ORANGES

Kesilapan.

2 comments

Assalamualaikum.

Kenapa ya manusia kerap kali mengulangi kesilapan yang sama? Walaupun dah kerap kali akan kesilapan itu, masih lagi diulangi lagi dan lagi dan lagi. Bila agaknya kita akan betul-betul sedar dan betul-betul insaf? Kesilapan yang sama membuatkan orang lain berasa muak. Ya, aku takut.

Sungguh, aku takut walaupun pada mulut aku pelbagai ayat pedas dan menyakitkan hati terkeluar. Namun, apabila difikirkan semula aku jadi semakin takut. Apa yang terjadi jika perkara yang aku sebut-sebutkan jadi kenyataan? Hmm. Kelak aku juga yang menyesal.

Jika orang yang aku sayangi pergi meninggalkan aku, apa yang akan terjadi kepada aku selepas itu? Apakah aku akan gembira?? TIDAK SAMA SEKALI. Aku tak ingin sesekali kehilangan mereka namun aku seringkali alpa dan terus melakukan kesilapan sama. Hmm.

YA ALLAH, KAU TERANGILAH HATIKU DENGAN CAHAYA KEIMANAN DAN KESABARAN.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 .16kg daun berguguran:

Anonymous said...

tak baik berkata2 kesat ne, hidup kat muka bumi tuhan ne kena baik sesama manusia, macam mana nak mengharap tadah doa yang dibuat dikabulkan jika hubungan sesama manusia pun dirosakkan...

Tea Dno said...

Hm..itulah..bila bercakap xgunakan akal fikiran dengan sebaiknya..lepas tu tahu pulak menyesal...hurmm