ORANGES

Jadi apa-apa pun sama je susah senangnya ..

38 comments


selalu je aku dengar complain dari pihak perempuan , "jadi perempuan ni susah weh .. lelaki apa tau ? dia tak rasa apa yang kita rasa pun .. macam takde perasaan je .."

kalau aku borak dengan member lelaki pulak , "ingat jadi lelaki ni senang-senang je ke ? kau perempuan , kau apa tau ? boleh ke buat kerja macam kami buat ?"

hmmm ..


pasal benda ni pun sebenarnya dari isu kecik boleh jadi merebak ke isu yang lebih besar .. erti kata lain , masing-masing nak menang , taknak mengalah langsung .. kalau aku pun taknak mengalah ..

kalau aku nak defend perempuan , memang unfair lah kan .. dan apehal pulak aku nak defend defend walaupun kami sejenis ? tapi bukan juga aku defend lelaki .. hahaaaa ~

sebenarnya , jadi lelaki ke perempuan .. masing-masing ada cabaran hidup .. takde yang lebih dan takde yang kurang .. dah yang heboh nak pegi gaduh-gaduh tu awatnya ? buat bingit je ..

kelebihan perempuan:
-boleh menguruskan kerja rumah (itu pun kalau rajin laa)
-boleh melahirkan anak
-boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa
-jaga anak , dan jaga makan pakai suami .. takde hal kan ?
-emosi
-ada apa yang lelaki takde .. hahaaa ~

kelebihan lelaki:
-boleh buat anak
-kerja berat ? kasi je kat lelaki .. mereka gigih
-boleh uruskan kerja rumah jugak
-mencari nafkah untuk sara kehidupan keluarga
-ego
-ada apa yang perempuan takde .. huhuuu ~

dah tu , masing-masing ada kelebihan .. kekurangan itu sendiri punya pasal lah .. seperti yang pernah aku mentioned dalam entry yang lepas lepas lepas lepas .. perempuan dan lelaki ni saling melengkapi ..

sebab tu lah Allah jadikan kaum Hawa ni dari tulang rusuk kiri kaum Adam .. tulang rusuk sememangnya bengkok .. dan bila nak luruskannya , jangan lah sampai patah .. *macam lari topik je*

okeh , selamat berpuasa dan menunggu berbuka puasa ..



notakaki:
harini takde tampal nota kat kaki .. ngeng ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

38 .16kg daun berguguran:

Bro ahmad said...

masing2 ada kelebihan dan memerlukan antara satu sama lain kan2 tea hmm

sergeant keroro said...

betul, masing-masing ada kelebihan.

p/s : kelebihan alien ape? ;p

NasZ said...

betul tu. setiap ada kelebihan dan kelemahan. tak perlu nak gaduh2..

MOHD NASER.com

Bitter said...

agree 100%! selamat berbuka :)

Wanz Mejuez said...

coooppp lelaki tk boleh buat ank.. lelaki boleh ksi ank je.. hihihi

EYFAalias said...

Masing-masing ada kelebihan and ada kekurangan. Tak elok mengeluh.

EYFAalias said...

Sebab tu Tuhan jadikan manusia berpasangan. Saling melengkapi :)

EYFAalias said...

lari topik sikit xpe. ehee

GaRy™ said...

boleh buat anak??? hahahahahaha!!! XD

izfanora said...

betul3..

sbb tue abg stalker syg kita lbh.. :P

putera/Sumiteru Terada said...

sokong2....hehehehe

roq said...

kelebihan lelaki.....ego?

hahahaha....

singgah2 la sini balik ye :)

iPai said...

lelaki dan wanita ni saling melengkapi ..

sebab tuh dicipta berbeza2 ..

Luqeem™ said...

si ppuan mnjdi tulang belakang kepda si lelaki..wlau macam mana pun masalah yg laki hadapi, ppuan sntiasa ada disisi..:)

siti kektus said...

kalau di fikir kan dari segi tgjwb, kite rasa, lelaki lagi berat sebenarnya.

dia lah ketua keluarga, dia lah ketua yg cari nafkah. dia lah segalanya. ;)

siti kektus said...

pompuan pon tak lupa jugak. menjadi pelengkap hidup. cewaahh~

konklusinya : dua2 sama2 perlu. ^^

Tea Dno said...

@Bro ahmad
yup betul tuh bro. :)

Tea Dno said...

@sergeant keroro
kelebihan alien serang blog orang. huahua.

Tea Dno said...

@NasZ
gaduh2 ape pun tak dapat kann.

Tea Dno said...

@Bitter
ye selamat berbuka. :)

Tea Dno said...

@Wanz Mejuez
eh boleh buat lah. perempuan tolong proses. lalalala.

Tea Dno said...

@EYFAalias
betul2. bila dah ada penafian, tu yang nak bertukar tuh. err? haha.

Tea Dno said...

@EYFAalias
yup. saling melengkapi tapi skang susah nak cari yang ngam ngan kita. huhu.

Tea Dno said...

@EYFAalias
lainkali boleh buat lagi lah ye. hihi.

Tea Dno said...

@GaRy™
err. awat yang tu je nampak? hahaa~

Tea Dno said...

@izfanora
betul setuju setuju. ehhehe.

Tea Dno said...

@putera/Sumiteru Terada
bagus2. :D

Tea Dno said...

@roq
kelebihan lah tu. perempuan emosi. huahua.

Tea Dno said...

@iPai
yup nanti sama bosan je pulak kannn.

Tea Dno said...

@Luqeem™
ye itu lah yang kita harapkan..

Tea Dno said...

@siti kektus
yup. memang pun. sebab tu lah lelaki yang kena jadi khalifah., perempuan tak segagah lelaki. perempuan hanyalah tulang rusuk. pendamping. :)

Tea Dno said...

@siti kektus
ye. memang lelaki perempuan memang perlu. bukan perempuan jadian ataupun lelaki jadian. huhuh.

iPai said...

betul tuh tea .. setuju2 ..

alif haris said...

boleh buat anak ?? hahahahah

Tea Dno said...

@iPai
setuju membawa kata sepakat. haha.

Tea Dno said...

@alif haris
lorh awatnya gelak dan pelik gitu? ==,

Syuxer said...

laki dan perempuan dicipta untuk saling melengkapi..:)

Tea Dno said...

@Syuxer
takde lelaki takde lah perempuan kan..