ORANGES

takziah

2 comments
takziah aku ucapkan untuk keluarga Pak Uda @ Zami Ismail yang dah kembali ke rahmatullah jam 10.30 pagi tadi .. terkujat jugak aku dapat tau ni , tapi Allah lebih sayangkan dia .. takmau dia menderita lebih lama kat dunia ni , dunia fana yang penuh tipu daya ni .. al-Fatihah dari aku di atas pemergian beliau ..


okeh , ape yang aku nak cakap kat sini .. aku tak berapa suka cara entertainment ni punya keje .. yelah , biasanya orang yang dah takde ni diorang dok kenang-kenang .. bukan takleh ingat , tapi buat lah cara lain .. contoh penyanyi yang dah lame takde , pegi pasang lagu-lagunya pastu siap boleh artis baru up bergabung dengan beliau yang dah takde ..

or contoh lain , filem lame-lame tu dan orang dah takde dalam tu , pegi letak dalam tayangan TV kita skang ni berbillion kali .. tau tak ? sebenarnya , benda-benda tu sume memeritkan mereka yang di 'sana' .. tak elok sebenarnya , mereka jadi terseksa .. paham-pahamlah industri nyanyian dan lakonan ni sebenarnya camne .. jadi , kalau nak ingat , kenang , nak sedih-sedih bukan tu caranya ..

cara yang paling elok , ziarah kubur mereka .. bacakan surah Yassin , sedekahkan al-Fatihah .. elok kan ? bagi mereka tenang kat 'sana' dengan harapan sampai doa kita untuk mereka yang dah takde .. sampingannya kita pun Insyaallah boleh tambah pahala untuk bekalan kita pulak .. :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

EYFAalias said...

betul tu. sedekah al fatihah or baca yassin kat kubur arwah lagi bagus dari duk kenang dengan tayang lagu or xcerita2 yang pernah arwah belakun.

Tea said...

ye, betol betol betol. huhu.