ORANGES

Sisa cuti.

1 comment

Assalamualaikum.

Draft banyak terkumpul dalam blog ni tapi tak publish lagi. Tak habis karang satu hal, kebuntuan idea melanda pun 1 hal lagi. Hehe. So, better kita share benda yang berlaku dalam kehidupan seharian je pun okay kot. Oh, I'm officially back to Parit Raja. Homai. Balik lagi ke sini. Tapi tak apa lah, niatkan dalam hati nak menuntut ilmu je. Dah tak lama lagi.

Memandangkan semalam masih lagi cuti (dan hari ini pun mood bercuti juga), aku pun pergilah keluar dengan cinta hati. Pergi makan-makan, shopping sikit. Dah lama sangat tak makan Kenny Rogers, so bila cinta hati yang belanja jadi bertambah sedaplah kan. Heuheu. 1 je masalah, aku tak kenyang. Homai, besar pula perut ni kalau bab-bab orang yang belanja. Kalau duit sendiri, kedekut.

Beli t-shirt at Padini, banyak murah-murah pula. Candy jeans je tak ada offer sangat. Kalau offer gila-gila, harus juga aku rembat 2 helai jeans kan. Kuning 1, electric blue 1. Homai. Kaki dah lah besar gedabak, ada hati nak pakai jeans colorful ni ek. Heuheu. Aku tengok orang pakai cantik je, so sikit-sikit ada perasaan berbaur cemburu dalam hati datang bertandang. Ecewah.

Ikutkan hati, Skin Food nak masuk. Etude House pun nak masuk. Tapi, cinta hati kata hari tu kan dah masuk. Dia pun dah pening-pening tengok orang ramai dalam kedai. Tolak sana sini nak berebut barang offer. Aku pun surrender, "okay". Masuk kedai Daiso pun cuci-cuci mata je, nak beli kain felt konon-kononnya tapi tak beli juga. Kalau beli pun, entah masa bila aku nak ber-handcraft. Heu.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 .16kg daun berguguran:

izfanora said...

sedapnya.. tp za xbrp leh nk telan.. huhu..