ORANGES

Hilangnya mesra , lunturnya keikhlasan ..

24 comments


aku dah selesai buat pemeriksaan perubatan .. ya , memang kena bayar .. dalam dunia ni dah kurang benda yang kita boleh dapat dengan percuma .. nak masuk tandas awam sekalipun dah kena cas 20 sen ataupun 30 sen ..

mungkin kali ni kesabaran aku lebih tinggi dari sebelum ni (mungkin juga sebab nak periksa tekanan darah) .. jadi , lambat macam mana pun masih boleh bersabar .. mulut pot pet pot pet sikit itu biasalah , ragam perempuan ..


ada beberapa sektor lah yang memang mengalami kelembapan yang luar biasa .. orang lain menunggu panjang-panjang .. tapi tidak dipanggil-panggil .. ermm .. tak kiralah di klinik , di bank atau di mana-mana saja ..

kalau nak Malaysia tercinta ni terus maju (semangat merdeka) , semua kerja perlu berjalan dengan pantas .. bukannya mula beroperasi seawal pukul 8 pagi tapi mulakan sesi lewat sejam , bermakna lingkungan 9 pagi ..

kerja lambat , lepas tu muka tak mesra pelanggan .. hish , orang awam yang datang pun rimas saja tengok muka anda yang sedang kerja ni .. tak boleh lah begitu cik akak , encik abang sekalian .. muka kasi manis ..

bonus dapat setiap tahun , gaji mesti naik tak pernahnya turun .. jadi , kerja pun wajiblah ikhlas .. bukan anda seorang saja yang ada kerja yang perlu dilakukan .. kita semua manusia , tak akan lepas dari tanggungjawab bukan ?

aku tak nak mengutuk lebih , sebab keluarga aku sendiri datangnya dari sektor itu juga .. tapi , inilah sebahagian rintihan orang awam terhadap servis dan layanan yang telah anda (baca : pekerja) berikan ..



notakaki:
rasa macam cukup agaknya buat entri sekali sehari ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

24 .16kg daun berguguran:

Bro ahmad said...

itu takpe..ada siap tengking2 maki pun ada..tak berkat gaji cam tuhh,

SoLy SoLicious said...

ramai yg ckap kalo sektor swasta lagi best la..layan mersra la...kalau prgi pjbt awam, x mesra la...mcm2.... tpulang la pd msing2...

senyumSOYA said...

heheheh...tu la manusia..banyak ragam..
ceria but kadang2 yang x elok tu kena la perbaiki kan? ^^"

deeyamorten said...

huhu... pekerja kerajaan memang majoriti agak kurang friendly. maaf cakap. harap harap nanti aku jadi nurse yg friendly. :)

Niena Pengembara Ilahi said...

kalo nk wat pape pn kna ikhlas.. xkisah lah keja sektor mana skalipun.. jgn bnyak merungut sbb kte yg pilih keja tu

RepublicAku said...

kalau di lihat siapa mereka... mereka pasti sebangsa kita oleh itu kenapa dan mengapa pasti sudah diketahui jawapannya....

siti kektus said...

alasan tok orang pompuan : tengah datang bulan kot sebab tu tak senyum. ;)

siti kektus said...

alasan tok orang alki : gaduh ngan gepren. tak pon isteri. hehehe :p

sergeant keroro said...

standard la tu. muka nak ketat jek :P

alif haris said...

hehe lepas gadoh ngn bini kot ..tu yg masam je tu :P

eh tea .. kad raya ade lagi .. bg alamat ye

http://alifharis.blogspot.com/p/hubungi-daku.html

iPai said...

rasa macam mana2 tempat pon sama juga laa tea ..

tensen juga kadang2 .. dan diorg plak tanak improve, sebab memang orang akan datang kat diorg juga ..

Tea Dno said...

@Bro ahmad
dia maki tea, bermakna dia nak kena maki semula lah.. wakakaka..

Tea Dno said...

@SoLy SoLicious
tak semestinya.. manusia ni kadang2.. kerajaan ke swasta ke sama juga.. tea tak mention mana2..

Tea Dno said...

@senyumSOYA
kenalah perbaiki untuk rakyat negara sendiri juga.. kalau tak ikhlas kerja, baiklah pass je kat orang lain..

Tea Dno said...

@deeyamorten
bukan kerajaan saja.. sebab tu aku tak mention mana 1 sektor.. hopefully lah.. :) wish u good luck..

Tea Dno said...

@Niena Pengembara Ilahi
betul.. dah kita yang mahukan kerja tu, kerja sajalah dengan ikhlas.. kalau tak, apa guna pohon ruang kerja tersebut kan?

Tea Dno said...

@RepublicAku
sudah tentu sebangsa kita.. kadang2 ada lagi 1 bangsa.. yang perangainya lebih kurang dengan kita.. nak layan kroni memasing je..

Tea Dno said...

@siti kektus
ada je.. kalau tea tengking diorang, tea nak cakap gitu juga. hahaha..

Tea Dno said...

@siti kektus
bini taknak layan.. takpun, nak kata bulan mengambang pun boleh.. tumpang bini dia.. hahaha.. ==,

Tea Dno said...

@sergeant keroro
patut tua je memasing muka.. opss.. ==,

Tea Dno said...

@alif haris
pakat dengan siti k eh nak cakap lepas gaduh dengan bini? hahaha..

Tea Dno said...

@iPai
haah.. memang pun la.. tak leh nak cakap 1 sektor je..

diorang memang taknak improve.. tapi duit nak berkepuk-kepuk masuk ke poket.. hurmm..

abglan said...

Buat biasa je, baru macam tak rasa masa berlalu...

Tea Dno said...

@abglan
kalau tidur lagi best.. waakkakakaka..