ORANGES

Tinggal.

2 comments


ada masalah. tapi tak tahu nak mengadu domba pada siapa. pernah terjadi tak kat korang? mesti pernah walaupun benda kecil. sebab hidup kita sebagai manusia ni tak pernah lari dari masalah. lagi banyak kesilapan yang kita lakukan, lagi banyak masalah yang bakal melanda kehidupan seharian kita. bukan aku nak mengeluh dengan dugaan yang mendatang, cuma kadang-kadang terfikir "adakah aku kuat nak menempuh semua cabaran seorang diri?" ada masanya aku rasa aku cukup kuat, mampu nak tanggung seorang diri. ada kalanya aku perlukan seseorang di sisi yang boleh beri bimbingan dan dorongan untuk aku terus berjalan ke arah yang lurus, bukannya jalan yang bengkang-bengkok dan penuh onak duri. tapi, itulah aku sekarang. aku sendiri dalam dilema. nak uruskan diri sendiri makin tak pandai.

nak ditinggalkan terasa sayang, ingin teruskan perjalanan hidup sebegini aku rasakan tak patut. aku tak tahu apa yang aku harus lakukan untuk aku redakan perasaan aku ni. Ya Allah, berikan aku petunjuk untuk aku buat keputusan yang sebenar-benarnya. mesti orang banyak cakap, masa dah susah baru nak cari Tuhan. bila masa senang, kewajipan sendiri sebagai umat Islam pun entah letak ke mana, kan. aku memang tahu yang aku banyak sangat buat silap. tapi, aku tak nak susahkan orang yang berada di sekeliling aku. aku cuma berharap yang aku dapat pergi jauh dari tempat yang aku berada sekarang ni. buat satu kehidupan yang baru, cuba lupakan apa yang telah terjadi dan teruskan hidup. biarlah aku seorang, biarlah aku sendiri. kalau aku boleh buat semua tu dengan sewenang-wenangnya. aku bukan hidup di dunia fantasi.

hm.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

alinlon said...

awat ni? meh story-story dgn aku :)

Tia Fatihah said...

itulah yang kita harapkan. jauh dari semua orang. hakikatnya, kita kena belajar hadapi realiti.

semoga tea kuat ye ..