ORANGES

umrah dan haji

Leave a Comment
malam ni , aku nak kongsi sket pasal beza umrah dan haji . kadang2 , kita ni ade konfius umrah kena buat ape , haji kena buat ape pulak kan . so , jum la bace serba sket info ni .






haji: mengunjungi Baitullah di Mekah untuk mengerjakan ibadat pada waktu tertentu dengan syarat2 tertentu .

upah haji: melakukan haji bagi pihak orang lain . sebab ade 2 , meninggal dunia atau tidak mempunyai keupayaan fizikal seperti sakit yang takde harapan sembuh , tua etc.

rukun haji:
-niat ihram
-wukuf di Arafah
-tawaf di Kaabah
-sa'ie
-bercukur
-tertib


"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.’’ (Surah Ali Imran ayat 97).


UMRAH

umrah: menziarahi Baitullah di Mekah untuk mengerjakan ibadat tertentu pada bila2 masa dengan syarat2 tertentu .

rukun umrah:
-niat ihram.
-tawaf di Arafah
-sa'ie
-bercukur
-tertib

itu serba sket bezanye ye . umrah takde wukuf macam haji . dan umrah jugak boleh dibuat pada bila2 mase , tapi haji pada musim haji je lah . :)

ini beza RUKUN HAJI dan WAJIB HAJI .

rukun haji: jika tertinggal salah satu daripada rukun , haji tak sah dan wajib diulang pada tahun berikutnya .

wajib haji: jika tertinggal salah satu daripada wajib , haji tetap sah cuma perlu bayar dam sahaja .


rasenye dah cukup kot . nanti panjang berjela pulak . kalau ade sebarang kemusykilan dan telaj aku dapat jawapannye , insyaAllah aku kongsi lagi kat sini .
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: