pilihan hati yang memang telah lama saya kenal. banyak saya pernah selitkan tentangnya dalam blog ini.

sekalipun dah mendirikan rumah tangga, kenapa sampai tak ada masa update blog?

oh, hidup macam kelam-kabut sedikit. ya, sebelum ni hidup sendiri. tak, bukan hidup sendiri tapi dengan mak abah. hidup bawah tanggungan mak abah lain rasanya okay. dulu boleh nak manja-manja dengan mak abah, sekarang no-no. bermanja dengan suami sajalah. sekarang syurga bawah tapak kaki suami.

tetiba je guna panggilan saya?

nampak sopan dan ayu sikit walaupun tak, huhu, sejak-sejak dah bergelar mama ni kenalah tunjuk contoh yang baik kepada anak dan bakal anak, anak, anak, anak, anak yang akan datang. InsyaAllah. tapi, sikap saya yang cepat naik angin tu belum boleh untuk hilang sepenuhnya. cubalah.

cerita pasal anak, dulu semasa berdua. maksudnya, saya dan suami, sangat lain rasanya. mana-mana semua nak berkepit je dengan dia. tapi, bila dah ada anak dah kena kurang sikitlah. baby macam ada jeles sikit dengan papanya. huhu. lepas tu, sangat-sangat banyak benda nak kena rush. it's normal kan.

okay, stop sampai sini dulu update tentang perihal mama muda *muntah* buat masa ni. kalau terasa nak update lagi, InsyaAllah akan diluahkan lagi. nature's calling oi. T________T
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home