zaman sekarang ni, kemudahan internet semua di hujung jari je. apa-apa nak buat pun semua pakai internet. buka laptop, tak pun on wi-fi handphone, dapat connect internet terus laju je search apa nak. yang paling famous sekarang, online shopping. orang minat Zalora, tapi aku tak. aku lagi berminat dengan Lazada. hehehe. lagi macam-macam ada. tapi aku tak tahu pula dari segi kualiti macam mana, sebab tak pernah shopping situ.
erm, actually bila online shopping pun aku lebih suka survey. lepas tu confirmkan dengan seller tu, tak payah ambil secara post. COD atau cash on delivery lagi senang. sebenarnya lagi puas hati bila dapat tengok sendiri barang yang kita beli tu. COD ni lebih kurang je macam beli kat kedai, tapi itulah kan. boleh dapat price lagi murah gila-gila babi. kena pandai-pandai survey yang mana boleh dapat best and lowest price. huhuhu.
bahana kalau beli online ni pula, takut kena tipu dengan seller. cakap barang sekian sekian, bila dapat barang rupanya haprak. bayar mahal pula tu kan. haih. banyak kali juga aku dengar orang kena tipu, kawan aku sendiri pun ada. tapi Alhamdulillah setakat ni barang-barang online yang aku beli dikira puas hati. oh ya, aku sekarang gilakan Instax Mini. puas aku survey dekat internet ni, tengok specs memasing mana yang paling okay. so dah jumpa.
ni kegilaan aku sekarang. Instax Mini 25.
aku tak kisahlah orang cakap dah lapuk ke apa ke. yang penting minat aku tak pernah pudar sejak dari ia mula-mula keluar dekat pasaran. dah lah comel, gambar terus keluar pula tu bila diambil. awww. sweet gitu. walhal ada kamera digital pun tak berapa nak gunakan sangat. kalau ada kamera ni entah bila pula aku guna. mungkin bulan pertama dan kedua aku akan guna secara terus-menerus lepas tu senyap gitu je. aku ni jenis cepat bosan. hehe.
Instax Mini 7s.
memula dulu, usha kat kedai kamera yang dekat atas ni. sebab paling murah. tapi tak tahu la pula kan specs dia macam mana. selidik punya selidik. banyak kekurangan rupanya. on manual. itu manual. biasalah, aku ni jenis yang suka auto hehe. macam mesin basuh juga. kan senang hidup. tapi untuk kereta, lagi sedap drive kereta manual oggay. boleh speed kalahkan kereta dekat jalan yang bawa auto. lalala~ so sekarang minat tu dah berubah pada Instax Mini 25.
kalau aku beli, haruslah ianya berwarna pink kan. warna putih pun tak kisah sebenarnya. sebab lagi murah. tapi tapi, minat towards pink tu banyak sangat jadi aku tak kira , aku nak juga warna pink. minta-minta boleh dapat. dah lama sangat mengidam. semua ignore permintaan aku untuk belikan kamera Instax ni. huhu~ ye, aku tahu membazir sebab spend duit banyak untuk belikan benda ni je. baik simpan untuk buat hantaran merisik dan meminang kan kan.
*masih menunggu gelang pearl aku untuk reach home. aaaa can't wait!
0 .16kg daun berguguran:
Post a Comment