ORANGES

temuduga satu soalan

6 comments

Seorang CEO ingin mencari
eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun
beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas
memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk
menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon
berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan
yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan
diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas
sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,
mata kita
dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan
tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon
ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga
hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat
bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat
dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu
boleh mintak kerja dengan syarikat
saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan
calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa
sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.....

hehehehehhe. ......... ......... .........
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 .16kg daun berguguran:

fatin shahar :) said...

tea...on9 di pilah ye?...xbalik semban?

kenal latifah budak sains fizikal x?

btw, awak di tag(kalau free buat la)

^_________^

http://dearworld-fafa.blogspot.com/2010/05/copypaste-orang-punye.html

sillyloo said...

klu interview tny soklan nie den nk try jawab gak lah mcm tu.konfem dapat jd ceo trus :p

mytafa said...

mengong nyer calon...hahaha

Fie aka Tea said...

fatin shahar

on9 di pilah? haha. itu sume auto-post aku. huhu. ni baru balik la ooo.

xtau le latifah mane. rasenye ramai name yg same. lagipun bebudak macam sardin, susah nak cam. huhu.

my LIFE,my STORY and my OWN said...

hehehe..gud =)

farhan said...

menarik haha