ORANGES

Puding roti.

3 comments


kalau aku dah duduk dekat rumah, memang macam-macam benda yang aku nak try. yelah kan, dapur ada, oven ada, pengukus ada. semua benda pun aku nak jadikan experiment. experiment masakan, jadi tak jadi tak penting. janji niat di hati tercapai nak try something new tu. actually, nak belajar menjahit, tapi memasak lagi jadi aku punya priority. hiks.

jadi, cari punya cari makanan yang sedap. aku pun terjumpa lah resipi nak buat puding roti. nampak marvellous je. bahan-bahan lebihan aku buat puding karamel tempoh hari pun ada banyak lagi, dari membazir beli yang lain baik guna je kan apa yang ada. resipi orang sekarang banyak yang pelik-pelik, jadi aku modified ikut aku punya rasa.


tadaa~ tetiba dah siap kan. kalau nak resipi, dah berlambak dekat google search tu. just tinggal nak taip dan tekan je. kalau ikut aku punya taste, telur aku kurangkan sebab aku tak suka rasa hanyir. tepung kastard pun aku letak sikit je. pasal susu, ikutlah nak belasah susu pekat or susu cair. aku guna susu pekat, dah tak payah letak gula lagi. kencing manis wokk nanti.

jadi, kalau ada roti yang lebih-lebih yang dah dekat nak expired tu, janganlah buang. pergi ambil oven, gaul-gaul kejap lepas tu bakar. ada juga benda boleh dimakan. jadikan as dessert pun boleh. lagi sejuk lagi sedap kot. aku tak suka sangat kek/puding/kuih-muih jenis manis ni melainkan kek batik marie, so, sikit je aku makan puding roti ni. suka nak try masak je. hiks.

nak try apa lagi lepas ni?
counting days.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 .16kg daun berguguran:

ct kektus said...

weh, sama weh ! haha

Tea Dno said...

itulah pasal! haha.

izfanora said...

tea, bg resepi.. za dh terliur.. hahaha..