ORANGES

farewell guys II

Leave a Comment
antara makanan kami. marvellous.


muke cari gaduh. apehal?

opps. ade skandal ke? ;P

sesi makan telur mentah oleh athirah.

kami semua la nih. happy family di matriks.

Read More

farewell guys I

Leave a Comment
setelah berada setahun di matriks. (padahal 9 bulan je.)
semalam kitorang dah buat jamuan la yang boleh di consider sebagai dinner.
dengan bayaran rm12, agak berbaloi la makan.
siap leh tapau lagi.
and yang bestnye, aku makan NASI!
woahoo, permintaan dari nad and bella.
aku just turutkan je, alah semalam je.
arini and ari seterusnye jangan makan NASI lagi. ush2.

tema kitorang semalam hitam, gothic and black metal.
usul dari aku hitam.
gothic black metal tu, nad yang pandai2 tambah ae.
so semalam petang sebelum event bakar, memanggang start nad singgah bilik aku anta barang2nye.
then, kitorang turun sesame.
memula tengok je, pastu behem dah start memanggang, aku pun nak join same la.
seronok weh, tapi menahan la dengan panas, mate pedih kan.
alah, tak kisah la.
bile lagi nak dapat experience macam ni kan? seronok sangat tau.
rugi sangat2 sape yang tak join semalam.

memula aku memang pk la tak best.
tapi sebaliknye.
malam tu kitorang tunggu lecturer2 sampai then baru start majlis bace doa sume.
bagi lecturers makan dulu, then baru kitorang lak yang sambar.
peh, dah lapar gile kot dari siang tunggu. huhu.
ayam ade, sosej, kerang, puding karamel, tembikai, kek, aiskrim and other kecik2 things.
sedap2.
cume nak complain satu je, kerang tersangat kering. ish3.

sesi bergambar, duk harok2 memang sangat best.
lecturers balik, kitorang start game.
KOTAK BERACUN.
memula tak la cuak, then bile dah sorang2 yang kena, bapak la cuak.
aku takut gile kalau2 aku yang kena.
then ade kotak tu la yang dikire sebagai DARE.
if tak nak amik kertas dalam kotak tu, amik la TRUE.
peh, lagi parah bile dak2 ni tanye sume soklan maut.
tapi kertas2 dalam kotak tu lagi puaka kot.

aku punye bahagian, aku tulis 'SENDAWA DENGAN NADA YANG PALING KUAT'.
memang syud la yang dapat kan.
hehe, nasib kau sporting la syud.
tapi memandangkan tak kuat lak sendawa nye, dia dapat la TRUE.
soklan maut dak2 ni tak payah tau, sebab itu secret kami.
habis semalam je.
oh ye, sian kat athirah yang jadi mangse kotak beracun yang amat puaka ntuh.
kena telan telur mentah.
sanggup budak2 ni beli telur kat pak cik omar yang jual berger tu.
hoho.
nasib dia steady. wa caya la same lu.

luckily, aku tak kena.
memang sangat beruntung la kan.
event kami habis pukul 11 malam.
kami pun bersurai, dan pulang ke bilik masing2 dengan membawa tapau masing2.
memang aku sangat enjoy la ngan korang.
hope leh jumpa lagi kat mane2 after habis matriks ni k.
dan entri aku kali ni sangat la panjang.
oleh itu, gambar next session la ok? ;)
Read More

pameran sains II

Leave a Comment







gambar sahaja. teka mane aku, er maksud aku, kami punye.
Read More

jangan kau ucap selamat tinggal

Leave a Comment

Seindah sinar pagi
Ku pancarkan sinar ini
Semoga bersinar di hatimu

Selembut angin malam
Terhembus kasih untukmu
Hingga terbayang wajahmu
Percayalah sayangku
Hanya engkau ku cinta
Tak pernah aku berubah hati

Semakin hari (sayang)
Semakin hangatnya cinta
Sehingga membakar di kalbu

Jangan kau ucap selamat tinggal
Pada diriku yang setia
Tak sanggup aku untuk berpisah
Inginku hidup bersama
Cintaku hanya untukmu
Setiap hari kau ku rindu




P/S: sangat suke la kat lagu ni. IU my darling. . .
Read More

pameran sains

Leave a Comment
start dari ari khamis aritu, ade pameran sains.
means that kimia, fizik and biologi ade skali la.
and of course, my class terlibat. F1P5.
erm, mase khamis tu just amik tempat je, nak susun benda2 alah tu sume.
and mood aku lak tak bape nak baek kan.

ok, jumaat petang tu dah start la pameran.
dari pukul 3 sampai 6 petang. peh, takkan la nak extend lagi.
kena la g solat asar kan. ish3.
then, malam sambung lagi dari pukul 8 sampai 10.
yang tu, aku ngelat.
tak g pun. hehehehe. maaf.

sabtu, iaitu semalam aku g la kan.
aku yang 1st sampai lak tu, err maksud aku untuk group aku.
dah tercongok aku sesorang kat situ.
asik jalan2 masuk tandas snap gambar.
dah macam orang gile lak rase. huhu.
aku ingat tak ramai orang yang datang sebab sape yang nak g tengok pameran tu kena pakai baju koku.
tapi hebat la jugak, penuh seyh orang dalam dewan.
aku suke jalan2 g booth orang, tanye soklan pastu dapat goodies. kehkeh.

penyampaian hadiah, aku tumpang seronok la untuk kelas2 yang menang.
kelas aku, memang tak la kan.
dah simple gile, plain je.
tak macam kelas lain, sume gempak2 beb.
gah gile. diorang sangat kreatif buat macam2.
siap ade yang jalankan experiment tu.
yang kitorang gempak ape je? sebab panjang je la kot.
huhu.

heee, yang penting gambar aku upload next session la.
susah sangat nak bukak folder gambar dalam netbook ni.
almaklumla, otak kecik so lembab sikit la kan.
Read More

kecik pun ok dari takde

1 comment
ahad aritu, mase aku tengah dating2 pada petangnye. .
tetiba mak aku pun col. .
aku pun jawab le, oh rupenye mak aku kat terminal 1.
amik fon adik aku yang kena repair tu.
tak kisah la kan.

tetiba mak aku tanye, nak DOMO yang mane.
peh, kalau ikutkan hati mesti la nak yang besar2. hee. (demand.)
mak cakap yang kicik tu, yang kitorang tengok tu takde.
dah tu, mesti la aku cakap aku nak yang plush doll tu.
huhu. tapi permintaan tak ditunaikan la.
sebab kalau beli 1, dah tentu kena beli lagi 1 untuk adik aku.

so, aku request handphone pouch tu la.
tak pun, leh letak menatang laen dalam tu.
(letak awi leh tak, mummy? haha.)
tq la by the way.
baru dapat tengok gambar, dan sudah semestinya la comel comel dan comel.
baru dalam gambar, belum lagi yang real.
huhu, kalau dapat plush doll ea mesti lagi aku hepi.

bile nak dapat heh?




alahai, tak sabar nak hug aku la tu DOMO ni.


berkurun la pulak rase tak update blog.
kot update pun asik cite domo, domo, domo kan.
heeee.
Read More

DOMO lagi !

3 comments
tadi aku ngan family aku g terminal 1 .
lepas balik kenduri .

adik aku , messages yang masuk kat fon dia , corrupt .
aku lak ade hal , untuk si zura .
nak tanye pasal loket yang dia repair tu la .
so , kitorang split .
adik aku ngan abah aku ke kedai fon .
aku and mak g JJ SILVER tu .

sementare mencari kedai tu , sempat lak aku g topup lak kan .
eh , bukan untuk aku . adelah .
lepas tu , aku masuk watsons lak .
nak beli multi-purpose solution untuk contact lens aku .
dah kat kedai spec lagi mahal , pelik gak aku beb .
then , baru la aku jumpa kedai silver tu .
aku ingat kedai tu , kedai yang same mase aku ngan member aku alyn tu beli cincin sesame .
rupenye kat bawah sekali . ish ish ish .
dah tanye2 , takleh nak amik deposit semula , aku pun naik la ke atas semula .

cari adik ngan abah aku .
rupenye diorang g kat REST & GO tu lak kan . (if i'm not mistaken)
aku pun tengok dari jarak jauh 2 kedai jual doll , plushie , teddy .
tibe2 .
peh ! ! !
aku nampak DOMO !
terus aku meluru masuk sane .
huhu . comel . aa , comel .
aku nak . memang konfem harge dia rm69.90 .
besar sikit lagi , rm149.90 .
tak kisah la , aku nak gak .
aku ingat nak rembat je tadi oh . huhuhu . duit habis pun takpela kan .
mak aku kate janji nak belikan hujung bulan ni .
tapi bukanla yang besar , yang comel2 tu je .
rm15.90 .
pun jadi la .
janji aku dapat DOMO .

nanti nak beli beg dia lah ! aa , kawaii . . . .
Read More

cikgu praktikal saya

Leave a Comment
aku balik semalam sebab arini ade wedding cikgu praktikal aku dulu .
cikgu subjek awam aku dulu .
mule2 invite kat FB , aku pun cek2 la . then , waahh .
nak kawen da cikgu aku ni kan .
aku pun wish la tahniah , and aku cakap yang aku maybe akan datang .
tak sangke yang dia still ingat aku , siap full name kan .
alahai , lagipun name aku memang senang nak ingat . pendek je kot .

then , mak aku tengok . yang pompuan nye , macam kenal .
mak aku pun pk2 la . oh , kenal2 .
adik ipar kawan mak aku .
mak aku lak yang excited nak g .
pastu yang dapat kad kawen lak .
menyenangkan nak g umah diorang .

ala , tak jauh sangat . tapi jauh gak la nak sampai tu .
hahaha . kat pasir ambor .
lebih kurang 12.15 tengahari tadi sampai .
mam , mam dulu .
lauk quite satisfied la kan .
borak2 tunggu pengantin sampai .
agak2 dah nak sampai tu , aku pun get ready la .





ok , bagi aku cantik la .
sebab wane putih suci .
hoho . and aku sempat mencapub letak wish dalam guestbook .
btw , aku sempat kena swit2 ngan bebudak ngok ngek yang ade kat sini .
nak kate cantik , takde la pun .
gemok ade la aku ni , saje la tu kan nak menganjing aku .
haish , tak baik , tak baik .

pakaian aku just simple je , baju kurung moden wane putih kuning .
mak aku punye .
yang dah berumur 20 tahun , and sudah semestinye lebih tua dari aku .
pakai heels 2.5 inci aku tu .
eyeliner coklat sikit , so that's all la .
melaram lebih2 nak tunjuk kat sape je pun .
kang muke sendiri yang berat nak angkat , sebab tepek mekap banyak2 .
tak payah de .
nak tengok , ade kat FB aku upload .
daa ~
Read More

photographer

3 comments


dulu2 kala . . .
aku penah gak berangan nak jadi photographer yang berjaya .
tapi baik lupuskan je impian tu .
sebab aku tak rase pun yang aku pandai snap2 gambar .
macam orang lain .
boleh tau mane angle yang cantik , yang sesuai tu sume .
aku amik pakai tangkap muat je .
asal sedap mate aku memandang sudah .

and another reason yang membuatkan aku takleh jadi photographer .
aku suke snap gambar sendiri , syok sendiri la kan .
ala , ade aku kisah .
asal aku tak ganggu hidup orang sudah .
gambar aku je pun , privacy aku .
bukan aku suke2 ade snap gambar orang lain .
ish3 , memang sah takleh jadi photographer yang berjaya .
kang orang suruh amik gambar diorang , aku penuhkan memori / film ngan gambar aku ade la .
heheh .

tapi , aku suke la camera yang resolusi nye tinggi .
gambar cantik .
tak pecah2 .
fon pun at least ade focus , baru gambar nampak jelas kan .
camera nye lak , semestinye kena pixel yang besar juga .
hohoho .
bile la nak dapat DSLR .
eh , tapi tak gune gak kalau tak pandai gune .
nak watpe je kan .
ish3 .
Read More

DOMO

3 comments
aku sangat gile akan DOMO skang ni .
baru aku tau kewujudan mende alah ni .
aku penah tengok la rupe dia , tapi tak penah tau name dia kan .
and sebelum ni , aku ignore je buat tak tau .

tapi sejak semalam dan skang ni , aku suke gile kat DOMO .
comel kot .
dan baru gak aku tau , DOMO ni sebenarnye 1 character kat Japan .
huhu . siot ketinggalan kan aku .

aku nak sangat , nak sangat si DOMO ni .
kecik ke , besar ke tak kisah .
eh , eh . tapi nak yang plush doll la . tak mau keychain2 aa .
peh , demand la pulak . hhuu .
tak kire la kan , nak gak ade orang belikan .
kalau takde gak , nanti keje aku beli sendiri .
yang besar punye . rm899 ! ! ! !



