ORANGES

Tips mengurangkan makanan berlemak.

Leave a Comment


Aduh, badan semakin berisi?

Baju-baju lama semua tak muat?

Sedih kan bila jadi macam ni? Samalah, saya pun menghadapi masalah yang sama. Lebih-lebih lagi lepas melahirkan anak yang pertama. Nak kata dulu kurus sangat, tak juga. Tapi, sekarang memang ketara betul badan sebelum kahwin dan selepas melahirkan anak ni.

Puncanya badan jadi penuh dengan lemak ni apabila pemakanan kita pun berasaskan benda-benda yang berlemak. Nak kawal memang senang, tapi nak melaksanakan tu amat liat sedikit. Yela, apa-apa pun yang kita lakukan semuanya berdasarkan nawaitu kita. Nak ataupun tak.

Okay, ni sedikit petua dari segi pemakanan macam mana nak kurangkan makanan yang berlemak:

1. Apabila memasak benda yang bergoreng, cuba kurangkan jumlah minyak yang digunakan. Sebaik-baiknya, guna minyak zaitun. Memang mahal, tapi kita nak sihat kan? Guna pun sedikit je dah cukup.

2. Kurangkan memasak atau memakan lauk yang berasaskan santan. Santan mengandungi kolestrol yang agak tinggi tau. Boleh gantikan penggunaan dengan susu cair sebab ianya lebih rendah lemak.

3. Cuba amalkan gaya memasak seperti ikan stim dan sayur yang direbus. Nampak macam tak sedap bukan. Tapi pelbagaikan dengan sayuran yang pelbagai warna mesti menarik!

Saya sendiri pun nak mulakan memang agak payah. Jadi solusinya bila dah makan makanan yang terlebih lemak atau berminyak ni, senangnya telan Omega. Ianya berfungsi mengawal kolestrol dalam badan selain tu boleh menghalang pembentukan lemak.

Bukan tu sahaja fungsinya, untuk orang yang menghadapi masalah seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis, InsyaAllah boleh mengawal penyakit tersebut daripada menjadi lebih teruk dengan pengambilan Omega secara konsisten.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, sebaliknya Allah yang menentukan. Tapi tak salah kalau kita berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu, asalkan dengan usaha yang cekal barulah selebihnya kita tawakal kepadaNya.

Rajah 1: Sebab Shaklee Omega harus menjadi pilihan.

Saya bersedia menjadi SID pilihan anda. Saya menawarkan Omega pada harga yang istimewa. Cara pembelian dan cara pengambilan supplemen akan dipantau sekali. Sekiranya berminat, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

Nama FB: Fatehah Hassamuddin
Page FB: Ceria Sihat Bertenaga
E-mail: tehuzz@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp: 0136717202
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 .16kg daun berguguran: