ORANGES

Matikan setem hasil .. Perlu ke kelam kabut ?

27 comments


ramai benar yang kalut .. kebanyakan budak-budak ni (batch aku) sedang huru-hara kat macam-macam tempat .. blog lah , FB lah , paling common mesej kawan-kawan lain .. aku tau korang nak sambung belajar ..

kebiasaannya , dalam dokumen perjanjian akan ada syarat-syarat yang disediakan .. di penjuru atas kanan tempat diletakkan setem hasil , yang lain kita kena isikan dan akhir sekali tandatangan kita dan saksi ..

lekatkan setem hasil di atas penjuru kanan dokumen tidak bermakna setem hasil itu telah dimatikan ya kalian .. masih menari-nari lah dalam dokumen korang tu .. baik tangkap cepat-cepat .. (otak sinting)

jadi , persoalan korang yang macam ni banyak mempengaruhi emosi aku lantas mengingatkan aku pada entry aku dalam blog ni yang bertajuk spoon-feed .. korang dah besar panjang lah .. boleh ikhtiar sendiri patutnya ..

botak kepala nak RM10 je selalu .. sumber: masam_manis

kepada yang bertanyakan aku macam mana nak matikan setem hasil:

pejabat pos bukan tempatnya , pejabat pos anda boleh dapatkan setem hasil okay ..
aku sendiri dah pergi tanya kat kaunter pejabat pos , samada boleh matikan setem hasil di situ .. dan aku mendapat feedback yang sangat baik , iaitu "cik boleh matikan setem hasil di Pejabat Imigresen .."

pernah dengar LHDN iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri tak ??
dah tentu namanya tertera HASIL , jadi setem hasil boleh dimatikan di sini .. setiap negeri pasti ada LHDN ni , pandai-pandai mencari .. jangan nak bohong aku dengan kata , "TAKDE .." nak kena sekeh ?

semua tu anda tak mahu ? ini solusi yang terakhir aku boleh bagi kat anda semua ..
disebabkan aku bakal pelajar UTHM , jadi aku menelefon Pejabat Pengurusan Akademik UTHM .. takkan pula nak telefon UM punya ? setem hasil boleh dimatikan semasa hari mendaftar .. cuma bawa setem itu ..

memang kebiasaannya setem hasil boleh dimatikan di kolej/universiti mahupun tempat belajar masing-masing .. apa yang kelam-kabut sangat ? pengalaman dulu masa di kolej , setem hasil tu mereka juga yang matikan ..

jadi tak perlu risau nak ke Pejabat Imigresen ke , LHDN ke bagi korang dan ibu bapa korang yang bekerjaya (baca : sibuk) .. sebab segalanya disediakan di tempat anda akan melanjutkan pelajaran itu ..

terluahnya entry matikan setem hasil ni mengurangkan sakit kepala aku .. iyalah , selagi aku tak jawab nanti banyak sangat soalannya sampai buat aku tak nak balas mesej siapa-siapa dah .. huhuhu ..



notakaki:
kalau tak menolong , aku serba salah ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

27 .16kg daun berguguran:

eintan nurfuzie said...

pejabat tanah pun ada matikan setem hasil ini...heehhe...sebab cik en pernah mematikan setem ni

Tea Dno said...

@eintan nurfuzie
tu lah.. banyak tempat lagi sebenarnya.. pejabat daerah pun boleh.. pastu wisma negeri/persekutuan pun boleh.. haishh..

thanks btw..

Luqeem™ said...

klu matikan setem hasil apa jadi?

Niena Pengembara Ilahi said...

klo post surat pkai setem ni leh x? smpai x kad raya agak2nye?

Freaky said...

dulu hairan jugak sbb x pernah dengar pasal setem hasil. lepas tgk baru tau =_=

H.J said...

setem ni satu..sibuk nak kena matikan

Tea Dno said...

@Luqeem™
huhu.. segala janji (baca:maklumat) kita dalam dokumen tu kena benar lah.. kalau ada yang bohong, boleh kena tindakan mahkamah.. sebab dah ada setem hasil yang dimatikan.. ayokk..

Tea Dno said...

@Niena Pengembara Ilahi
err
entahh.. dah la mahal.. hoho.. takmo lah guna untuk hantar kad raya..

Tea Dno said...

@Freaky
tau pun beberapa taun yang lepas.. kerap sangat dengar. huhu..

Tea Dno said...

@H.J
tu lah pasal.. yang lain nak hidup, dia nak mati.. ==.

abglan said...

Member-member nak bermanja le tuh

alif haris said...

hehe chill jew :)
tok sah kelam kabut

NasZ said...

saya matikan sendiri je. dulu saya but garisan atas setem tu dan dah kira dimatikan. masa tu saya nak daftar adik saya masuk IKM.

MOHD NASER.com

Tea Dno said...

@abglan
haishhhh.. manja lah sangat kann..

Tea Dno said...

@alif haris
tau takpe.. rileks je dah laaa..

Tea Dno said...

@NasZ
haah.. itu lagi 1 cara.. tapi tea tak includekan.. sebab nanti kan.. ada je yang tak puas hati.. aisehh..

ummiSZ said...

bila kelam kabut sgt mmg mcm la jd nya XD

Tea Dno said...

@ummiSZ
huhu.. tak perlu lah kelam kabut.. banyak lagi masa sebenarnya..

EYFAalias said...

eyfa selalu bab2 ni eyfa suruh abah eyfa je.

Tea Dno said...

@EYFAalias
haahh itu lah yang sebaiknya.. ini tak, nak huru hara kat orang lain.. macam lah tea ni tau sangat.. haishh..

siti kektus said...

ingat lagi masa first time nak matikan stem hasil ni, punya ah kalut tak tau nak matikan kat mana.

festime lah katakan.

last2, p pejabat tanah je. ;)

siti kektus said...

sekarang kalau orang tanya nak matikan hasil kat mana, kite dah boleh jawab sambil angkat kening je. :p

Tea Dno said...

@siti kektus
hohoho.. ok la tu.. memang kat situ boleh pun.. tea nak matikan masa mendaftar nanti je.. malas nak pegi mana2.. kehkehkeh..

Tea Dno said...

@siti kektus
amboii.. kerek seyh.. hahaha..

anis binti azami said...

hai tea..anis un salah seorng yg sgt kelam kabut sebb masalh setem nie..yelah dri tempt anis nak pi pejabat tanah.,.anid tye bf anis die ckp..amik pembaris lepas uww gariskan je..betul ke amc tu??..kawan anis ade jugak ckp nati kat sane depa yg buatkan .tetapi anis baru je tepon pihak U nais..UMP...yg perlu ke kite mematikan setem nie??..kat sana tak de ke??..die ckp wajib..haiiii..pening da..anis..:(

Tea Dno said...

@anis binti azami
hai anis.. erm.. boleh juga guna pembaris dengan pen hitam jenis tebal pastu buat 2 garis 45 darjah beserta tarikh di tengah.. tapi cara tu leceh, tak boleh salah pun.. memang kena perfect habis laa.. anis col UMP tu, itu betullah memang setem tu wajib dimatikan.. tapi, ada tanya setem hasil tu boleh matikan kat UMP ke tak? jangan pening2.. rileks.. :)

PACZIBRA said...

kalu matikan setem, polis tak tangkap kite ke? sbb kite dah bunuh setem...