ORANGES

Pegangan agama itu masing-masing punya ..

16 comments


puasa tahun ni aku di rumah .. teringat juga kisah-kisah yang berlaku sepanjang puasa di kolej tahun lepas .. eh , walaupun setahun saja kat sana .. tetap beri impak kat diri aku ni *walaupun aku tak suka duduk sana* ..

kita umat Islam ni berpuasa saja macam biasa .. pergi bazaar dengan rakan sebilik , buka puasa pun bersama-sama .. aku ada roommate Chinese , dan dia boleh tahan hormat jugalah dengan kami bertiga dalam bilik tu ..

ada something yang menggelikan hati kami bertiga ni sebenarnya .. roommate aku yang sorang tu , bercerita tentang sambutan perayaan hantu bagi kaum dan agama merekalah .. kami pendengar setia .. kan ?

dalam kelakar ada syok juga mengetahui budaya agama lain tau ..

dia menyambut perayaan hantu , pada bulan Ramadhan kala itu lah .. kita maklum bahawa makhluk yang bernama syaitan ni diikat selama sebulan kan ? jadi cuma nafsu berkeliaran dalam tubuh masing-masing ..

walaupun kami rasa lawak bila dia bercerita .. namun tak lah sampai nak ketawakan dia .. sebabnya , itu pegangan agama masing-masing .. aku nak bercerita tentang moral .. *punya panjang baru nak masuk isi ke*

ye , kebebasan beragama diamalkan di negara kita .. jadi , setiap orang yang mempunyai agama mahupun tiada , harus hormat antara 1 sama lain .. tak boleh nak persendakan agama lain .. hukum tetap berdosa ..

budaya kita lain dan budaya dia juga berbeza .. walaupun pegangan kita dan dia berbeza , tetap kita tiada hak untuk berkata yang bukan-bukan .. hubungan baik tetap dijaga walaupun berlainan agama ..

macam ni lah kot perayaan tu .. tak nak lah tengok LIVE ..

tapi , jangan hormat melampau pula sampai cara agama dia sembahyang pun kita ni nak ikut .. kes macam ni bukannya tiada .. pakai tudung labuh bercirikan Islam namun di dalam bersalib menandakan Kristian ..

Astaghfirullahalazim ..



notakaki:
-semoga kita terlindung dari perkara yang mendatangkan syirik kepada Allah SWT ..
-mahu kad raya , PM aku di FB ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

16 .16kg daun berguguran:

Niena Muhammad said...

erm.. kebanyakan bangsa arab, walaupun beragama kristian mereka bertudung elok, berpurdah.. tpi brsalib..

Islam ni agama yg paling indah, takde keganasan, pnuh ngan kelembutan.. smoga hati2 mereka trbuka utk menerima islam

Tea Dno said...

@Niena Pengembara Ilahi
tu lah.. semoga dapat hidayah nak peluk Islam.. :)

kita umat Islam ni kena tunjukkan yang kita ni bagus dalam dan luar.. jangat buat orang lain persendakan kita..

ct kektus said...

kalau kite cakap benda bukan tentang agama lain pon, bukan kite dapat faedah pon.

ct kektus said...

yg penting jaga diri, jaga iman. ;)

Mr.Superman said...

em..amik thu jgk.lg2 zmn bljr dlu.mmg ramai la kawan2 yg berbangsa lain kn.tp masing2 kne la saling menghormati. :)thu bole,tp jgn terikut2.itu sume punca lemahnya iman.

Faezil Aidil said...

Semestinya rasulullah adalah contoh terbaik.

Baginda tidak pernah mempersendakan pegangan orang kafir.

Namun begitu, tak bermakna baginda tidak berdakwah kepada mereka.

Dan kini tugas dakwah diambilalih oleh kita semua.

Jangan sampai nanti rakan kafir kita berkata "Kita kan dah lama berkawan baik. Kenapa kau tak pernah bagitau aku pasal Islam ?"

Faezil Aidil said...

@Niena Pengembara Ilahi

Nasrani juga bertudung. Yahudi juga bertudung.

Yang membezakan Islam dengan nasrani dan yahudi adalah cara memakainya.

Jangan salah pakai

Tea Dno said...

@siti kektus
tu lah.. tapi pape pun, jaga je lah anggota badan tu sume.. terutama hati sendiri..

Tea Dno said...

@siti kektus
ye, itu betul..

Tea Dno said...

@Abang Stalker
bila dah lemah iman tu senang nak terpesong ke arah benda yang tak baik.. hurmm..

Tea Dno said...

@Faezil Aidil
hurmm.. betul tu, ramai antara kita ni.. berkawan hanya kawan suka suka je.. tapi lupa untuk berdakwahh..

Tea Dno said...

@Faezil Aidil
ye betul2..

abglan said...

Ha'ah... skang nie bulan ogos... he he

Tea Dno said...

@abglan
hehehehe.. kehkehkehkeh..

Unknown said...

yeah, kite kena hormat agama lain. Tak boleh nak kata itu ini tentang adat, agama and budaya lain selain Islam :)

Tea Dno said...

@EYFAalias
haah.. walaupun tak sependapat.. tapi, hormat je lah..