ORANGES

Putus cinta .. Selesaikanlah cara baik ..

8 comments


masa bercinta semuanya nampak indah kan ? semua baik-baik belaka , itulah jodoh kita itulah pilihan menantu ibu bapa kita (baca : konon) .. bila dah berbulan-bulan bercinta ? fuhhh , jadi hantu terus .. ok , bukan semua ..

kalau masa kita propose pada si dia untuk jadikan teman wanita atau teman lelaki tu boleh cara baik , kenapa bila nak putuskan tak boleh buat benda yang sama ? kenapa jadi sebaliknya ya ? itu aku memang tak faham ..

aku boleh tengok member aku sendirilah , kan .. memang semua nampak elok saja sebelum ni , tapi sekarang ni dah memang retak menanti belah agaknya .. siap segala maki hamun keluar dari mulut kekasih dia tu ..



segala masalah patutnya boleh selesaikan dengan bersemuka , berbincang secara elok .. ada pula yang jenis nak lepas tanggungjawab mendiamkan diri saja .. itu lagi 1 hal lah kan .. pun boleh pasangan dia huru-hara ..

ada pula tu , nak putuskan hubungan terus saja lari lintang-pukang macam tu .. bila dicari tak jumpa-jumpa .. pelik betul lah .. kalau ya pun ada masalah lain pun , silalah terus-terang saja .. takkan tak boleh buat kan ?

sebenarnya , dari gaya itu sendiri korang dah boleh lupakan kekasih korang tu .. sebelum ada ikatan sah dah berperangai sebegitu , bayangkan pula selepas kahwin nanti ? tak lagi merana hidup ? ok , bukan semua ..

cuma , korang sendiri ketahuilah .. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , dan begitu jugalah sebaliknya .. benda yang berlaku ada hikmahnya .. cuba sedaya-upaya terima dengan hati yang terbuka .. REDHA ..



notakaki:
bila kawan masalah , aku pun mesti sama ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 .16kg daun berguguran:

siti kektus said...

kalau putus dengan cara maki hamun, tu mesti salah sorang ada wat hal yang buatkan sorang lagi naik berang. kot lah. hehehe :p

siti kektus said...

tapi kan, putus cinta perit tau. kalau tak pandai kawal, mmg la, :p

Tea Dno said...

@siti kektus
memang ye lah tu pun.. tak pun, yang maki hamun tu sendiri yang buat hal kan.. taknak ngaku.. wakaka..

Tea Dno said...

@siti kektus
memang perit.. takde yang bestnya.. huhu..

deeyamorten said...

aish... semalam baru cerita pasal breakup dgn encik fahrin. hahaha.. cerita je. tak breakup pun insya ALLAH.

nice entry tea :)

kaizen said...

senang cter trus kawen jer... hehehe

Tea Dno said...

@deeyamorten
ooo.. aku dengar korang berbual kot.. haha.. erm, Insyaallah.. semoga berkekalan ye..

terima kasih..

Tea Dno said...

@kaizen
untung kalau boleh terus kahwin.. :)