ORANGES

Tanah rupanya macam kulit muka.

Leave a Comment


petang tadi, baru lepas exam BPD20502 Mekanik Tanah. sempat juga semasa nak memuntahkan idea-idea keluar dari kepala otak aku ni, berfikir "rupanya tanah ni ada serupa macam kulit kita juga ek." entah macam mana boleh terfikir sampai macam tu sekali, aku pun tak paham. mungkin sebab dah blank sangat, tak tahu nak muntahkan apa lagi dari kepala otak ni. hehe.

tapi ada betulnya, kulit muka manusia nak cantik kena ada base / foundation dulu, bila dah siap baru boleh letak segala macam make-up yang ada depan mata tu. lepas tu siap touch-up dengan finishes. rasanya memang sama je lah kulit muka ni dengan keadaan tanah yang nak dibuat something di atasnya. bermula dengan foundation dan diakhiri dengan finishes.

bila ada zarah-zarah tanah yang terbuka, haruslah dibuat pembaikan dengan menutup liang-liang terbuka tersebut. dalam keadaan kulit muka pun sama je, ada pori-pori terbuka haruslah tutup dengan exfoliator lah entah apa jadah lah nama benda tu semua. aku pun tak tahu menahu sebenarnya. sekarang baru nak berjinak-jinak sebab pores aku ni sangat obvious. cet.

tapi, bila pakai produk macam-macam ni. sedikit sebanyak mesti kulit muka akan terhakis, ye dak? ada certain produk memula muka nampak macam buruk, bila dah lama-lama baru licin, berseri, putih gebu. hurm, tanah pun begitu kot. memula tak sekata, bila dah kena excavate, buat kerja pengorekan, meratakan dan memadatkan, dapatlah permukaan yang licin dan kemas.

jadi, motif aku sebenarnya.
nak cerita pasal tanah je.
mengantuk, please tidur. okbai.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: