semalam ekspedisi mendaki gunung pulang ke kampung. oh ya, kampung aku dekat Mersing ye kawan-kawan. lama kot tak balik sampai mokteh aku kat sana dah rindu kat kitorang. ececeh. perjalanan yang dimulakan dengan awal pagi. tak adalah awal sangat pun. lepas-lepas subuh gitu, tunggu terang sikit baru kitorang 1 family gerak. dengan mengangkut segala macam barang, sumbat dalam kereta. rasa macam nak pergi berniaga. huhui.
Alhamdulillah, perjananan yang mengambil masa 3 1/2 - 4 jam selamat. tak ada apa-apa aral melintang, yelah risau juga manalah tahu banjir ke apa ke kat tengah jalan. berapa tahun yang lepas, dah pernah jadi. sikit lagi nak sampai bandar Muadzam Shah, dah tersekat dengan air banjir dekat depan. huhu. apa lagi, pelan A dah bertukar jadi pelan B lah. pelan Balik rumah. nak mengikut jalan JB sana dah makin jauh pula jadinya.
rindu kampung. memang rindu. sejak aku dah besar ni aku sukakan suasana kampung. sebab aman damai je. tak bising macam kat kota, (tapi janganlah pergi bandar Mersing, confirm serabut sebab kereta banyak) bolehlah lepak-lepak tepi pantai. pantai banyak. Tioman pun dekat. tapi aku tengok jeti je lah. tak macam Batu Pahat, semua pun tak boleh mandi. aku yang jadi tambah stress. (padahal tak suka mandi laut pun. poyo haih.)
sata masih lagi harga sama. RM 2 untuk 1 cucuk yang ada 5 biji sata. kalau dekat tempat lain, aku jumpa mesti RM2 untuk 3 biji je. mahal lepas tu rasa kureng mengancam pula tu. buat mulut aku ni mengata lagi ada. ragam orang luar pula macam-macam. orang dah berniaga kak, mesti penat punya. lepas tu akak ni nak tengking-tengking akak jual sata ni sebab salah kira. rilekslah, kalau setakat plat kau tu ....tuuttttt.... tak payah berlagak sangat. sabar sikit.
ni nak masuk sesi nasihat sikit, kalau nak orang respek kat kita. kita kena belajar respek kat orang lain dulu. jangan ikut sedap je, ikut kurang asam jawa je. lagipun kita ni perempuan, jaga adablah bila nak berkata-kata. tak payah tengking depan orang ramai. awak juga yang malu. kalau nak bergaduh juga, biar awak berdua je lah settle-kan. aku yang tengok kejadian tu pun jadi tak sedap. lepas tu, perempuan-perempuan lain pun berbisik-bisik sesama diorang.
*dapat berita sedih. kbai.
6 .16kg daun berguguran:
betul tue tea.. mkin kita besar, mkin kita suka suasana kampung. aman damai gitu..
Dulu akak ngajar kat kota tinggi, selalu la p mersing,. La ni dah pindah kl.. rindu plak dgn pantai kat sana.,, 'suci' lagi mcm dulu2 ke..
@izfanora
memang aman damai. huhu i loikkee
@aimaniman
masih lagi. tapi biasa la. keje penambakan dah mula berlaku. huhuhu
ekspedisi tuu. kemain. haha
pantai sekakap ! first year dulu pernah sampai sana. bessstt ! :D
@ct kektus
eheheh. so ok? best kan mersing. kehkeh.
Post a Comment