ORANGES

Aku kumpulkan untuk jadikan satu karangan panjang

3 comments

Assamualaikum dan salam sejahtera wahai kawan-kawan 'blogger' sekalian .. apa khabar agaknya kalian semua ? dah sangat lama rasanya aku tinggalkan segala warkah aku yang terdapat dalam ni ..

rindu , dah sememangnya rindu .. rindu pada blog ni , rindu pada teman blog , rindu nak dapat komen dari kalian semua .. aku sedar dulu dan sekarang adalah berbeza .. kehidupan juga sudah berbeza ..

ada sebulan tak , tempoh masa aku tak kemaskini blog ni ? mungkin lebih rasanya .. sepanjang ketiadaan aku di dalam alam maya ni , macam-macam aku dah alami dan tempuhi .. pahit manis dah aku rasai ..

1. 'group assignment'
sejak aku di bangku sekolah lagi aku memang tak suka kerja dalam berkumpulan .. 'study in group' pun aku tak gemar .. sebab aku dah tahu karenahnya orang ni ..

yang memberi kerjasama memang bagus , tapi yang tak mahu buat kerja .. aku memang suka bertangguh , sekurang-kurangnya aku masih memberi komitmen untuk menghantar tugasan tersebut ..

aku ingat perempuan saja kebiasaannya mudah melenting dan suka membuat musuh sana-sini .. dan dari sini aku dah sedar , lelaki pun ada juga yang bersikap sebegini ..

2. 'annual dinner'
1st 'dinner' aku sejak bergelar mahasiswi .. senang cerita 1st 'dinner' aku semasa bergelar seorang pelajar .. masa sekolah aku tak merasai , masa matrikulasi juga aku tak berpeluang ..

walaupun tak segah mana hotelnya , tak sesedap mana masakannya .. tapi aku berpuas hati sebab inilah peluangnya untuk berjumpa warga 'senior' , dan merasa juga saling bertukar hadiah ..

aku turut mendapat 'lucky draw' , nombor 16 memberi aku tuah .. dan nama aku diumumkan sebagai 'Vice Treasurer' untuk 'Construction Management Club 2011/2012' .. sangkaan aku sudah kecundang dalam pilihanraya tetapi tidak ..

3. 'Trip to Singapore'
seumur hidup aku , ini yang pertama rasanya aku ke luar negara .. walaupun nampak tak jauh , tapi aku rasa berpuas hati .. ya , langkah aku semakin panjang sejak di universiti ni ..

seharian di negara orang , sampai keletihan masing-masing dibuatnya .. aku menyertai aktiviti anjuran 'Construction Management Club' (CMC) ke negara jiran ni ..

tak banyak yang aku beli , dah nama pun bajet kewangan .. mata wang mahal , jangan membazir .. pengajaran lain yang aku dapat , jangan tiru perangai orang dekat sana .. fuhh ..

4. SUKSIS 'bowling tournament'
bab berkawad memang aku lemah .. tapi masuk saja ke bab bersuka-ria memang jadi makanan aku .. aku tak ada lah pandai bermain boling ni .. sekadar melepaskan stress saja ..

lagipun , tonjolkan muka yang ada kepada warga 'inter' dan 'senior' yang lain .. hasilnya , mereka dah tentu kenal kita dengan lebih rapat , bukan ? malu tu perkara biasalah .. baru-baru lagi ..

tak menang pun , masih dapat lagi 'lucky draw' sangat beruntung bukan ? lagi sekali , nombor 16 tampil untuk aku pergi mengambil hamper yang berupa makanan itu .. hehe ..

______

ada lagi cerita lain , InsyaAllah akan aku kumpulkan untuk jadikan satu karangan panjang lagi macam ni .. untuk point nombor 2 , 3 dan 4 akan aku masukkan gambar secepat mungkin di Facebook ..

rajin-rajinlah selongkar dekat Profile aku ..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 .16kg daun berguguran:

siti kektus said...

yela. orang yg dah kalahkan menteri lah katakan. haha :p

SoLy SoLicious said...

waahh..sarat dgn aktivit.. sy ni esemen..esemen..itu je kejenye..

Ezad Skytech said...

wahh..bz betul ye tea sekarang ni..penuh aktiviti...ezad pun akan merasanya nanti...hee :D