ORANGES

Sakit meroyan.

2 comments


tadi lepas satu azab. test untuk subjek BSF 2182. kod subjek yang baru tak berapa ingat, so ingat yang lama pun jadilah daripada tak ingat langsung haha. oh ye, itu subjek Asas Sains Kejuruteraan. taklah ke kejuruteraan sangat pun. back to basic, Physics Form 4, Form 5, matriculation. lai lai.

even though dah pernah belajar, menghadap dan mentelaah subjek itu untuk beberapa tahun yang lepas, masih juga tak ingat apa yang dah pernah aku belajar dan apa yang telah cikgu dan pensyarah aku sampaikan. nak kata otak lemah, mungkin ye sebab tak practice balik apa orang dah kasi. 

I deserve it la bila dapat markah rendah pun. aku redha. *sigh* oh haa. ada cerita hot la tadi. biasalah, nama pun test. mesti ada yang tak tahu jawab dan nak meniru. am I one of them? oh shit I think yes haha. bukan mesti ada, actually ramai. itu adat rasanya. lecturer pun sampai dah malas nak ambil tahu.

tetiba, dekat-dekat masa nak habis. ada seorang manusia ni menjerit tak semena-mena. cakap apa entah, macam ni kot. 'kalau nak tanya, nak meniru baik tak payah ada test.' sambil pandang ke geng-geng yang duduk belakang ni. ecececeyh. agak dalam hidup kau tak pernah meniru ke? dekan kau tu pure sangat?

actually, aku terkejut je bila dia menjerit masa dalam dewan tadi. mana tak nya, tengah mencari-cari dalam otak nak guna formula apa terus terlupa apa nak keluarkan. damn gila aku rasa. bebudak ni pula, dah tercengang-cengang. aku agak dia kena sakit meroyan sebab tak dapat jawab apa yang dia nak.

aku ni pun tak ada lah orang suka kan. tapi orang lagi tak suka kau rasanya. eh, orang tak suka aku. aku tak suka kau. orang tak suka kau. hah, kita geng? eh, tak nak lah. terima kasih je. aku buat kerja tak perfect macam kau. kau kerja semua bagus. semua nak buat sendiri. pastu claim orang lain tak buat kerja. shit je.

elak aku tengok orang bertumbuk, tarik tudung, tampar-menampar je tadi. hehehe. tak, tak. semua tu tak berlaku. nanti jadi ceritera hot dekat UTHM pula nanti. dah lah dah memang hot. ooopps. tak tahu apa-apa. gue tak bersalah. pak polisi, jangan bisa apa-apain gue dong. *seruan katil dah datang*
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

Abg Stalker said...

eceh..tak meniru bkn student la namanya.ce tny dia,pnh copy paste dlm tenet x.itu meniru gk namanya.

Tea Dno said...

@Abg Stalker
biasalah, kononnye perfect sangat dia tu. haha.