ORANGES

Ketam tu hidup lagi.

3 comments


lama dah tak jenguk blog ni. ini pun buka setelah mummy aku tanya, "tak update blog ke?" eh, nampaknya mummy aku sendiri pembaca setia kat sini kan.

sekarang tengah mid-sem break. dan, macam-macam sakit datang menimpa aku. hapus dosa kecil katanya. ataupun dengan kata yang lebih betul, nak bermanja-manja time di rumah.

iyalah, bila lagi kan? balik sebulan sekali je pun. (untunglah boleh balik sebulan sekali, orang lain nak balik pun susah sekali. huhu.)

aku sebenarnya dah sangat-sangat terlupa yang aku ni allergic kalau makan ketam. tapi dah teringin sangat, kan. aku pesanlah kat mummy supaya masak gulai ketam lemak cili api.

nah kau, memang merasalah bibir Angelina Jolie kejap. ori weh. tak payah nak suntik-suntik kolagen macam orang sekarang suka buat. makan ketam je terus jadi.

actually, bukan kejap. ni dah hari kedua, masih berbaki sisa bengkak kat bibir ni. alahai nasiblah, lainkali makanlah lagi ek. nasib bibir je naik, bukan 1 badan naik bengkak-bengkak.

daddy aku cakap, ketam tu hidup lagi tu yang kena sepit sampai bengkak.

ala-ala macam ni dah rasanya.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 .16kg daun berguguran:

BlueiceButterfly said...

~alala..ori 2..hehe semoga cepat sembuh :)

Tea Dno said...

@BlueiceButterfly
haih. itulah padahnya org degil, kan. haha. tq, aminnn~

siti kektus said...

Seksi la bibir cmtu. Wewit. :p