DOMO . . . DOMO . . . DOMO . . .
anata wa kawaii ne . waaaaa ~
Read More

henfon

Leave a Comment
finally , henfon aku yang masuk wad CCU tu dah kua pun .
dah sihat .
punye lame aku tunggu dia tau .
lebih kurang nak masuk 3 bulan .
nasib tak kiok terus , mau meraung aku kan kan . hish .
tapi biase la , henfon dah kena repair bukak sane sini .
dah tak syiok la macam mule2 dulu . huuu .

dah la screen protector dah takde . haish .
nak beli , tapi kedai henfon lambat sangat lak bukak ahad aritu .
yang ade bukak pun , takde jual untuk henfon aku .
sangat sedih .
tak femes eyh dia ni ? hish .


depan nampak cantik lagi . tali tu , adik aku belanja . ;)


papehal pun , buruk camne pun la .
aku sayang sangat kat henfon ni .
mane tak sayang , sebab kamera dia yang 5mp tu la buat aku cinta dia .
bukan nak cakap yang lagi 1 tak ok .
tapi well , masing2 ade kelebihan kekurangan .
memang kalau ditakdirkan nak tuka henfon , tak tau la nak throw away yang mane .
hush hush hush .


tengok keadaan kat belakang , dah hodoh pun . ;(

semoga cepat la aku dapat screen protector baru dan cover henfon ni .
tak nak tambah rosak lagi .
habis duit banyak kat henfon takpe .
(eh , helo . buku pun tak kisah tau .)




P/S: tak sangke tinggal lagi sebulan je matriks .
Read More

pelik

1 comment
sabtu lepas aku balik umah .
walaupun penat baru habis program , tapi giat gak aku nak balik .
eh , eh . my mummy la yang suruh balik .
(padahal at sendiri memang meronta nak balik .)

sebelum ke seremban tu , singgah la jap KFC pilah .
sebab aku kebulur gile .
pagi makan roti yang dah penyek je .
aku pun makan le TOASTED POCKETFUL .
bukan la feveret aku pun , dan tak la aku suke pun . bwekk .
tapi dah name rezeki , makan je la .
dan tukang habiskan adik aku je la kan . heheheh .

sampai je kat umah , aim aku adalah kucing gemok aku tu .
mak aku kate nakal makin menjadi2 .
hish , dah tua pun tak sedar2 lagi . pelik betol la perangai .
kalau aku balik , perkara biase yang dia buat :

1. pusing2 kat kaki aku .
2. cium muka aku .
3. nak masuk dalam kain . (hish , tak sopan sungguh .)
4. dan cium la kaki aku . (busuk pun mau . ape daa .)

dah tu , aku biarkan je la dia nak merayap ke dapur ke ruang tamu ke .
and adik aku tengah sibuk2 kemas sikit kat luar rumah tu .
siap bawa baldi la .
then , adik aku dah settlekan tu sume .
letak jap baldi tu , dan2 kucing aku datang .
jenguk2 terus masuk dalam baldi .
aigoo , suke sangat dia ngan baldi la . elok je diam duduknye .



tengok la , statik je kan dalam baldi .
letak , angkat , letak , angkat baldi tu pun dia tetap masih setia dalam tu .
ish3 .
pssst . . .
sebab dia suke baldi ni pun kerana . . .

ade 1 baldi dalam bilik air ni , TEMPAT BUANG AIR KECIL dia .
that's why la .
oh ye , kucing aku ni memang well-trained .
buang air besar kecik sume dalam tandas .
mandi dah tentu la dalam bathroom kan . heeh .

Read More

masihkah kau ingat

2 comments
salam . .

semalam and jumaat .
aku busy .
busy sebab aku ade program yang aku kena join .
name program tu MASIHKAH KAU INGAT .
sebab aku masuk program ni , aku punye result exam baru2 ni teruk sangat .
so , aku tak kisah la kan .
aku tak la rase malu macam certain orang tu sebab terpilih untuk join program ni .


gambar tak clear .


sebenarnye , ape yang kita nak malukan .
sebab itu makne ade orang yang still care ngan kite .
ade orang amik peduli .
kaunselor sendiri cakap , yang result teruk , teruk , teruk tu .
tak nak datang pulak .
nampak sangat keegoan nye .
but not me , aku bangga .
ade orang nak motivate aku . program ni dijalankan ngan kerjasama MSU skali .
so , memang best la aktiviti kitorang lagi2 hari sabtu la .

kat situ , diorang ajar camne nak jadi positif , jangan dapat result down down down sampai tak bangun2 lagi .
memang aku actually down mule2 dapat result tu .
lastly , aku dapat gak handle .
sebab aku dah jumpe kaunselor , cite masalah aku pada dia .
puas hati aku kot . hehehehe .

program ni , sepatutnye ade 261 students join .
tapi yang nampak batang hidung , alahai . . . . .
ciput gile .
aku tak kisah , sebab tak la rase segan tak kenal orang .
tapi kesian kat kaunselor . sebab diorang beriya - iya kot , sampai panggil facilitator .
tengok2 bape kerat je yang ade .
penat kua duit untuk kitorang ni , tapi tak dihargai .



first day , aku pakai baju koko . macam dalam gambar kat atas tu la .
next day , aku pakai t-shirt sendiri wane biru . huhu . .
ape motif cite pasal baju pun tak tau .
tema untuk program ni , BERFIKIR SEJENAK LEBIH BAIK DARI BERAMAL SERIBU TAHUN . . . .
saje nak bagitau , sebab akhir program tu kaunselor ni tanye .
aku dengan rela hati gi depan , amik mikrofon tu bagitau .
wah , betol beb . punye la kembang segala .
and , kaunselor cakap nanti dia bagi aku air kotak 6 isnin ni .
woah , sape tak nak kot .
terima kasih , terima kasih . heee .

and those who are involved in this program , thanks a lot .
korang sume dah bersusah payah untuk kitorang sume .
demi memastikan yang kitorang akan berjaya .
and those yang tak datang tu , itu hak korang .
nanti siapkan la ye surat untuk mengadap KJPP ok . lalalala ~
Read More

makan ?

1 comment
2-3 menjak ni , aku kuat sangat makan .
ape hal ?
ish .
nak mengunyah je all the tyme .
nasib tyme malam tak makan ar .
tapi , aku tak makan nasi pun cam takde function da .
sebab aku makan lauk2 tu sume .

adehai , camne ni ?
aku tak nak tambah gemok lagi .
hmmm .
mummy , tolong saye . . . ! !
memang aku kena duk umah je la , baru aku kurang makan .

aku nak kurus jugak , tak kire ar .
aku rase2 aku banyak makan maybe sebab aku tension kot .
susah gak aku ni ek , tension2 suke makan .
patut pun badan macam tong drum . hussh .
tapi , aku bersyukur la aku still boleh berjalan , berlari ngan badan yang camni . ;)
Read More

tak sedar

Leave a Comment
sebenarnye , aku main update je blog .
tanpa aku sedar , yang skang ni dah masuk bulan baru ek .
tadi jenjalan kat blog sendiri , tengok kat hierarchy tu .
tengok march (1) .
oh , baru 1 rupenye .
tengok2 lagi , eh ? dah march ke ?
haiyaaa .
cepat gile la mase berlalu kan .
pejam celik , pejam celik .
nanti matriks pun habis .

exam aku pun dah dekat ni .
memang masing2 menyibukkan diri je .
bukan sengaja , tapi memang perlu .
tyme ni la kot kite kena jadi selfish .
huhu . lecturer cakap , usah peduli ape orang nak kate .
hm , betol la tu .
aku ni , nak kena push betol2 untuk study tu .
kalau tak , nanti final merana diri . hish .
tak lame lagi pun nak kena bertahan duduk dalam kolej ni .
bulan 4 penghujung , dah ade kat rumah pun .

tu la yang aku nanti2kan . ;)
Read More

tragik

Leave a Comment
salam .
aku skang macam pelarian je .

kenapa ?
sebab aku asik pindah randah la .

ke mane ?
ke bilik classmate aku , Akma .

aku problem ngan sesape ke ?
takde la pun .
saje ambik angin segar .
yela , bilik aku kipas tak berfungsi .
so , otomatik aku rase cam nak 'kiok' dalam bilik aku . huhu .

setelah beberapa hari aku jadi pelarian ni .
maka tamatlah .
sebab , kipas itu dah ok .
siap ganti baru tau .
ala , tu pun sebab roommate aku yang Chinese tu , Tham .
suh bapak dia buat report .
tu yang cepat .
aku ni jenis tak kisah , memang suke merayap ke bilik orang lain . huhuk .
lepas ni , aku kena duk diam2 la kat bilik sendiri ek .
ala , sedihnye .
rase macam dah suke lak duk kat bilik Akma ni .

T_________T

tapi , tapi , tapi .
ape kate dah nak akhir2 ni .
jahanamkan harta benda yang lain kat dalam bilik aku tu .
haha .
(ceh , tak baik ok pedajal orang .)
agenda jahat je pun , takkan terlaksana punye .
don't worry . huhuhu .




P/S: selsema . jangkit Nad la ni . huwaa .
Read More

terabai , serabai

1 comment
boleh klik untuk besar lagi .


setelah beberapa hari kebelakangan ni , aku kan asik meroyan je .
sebabkan itu , aku nye blog pun aku biar terabai je .
tak feel langsung nak menaip kot .
kalau tak , ari2 la aku energetic nak update ngan entry2 baru . huhu .
tengok je la aku nye analytics tu , bape orang je yang visit in that week .
sehari tak lebih 15 pun kot .

waktu aku tengah serabut2 , memang aku tak leh nak pikir pape pun .
susah la nak separate emosi aku ni ngan benda belajar .
aku ni , problem aku bukannye ngan pakwe aku ke ape .
masalahnye ngan keadaan sekeliling .
semakin hari , ade je benda yang makin buat aku menyampah nak terus duduk kat kolej ni kan .
hish hish hish .

nasib tak lame lagi da pun , so doa2 la cepat2 tamat program ni .
aku nak jejak keluar , tak nak enter kolej ni dah .
and hope sangat yang aku leh success , masuk U yang aku nak .
insyaallah . hmm .
Read More

experiment

Leave a Comment
isnin .
ade experiment kimia .
aku buat jotter punye la awal , skali dapat hand out baru la kan .
dah kena adjust semula . nasib tak banyak kot yang tukar .
just for test A and E .

so , kitorang sume kena handle 5 test .

A) Brady's test
B) Fehling's test
C) Tollen's test
D) Schiff's test
E) Iodoform test

banyak kan ? huhu .
aku group 2 orang , ngan zaq .
degil camtu la , lecturer suruh bertiga tapi nak gak berdua je .
aku pun amik la part A , B and D .
E , aku ngan zaq buat sesame . yang C dia buat .
tapi , aku tak dapat tengok result dia . hampeh kau ye , zaq .
cepat sangat buang . (tapi , memang kena buang cepat pun . nanti melekat . silver mirror formed . huhu .)

seronok gak la experiment arini .
dapat kurangkan sikit rase tak sedap hati aku ni .
lagipun , experiment ni banyak kaler2 , suke mate memandang .
siap snap2 gambar , dah cantik kan . hee .
sampai lecturer pun cakap , cukup2 la tu bergambar .


biru ade , pinkish purple ade . kuning pun ade . (tapi tak masuk dalam ni)


suke , suke , suke .
camni memang bersemangat la kan aku nak buat experiment selalu .
tapi memang tak dinafikan la , aku lebih suke buat experiment kimia than experiment fizik .
tapi tapi tapi , masuk kelas kimia tutor aku tak suke . what-so-ever la kan . :P
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home