ORANGES

Gantikan malang sebagai kurang bernasib baik ..

8 comments


dalam hidup ni , tiada istilah malang sepatutnya digunakan ..

kita dijadikan sebagai manusia gunanya untuk menggunakan kehidupan yang diberikan dengan sebaik mungkin .. jadi , kenapa jika gagal dalam sesuatu perkara kita sudah menggelarkan diri kita sebagai malang ?

apabila keputusan peperiksaan merosot dengan dahsyatnya , kita isytihar kepada semua orang bahawa diri kita malang .. itu bukan malang , itu sebagai salah satu langkah untuk kita memotivasikan diri untuk terus berjaya ..


orang yang dah berjaya juga pernah merasai apa itu ertinya kegagalan .. mereka berjaya kerana usaha dalam diri sendiri yang cukup kuat serta kukuh , dan tak pernah ada sekelumit rasa untuk putus asa selama-lamanya ..

apabila ada saja acara yang dipertandingkan untuk merebut hadiah lumayan , ada sesetengah antara kita yang akan mengeluh dahulu dan mengatakan tiada peluang untuk bersaing kerana bernasib malang ..

sebenarnya kita apa yang kita fikirkan .. jika terus bersikap negatif , keputusan yang mendatang semuanya akan berunsurkan negatif .. cubalah tanamkan sikap positif dalam diri , tak kira apa jua yang datang kepada kita ..


kata-kata orang lain sedikit sebanyak mempengaruhi kita juga .. yang baik akan mendorong kita supaya kita lebih kuat .. namun yang kurang baik akan cuba bawa kita ke arah kegagalan justeru tercetusnya malang itu ..

jadi , berkatalah yang baik-baik saja .. anda jangan sampai mahu menjatuhkan semangat orang lain .. nak mengata yang bukan-bukan terhadap orang lain , cubalah tengok diri sendiri tu dah cukup berjaya atau tidak ..

aku pun pernah juga mengatakan diri sendiri malang kerana kadangkala ada perkara yang tidak bernasib baik .. namun , cukuplah dengan kita mengenangkan saat-saat manis apabila kita merangkul sesuatu kejayaan ..


bukankah itu lebih baik ?

lebih wajar apabila perkataan malang ditukar sebagai kurang bernasib baik ..



notakaki:
boleh hantar kad raya lagi tak sekarang ni ?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 .16kg daun berguguran:

K said...

betul, kurang bernasib baik lebih lembut bunyinya :)

,maksudnya sama jek.

p/s : pos dah cuti tea :P

deeyamorten said...

aku baca sikit je baru. malam ni aku sambung baca lagi ek? huhu

Zahirah said...

berusahalah sedaya upaya untuk mencapai kejayaan :)

p/s: boleh, tapi encik posmen akan bekerja lepas raya. 5hb agaknya~ haha :D ada kad raya untuk saya ke? hoho

Alif Haris said...

apa yg kita ucapkan apa yg kita fikrkan adalah satu doa..jadi always think positive :)

ct kektus said...

kurang bernasib baik, atau lebih comel sikit bukan rezeki kite. ;)

ct kektus said...

mungkin perkataan malang boleh di hapuskan supaya semua tak menyalahkan malang semata-mata. hihihi ;)

tia @ Ini Kisah Tia said...

yep .. kadang2 Tia memang kurang bernasib baik ..

Unknown said...

gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya kan tea....:)