ORANGES

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta: 5. Tulang

Leave a Comment


Assalamualaikum.

Bila fikir pasal tulang, terus je terlintas kisah yang terjadi dalam lingkungan 5 tahun yang lalu. Masa tu zaman fefeeling nak cepat dewasa, zaman berjimba-jimba excited nak habis sekolah. Ya, masa tu baru menginjak umur 17 tahun.

Kisah yang saya nak ceritakan tu, berlaku dalam beberapa minggu sebelum peperiksaan SPM bermula. 2 minggu sebelum rasanya. Exact date seriously dah lupa, almaklumlah dah banyak makan semut ni semuanya nak lupa-lupa.

Balik dari sekolah, saya terlibat dalam kemalangan motosikal bersama sebuah kereta. Kereta tu pun, tengah-tengah jalan boleh pula reverse sebab terlepas simpang masuk ke kedai jual besi buruk. Hmmm, saya pun nak brek dah tak sempat. Apa lagi, terpelanting ke tepi dan motor hempap saya.

Kereta tu pun berdesup laju pergi, orang belakang yang follow masa tu pun tak sempat ambil no plat kereta tu. Tak apalah, salah saya pun yang tak nampak no plat masa tu. Kalau tak, boleh claim insurans lagi banyak dengan buat report. Motor tu pun dah jual.

Eh? Ke laut pula ceritanya. Kata nak cerita pasal tulang.

Baiklah, disebabkan kemalangan tu saya mengalami patah kaki kanan di bahagian keting/tulang kering. Tulang besar dan tulang kecil patah dua. Masa tu rasa macam punah masa depan kejap. Yela, fikiran macam blur, tak matang sangat. Sangat sedih dan down.

Fokus kat tengah tu. Tengah. Patah dua. T____T

Permulaannya, doktor hanya suggest untuk simen sahaja. Diberi tempoh selama sebulan, pergi check-up lagi sekali, tulangnya dah lari sebab saya ganas. Dah tahu patah kaki tak tahu duduk diam, penyudahnya kena masukkan besi. Lagi sedih masa tu sebab kena operation. Siapa suka parut kan?

Macam-macam yang saya buat nak bagi tulang cepat bercantum lepas operation tu. Makan pati ikan haruan, minum susu banyak betul dalam satu hari tu. Tak sampai sebulan masuk besi, saya dah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat.

Doktor pun terkejut, sebab pertumbuhan tulang sangat cepat. Lagipun, masa tu remaja pertumbuhan masih cepat, tulang muda kan. Sebab tu kita kena amalkan minum susu setiap hari untuk menguatkan lagi tulang temulang kita. Tolong jangan skip, sebab masa tua boleh sebabkan kita osteoporosis kalau kurang kalsium.

Bagi mereka yang sememangnya tak minum susu haiwan, boleh gantikan dengan susu yang berasaskan tumbuhan. Kalau tak boleh juga, sekarang kan dah moden. Pelbagai jenis supplemen boleh diambil bagi menggantikan kalsium yang hilang daripada badan kita.

Sekian entri daripada saya hari ni.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: