ORANGES

Tak fikirkan sangat keuntungan tapi tak nak pula rugi.

6 comments


dulu-dulu, aku tak pernah terfikir pun untuk menjurus ke arah perniagaan ni. sebab aku fikir, berniaga ni memang agak susah. well, sebenarnya mana ada benda yang senang pun dalam dunia ni kan.

tapi sesuatu tu boleh jadi senang, jika kita fikirkannya senang. betul tak? lepas tu, sejak-sejak sambung belajar ni. tergeraklah pula hati ni nak buat sedikit bisnes. bak kata orang, tambah duit poket.

maklumlah, belanja makin banyak. bukannya makin sikit, dengan keadaan diri yang tak berapa pandai nak berjimat ni, lagilah payah. baucer buku yang rm200 pun tengah aku tunggu-tunggu ni. eh?

okay lah, sejak aku mula bisnes ni. dah ada sedikit kemajuanlah. aku tak fikirkan sangat keuntungan tapi tak nak pula rugi. bab duit tu, sentiasa berputar balik dan tak adalah habis ke benda yang bukan-bukan sangat.

perniagaan kecil-kecilan aku ni mendapat tempat dalam kalangan kawan-kawan aku, dan juga kawan-kawan kepada mummy aku. iyalah, tolong bagi support katanya. lebih banyak sambutan, lebih bagus.

tapi, ada jugalah batasannya. bukan sesenang tu saja aku boleh bisnes. ada halangan seperti di waktu aku ada peperiksaan, kelas, atau mungkin aktiviti luar. memang aktiviti bisnes aku tak boleh nak berleluasa at that time.

sobs.

tak apa, yang penting, doakan aku terus berjaya.

dan tak mahulah jadi macam orang yang nak berniaga sangat, tapi kerjanya separuh jalan. nampak duit 'masyukk' banyak, terus jadi tamak tak fikir orang lain. lalu, perniagaan lingkup.

sekian.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 .16kg daun berguguran:

Ezy Chiaki said...

semakin maju..
bagos2..
=)

aimie amalina said...

ade usaha kearah keusahawanan :)
bags2 :))

alif haris said...

uwah tea dah jadi usahawan skrg yea .. hehe
semoga maju jaya ^^

Niena Pengembara Ilahi said...

wahh bisnes apa kah?share bleh? hmmm....smoga jdi ushawan yg bejaye :D

NasZ said...

bagusnya. tahniah2. mungkin bleh buka syarikat nnt ni. hehehe

From,

Nasz

MOHD NASER.com

siti kektus said...

eh2, tea berniaga apa ni? tak de promote pon. :)