ORANGES

kes jenayah berleluasa

2 comments

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Indonesia ditemui mati dengan lapan kesan tikaman pada badannya di sebuah bilik pekerja di tapak pembinaan kondominium di kawasan Taman Melati, Wangsa Maju di sini, hari ini.

Mangsa yang berumur 30 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja kira-kira 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan di dalam bilik itu sebelum mangsa ditikam dengan senjata tajam.
"Melihat keadaan bilik yang bersepah, berlaku satu pergaduhan di dalam bilik itu dan kita percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek," katanya.

Zakaria berkata, siasatan awal mendapati motif pergaduhan itu dipercayai berkaitan dengan seorang wanita.

"Kita (polis) percaya pergaduhan itu membabitkan seorang wanita kerana pemeriksaan di dalam bilik itu, kita jumpa satu pasport dan sepasang kasut yang kedua-duanya milik wanita berhampiran mangsa," katanya.

Zakaria berkata, setibanya di lokasi, polis mendapati semua bilik di rumah kongsi itu kosong kerana penghuninya melarikan diri.
Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci untuk mengesan suspek dan mencari motif sebenar pembunuhan itu.

"Siasatan di lokasi dibantu Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Unit Anjing Pengesan. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dan tiada senjata dijumpai dilokasi kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Source:
Berita Harian

aku sekadar nak ulas sket je , skang ni terlalu banyak kes bunuh , samun , simbah asid .. erk ? senang cite , kes jenayah berleluasa lah .. memang dunia dah akhir zaman kann ? terlalu banyak benda buruk yang berlaku di sekeliling kita .. sampaikan nak keluar rumah pun rase gerun lebih2 lagi perempuan macam aku ni ..

dan banyak sangat kes yang melibatkan orang asing kat negara kita ni .. tu lah , bila ramai sangat datang cari makan kat sini .. kalau bukan diorang yang buat kerosakan , kita pulak yang buat macam2 kat dia .. isunya skang , sape yang jahat sebenarnya ?

oh, gambar sangat ngeri .. >.<
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

suha said...

manusia dh tertekan,sebab tu jadi gitu (^_^)

dah xde rase kemanusiaan..moga kita xtergolong dlm gologn mcm dorang..amin

Munn Jaafar said...

ya Allah rasa nk muntah tgk gmbr tu