ORANGES

Kelinci.

2 comments


ada sebuah kisah sedih dalam hidup aku terjadi. semalam. anak rabbit aku seekor dah mendiang. anak kepada ibu rabbit yang berwarna hitam, Omot. salah satu penyebab ia mati, digonggong oleh 'pembunuh bersiri' yang ada dalam rumah aku ni. siapa lagi, kucing tunggal aku tu lah, Awi. erm, Awi ni tak pernah bergaul dengan haiwan lain dekat luar, so ia memang agak stupid. semua haiwan kecil lain ia ingat mainan.

macam mana aku boleh tahu Awi penyebab seekor anak Omot mati? aku dengan adik aku dengar anak ia menjerit-jerit. aku dengan adik aku pun tengok, anak ia dah keluar dari kotak sambil Awi di samping ia sambil-sambil tu tangan Awi kuis-kuis baby tu. emm. ingatkan tak ada apa-apa yang jadi. so, semalam mak aku tengok ia dah nazak. nafas tercungap-cungap. sedih tak payah nak cerita. sebab rasa sayang tu ada.

tapi, apa nak buat. dah sampai ajal dia. salah aku juga, cuai. biarkan pintu bilik tu tak berkunci betul untuk make sure kucing aku tu tak masuk dalam tempat penjagaan arnab-arnab kecil ni. terkilan sebab yang mati tu salah seekor yang agak besar dan buncit dan sihat. dari ia ada nafas sampai dah ke nazak, seterusnya habis nafas dan beransur-ansur kejung badan ia aku tengok. lepas tu daddy aku tolong tanam. :(

kalau yang kecil sekali dan paling hitam ni aku tak terkilan sangat kot. sebab dari segi penjagaan ia memang agak OKU. kenapa? ia tak pandai berebut bila menyusu dengan ibu ia seperti adik-beradik ia yang lain, yang sudah tentu sangat besar berbanding ia. yang lain dah pandai berjalan, tapi ia macam terkengkang-kengkang lagi. huhu. tak apalah, mungkin ia lambat sikit. aku namakan ia, Lembik.

*arnab = kelinci*
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran: