ORANGES

Haiwan pun berhak hidup ..

20 comments


haiwan pun makhluk yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini .. bukan kita saja makhluk Allah yang mendiami bumi yang luas ni , tapi kita ni ditugaskan oleh Allah untuk berbuat baik sementara hayat masih ada ..

beruntunglah bagi mereka yang sukakan haiwan .. tapi , untuk sesiapa yang bencikan haiwan ruginya anda .. hurmm .. aku tak maksudkan untuk mereka yang gelikan dengan haiwan .. itu rasanya kes lain sikitlah ..

takkan haiwan macam ni nak diseksa kan kan ?

dalam banyak-banyak orang yang suka haiwan , masih terdapat aku tengok orang yang suka dera haiwan .. sepak terajang haiwan secomel-comel itu , bila mati dia macam dapat satu kepuasan dalam diri .. hai manusia ni ..

#1 buat baik dengan haiwan boleh tambah rezeki kita
selain punyai anak sebagai penambahbaik rezeki sehari-hari kita , dengan bela haiwan seperti kucing jadikan kita dilimpahi rezeki .. haiwan pun beribadat kepada Allah .. bagi makan , haiwan ini mungkin mendoakan untuk kita ..

#2 memupuk sikap penyayang dalam diri individu
kita boleh belajar menyayangi makhluk yang bernyawa selain manusia .. dan penyayang terhadap haiwan bagus bukan .. boleh kurangkan timbulnya isu penderaan haiwan .. jadilah manusia yang hidup bertamadun ..

#3 hilang stress dalam kehidupan sehari-hari
mungkin bebanan tempat kerja buatkan kita rasa serabut .. bila ada peneman (baca : haiwan peliharaan) ni , boleh juga kita belai-belai .. boleh juga luahkan kalau tiada siapa sudi mendengar .. haiwan juga faham apa kita bicarakan ..

#4 Rasulullah juga sayangkan kucing
jadi , tak salah jika kita buat perkara baik seperti Rasulullah buat bukan ? menyayangi haiwan bukanlah sesuatu yang jahat , malah lebih digalakkan lagi .. jangan salah sayang , peluk haiwan pula (baca : vavi) ..

buat apalah nak dera haiwan ? nanti akhirat kita tahulah nasib kita tu .. tapi , tak salah jugalah kalau nak bunuh haiwan tertentu .. dengan syarat haiwan itu membawa kemudaratan kepada kita .. bunuh dan makan kucing tak patut ..

ermm .. rasanya penceritaan aku ni memang dikhususkan untuk kucing agaknya ..



notakaki:
ada majlis buka puasa di surau .. auto-post sajalah ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

20 .16kg daun berguguran:

Wanz Mejuez said...

buat baik dengan makhluk allah akan dapat kebaikan nya... insyallah..=)

jgn sampai ada pula yang bela anjing pastu peluk peluk manja macam dalam blog wan ni...

buat baik dengan makhluk allah akan dapat kebaikan nya... insyallah..=)

jgn sampai ada pula yang bela anjing pastu peluk peluk manja macam dalam blog wan ni...

SoLy SoLicious said...

errkk... tampo nyamuk kejam jgk ke??eheheee

Bro ahmad said...

beruntung kucing tea gemuk sihat dapat belaian manja lagi huhuu..wahh best landing kt atas mesin basuh lagi..kucing ni nnti tolong kita kt akhirat kelak..nabi pun suka kucing.

EYFAalias said...

tak suka orang yang aniaya haiwan. grrr!

Abang Stalker said...

abg geli kucing sbb kucing ghairah la dgn abg..x rela di nodai.ahahaha

tp abg x de la mendera. :) anjing pun abg bg mkn tau.(anjing jalanan)

Tea Dno said...

@Wanz Mejuez
yup.. buat baik tak kira halal ke haram hairan tersebut.. tapi biar perlakuan kita tu berpada.. jangan terlalu nak menunjuk penyayang tu sampai peluk haiwan yang haram dipegang sukasuki je...

Tea Dno said...

@SoLy SoLicious
haha.. itu tidaklah.. kan itu memudaratkan kita je nanti.. sila lah tampar.. :D

Tea Dno said...

@Bro ahmad
kucingnya ikut tuannya lah rasanya.. kucing tu memang suka duduk kat mana2 dia suka.. tu lah harapannya.. Insyaallah..

Tea Dno said...

@EYFAalias
geram kan? ada juga lah rasa nak penampar orang camni.. huhu..

Tea Dno said...

@Abang Stalker
hehe.. geli tu lain kes.. dera tu dah lain kes.. tak baik tau.. bagusnya, kekalkan sikap baik tu.. :D

Dalin said...

wahh!! I lab your post bebeh.. sokong3.. mcm mana lah manusia tu boleh tgk haiwan tu kena seksa dalam tgn sendiri.. iihh.. dgr2 dia meraung lagi..

alif haris said...

tu ape bwh kucing tu ?
mesin basuh ?? haha
sama la ngn kucing sy suka duk atas mesin basuh

Tea Dno said...

@Dalin
dia gembira agaknya dapat seksa haiwan sampai haiwan tu mati kot.. T____T

Tea Dno said...

@alif haris
haah, mesin basuh.. haha.. dia suka duduk atas tu sebab nak tunggu cicak passing by.. :P

tia @ Ini Kisah Tia said...

Tia tak benci , tapi Tia tak berapa selesa dengan apa2 binatang terutama yang berbulu .. tapi memang kejam kalau orang yang tak suka kucing , lepas tu dia dera kucing tak pun suka tengok kucing tu terseksa .. hrmm .. tak patut sungguh ..

iPai said...

saya suka kucing .. kucing ni memang best !!!

dan yup, boleh kurangkan tensen ... hidup pun lebih panjang .. heheh

abglan said...

Klau lapar, bleh dibuat lauk.. erm tapi kucing tak boleh le he he...

Ikan, ayam, kambing.. bla..bla

Tea Dno said...

@tia @ Ini Kisah Tia
tak suka takpe lah.. jangan bersikap kejam je.. :)

Tea Dno said...

@iPai
memang best.. time sedih, dia lah peneman.. :)

Tea Dno said...

@abglan
tak hagak hagak kalau kucing nak dibuat makan! grr..