ORANGES

Study week.

Leave a Comment


study week dah nak bermula. tak lama lagi, dalam jangka masa lebih kurang seminggu atau dua minggu dari sekarang. dalam jadual sebenarnya study week start 24 Disember ni. tapi budak-budak course aku mostly start study week by next week. ada yang 18 Disember. aku, 19 atau 20 Disember depends on kerja-kerja penangguhan tamat.

nama je study week. tapi semua sekali berpusu-pusu nak balik kampung. sampai aku dapat dengar, tiket kereta api bagi bebudak yang duduk pantai timur tu dah habis. ish ish ish. bagi aku, duduk kat tempat belajar ke duduk kat rumah ke, aku tetap sama. takkan study awal-awal punya. tetap last minute juga. Alhamdulillah, masih survive.

assignment, ada lagi satu yang nak kena submit. lab report ada satu juga. sebelum khamis kena hantar, sekarang tengah pening-pening nak buat macam mana. dan, satu presentation. esok, ya esok. tak tahu siapa yang akan kena pilih untuk presentation. sebab esok baru tahu kesemuanya. ah, nak kena menghafal method statement dengan autocad drawing pula.

tak apa, lepas ni minta-minta hilang semua keserabutan yang melanda. duduk rumah, tenangkan fikiran. layankan anak-anak arnab aku yang dah meningkat kepada jumlah 10 ekor tu lagi baik. hmmm, ada siapa-siapa tak yang nak beli anak arnab aku ni? banyak pula rasanya. nanti dah usia 2 bulan ke atas aku nak start lelong-lelong. kehkeh.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: